The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ajak2607, 2022-08-21 13:11:40

2_TOR MESYUARAT OSC

2_TOR MESYUARAT OSC

Jabatan Kebajikan Masyarakat

TERMA RUJUKAN
MESYUARAT JAWATAN KUASA AGENSI PUSAT

SETEMPAT (ONE-STOP CENTRE)
BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN

PENGUATKUASAAN

1/TORMesyOSCPU

TERMA RUJUKAN
MESYUARAT JAWATAN KUASA AGENSI PUSAT

SETEMPAT (ONE-STOP CENTRE)
BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN

TERMA RUJUKAN
MESYUARAT JAWATAN KUASA AGENSI PUSAT

SETEMPAT (ONE-STOP CENTRE)
BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN

1.0 LATAR BELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Setempat atau One-Stop Centre
yang melibatkan Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Negeri
dan agensi-agensi yang terlibat dengan Akta Keganasan Rumah Tangga
1994 [Akta 521], Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183], Akta Pusat
Jagaan 1993 [Akta 506] dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
[Akta 308].

Mesyuarat Antara Agensi Jawatankuasa Penyelaras
Membanteras Pengemisan Jabatan Kebajikam Masyarakat (JKM)
pada 9 Mac 2007 merupakan mesyuarat penyelarasan inter agensi
pertama yang diadakan di peringkat kebangsaan. Melalui mesyuarat
tersebut, satu ketetapan agar mesyuarat yang serupa perlu diadakan di
peringkat negeri dan daerah dengan keahlian yang melibatkan semua
agensi yang mempunyai peranan sebagaimana yang dinyatakan dalam
Akta Orang-Orang Papa 1977. Ini dikuatkan lagi dengan Pelan
Transformasi Jabatan 2011-2015 di perenggan 4.3.6 Penambahbaikan

2/TORMesyOSCPU

Sistem Penyampaian Perkhidmatan Mengikut Kumpulan Sasar/ Isu di
para v. Pengemisan/ Orang Papa yang menyebut “Beberapa tindakan
perlu dirangka oleh JKM bagi memastikan sistem penyampaian yang
berkesan dalam menangani isu pengemisan/orang papa. Antaranya ialah
menguatkuasakan akta serta memantapkan Jawatankuasa Inter-
Agensi Menangani Isu Pengemisan dan mengkategorikan pengemis”.

Pelan Strategik Kerja Sosial JKM 2018-2020, disebut dalam Teras
Strategik 4: Promosi dan Advokasi, Strategi 2: Mengukuhkan jaringan
kerjasama multi sektoral dalam bidang kerja sosial, program/ aktiviti di
para iv. JKM perlu meluaskan kerjasama strategik dengan agensi-agensi
lain iaitu bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Daerah, Jabatan
Penjara, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) , Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK), United Nation Children’s Fund (UNICEF),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Agama Islam dan lain-
lain mengikut kesesuaian dan fungsi masing-masing.

Selain itu, pelaksanaan tindakan penguatkuasaan sebagaimana
dinyatakan di dalam Peraturan Tetap Operasi Tindakan Penguatkuasaan
TASKA dan Pusat Jagaan turut menyatakan bahawa tindakan
penguatkuasaan akan dikenakan ke atas pusat jagaan dan TASKA yang
melanggar akta dan peraturan yang berkaitan apabila program advokasi
telah dilaksanakan seperti Program Jerayawara dan juga Mesyuarat
Jawatankuasa Agensi Pusat Setempat (OSC).

Memandangkan keempat-empat Akta Jabatan yang dinyatakan ini
melibatkan tanggungjawab dan peranan lain-lain agensi maka wajarlah

3/TORMesyOSCPU

jika Mesyuarat OSC ini dijadikan platfom kepada perbincangan dan
rundingan di antara setiap agensi yang terlibat dalam mengurus dan
mengendalikan kumpulan sasar JKM.

2.0 FUNGSI MESYUARAT JAWATANKUASA AGENSI PUSAT
SETEMPAT (OSC)
Mesyuarat ini diwujudkan bagi membincangkan isu-isu yang timbul

di peringkat lapangan terutamanya melibatkan peranan dan
tanggungjawab setiap agensi yang berkaitan yang kurang jelas dalam
kalangan anggota pelaksana agensi tersebut sepanjang mengendalikan
mangsa keganasan rumah tangga, pengendalian orang-orang papa,
pendaftaran dan penguatkuasaan ke atas pusat jagaan dan taman
asuhan kanak-kanak agar keputusan dapat dicapai secara bersama dan
mengurangkan masa yang boleh diambil untuk menyelesaikan satu-satu
kes yang berkaitan.

Bagi sebarang isu yang gagal menemui kata sepakat semasa
mesyuarat yang diadakan di peringkat negeri, boleh diketengahkan pada
peringkat yang lebih tinggi.

3.0 AGENDA MESYUARAT JAWATANKUASA AGENSI PUSAT
SETEMPAT (OSC)
Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan dalam Mesyuarat
OSC adalah seperti berikut :

3.1 Perundangan, Peraturan dan Dasar

3.2 Pembentangan agensi

4/TORMesyOSCPU

3.3 Sistem sokongan daripada agensi

3.4 Peranan dan tanggungjawab

3.5 Isu dan masalah

4.0 MESYUARAT JAWATANKUASA AGENSI PUSAT SETEMPAT
KEGANASAN RUMAH TANGGA
4.1 Fungsi Mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Setempat
Keganasan Rumah Tangga;
(i) sebagai pemudah cara dan perantara bagi
memastikan perundangan berkaitan keganasan
rumah tangga termasuk Akta Keganasan Rumah
Tangga 1994 [Akta 521], peraturan dan garis
panduan berkaitan keganasan rumah tangga
dilaksanakan dengan baik dan berkesan;
(ii) membincangkan isu dan masalah serta
membincangkan kaedah penyelarasan yang terbaik
bagi menangani sesuatu isu berkaitan keganasan
rumah tangga yang timbul antara agensi; dan
(iii) bertanggungjawab menyelaras pandangan dan
cadangan penambahbaikan ahli mesyuarat untuk
diangkat ke peringkat pengurusan setiap agensi.

4.2 Keahlian di Peringkat Negeri:
4.2.1 Pengerusi: Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri
atau Timbalan

5/TORMesyOSCPU

4.2.2 Ahli Wajib:
(i) Polis Diraja Malaysia (Bahagian Siasatan
Jenayah keutamaan kepada Bahagian Siasatan
Seksual, Wanita dan Kanak- Kanak)
(ii) Kementerian Kesihatan Malaysia (Hospital
keutamaan kepada Pasukan One Stop Crisis
Centre (OSCC), Jabatan Kecemasan dan
Trauma)

4.2.3 Ahli lain (yang boleh dilantik sebagai ahli tetap)
(i) Jabatan Kesihatan Negeri (Jabatan Kerja Sosial
Perubatan)
(ii) Pejabat Pembangunan Wanita Negeri
(iii) Pejabat/Pusat Lembaga Pembangunan
Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN)
(iv) Jabatan Agama Islam Negeri
(v) Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)
(vi) Mahkamah
(vii) Pegawai Kaunseling dan Psikologi di Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN)
(viii) Ketua Bahagian/Unit Kanak-Kanak JKMN

4.2.4 Ahli Turut Hadir: Mana-mana Pegawai atau agensi
yang diundang oleh Pengerusi

6/TORMesyOSCPU

(Pengerusi atau Jawatankuasa boleh dari masa ke

semasa mengundang mana-mana Pegawai

atau agensi yang lain untuk menghadiri mesyuarat

bagi membantu melancarkanperjalanan mesyuarat.

Pegawai yang diundang tidak membentuk korum dan

akan dicatat sebagai Ahli Turut Hadir)

4.2.5 Setiausaha: Ketua Bahagian/Unit Penguatkuasaan,
JKMN

4.3 Keahlian di Peringkat Daerah:

4.3.1 Pengerusi: Pegawai Kebajikan Masyarakat
Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD/J/B)

4.3.2 Ahli Wajib:
(i) Polis Diraja Malaysia (Bahagian Siasatan
Jenayah keutamaan kepada Bahagian Siasatan
Seksual, Wanita dan Kanak- Kanak);dan
(ii) Pejabat Kesihatan Daerah/ Hospital Daerah

4.3.3 Ahli lain (yang boleh dilantik sebagai ahli tetap)
(i) Klinik Kesihatan Daerah (Jabatan Kerja Sosial
Perubatan)- jika ada
(ii) Pejabat/ Pusat LPPKN
(iii) Pejabat Agama Islam Daerah

7/TORMesyOSCPU

(iv) Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan
(YBGK)

(v) Mahkamah
(vi) Pegawai Kaunseling dan Psikologi di PKMD/J/B
(vii) Unit Kanak-Kanak PKMD/J/B

4.3.4 Ahli Turut Hadir: Mana-mana Pegawai atau agensi
yang diundang oleh Pengerusi

(Pengerusi atau Jawatankuasa boleh dari masa ke semasa
mengundang mana-mana Pegawai atau agensi yang lain
untuk menghadiri mesyuarat bagi membantu melancarkan
perjalanan mesyuarat. Pegawai yang diundang tidak
membentuk korum dan akan dicatat sebagai Ahli Turut
Hadir).

4.3.5 Setiausaha: Unit Penguatkuasaan, PKMD/J/B

5.0 MESYUARAT JAWATANKUASA AGENSI PUSAT SETEMPAT
ORANG PAPA
5.1 Fungsi Mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Setempat
Orang Papa (Pengemis Dan Peleser):
(i) sebagai pemudah cara dan perantara bagi memastikan
perundangan berkaitan orang papa termasuk Akta
Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] dilaksanakan
dengan baik dan berkesan;

8/TORMesyOSCPU

(ii) membincangkan isu dan masalah serta
membincangkan kaedah penyelarasan yang terbaik
bagi menangani sesuatu isu berkaitan orang papa yang
timbul antara agensi; dan

(iii) bertanggungjawab menyelaras pandangan dan
cadangan penambahbaikan ahli mesyuarat untuk
diangkat ke peringkat pengurusan setiap agensi.

5.2 Keahlian di Peringkat Negeri:
5.2.1 Pengerusi: Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri*
atau Timbalan

5.2.2 Ahli Wajib:
(i) Polis Diraja Malaysia
(ii) Jabatan Kesihatan Negeri
(iii) Pihak Berkuasa Negeri (PBN)
(iv) Jabatan Imigresen Malaysia
(v) Majlis Keselamatan Negara Negeri

5.2.3 Ahli lain (yang boleh dilantik sebagai ahli tetap)
(i) Jabatan Tenaga Kerja Negeri
(ii) Pejabat Pembangunan Wanita Negeri
(iii) Pejabat/ Pusat LPPKN
(iv) Jabatan Agama Islam Negeri

9/TORMesyOSCPU

(v) Jabatan Pendaftaran Negara
(vi) Jabatan Penerangan Malaysia
(vii) Pegawai Kaunseling dan Psikologi JKMN
(viii) Ketua Bahagian/Unit Kanak-Kanak JKMN
* Mengikut kesesuaian di peringkat kerajaan negeri

5.2.4 Ahli Turut Hadir: Mana-mana Pegawai atau agensi
yang diundang oleh Pengerusi (Pengerusi boleh dari
masa ke masa mengundang mana- mana Pegawai atau
agensi yang lain untuk menghadiri mesyuarat bagi
membantu melancarkan perjalanan mesyuarat.
Pegawai yang diundang tidak membentuk korum dan
akan dicatat sebagai Ahli Turut Hadir)

5.2.5 Setiausaha: Ketua Bahagian/Unit Penguatkuasaan,
JKMN

5.3 Keahlian di Peringkat Daerah: Masyarakat

5.3.1 Pengerusi: Pegawai Kebajikan
Daerah/Jajahan/Bahagian

5.3.2 Ahli Wajib:
(i) Polis Diraja Malaysia
(ii) Pejabat Kesihatan Daerah / Hospital Daerah
(iii) Pejabat Daerah

10/TORMesyOSCPU

(iv) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
(v) Pejabat Imigresen Malaysia
(vi) Majlis Keselamatan Negara Negeri

5.3.3 Ahli lain (yang boleh dilantik sebagai ahli tetap)
(i) Pejabat Tenaga Kerja Daerah
(ii) Pejabat/ Pusat LPPKN
(iii) Pejabat Agama Islam Daerah
(iv) Pejabat Pendaftaran Negara Daerah
(v) Pejabat Penerangan Malaysia Daerah
(vi) Pegawai Kaunseling dan Psikologi di PKMD/J/B
(vii) Unit Kanak-Kanak PKMD/J/B

5.3.4 Ahli Turut Hadir: Mana-mana Pegawai atau agensi
yang diundang oleh Pengerusi
(Pengerusi boleh dari masa ke masa mengundang
mana-mana Pegawai atau agensi yang lain untuk
menghadiri mesyuarat bagi membantu melancarkan
perjalanan mesyuarat. Pegawai yang diundang tidak
membentuk korum dan akan dicatat sebagai Ahli Turut
Hadir)

5.3.5 Setiausaha: Unit Penguatkuasaan, PKMD/J/B

11/TORMesyOSCPU

6.0 MESYUARAT JAWATANKUASA AGENSI PUSAT SETEMPAT
PUSAT JAGAAN DAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
(TASKA)

6.1 Fungsi Mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Setempat
Pusat Jagaan dan Taman Asuhan Kanak-Kanak
(TASKA);

(i) memastikan pelaksanaan pendaftaran Pusat Jagaan
dan TASKA dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen
dan komprehensif bagi mempertingkatkan kecekapan
perkhidmatan awam;

(ii) menyelaras dan memastikan proses pendaftaran pusat
jagaan dan TASKA dipercepatkan;

(iii) bertanggungjawab memudah cara dan
membincangkan isu pendaftaran pusat jagaan dan
TASKA bersama agensi teknikal;

(iv) menyelaras dan memantau pusat jagaan dan TASKA
tidak berdaftar;dan

(v) bertanggungjawab menyelaras pandangan dan
cadangan penambahbaikan ahli mesyuarat untuk
diangkat ke peringkat pengurusan setiap agensi.

6.2 Keahlian di Peringkat Negeri:

6.2.1 Pengerusi: Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri
atau Timbalan

6.2.2 Ahli Wajib:

12/TORMesyOSCPU

(i) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) Negeri

(ii) Jabatan Kesihatan Negeri
(iii) Pihak Berkuasa Negeri (PBN)
(iv) Ketua Bahagian/Unit Kanak-Kanak JKMN
(v) Pegawai Diberi Kuasa (PBDK) Pusat

Jagaan/TASKA Daerah

6.2.3 Ahli lain (yang boleh dilantik sebagai ahli tetap)
(i) Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(ii) Jabatan Pendaftar Pertubuhan
(iii) Jabatan Pendidikan Negeri
(iv) Agensi lain yang berkaitan

6.2.4 Ahli Turut Hadir: Mana-mana Pegawai atau agensi
yang diundang oleh Pengerusi (Pengerusi boleh dari
masa ke masa mengundang mana- mana Pegawai
atau agensi yang lain untuk menghadiri mesyuarat bagi
membantu melancarkan perjalanan mesyuarat.
Pegawai yang diundang tidak membentuk korum dan
akan dicatat sebagai Ahli Turut Hadir)

6.2.5 Setiausaha: Ketua Bahagian/Unit Penguatkuasaan,
JKMN

13/TORMesyOSCPU

6.3 Keahlian di Peringkat Daerah: Masyarakat

6.3.1 Pengerusi: Pegawai Kebajikan
Daerah/Jajahan/Bahagian

6.3.2 Ahli Wajib:
(i) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(ii) Pejabat Kesihatan Daerah
(iii) Pihak Berkuasa Tempatan
(iv) Unit Kanak-Kanak PKMD/J/B
(v) PDBK Pusat Jagaan/TASKA Daerah

6.3.3 Ahli lain (yang boleh dilantik sebagai ahli tetap)
(i) Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(ii) Jabatan Pendaftar Pertubuhan
(iii) Pejabat Pendidikan Daerah
(iv) Agensi lain yang berkaitan

6.3.4 Ahli Turut Hadir: Mana-mana Pegawai atau agensi
yang diundang oleh Pengerusi (Pengerusi boleh dari
masa ke masa mengundang mana- mana Pegawai
atau agensi yang lain untuk menghadiri mesyuarat
bagi membantu melancarkan perjalanan mesyuarat.
Pegawai yang diundang tidak membentuk korum dan
akan dicatat sebagai Ahli Turut Hadir).

6.3.5 Setiausaha: Unit Penguatkuasaan, PKMD/J/B

14/TORMesyOSCPU

7.0 KEKERAPAN MESYUARAT
Setiap mesyuarat ini hendaklah bersidang sekurang-kurangnya dua
(2) kali setahun.

8.0 KORUM
8.1 Jawatan Kuasa Peringkat Negeri

(i) Satu (1) orang Pengerusi (Pengarah Kebajikan
Masyarakat Negeri atau Timbalan)

(ii) Ketua Bahagian/Unit Penguatkuasaan (PU) Negeri
(iii) Ketua Bahagian/Unit Kanak-Kanak Negeri
(iv) Sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan

keseluruhan Ahli
(Mana-mana ahli yang tidak dapat hadir ke mesyuarat
hendaklah digantikan dengan Ahli Ganti yang telah
dinamakan. Kehadiran oleh Pegawai selain daripada Ahli
atau Ahli Ganti yang dinamakan tidak akan dikira sebagai
korum mesyuarat. Pegawai berkenaan dikira sebagai Ahli
Turut Hadir sahaja).

8.2 Jawatan Kuasa Peringkat Daerah

15/TORMesyOSCPU

(i) Satu (1) orang Pengerusi (Pegawai Kebajikan
Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian)

(ii) Unit Penguatkuasaan (PU) PKMD/J/B
(iii) Unit Kanak-Kanak PKMD/J/B
(iv) Sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan

keseluruhan Ahli
(Mana-mana ahli yang tidak dapat hadir ke mesyuarat
hendaklah digantikan dengan Ahli Ganti yang telah
dinamakan. Kehadiran oleh Pegawai selain daripada Ahli atau
Ahli Ganti yang dinamakan tidak akan dikira sebagai korum
mesyuarat. Pegawai berkenaan dikira sebagai Ahli Turut
Hadir sahaja).

9.0 KEURUSETIAAN
9.1 Peringkat Negeri

Bahagian/ Unit Penguatkuasaan (PU), Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri hendaklah menjadi urus setia kepada ketiga-
tiga mesyuarat ini.

Tanggungjawab urus setia adalah:

(i) Membantu Pengerusi dalam memastikan kelancaran fungsi
setiap agensi.

(ii) Mengatur urusan mesyuarat.
(iii) Menyediakan Agenda Mesyuarat.
(iv) Mengedarkan isu berbangkit dan laporan mesyuarat.
(v) Menyemak korum mesyuarat sebelum mesyuarat diadakan.
(vi) Menyediakan minit mesyuarat pada setiap mesyuarat.

16/TORMesyOSCPU

9.2 Peringkat Daerah

Unit Penguatkuasaan (PU), Pejabat Kebajikan Masyarakat
Daerah/Jajahan/Bahagian hendaklah menjadi urus setia kepada
ketiga-tiga mesyuarat ini.

Tanggungjawab urus setia adalah:

(i) Membantu Pengerusi dalam memastikan kelancaran fungsi
setiap agensi.

(ii) Mengatur urusan mesyuarat.
(iii) Menyediakan Agenda Mesyuarat.
(iv) Mengedarkan isu berbangkit dan laporan mesyuarat.
(v) Menyemak korum mesyuarat sebelum mesyuarat diadakan.
(vi) Menyediakan minit mesyuarat pada setiap mesyuarat.

10.0 PELAPORAN
Urus setia hendaklah menghantar satu salinan minit mesyuarat yang telah
disahkan oleh Pengerusi kepada Bahagian Perundangan dan
Penguatkuasaan (PU) Ibu Pejabat JKM dalam tempoh dua (2) minggu
selepas mesyuarat dilaksanakan.

Disediakan oleh:
Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan
Kemaskini 11 April 2022

17/TORMesyOSCPU


Click to View FlipBook Version