The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program Penghijauan - Mengenal pokok dan kegunaanya.

12 jenis tanaman herba beserta info dan kegunaanya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aisyah Nasuha, 2023-11-07 06:40:39

PROGRAM PENGHIJAUAN - TANAMAN HERBA

Program Penghijauan - Mengenal pokok dan kegunaanya.

12 jenis tanaman herba beserta info dan kegunaanya.

Keywords: Tanaman herba

H E R B A L O G Y I N A G A R D E N Program Penghijauan Herba Kesihatan


Daun segar ditumbuk lumat dan dibalut pada luka Seluruh bahagian pokok direbus dan diminum air rebusannya Kegunaan: Merawat luka kecil Menyejukkan badan, merawat demam, menurunkan tekanan darah tinggi dan melancar sistem penghadaman A S A M B A T U Nama Saintifik: Begonia sp. Famili: Begoniaceae Nama Tempatan: Resam Batu Cara Pembiakan: Biji Benih dan Keratan Batang


Empat kuntum bunga dikukus dalam mangkuk bersama air dan gula batu Minum kesemua airnya Batangnya ditumbuk lumat, dicampur sedikit air dan ditampal pada tempat yang sakit lalu dibalut dengan kain bersih Tiga hingga lima kuntum bunga direbus sehingga mendidih. Setelah sejuk, air rebusan ditapis dan diminum Kegunaan: Merawat Asma Merawat bengkak, bisul dan luka berdarah Merawat pendarahan dalam rahim B A K A W A L I Nama Saintifik: Epiphyllum oxypetalum. (DC.) Haw Famili: Cactaceae Nama Tempatan: Kengwa Cara Pembiakan: Keratan Batang dan Daun


Secekak daun dikisar bersama epal hijau dan dijadikan jus untuk diminum Ambil 40 helai daun dan 650 ml air direbus sehingga sukatan menjadi separuh dan diminum dua kali sehari Daun dijadikan ulaman Kegunaan: Merawat kanser dan ketumbuhan Merawat darah tinggi Mengawal aras gula dalam darah B E L A L A I G A J A H Nama Saintifik: Clinacanthus Nutans (Burm.f.) Lindau. Famili: Acanthacede Nama Tempatan: Penawar Bisa, Sabah Snake Cara Pembiakan: Keratan Batang


Segenggam daun direbus sehingga mendidih dan air rebusan dijadikan mandian Untuk merawat kudis, setelah mandi daun digosok pada bahagian kudis Daun digiling bersama beras yang direndam semalaman dan disapukan pada badan Akar bersama buluh tambuk lalang, rumput buluh, senayan bukit, dedak, nanas batu, lembar merah, karang batu, dan pelas diambil sebanyak segenggam dan direbus sehingga mendidih. Air rebusan diminum dua atau tiga kali sehari sehingga sembuh Campuran akar tersebut boleh diulang rebus sebanyak tiga kali Kegunaan: Merawat demam kuning dan kudis Merawat demam campak Melawaskan kencing dan merawat batu karang B E L I M B I N G B U L U H Nama Saintifik: Averrhoa Bilimbi L. Famili: Oxalidaceae Nama Tempatan: Belimbing Buluh Cara Pembiakan: Keratan Batang dan Kaedah Tut


Segenggam daun diramas bersama kucal dan dijadikan air mandian Akar direbus bersama tawas sebesar jari kelingking, Kesemua bahan direbus dengan air sebanyak 500 mi sehingga mendidih. Air rebusan dijadikan minuman setengah cawan dua kali sehari Air rebusan daun dijadikan air minuman Kegunaan: Merawat demam kuning Senggugut Melawaskan kencing B I D A R A Nama Saintifik: Ziziphus Jujuba Mill. Famili: Rhamnaceae Nama Tempatan: Bidara Kampung, Langkeng Cara Pembiakan: Biji Benih dan Keratan Batang


Dua helai daun direndam dalam secawan air panas Air dibiarkan suam dan minum dua kali sehari Tujuh helai daun ditumbuk dan ditampalkan di bahagian bisul Beberapa pokok bismillah direbus bersama pokok dukung anak pokok ketumbit dan halba sehingga mendidih. Air rebusan dijadikan mandian pada waktu pagi tiga hari berturut-turut Kegunaan: Merawat kencing manis, gout dan darah tinggi Merawat bisul Merawat demam kuning B I S M I L L A H Nama Saintifik: Vernonia amygdalina Delile. Famili: Asteraceae Nama Tempatan: Ketum cina, sambung nyawa, ketum hijau Cara Pembiakan:Keratan Batang


Segenggam daun hempedu bumi, tiga ulas bawang putih dan tiga ketul goram jantan digiling kemudian dijadikan pil dan dimakan Akar hempedu Bumi direbus bersama akar séruntun atau mata pelanduk dan diminum Daun dihancurkan dan ditampal pada tempat yang bermasalah Keseluruhan pokok dikeringkan dan dijadikan teh Kegunaan: Membuang angin dalam badan Membantu mengawal tekanan darah tinggi Gigitan serangga, bengkak dan melecur Membantu mengawal paras gula dalam darah HE M P E D U B U M I Nama Saintifik: Andrographis Paniculata (Burm.f.) Nees Famili: Acanthaceae Nama Tempatan: Hempedu Tanah, Akar Cerita Cara Pembiakan: Biji Benih


Keseluruhan pokok direbus dan diminum Rebus akar dan diminum Kegunaan: Memudahkan proses melahirkan dan rawatan selepas bersalin Mengekalkan awet muda, menghaluskan dan menegangkan kulit, mencuci rahim dan dalaman wanita serta pewangi badan KACIP FATIMAH Nama Saintifik: Labisia Pumila (Bi.) Bth. & Hook. Famili: Mysinaceae Nama Tempatan: Akar Fatimah, Mata Pelanduk Cara Pembiakan: Keratan Daun, Batang Dan Akar


Keseluruhan pokok bersama akar direbus dan diminum Daun atau akarnya ditumbuk lumat lalu ditampal ke kawasan yang berpanau Tujuh kerat akar kaduk tujuh kerat akar kesum, sedikit kemenyan dan tiga gelas air direbus sehingga mendidih selama 15 minit lalu diminum Pucuk dicelur dan dimakan sebagai ulaman Kegunaan: Merawat sembelit, demam malaria, sakit gigi, cacing, batuk, lemah badan serta sakit tulang Merawat panau Merawat senggugut Merawat buasir K A D U K Nama Saintifik: Piper Sarmentosum Roxb. Famili: piperaceae Nama Tempatan: Sirih Duduk Cara Pembiakan: Keratan Batang


Lendir daun disapu pada tempat bermasalah Lendir daun dijadikan jus dan diminum Lendir daun dilumur pada kulit kepala Lendir daun disapu pada kepala Kegunaan: Mengubati sakit kulit, gatal, luka, melecur dan ulser Merawat asma, batuk, sakit buah pinggang dan sakit kepala Melebatkan rambut Merawat demam panas LIDAH BUAYA Nama Saintifik: Aloe Barbadensis Miller. Famili: Liliaceae Nama Tempatan: Aloe Vera Cara Pembiakan: Anak Pokok


Air pegaga direbus kemudian ditapis dan dijadikan minuman Dimakan segar sebagai ulaman dan sayuran Air perahan keseluruhan tumbuhan disapu pada tempat bermasalah Kegunaan: Merawat kencing manis, darah tinggi, batu karang, buasir, panas badan, kencing tidak lawas dan batuk Mengekalkan awet muda, sebagai pemutih muka dan untuk menguruskan badan Merawat kudis, ulser, luka dan masalah kulit P E G A G A Nama Saintifik: Centella asiatica (L.) Urban. Famili: Umbelliferae Nama Tempatan: Tapak Kuda Cara Pembiakan: Keratan batanag yang berakar


Daun direbus dan dijadikan air minuman Daun dihancurkan dan dititiskan ke dalam mata Daun direbus dan dijadikan air cucian di tempat bermasalah Daun dimakan bersama buah pinang Kegunaan: Menghilangkan bau badan, melancarkan haid dan meredakan senggugut Merawat sakit mata Mengubati keputihan dan kegatalan pada bahagian sulit wanita Melawaskan kencing S I R I H Nama Saintifik: Piper Betle L. Famili: Piperaceae Nama Tempatan: Sirih Kampung, Sirih India Cara Pembiakan: Keratan Batang


Click to View FlipBook Version