APAKAH KEIRIN
SUKAN BERBASIKAL
Definisi keirin
Keirin berasal dari Jepun, dan ia bermaksud ‘perlumbaan beroda’, dan mula dimainkan pada tahun
1948. Asalnya, sukan ini hanyalah satu acara untuk perjudian, sama seperti lumba kuda. Tapi lama
kelamaan sukan ini dilihat berpotensi untuk pergi lebih jauh, tambahan pula golongan barat mula
mempromosi acara ini di Negara masing-masing, maka akhirnya diiktiraf sebagai acara rasmi Union Cycliste
Internationale (UCI) – Persekutuan Basikal Antarabangsa.
Pada tahun 1996, acara Keirin ini dimasukkan ke dalam mesyuarat jawatankuasa olimpik, untuk diundi
sama ada perlu dijadikan sebagai satu acara olimpik atau tidak, dan pada Olimpik Sydney 2000, keirin
menjadi acara rasmi dan dimenangi pengayuh dari Perancis, Florian Rousseau
The derny/ pacer
This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA
Syarat Acara Keirin
Antara syarat sah acara keirin menurut jumhur pengayuh adalah pertama sekali perlulah
mempunyai sebuah basikal, topi keledar keselamatan yang diiktiraf dan juga cermin mata
serta kasut.
Perlumbaan keirin dimainkan dalam jarak 2km, atau 8 pusingan trek velodrome 250m, atau 6
pusingan trek velodrome 333m. Dari pusingan pertama, pelumba akan mengikut seorang
manusia yang menaiki motosikal atau basikal eletrik yang dipanggil pacer atau The Derny.
Kelajuan pelumba perlahan-lahan dinaikkan dari 25km/j ke 50km/j.
Peraturan
Ketika di belakang The Derny, pelumba tidak dibenarkan memotong The
Derny dan tatkala kelajuan mencecah 50km/j, dan jarak garisan penamat
sekitar 600m, The Derny akan bergerak ke tepi dan memberikan laluan
kepada pelumba untuk memecut sepenuh hati sehingga ke garisan penamat.
Para pelumba akan meneruskan perlumbaan hingga ke pusingan terakhir.
Pemenang yang sampai ke garisan penamat dahulu akan dikira sebagai
pemenang tempat pertama, tempat kedua dan ketiga.
This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA
This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA
Pusingan akhir terdiri daripada enam pelumba dan pelumba yang mendapat
tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing dianugerahkan pingat
emas, perak dan gangsa
Sekian , Terima kasih