EQUINOKS
SEPTEMBER
APAKAH EQUINOKS?
• Apa yang berlaku ketika Ekuinok September1. Awal pagi , 23 September pada pukul 3.20am
(waktu kita) bumi akan memasuki ekuinok September yang merupakan kitaran tahunan bumi.
Pancaran tegak matahari mulai 'melintasi' garisan khatulistiwa berhampiran Pulau Galápagos,
timur Lautan Pasifik dan Pontianak, Indonesia. Limpahan cahaya matahari relatifnya adalah
sama rata pada garisan khatulistiwa, bermakna bumi menerima sama rata cahaya matahari di
kedua-dua bahagian hemisfera. Matahari mulai terbit melalui belahan selatan dan akan berada
paling selatan pada 21 Disember 21. (Harap tiada viral pula matahari naik daripada selatan).
• Ketika Ekuinok, pada kedua-dua kutub, matahari tidak terbenam dan tidak terbit tetapi sentiasa
berada pada garisan horizon. Ketika Ekuinok, matahari merambang (istiwak) di garisan Khatulistiwa
dan menyebabkan objek tidak mempunyai bayang-bayang (Zero Shadow Day). Bermula besok, kutub
utara akan mula 'bergelap' iaitu tidak akan menerima cahaya matahari selama 6 bulan manakala
hemisfera utara pula mula mengalami waktu malam yang panjang serta siang yang pendek. Sebaliknya
kutub selatan pula akan mula 'kesiangan' iaitu sentiasa menerima cahaya matahari selama 6 bulan
manakala hemisfera selatan pula mula mengalami waktu malam yang pendek serta siang yang
panjang. Di Malaysia, kita tidak merasai perubahan musim ini kerana kita berada berhampiran garisan
khatulistiwa. Besok pagi boleh tanda tempat terbit matahari iaitu pada titik khatulistiwa dan tandaan
bayang garis ekuinok