This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-NC-ND
HARI GAWAI
Hari Gawai Dayak (Tulisan Jawi: )ݢاواي دايقmerupakan pesta tahunan yang
disambut oleh orang Dayak di Sarawak, Malaysia dan Kalimantan
Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Pesta ini merupakan cuti umum
di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957.
Hari Gawai Dayak merupakan konsep yang dibawa oleh penerbit radio, Tan
Kingsley dan Owen Liang daripada komuniti Dayak. Kerajaan kolonial British
enggan mengiktiraf Hari Dayak sehingga 1962. Mereka hanya memanggilnya
sebagai Hari Sarawak dengan melibatkan semua orang Sarawak sebagai hari
kebangsaaan, tanpa mengira asal etnik
PENGENALAN
Gawai bermaksud festival dan Dayak nama kolektif untuk orang pribumi di Sarawak,
Kalimantan dan pedalaman Borneo. Orang Dayak, sebelumnya dikenali sebagai Dayak
Laut kebanyakannya orang Iban. Kumpulan etnik lain yang diiktiraf terdiri daripada orang
Bidayuh (Dayak Darat dan Orang Ulu). Orang Ulu termasuklah orang Kayan dan kenyah.
. Terdapat lebih daripada 200 sub kumpulan etnik di wilayah ini. Walaupun mereka memiliki
ciri-ciri persamaan, tetapi mereka memiliki dialek, adat, undang-undang, wilayah dan budaya
tersendiri. Bahasa Dayak dikategorikan sebagai sebahagian daripada bahasa Austronesia.
Orang Dayak mempercayai animisme dan paganisme tetapi sejak kebelakangan ini, ramai
yang memeluk agama Kristian
PERSIAPAN GAWAI
Persediaan untuk menyambut Gawai Dayak bermula bila tibanya bulan Mei dengan
penapaian "tuak" iaitu sejenis minuman tradisi komuniti Dayak. Penapaian tuak mengambil
masa selama kira-kira sebulan. Tuak dihasilkan daripada penapaian nasi pulut yang telah
dimasak dan dicampur ragi sebelum disimpan dalam tempayan. Bila sudah ada sedikit air
tuak tulen pada nasi pulut yang ditapai itu, air yang telah dimasak dan dicampur gula akan
ditambahkan secukupnya mengikut banyaknya nasi pulut tersebut. Pada akhir bulan Mei, air
tuak itu boleh ditapis dan diminum. Meminum tuak melambangkan kekuatan tenaga dan
keberanian hati tanpa berbelah-bahagi.
Setelah siap membuat tuak iaitu selepas pertengahan bulan Mei, kaum wanita akan
membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang dipanggil "sarang semut", "acuan" dan "kuih
sepit". Kuih-muih ini diperbuat daripada tepung beras yang dicampur air, telur and gula lalu
digoreng sehingga keras dan kering dalam minyak masak. Kuih-muih yang telah siap akan
disimpan dalam tempayan atau tin supaya tahan untuk beberapa minggu tanpa basi
sementara menunggu tibanya hari gawai
PERSEDIAAN SEHARI SEBELUM
Nasi pulut "pansoh" (lemang) akan dimasak dalam ruas buluh supaya ada aroma istimewa daripada buluh tersebut yang
tidak diperolehi jika dimasak dalam periuk. Nasi pulut ini adalah dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya
melambangkan perpaduan di kalangan komuniti itu yang menjamahnya. Nasi pulut juga digunakan untuk membuat nasi
manis dan tuak, sebagai salah satu sajian kepada para dewa dan membaling tiang chandi sewaktu gawai burung atau
kenyalang. Selain itu masakan seperti ayam pansuh turut disediakan.
Sementara itu, tikar-tikar anyaman tradisi dengan rekaan bunga-bungaan yang cantik dan berwarna terang akan
dibentangkan di sepanjang ruai rumah. Jenis-jenis tikar tradisi termasuklah tikar bemban, tikar rotan dan tikar kulit kayu.
Kain-kain tenunan atau ikatan tradisi yang dipanggil "pua kumbu" pula digantung di dinding-dinding sebagai perhiasan.
Barangan kraft tangan yang lain seperti bakul dan topi besar boleh juga digantung di dinding-dinding bilik.
Pelantar istimewa dan tilam kapas empuk akan dibuat terutamanya di ruai Ketua Rumah atau Gawai sebagai tempat
singgah-sana para tetamu khas yang dijemput hadir semasa upacara duduk berbaris mengikut kedudukan sosial masing-
masing nanti.
Selepas semua persediaan ini siap, orang ramai mulalah mandi, berpakaian kemas dan bersedia untuk acara malam
menyambut gawai pada 31hb Mei.
Petang 31hb Mei, gong akan dipukul untuk mengumumkan permulaan upacara sambutan Gawai Dayak kepada
semua orang.
Acara ringkas membuang roh hantu pembaziran yang dipanggil "Antu Rua" oleh kaum Iban akan dilakukan dengan
mengheret sebuah penampi .Seterusnya akan dilakukan upacara sajian dan penyembahan, yang dipanggil "miring"
atau "bedara" oleh kaum Iban, di setiap bilik keluarga secara bergilir-gilir dari bilik ke bilik sepanjang rumah panjang
atau kampung. Upacara ini bertujuan sebagai tanda kesyukuran untuk tahun yang telah berakhir dan memohon
panjang umur, kesihatan dan rezeki pada tahun akan datang.
Bagi kaum Iban, pelbagai bahan sajian persembahan tradisi kepada dewa-dewa mereka termasuklah daun rokok dan
tembakau, daun sirih dan buah pinang, ketupat dan sungkoi, penganan dan tumpi, nasi pulut dan nasi manis, cuwan dan
sarang semut, rendai, telur ayam dimasak dan tuak selainnya. Bilangan setiap jenis barangan sajian ini selalunya bergantung
kepada berapa ramai dewa yang dijemput hadir dan untuk Gawai Dayak adalah 5 biji sebagai sajian untuk tujuan memohon
ampun dan pergi berusaha pada tahun hadapan. Jumlah agihan sajian bergantung kepada berapa tempat yang ingin diberikan
sajian biasanya pada empat sudut bilik besar, satu di atas dapur, satu di atas tempayan beras, satu di ruai, satu di verandah,
satu di huma atau sawah, satu di kebun, satu pada kenderaan dan satu sajian untuk setiap harta yang dimiliki jika ada.
KEPERCAYAAN KEPADA DEWA-
DEWA
Dewa Sengalang Burong,
Dewa Sempulang Gana,
Dewa Menjaya Manang
Dewa Anda Mara
Dewa Selampandai,
Dewa Biku
Dewa Inee/Andan
Komuniti Dayak percaya pada Bunsu Kree Petara akan membilang dari
satu hingga tujuh bila memulakan doa
Selepas makan malam, acara perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Tawak akan dipukul
untuk memanggil semua penghuni rumah panjang supaya datang duduk di ruai ketua rumah panjang
semua orang-orang utama akan duduk berbaris sepanjang di dinding ruai atas dalam upacara duduk
berbaris yang dipanggil "bedigir" oleh kaum Iban. Setelah itu, peraturan-peraturan khas dengan
hukumannya sekali akan diumumkan kepada semua hadirin supaya perayaan gawai berjalan dengan
lancar tanpa gangguan, pergaduhan dan malapetaka yang luarbiasa. Acara ini dipanggil "begeliga" oleh
kaum Iban.
Sebelum tibanya tengah malam, satu perarakan untuk menyambut kedatangan para dewa akan diadakan.
Tepat jam 12 malam pada 31hb Mei, sebuah gong akan dipukul untuk memberitahu semua orang
supaya bersedia dengan minuman panjang umur masing-masing. Mulanya semua hadirin
bersalaman untuk mengucapkan "Selamat Hari Gawai" dan diikuti oleh ungkapan pendek "Gayu-
guru, Ngerai-Nyamai dan Senang-lantang nguan menoa" yang bermaksud "Semoga panjang umur,
sihat walafiat dan murah rezeki ketika hidup di dunia".
Selepas tengah malam, suasana akan dimeriahkan lagi dengan acara pokok kehidupan, pertandingan
tarian tradisi seperti ngajat dan datun jalut, meminum tuak dan menyumpit serta permainan
bersukaria
PAKAIAN
LELAKI- memakai cawat sirat, baju burung, baju perisai kulit "gagong", topi
lelanjang (berhiaskan bulu burung merak dan kenyalang) dan hiasan perak
serta dilengkapi oleh sebuah perisai, sebilah parang dan tombak.
Badan kaum lelaki selalunya sudah diukir dengan corak-corak tradisi seperti
hidupan darat dan laut sebelum itu mengikut pengembaraan dan pengalaman
seseorang itu [4] atau diukir sementara waktu untuk acara ini
PEREMPUAN -memakai kain tenunan betating pada pinggang, perisai
tembaga (rawai tinggi) pada tubuh, selendang selampai, rantai laboh (marik
empang), sikat sugu tinggi, tali pinggang (lampit pirak), anting-anting perak
dan gelang-gelang perak pada lengan dan kaki.
TARIAN NGAJAT
Dipersembahankan semasa sambutan hari gawai ini
Tarian ngajat berasal daripada budaya mengayau pada dahulu kala di
mana para pengayau yang berjaya dialu-alukan dengan muzik tradisi dan
mereka yang gembira menari-nari meraikan kejayaan itu
This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA
PENUTUPAN HARI GAWAI
Pada akhir bulan Jun, majlis penutupan Gawai Dayak akan diadakan
dengan acara simbolik menggulung tikar yang dipanggil ngiling bidai oleh
kaum Iban. Acara ini merupakan majlis kecil atau sederhana di mana
jamuan diadakan, pokok ranyai yang lebih kecil boleh didirikan, diikuti
tarian ngajat dan tuak peruk mungkin dihidangkan. Tuak peruk disediakan
daripada hampas nasi pulut yang tinggal dalam tempayan setelah air
tuaknya hampir habis diminum. Jadi, tuak peruk selalunya berwarna putih.
Akhir sekali, sebuah tikar yang dipanggil bidai akan digulung untuk
menandakan berakhirnya perayaan Gawai Dayak.
Sekian, terima kasih