The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52376596, 2021-05-25 10:17:06

HARI WESAK

Hari Wesak1

Keywords: INFO WESAK

HARI WESAK
Sedikit info…

Hari Wesak (Tulisan Jawi: ‫ )هاري ويسک‬merupakan hari terpenting bagi penganut
agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan
Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha
Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, Waisak di Indonesia, dan Wesak
di Sri Lanka.

Wesak di Candi Borobudur
Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk
memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti
Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan
melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk
memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran
Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

• Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru
Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.

• Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha
untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.

• Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama
umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung
kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras" iaitu sebuah kitab suci bagi penganut agama Buddha
di seluruh dunia.

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati.

Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para
sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Budha di seluruh dunia.

Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga
peristiwa penting, iaitu:

1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya

pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Dalam mendalami lapan prinsip, para penganut agama Buddha perlu menahan diri dari kegiatan-
kegiatan tidak bermoaral dan aktiviti-aktiviti kegiatan asas yang tertentu. Ini termasuklah, mencuri,
mengeluarkan ucapan yang tidak baik, melakukan aktiviti seksual, menikmati tempat tidur yang
mewah dan banyak lagi. Selain mengikuti prinsip-prinsip ini, sambutan Hari Wesak juga sering
melibatkan upacara 'mandi' Buddha sebagai simbol penyucian, berpantang daripada memakan
daging, melakukan meditasi dan kerja-kerja amal juga diperbanyakkan.

Makanan Tradisional Hari Wesak

Para pengikut dan penganut Buddha hanya akan dihidangkan dengan makanan dan minuman
yang berasaskan sayur-sayuran di kuil di Hari Wesak. Tidak ada makanan tertentu yang
disyaratkan untuk boleh dimakan atau tidak pada perayaan Hari Wesak, tetapi penganut-
penganut Buddha hanya percaya bahawa mereka tidak harus memakan apa-apa sajian yang
berasaskan daging di hari sambutan. Perbuatan ini juga secara tidak langsung selari dengan
prinsip untuk menahan diri seseorang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan
pembunuhan.

Tradisi Sambutan Cuti Hari Wesak

Bagi Wesak Day Malaysia, banyak kuil-kuil di seluruh negeri di negara ini akan mengadakan
aktiviti-aktiviti amal istimewa dan khidmat sukarelawan, seperti memberi makan kepada
warga gelandangan, membuat kutipan wang derma untuk sumbangan bagi mereka yang
memerlukan dan pelbagai lagi perbuatan=perbuatan yang baik akan dijalankan. Pada hari
perayaaan, sami-sami Buddha yang berpakaian berwarna cerah akan membacakan sutra-
sutra mereka (ayat kitab suci Buddha) bersama-sama dan burung merpati akan dilepaskan
sebagai tanda kebaikan hati budi.

Para penganut dan pengikut agama juga akan turut serta dalam sesi doa serta menawarkan
bunga dan lilin bersempena perayaan Hari Wesak. Bunga dan lilin pada Hari Wesak adalah
antara perkara penting yang perlu disertakan untuk festival ini bagi mengingatkan kepada
semua pengikut agama Buddha bahawa segala-galanya di dunia ini bersifat sementara, dan
kehidupan juga boleh mengalami kerosakan dan kemusnahan. Serupa seperti bagaimana
bunga yang akhirnya akan menjadi layu dan lilin yang dibakar sendiri oleh api

DAH BACA…..TAHNIAH KERANA MEMBACA


Click to View FlipBook Version