The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL BMKV SEMESTER 1 - NASKHAH PELAJAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zulhisham Hasan, 2021-06-19 03:18:09

MODUL BM SVM SEMESTER 1

MODUL BMKV SEMESTER 1 - NASKHAH PELAJAR

2

Kata Alu-aluan

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Modul Bahasa

Melayu Semester 1 SVM untuk tenaga pengajar dan murid ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Modul ini dihasilkan berdasarkan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) Bahasa
Melayu. Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional ingin merakamkan setinggi-
tinggi ucapan terima kasih dan syabas kepada Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK BMKV)
selaku penggubal modul kerana telah menyumbang idea dan buah fikiran serta berjaya
menyusun dan menyempurnakan modul ini yang diharap mampu membantu tenaga pengajar
dan murid-murid, khususnya dalam menjalani proses PdPR terutama semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) ini.

Salah satu wahana dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan
ialah modul pengajaran dan pembelajaran. Modul yang baik ialah modul yang menarik, mudah
difahami, dan tidak membosankan serta memberi makna. Modul Semester ini merangkumi
rumusan dan karangan berdasarkan tema-tema yang terkandung dalam KSKV Semester 1.

Insya-Allah, pihak penggubal modul berhasrat untuk menerbitkan Modul Bahasa
Melayu mengikut semester yang merangkumi Sistem dan Aplikasi Bahasa serta Pemahaman
di samping Rumusan dan Karangan. Semoga dengan terbitnya Modul Bahasa Melayu SVM
Semester 1 ini diharapkan dapat membantu guru-guru dan meningkatkan pencapaian akademik
murid-murid di Kolej Vokasional, khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Sekian, terima kasih.

3

PANDUAN UMUM MENJAWAB
SOALAN KARANGAN
1. Karangan mestilah menepati tema dan arahan soalan.
2. Idea atau isi hendaklah relevan, dihuraikan dengan jelas, menarik dan matang.
3. Karangan mestilah mengandungi bahagian pendahuluan, isi dan penutup. Pemerengganan
pula harus seimbang.
4. Karangan mestilah menggunakan bahasa yang gramatis, kosa kata yang luas dan tepat.
5. Unsur bahasa yang digunakan mestilah bervariasi dan menggunakan ungkapan yang
menarik seperti peribahasa, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, dan kata-kata
hikmat.
6. Keseluruhan karangan mestilah memperlihatkan kematangan pelajar.
7. Karangan mestilah ditulis dengan tulisan yang kemas, bersih dan jelas.
8. Kepanjangan karangan mesti mematuhi jumlah patah perkataan yang ditetapkan.
9. Terdapat DUA bahagian soalan yang akan diuji dalam Penilaian Akhir (PA).
a. Semester 1 dan Semester 2 - Respons Terhad (Bahagian A)
b. Semester 3 - Respons Terbuka (Bahagian B)
c. Semester 4 - Bahagian A (Respons Terhad) dan Bahagian B (Respons Terbuka)

4

PANDUAN MENULIS KARANGAN
RESPONS TERHAD
1. Karangan respons terhad berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan.
2. Baca arahan soalan dengan teliti dan tentukan kehendak soalan.
3. Teliti semua bahan yang diberikan dan kenal pasti isi berdasarkan fokus yang terdapat
pada semua bahan yang disediakan.
4. Tulis karangan berdasarkan tugasan soalan.
5. Pastikan anda menulis karangan lengkap yang mempunyai kepanjangan sebagaimana
arahan soalan.
6. Setelah selesai menulis karangan, anda hendaklah membuat semakan tentang aspek
bahasa, terutama ayat, ejaan, imbuhan, dan tanda baca.
7. Karangan Semester 1 meliputi karangan jenis pendapat, surat kiriman tidak rasmi, surat
kiriman rasmi dan keperihalan.

5

LATIHAN 1
Karangan Respons Terhad

Tema – Kebersihan dan Kesihatan
Gambar dan grafik di bawah berkaitan pembuangan sampah di negara ini.
Huraikan pendapat anda tentang pembuangan sampah.
Panjangnya karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Empat teruna mengail haruan,
Haruan dikail di tengah paya,

Marilah kita menjaga kebersihan,
Buanglah sampah di tempatnya.

6

LATIHAN 2
Karangan Respons Terhad

Tema – Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Gambar dan maklumat di bawah berkaitan bangunan bersejarah di Malaysia.
Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan anda yang ingin mengetahui kepentingan
bangunan bersejarah di Malaysia. Balas surat rakan anda itu selengkapnya.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

BANGUNAN BERSEJARAH
DI MALAYSIA

7

LATIHAN 3

Karangan Respons Terhad
Tema – Sains, Teknologi dan Inovasi

Petikan dan grafik di bawah adalah sebahagian daripada maklumat berkaitan membeli –
belah secara dalam talian.

Huraikan pendapat anda tentang amalan membeli-belah secara dalam talian.

Panjangnya karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

sumber : www.pojiegraphy.com

8

LATIHAN 4

Karangan Respons Terhad
Tema – Pertanian, Penternakan dan Perikanan

Baca e-mel di bawah dengan teliti.
Anda dikehendaki menjawab e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.
Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Daripada [email protected]
Kepada [email protected]
Subjek Faedah-faedah Aktiviti Bercucuk Tanam Semasa PKP

Hannan,

Apa khabar awak di sana? Saya harap awak dan keluarga semuanya sihat.
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan,
kita sudah lama tidak dapat berjumpa. Kita hanya boleh menghabiskan waktu
yang terluang di rumah sahaja kerana jika keluar, kita akan terdedah kepada
bahaya virus COVID-19.

Sebenarnya, saya ingin menghabiskan waktu semasa PKP ini dengan
bercucuk tanam di belakang rumah saya. Saya tahu awak dan keluarga awak
telah lama bercucuk tanam pelbagai jenis tanaman. Bolehkah awak berkongsi
tentang faedah-faedah yang awak sekeluarga dapat daripada aktiviti bercucuk
tanam ini?

Saya akan menantikan balasan e-mel daripada awak. Saya dahulukan
dengan ucapan terima kasih atas maklumat-maklumat awak itu. Semoga kita
dapat berjumpa selepas tamatnya PKP ini nanti.

Sahabatmu,
Aisyah Sufiyya

9

LATIHAN 5

Karangan Respons Terhad
Tema - Keselamatan

Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan sebahagian masalah anjing yang berkeliaran
di kawasan perumahan anda.

Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa
tempatan untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan perumahan
anda tentang masalah anjing liar dan cadangkan tindakan yang perlu diambil.

Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

MASALAH ANJING BERKELIARAN

04 Januari 2018

Jabatan Veterinar
akan denda pemilik
biarkan anjing
berkeliaran

KUCHING: Jabatan Veterinar
Sarawak tidak akan berkompromi
lagi dengan pemilik anjing yang
membiarkan haiwan peliharaan
mereka berkeliaran, dengan
mendenda mereka mulai
sekarang.

10

LATIHAN 6
Karangan Respons Terhad

Tema - Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Gambar dan grafik di bawah adalah sebahagian daripada maklumat berkaitan sambutan
kemerdekaan di sekolah.
Perihalkan sambutan hari kemerdekaan di sekolah anda.
Panjangnya karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

11

PANDUAN UMUM
MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

1. Baca arahan soalan serta teliti semua bahan yang disediakan.
2. Tema atau isu serta kata kunci tidak dinyatakan dalam soalan. Oleh itu, baca dan teliti

semua bahan yang disediakan bagi mengenal pasti tema dan fokus perbincangan.
3. Fokus dan isi rumusan perlu menyentuh semua bahan yang disediakan.
4. Bahan yang disediakan boleh terdiri daripada bahan petikan dan bahan grafik. Contohnya,

dua petikan, satu petikan dengan satu bahan grafik atau satu petikan dengan lebih daripada
satu bahan grafik.
5. Fokus perbincangan mungkin berkaitan dengan ciri-ciri, punca, kesan, peranan, cara
mengatasi, atau halangan mengatasi isu tersebut.
6. Biasanya terdapat dua fokus pada Bahan 1- Petikan, manakala satu fokus lain pada Bahan
2. Berkemungkinan, terdapat juga bahan yang berbeza tetapi menyentuh fokus yang sama.
7. Pendahuluan rumusan boleh mengandungi dua atau lebih fokus berkaitan isu yang
dibincangkan.
• Fokus 1 - aspek perbincangan yang pertama
• Fokus 2 - aspek perbincangan yang kedua
• Fokus 3 - aspek perbincangan yang ketiga
• Mulakan menulis rumusan dengan frasa – Bahan / Rumusan membincangkan ... fokus

1 + fokus 2 + ... isu/tema perbincangan ( Dua Fokus )
• Mulakan menulis rumusan dengan frasa – Bahan / Rumusan membincangkan ... fokus

1 + fokus 2 + fokus 3 + ... isu/tema perbincangan ( Tiga Fokus )
9. Dua atau tiga isi boleh digabungkan dalam satu ayat untuk menjimatkan perkataan. Jumlah

isi bagi gabungan semua bahan dan fokus ialah lapan isi.
10. Ayat isi yang lengkap mestilah terdiri daripada subjek dan predikat. Huraian dan contoh

tidak perlu diambil. Jawapan rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
11. Kesimpulan rumusan perlu mengandungi dua elemen, iaitu:

• Bahagian 1 - cadangan (contoh : haruslah, hendaklah, perlulah)
• Bahagian 2 - harapan/kesan daripada cadangan (contoh : supaya, agar)
• Mesti masukkan TEMA / ISU yang dibincangkan.
• Kesimpulan ditulis dalam satu ayat.
12. Jumlah markah rumusan ialah 30 markah. Markah isi (20 markah) dan markah bahasa
(10 markah)
13. Markah bahasa dinilai secara holistik.
(Cemerlang 8-10, Baik 5-7, Sederhana 3-4, Lemah 1-2)

12

LATIHAN 1

Rumusan
Tema : Perpaduan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dalam usaha
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak negara di dunia mencontohi
Malaysia sebagai negara yang harmoni walaupun rakyatnya berlainan bangsa, agama dan
budaya. Dalam usaha mengekalkan keharmonian dan kemakmuran antara kaum, seluruh
masyarakat Malaysia perlu memainkan peranan penting menjadi penggerak utama agar
pembangunan ekonomi negara terus stabil dan konsisten.

Semangat perpaduan juga perlu dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia sejak di
bangku sekolah lagi dengan cara mengukuhkan semangat jati diri dalam kalangan pelajar
berbilang kaum. Sistem pendidikan merupakan medium penting untuk mengekalkan perpaduan
kaum melalui pelbagai mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Penghayatan perpaduan serta
sejarah negara, diharap akan lahirnya generasi muda yang matang lagi bertanggungjawab.
Dalam hal ini guru harus bertanggungjawab menerapkan nilai murni dalam diri setiap pelajar
agar menghormati orang lain walaupun berlainan agama dan kepercayaan.

Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi
mengekalkan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling
menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Melalui sambutan
pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari
Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk rakyat mengenali budaya dan adat resam
sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Kesatuan demi keharmonian
ini merupakan keunikan yang boleh memperteguh lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi
penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan disegani.
Amalan menganjurkan rumah terbuka bagi setiap perayaan, menjadi wadah untuk meraikan
perpaduan kaum melalui amalan ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan
sebagai budaya harian kita.

Perpaduan kaum penting untuk mengukuhkan lagi ekonomi negara melalui penglibatan
semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara
faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.
Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan
harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi
yang boleh menjejaskan pembangunan negara.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Perpaduan Kaum Tonggak Keharmonian Kaum’

Berita Harian Online, Ogos 2019.

13

LATIHAN 2

Rumusan
Tema – Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kesetiaan kepada negara merupakan suatu ungkapan simbolik yang perlu ada ada
dalam diri setiap rakyat. Namun, sejak akhir-akhir ini rasa cinta terhadap negara kurang
dihayati oleh sebilangan masyarakat. Hal ini berpunca daripada sikap kita yang tidak
menyanjung tinggi bahasa kebangsaan seperti menggunakan bahasa rojak dalam percakapan
seharian. Di samping itu, sudah banyak rungutan bahawa anggota masyarakat kurang
memberikan tumpuan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas. Sikap itu
memperlihatkan kita sendiri kurang patriotik terhadap bahasa kebangsaan.

Selain itu, satu persoalan lain yang hangat diperkatakan ialah masalah rasuah yang
didakwa berlaku di negara kita. Amalan rasuah yang semakin menular ini mengikis kesetiaan
kepada negara . Hal ini dikatakan demikian kerana amalan rasuah akan menjejaskan imej dan
reputasi negara di mata dunia. Seterusnya, sikap masyarakat hari ini yang materialistik
menyebabkan mereka alpa akan kesetianegaraan. Pada masa ini, agensi kerajaan dan rakyat
kurang menggembleng tenaga untuk menghidupkan norma kesetianegaraan itu semula.
Tambahan pula, generasi pascamerdeka tidak begitu menghayati semangat hari kebangsaan.
Ramai daripada mereka tidak memahami pengertian hari kebangsaan. Perkara ini akan
menghakis rasa kesetianegaraan dalam kalangan golongan pewaris ini.

Gerakan bahasa kebangsaan secara berterusan dan kempen cinta akan negara perlu
diperluaskan untuk mengatasi masalah kesetianegaraan yang semakin membimbangkan. Pihak
Kementerian Pendidikan juga boleh menjadikan semangat patriotisme sebagai salah satu
komponen dalam sukatan pelajaran. Di samping itu, pihak sekolah sendiri perlu merancang
pelbagai aktiviti untuk memupuk semangat kesetianegaraan kepada pelajar. Kita harus ingat
bahawa rasa kesetianegaraan sebagai salah satu jati diri bangsa kita yang terdiri daripada
pelbagai kaum, agama, dan kebudayaan. Jika rasa kesetianegaraan dapat disebatikan dalam
jiwa setiap rakyat, sudah tentu perpaduan rakyat menjadi lebih kukuh dan utuh.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Suburkan Perasaan Kesetianegaraan’

oleh Abdul Samad,
Utusan Malaysia

14

LATIHAN 3

Rumusan
Tema : Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

“Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba, dia dicemar manusia, yang jahil ketawa.”
Begitulah antara bait lagu Hijau dendangan Zainal Abidin yang jelas menunjukkan bahawa
bumi kini kehilangan hutan semula jadi yang menjadi habitat flora dan fauna. Hal ini dikatakan
demikian kerana terdapat sebilangan masyarakat melakukan penebangan hutan secara
berleluasa. Ekosistem dan ekologi alam semula jadi akan terganggu disebabkan aktiviti-aktiviti
manusia yang tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan.Selain itu, cuaca juga akan
menjadi panas dan kering kesan daripada tindakan ini dan habitat semula jadi yang amat
bernilai turut musnah.

Penyelesaian permasalahan alam sekitar memerlukan komitmen yang tinggi daripada
semua pihak dan perlu ditangani secara bersama. Setiap lapisan masyarakat seharusnya
menyuburkan amalan gaya hidup yang mengutamakan penggunaan sumber secara berhemah
demi memulihara alam sekitar. Hutan yang menjadi sumber ekonomi negara juga perlu
dipulihara dan diurus dengan baik untuk memastikan kelangsungan peranan serta
sumbangannya kepada kesejahteraan manusia sejagat. Oleh itu, kerajaan negeri dan pihak
berkuasa tempatan perlu menghentikan kegiatan pembalakan haram untuk mengelakkan
kejadian yang lebih buruk berlaku.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyelamatkan sungai di negara kita, antaranya
mengadakan Kempen Cintai Sungai secara bersepadu di seluruh negara. Dengan berbuat
demikian, orang ramai sentiasa diingatkan tentang pentingnya menjaga sungai. Skop
pendidikan di sekolah tentang alam sekitar juga perlu diperluas dalam usaha mendidik generasi
muda agar menyedari kepentingan sungai.

Kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal . Kawasan hutan ini bukan
sahaja menjadi habitat kepada haiwan, malah berperanan sebagai muzium hidup yang
memaparkan kehidupan alam semula jadi yang perlu dipelihara. Kempen kesedaran pada
peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan masyarakat awam perlu ditingkatkan.
Pelaksanaannya memerlukan kerjasama setiap individu, sektor swasta serta pertubuhan bukan
kerajaan.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Tanggungjawab Pulihara Alam Sekitar’

Berita Harian Online, Mac 2021

15

LATIHAN 4

Rumusan
Tema : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kini, terdapat pelbagai jenis kad kredit yang semakin mendapat sambutan dalam
kalangan masyarakat, ditambah pula prosedur untuk memohon kad kredit sangat mudah.
Malah, ada syarikat pengeluar kad kredit membuat promosi di pusat-pusat beli-belah untuk
menawarkan kad kredit kepada orang awam. Pengguna kad kredit tidak perlu membawa wang
yang banyak apabila mereka keluar berbelanja. Para pemegang kad kredit hanya perlu
menurunkan tandatangan di atas slip pembelian. Di samping itu, pengguna kad kredit boleh
mengelakkan berlakunya kes ragut. Biasanya pengguna akan lebih selesa menggunakan kad
kredit daripada wang tunai kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah
untuk digunakan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.

Pengguna kad kredit juga biasanya berasa lebih selamat memgunakan kad kredit
kerana penggunaan kad kredit dapat disekat sekiranya kad tersebut hilang. Pengguna hanya
perlu menghubungi pihak bank untuk menyekat sebarang transaksi. Selain itu, pengguna kad
kredit tidak perlu membuat tukaran wang asing apabila mereka melancong ke luar negara. Hal
ini tidak perlu sekiranya menggunakan kad kredit kerana penukaran nilai mata wang asing akan
dilakukan secara terus setiap kali kad kredit tersebut digunakan. Kad kredit juga boleh
digunakan untuk membuat pembelian melalui Internet. Hal ini akan menjimatkan masa kerana
mereka boleh mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu bersusah payah ke pusat beli-belah.
Pengguna juga boleh membuat tempahan tiket penerbangan dalam talian dan harga tiket akan
dicaj pada kad kredit tersebut.

Di samping kemudahan yang dinikmati, mereka juga sering menghadapi masalah
kerana tidak semua para peniaga mahu menerima pembelian secara kredit. Selain itu, pengguna
kad kredit lebih cenderung untuk berbelanja berlebihan. Situasi ini menjadi punca ramai
golongan pertengahan terutamanya orang muda diisytiharkan muflis. Institusi kewangan yang
merupakan pengeluar kad kredit akan dikenakan faedah sekiranya jumlah yang digunakan
gagal dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Kadar faedah yang agak tinggi menyebabkan
hutang semakin bertambah.

Sebagai kesimpulannya, para pemegang kad kredit tidak sepatutnya berasa bangga
dengan ‘wang plastik’ yang dimiliki. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kad kredit
mempunyi banyak kebaikan tetapi perlu diingatkan bahawa ketelanjuran menggunakan kad
tersebut menyebabkan si pemilik terjebak dalam kancah hutang yang berpanjangan dan tidak
berkesudahan.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kad Kredit dan Masa Depan Orang Muda’,

oleh Shafiqah Muhidin,
Jurnal Academia Bil 1 2018,

16

1. ENCIK AHMAD AZAN BIN AB. LATIF - KV WAKAF TEMBESU (K)
2. PUAN MAZNAH BINTI CHE MAT - KV SUNGAI PETANI 2
3. PUAN HAJAH ROHANAH BINTI KAMARUDIN - KV DATUK SERI MOHD ZIN
4. ENCIK KAMARUL BAKRI BIN ABDULLAH - KV PASIR MAS
5. PUAN LATIFAH BINTI ABDUL MUTALIB - KV LEBUH CATOR
6. PUAN HINDON BINTI IBRAHIM - KV KERIAN
7. ENCIK ZULHISHAM BIN HASAN - KV MUADZAM SHAH
8. ENCIK MOHD SAAD BIN ADAM - KV KLUANG

17


Click to View FlipBook Version