Bagaimana
Menyentuh
Hati?
At-Thariq Ilal Qulub
Kata Pengantar
Dr. Al-Habr YusufNur Ad-Daim
Buku yang berada di hadapan para pembaca ini — Ath-Thariq ila Al-Quluub—
adalah karya Syaikh Abbas Hasan As-Siisi, seorang tokoh da'i yang mempunyai banyak
pengetahuan dan pengalaman tentang rahsia hati.
Jika Anda bertemu dengan beliau, Anda akan tertarik dengan akhlaknya yang
sangat baik, raut wajahnya yang ceria dan bersahabat, serta sorot matanya yang
menyejukkan. Itu jugalah yang saya alami tatkala pertama kali bertemu dengan
beliau. Anda pun akan langsung menyukainya jika Anda bertemu dengannya.
Semakin lama Anda bergaul dengannya, maka semakin dalam pula rasa suka Anda
terhadapnya, kerana Anda akan mengetahui bahawa beliau adaiah orang yang penuh
dengan pengalaman dan sibuk dalam dakwah, sehingga seakan-akan tidak mempunyai
waktu lagi untuk mengurus permasalahannya sendiri dan permasalahan anak-
anaknya.
Semua pemuda yang berjuang di jalan dakwah merasakan belaian kasih sayangnya.
Beliau menganggap mereka semua sebagai anak-anaknya sendiri dan mereka pun
menganggapnya sebagai orang tua sendiri, sehingga timbullah saling pengertian dan
saling berbagi rasa. Jika beliau berada di antara mereka, beliau akan menjadi
sebahagian dari mereka, hampir-hampir tidak bisa dibezakan. Sifat tawadhu'nya sangat
tinggi.
Ungkapan saya ini bukan kerana sikap ghuluw terhadap beliau dan bukan pula
bermaksud menyucikan beliau dari kesalahan (wa laa uzakki 'alallahi ahada), Akan
tetapi, saya ingin agar para pemuda melihat kehidupan generasi pertama hasil didikan
Asy-Syahid Hasan Al-Banna —semoga Allah memasukkan beliau ke dalam syurga-
Nya— agar mereka mengetahui dampak positif dan tarbiyah qur'aniyah dalam
membentuk pejuang-pejuang dakwah.
Generasi pertama itu benar-benar telah mengetahui rahsia hati manusia. Oleh
kerananya, langkah yang mereka tempuh memang diorientasikan untuk membersihkan
www.dakwah.info