The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

35. Nasih Ulwan - Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Baitul Hikmah, Sek. Men. Al-Islah, Sg. Petani, 2020-11-09 01:06:56

35. Nasih Ulwan - Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

35. Nasih Ulwan - Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

Dengan itu mereka telah mengambil keputusan untuk berperang. Mereka membentuk
tentera dan mengadakan persiapan peperangan serta bersatu di bawah satu panji
sehingga mereka berupaya menghapuskan Islam -menurut tanggapan mereka-,
menghapus umat Islam hingga ke akar umbinya. Hasilnya mereka tidak akan bangkit
kembali walaupun sebentar.!!

Tetapi mereka yang dengki terhadap Islam itu telah menerima kekalahan, kehinaan dan
keaiban di dalam peperangan Salib yang berturut-turut... dalam perang Hittin di tangan
pahlawan yang terkenal Solahuddin al-Ayyubi. Mereka telah ditewaskan dengan teruk
dan telah kembali ke negara mereka dengan penuh penyesalan.

Serangan demi serangan yang hebat ini telah menguatkan keimanan, keberanian,
keazaman dan keyakinan umat Islam kepada agama mereka dan pertolongan Allah. Ini
disebabkan seruan Allahu Akbar adalah laungan mereka, jihad adalah jalan mereka dan
mati syahid di jalan Allah adalah setinggi cita-cita mereka...

***

Adakah musuh memikirkan uslub yang

lain?______________________________

Ya! Setelah gagalnya uslub besi dan api (peperangan bersenjata) untuk menghancurkan
kesatuan Umat Islam, setelah tewasnya tali barut angkatan Salib di hadapan tentera
Solahuddin al-Ayyubi, musuh-musuh Islam telah berfikir sekali lagi mencari uslub baru
yang akan digunakan untuk memerangi Islam. Mereka memikirkan apakah wasilah
yang boleh menjadikan Daulah Islamiah yang berada di bawah satu khalifah berpecah
kepada kerajaan-kerajaan kecil dan umatnya berpecah-belah, menukar sistem dan
perundangan Islam kepada sistem dan perundangan ciptaan manusia dan mengubah
akhlak Umat Islam yang terpuji kepada akhlak yang keji dengan menjadikan mereka
sebagai `pak turut' secara membuta tuli... Mereka terus berusaha sehingga mereka
berjaya mencapai tujuan mereka menyekat penyebaran Islam, memecah belah kesatuan
umat Islam dan merosakkan akhlak pemuda dan pemudi serta menanam benih
kemulhidan ke dalam jiwa generasi Muslim.

Di sini saya ingin menerangkan kepada kamu -wahai pemuda- bagaimana bermulanya
perancangan jahat terhadap umat Islam? Dan di manakah ia akan berakhir? Kemudian
kita akan terus memaparkan perancangan-perancangan yang terpenting yang di susun
oleh penyeru serangan pemikiran” untuk memerangi Islam, mengsekularkan negara
Islam, memalingkan generasi Muslim dari badan-badan yang dibentuk untuk
mempertahankan Islam dan berjihad dan menanam benih fahaman mengharuskan
semua perkara dan mulhid kepada Umat Islam di setiap tempat.

Kisah kehilangan khilafah sebagaimana yang diabadikan oleh sejarah.

Bagaimana bermulanya perancangan jahat tersebut?.
Ia bermula dengan perancangan melenyapkan khilafah yang menjadi simbol kesatuan
umat Islam dan kekuatan politik mereka di dunia.

Sesungguhnya kuasa penjajahan yang terdiri daripada Britain, Perancis, Itali, Yunan...
dan berselindung di sebaliknya Yahudi sedunia merupakan dalang kepada usaha
pelenyapan khilafah, pemisahan agama daripada negara dan pemecah-belah kesatuan
umat Islam. Mereka telah memainkan peranan yang besar di dalam usaha tersebut

dengan menyuburkan fahaman kebangsaan arab di dalam jiwa umat Islam Arab dan
fahaman kebangsaan Turaniah Turki di dalam jiwa orang-orang Turki.

Dengan perancangan jahat ini mereka mampu memisah dan menanam fahaman
asabiyah jahiliyah kepada kedua-dua bangsa Islam ini. Dengan berlalunya masa, bangsa
Arab mula memandang saudara-saudara mereka bangsa Turki sebagai tali barut
penjajah. Mereka menyembunyikan niat jahat dan menyusun berbagai bentuk
perancangan terhadap saudara mereka. Charles Duty di dalam bukunya “Perjalanan di
negara-negara Arab” telah menyatakan bahawa permusuhan antara Arab dan Turki
merupakan perancangan Inggeris yang telah menimbulkan semangat kebangsaan di
antara mereka untuk membolehkannya menguasai Semenanjung Tanah Arab. Ia
terkenal dengan politik `pecah dan jajah'.

Adakah kamu mengetahui -wahai pemuda- siapakah yang berperanan melaksanakan
perancangan ini?

Sesungguhnya mereka adalah anggota ‘Pertubuhan Kesatuan Pembangunan’. Mereka
telah bangun memerangi khilafah hasil dorongan negara-negara bersekutu penjajah.
Mereka telah tunduk dan menyerahkan rahsia dan penyusunan mereka kepada
Freemason. Freemason ini -wahai pemuda- tidak lain melainkan ciptaan Yahudi. Ia
diwujudkan di dunia Islam dengan tujuan mendirikan negara Israel di Palestin,
menghapuskan khilafah, memisahkan agama dari negara dan memecah kesatuan umat
Islam... Semua itu dicapai dengan usaha supaya penduduk tempatan yang mempunyai
kedudukan, kuasa dan kekayaan bergabung dengannya. Sehingga apabila mereka
sampai ke peringkat anggota yang bekerja dan dipercayai di dalam pertubuhan
Freemason sedunia, mereka akan melaksanakan perancangan Freemason dengan
sepenuhnya di negara Islam.

Sheikh Muhammad Rasyid Redha berkata di dalam majalah al-Manar, Sultan Abdul
Hamid merupakan musuh kepada pertubuhan Freemason. Beliau telah menentang
Freemason. Pertubuhan ini mempunyai pengaruh yang besar di dalam beberapa
rampasan kuasa politik yang telah berlaku di Eropah. Di antaranya ialah Revolusi
Perancis dan rampasan kuasa menggulingkan khilafah Othmaniah.”

Muhammad Rasyid Redha mendedahkan bahawa pimpinan pertubuhan Freemason
telah berusaha sedaya mungkin mengembangkan fahaman mereka di kalangan
panglima-panglima tentera untuk menyusun perancangan-perancangan jahat dan
mengadakan revolusi menentang agama. Beliau berkata: “Sesungguhnya semua
pimpinan itu adalah anggota pertubuhan Freemason. Mereka berusaha bersungguh-
sungguh menyebarkannya dan menjadikan pegawai serta pemimpim kerajaan sebagai
anggotanya. Begitu juga mereka menyebarkannya di kalangan panglima-panglima
tentera sebagai persediaan untuk memisahkan antara agama dan negara.”

Pergerakan ‘Pertubuhan Kesatuan Pembangunan’ bergerak secara senyap dan rahsia. Ia
menyebarkan fikrah dan memainkan peranannya di kalangan tentera. Ia melaksanakan
perancangan secara rahsia dan berhati-hati. Sehingga pada tahun 1908 ia berjaya
menjauhkan khilafah daripada kerusi kehakiman dan memberikan kepadanya
kekuasaan hanya dibidang keagamaan -sebagai marhalah pertama- yang pada
hakikatnya tidak mempunyai apa-apa kuasa. Peristiwa ini berlaku selepas revolusi
kebangsaan yang memisahkan pentadbiran negara daripada agama.

Adakah kamu mengetahui -wahai pemuda- siapakah yang menyampaikan kepada
khalifah -pada tahun 1908- tentang pemecatannya.?

Dia adalah Corroh Sho seorang Yahudi berfahaman Freemason yang dipilih sebagai naib
presiden.

Memang benar, dia adalah seorang Yahudi berfahaman Freemason dan telah mengadap
Sultan Abdul Hamid sebagai wakil Yahudi sebelum mengiklankan perlembagaan di
Turki. Beliau mengharapkan supaya baginda memudahkan perpindahan orang-orang
Yahudi ke Palestin dengan memberikan hadiah kepada Sultan bernilai 5 juta pound dan
sebanyak 50 juta Pound untuk perbendaharaan negara. Sultan Abdul Hamid amat
marah di atas sogokan yang keji itu. Sesungguhnya Yahudi yang dengki itu ingin
menyampaikan sendiri pemecatan tersebut untuk melepaskan kemarahan dan
kedengkiannya.

Tetapi perancangan jahat itu tidak dapat mencapai matlamatnya secara lebih jauh.
Khilafah Islamiah masih lagi wujud. Berjuta-juta umat Islam di Timur dan Barat masih
lagi bergantung kepadanya dari segi ruh, akidah dan daulah yang menjadi simbul
kesatuan dan tanda kekuatan mereka.

Dengan ini, kuasa penjajahan Yahudi perlu menyediakan di dalam negara Islam
sekumpulan pengkhianat yang bekerja... untuk memainkan peranannya menghapuskan
khilafah, memisahkan antara agama dan negara, memecah belahkan kesatuan umat
Islam dan menghapuskan segala sistem dan suasana keliling yang mempunyai
hubungan dengan al-Quran dan Islam.

Adakah kamu mengetahui -wahai pemuda- siapakah yang melaksanakan semuanya
ini?.
Dia adalah Kamal Atarturk dan Ismat Inono. Mereka berdualah yang telah melakukan
jenayah yang besar ini. Mereka berdua yang mengesyorkan kepada Majlis Umat Turki
pada tahun 1924 supaya mengambil ketetapan menghapuskan khilafah, mengiklankan
syiar sekular dan memisahkan antara agama dan negara.

Di antara apa yang diperkatakan oleh keduanya: “Sesungguhnya kita akan
memusnahkan setiap khalifah yang cuba campur tangan di dalam urusan negara atau
memikirkan perkara tersebut”.

Kepadamu -wahai pemuda-, inilah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kuasa
penjajah kepada Atarturk di dalam Perjanjian Luzon.
Wakil pihak penjajah di dalam perjanjian ini ialah Carazon, Menteri Luar Britain.
Wakil Turki pula di dalam perjanjian ini ialah ketua perwakilannya ke Luzon, Ismat
Inono.

Isi kandungan perjanjian yang disyaratkan oleh Carazon untuk mengiktiraf
kemerdekaan Turki adalah seperti berikut:

1. Menghapuskan khilafah secara keseluruhannya dan mengusir khalifah keluar
negeri serta merampas hartanya.

2. Pengumuman kesekularan negara. Maknanya: memisahkan antara agama dan
negara.

3. Turki hendaklah memberi jaminan akan melumpuhkan segala pergerakan anasir-
anasir Islam yang masih ada.

4. Perlembagaan kerajaan Othmani yang terbina di atas asas Al Quran hendaklah
ditukar kepada perlembagaan sivil sepenuhnya.
Semuanya berlaku pada tanggal 4 Febuari 1922M.

Selepas itu, Kamal Atarturk telah melaksanakan apa yang dikehendaki oleh penjajah
yang didalangi oleh Yahudi. Usaha menghapuskan khilafah tidak memakan masa yang
lama sehingga terhapusnya mahkamah syariah dan wakaf. Pada tahun 1925 beliau telah
mengeluarkan undang-undang penghapusan pakaian secara Islam dan berusaha
menyebarkan pakaian Barat serta mewajibkan memakai topi (yang selalu di pakai oleh
orang barat). Dia juga telah menggantikan ucapan salam (As-Salamu Alaikum) dengan
menundukkan kepala atau mengangkat topi (cara Barat menghormati).

Pada tahun 1928 beliau telah menghapuskan pembelajaran ilmu-ilmu syariat Islam dan
menggantikan bacaan al-Quran dan azan dengan bahasa Turki. Beliau menyamakan
pembahagian harta pesaka antara lelaki dan perempuan, menghapuskan sistem
poligami, menggantikan huruf arab dengan huruf latin dan menggantikan hari cuti pada
hari Jumaat dengan hari Ahad... dan banyak lagi perubahan yang dilakukan.

Selepas Atarturk melaksanakan kerja-kerja pengkhianatan tersebut, negara-negara
bersekutu telah mengiktiraf kemerdekaan negara Turki. Britain telah berundur dari
Istanbul dan tempat-tempat lain.

Kesan daripada itu, salah seorang ahli parlimen Britain telah membangkang Menteri
Luar di majlis parlimen Britain kerana mengiktiraf kemerdekaan Turki. Beliau segera
menjawab; “Pada hakikatnya Turki telah lenyap dan tidak ada lagi di dunia ini kerana
kita telah memusnahkan kekuatan maknawi yang ada padanya iaitu ‘Khilafah dan
Islam’.” Begitulah salibiah, orang-orang Yahudi, pertubuhan Freemason dan kuncu-
kuncunya bekerjasama meruntuhkan keperibadian Islam yang dapat dilihat pada
kewujudan khilafah, kesatuan dan Islam itu sendiri. Kuasa yang bersatu ini berjaya
campur tangan dan meneguhkan kedudukan mereka di negara Islam. Mereka telah
menukar kemuliaan penduduknya kepada kehinaan.

- Sekiranya umat Islam ketika itu -wahai pemuda- berada di dalam keadaan sedar dan faham,
berhati-hati, mengikuti dan meneliti peristiwa-peristiwa yang berlaku, di mana musuh-musuh
merancang dan mengadakan tipu daya...
- Sekiranya mereka memahami dengan kefahaman yang sohih terhadap Kitab Allah; perkara yang
disuruh menerima dan memberi, dan perkara-perkara yang diajar berhubung dengan ilmu dan
kemajuan serta persediaan dan kekuatan yang disuruh olehnya...
- Sekiranya mereka terus menerus berada di jalan jihad, mengorbankan semua perkara samada
mahal atau murah untuk memuliakan agama Allah dan mengembalikan kemuliaan Islam...
- Begitu juga sekiranya mereka berada di bawah pimpinan Islam yang satu, melaksanakan arahan,
bersatu di bawah panji-panjinya dan memberikan bai’ah yang sebenarnya kepada amir...

Sekiranya umat Islam berada di dalam keadaan tersebut, mereka tidak akan ditimpa
kecelakaan dan musuh tidak akan menguasai mereka. Mereka juga tidak akan menjadi
suapan yang lazat ke dalam mulut-mulut musuh dan tidak akan terjerumus ke jurang
kecelakaan. Sesungguhnya Allah tidak menzalimi mereka, tetapi merekalah yang
menzalimi diri mereka sendiri.

***

Perancangan empat
musuh_______________________________________________

Tetapi, adakah musuh Islam berpada dengan hanya menghapuskan khilafah,
memisahkan antara agama dan negara, memecah belahkan umat Islam... atau mereka

masih meneruskan usaha-usaha memerangi Islam dan Umat Islam dari segi akidah dah
pemikiran di negara mereka?.

Pada hakikatnya, musuh-musuh Islam yang terdiri daripada gerakan Misionary,
Orientalis, kuasa penjajah, Komunis dan Yahudi... sentiasa bekerja siang malam kerana
tujuan yang satu iaitu mengeluarkan Muslim daripada agama Islam atau paling kurang
menimbulkan keraguan di dalam akidah dan membebaskan mereka dari kawalan dan
dasar-dasar akhlak.

Permusuhan dan tipu daya terhadap Islam ini terbentuk di dalam empat perancangan:
1. Perancangan Komunis.
2. Perancangan Salibiah.
3. Perancangan Yahudi dan Freemason.
4. Perancangan egen-egen di negara Islam.

Saya akan membincangkannya -wahai pemuda- satu persatu secara terperinci supaya
kamu mengetahui dengan baik apakah yang mereka hendak lakukan kepada kamu dan
apakah yang mereka rancang terhadap generasi Islam? Allahlah tempat meminta
pertolongan dan kepadaNyalah kita bertawakkal.

***

Perancangan Komunis.

Di dalam salah satu risalah rahsia yang disiarkan oleh majalah “Kalimatul Hak” pada
bulan Muharram tahun 1387 Hijrah (April 1967), perancangan yang menggerunkan
untuk menghapuskan Islam telah disediakan oleh komunis di Moskow dan diberikan
kepada hamba-hamba mereka di salah sebuah negara Islam arab untuk dilaksanakan
dan mereka telah melaksanakannya dengan teliti.

Sekarang kami bawa dengan penuh amanah daripada majalah `Kalimatul Hak' beberapa
perancangan Komunis untuk menghentam Islam di negara kamu.
Rencana itu berbunyi:

- Berdamai dengan Islam sehingga kita dapat menguasainya. Berdamai buat sementara
waktu juga bertujuan menjamin penguasaan kita terhadapnya dan mengajak bangsa
arab kepada fahaman sosialisme.
- Menjatuhkan maruah pendokong-pendokong agama dan para pemerintah yang
berpegang teguh dengan agama serta menabur fitnah bahawa mereka merupakan agen-
agen penjajah dan zionis.
- Meluaskan pengajian sosialisme di semua sekolah, maktab dan universiti di setiap
peringkat... dan memerangi Islam serta mengepungnya sehingga ia tidak menjadi satu
kuasa yang menggugat fahaman sosialisme.
- Berusaha supaya tidak terbentuk gerakan Islam di dalam negara walaupun gerakan
yang lemah. Sentiasa memerhati apa jua bentuk kebangkitan berbentuk keagamaan dan
mengambil tindakan keras walaupun membawa kepada maut terhadap sesiapa sahaja
yang menyeru kepada agama.
- Kita tidak menafikan bahawa agama mempunyai peranan penting di dalam
membentuk masyarakat. Oleh sebab itu kita perlu memeranginya dari segenap sudut
dan di setiap tempat, melemparkan tuduhan dan menjauhkan manusia daripadanya
dengan menggunakan cara yang tidak menampakkan permusuhan terhadap Islam.
- Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis yang mulhid menghentam
agama, dan syiarnya serta keberanian yang berlandaskan kepada ruh agama. Begitu juga

menanam fikrah bahawa peranan Islam telah berakhir dan yang kekal pada hari ini
hanyalah ibadat-ibadat tertentu sahaja iaitu puasa, sembahyang, haji, nikah dan talak.
Kita akan meletakkan semua ini di bawah kawalan sistem sosialisme.

Rencana itu juga menyebut :-

- Memutuskan ikatan berbentuk keagamaan di antara bangsa-bangsa Islam secara total
yang merupakan sebesar-besar bahaya kepada sosialisme dan menggantikannya dengan
ikatan sosialisme.
- Sesungguhnya menguraikan ikatan agama dan menghapuskannya tidak akan berhasil
dengan meruntuhkan masjid dan gereja kerana ugama adalah bertapak di dalam
sanubari. Yang di kehendaki ialah menghancurkan sanubari yang berpegang teguh
dengan agama. Menghancurkan agama di dalam sanubari umat Islam tidaklah menjadi
susah apabila kita telah berjaya menjadikan hukum dan ketuanan di tangan sosialisme
dan setelah kita berjaya menyebar luaskan perkara-perkara yang meruntuhkan agama
seperti novel, drama, filem, ceramah, akhbar dan tulisan-tulisan yang
memperdagangkan kemulhidan, memperolok-olokkan agama dan penganutnya dan
menyeru kepada sains semata-mata serta menjadikannya sebagai tuhan yang berkuasa.
- Menipu orang-orang Kristian dengan mendakwa bahawa al-Masih adalah seorang
sosialis dan imam sosialisme. Beliau seorang yang fakir, daripada keluarga yang fakir,
pengikutnya terdiri dari orang-orang fakir dan beliau menyeru supaya memerangi
orang-orang kaya. Kita berkata pula kepada umat Islam tentang Muhammad; Beliau
adalah imam sosialisme, seorang fakir dan pengikutnya adalah orang-orang fakir. Beliau
memerangi orang-orang kaya yang memonopoli kekayaan, feudalis dan pengamal riba’.
Melalui cara ini kita perlu menggambarkan bahawa para nabi dan rasul adalah manusia
biasa dengan menafikan wahyu, kesucian ruh dan mukjizat daripada mereka.
- Menyibukkan orang ramai dengan syiar sosialisme dan tidak memberikan kepada
mereka peluang untuk berfikir. Menyibukkan mereka dengan lagu-lagu kebangsaan dan
pertubuhan-pertubuhan politik... dan meletakkan tanggungjawab kemunduran
ekonomi, kelaparan, kemiskinan dan penyakit kepada penjajah, zionis, feudal dan ahli-
ahli agama...

Menurut rencana itu lagi :-

- Tidak menjadi kesalahan menggunakan agama untuk meruntuhkannya. Tidak juga
menjadi kesalahan bagi pemimpin-pemimpin sosialis menunaikan beberapa kewajipan
agama yang berbentuk jemaah untuk menyesat dan menipu dengan syarat ianya tidak
berterusan.
- Mengiklankan bahawa penganut sosialis beriman dengan agama yang sohih dan bukan
dengan agama palsu yang dianuti oleh manusia kerana kejahilan mereka. Agama yang
sohih itu ialah sosialisme dan agama yang palsu itu adalah candu yang memabukkan
masyarakat... Amat perlu mengaitkan segala keaiban dan kecacatan yang ada pada
penganut agama dengan agama itu sendiri, memperkembangkan kemulhidan dan
menegaskan bahawa agama itu adalah khurafat. Khurafat yang wujud di dalam agama
yang palsu dan tidak ada di dalam agama yang sohih iaitu sosialisme.
- Kita mengambil ajaran-ajaran Lenin dan wasiatnya supaya parti sosialisme menjadi
musuh ketat kepada agama dan memerangi fikrahnya terhadap perkara yang akan
berlaku selepas mati dengan menyatakan bahawa syurga firdaus yang direalisasikan
oleh sosialime dan telah mewujudkan keadilan sosial adalah firdaus yang sebenar.
Apabila terpaksa berdamai dan menyokong agama, maka perdamaian hendaklah
berlaku di dalam tempoh yang tertentu dan sokongan hendaklah dengan berwaspada
supaya perdamaian dan sokongan tersebut dapat digunakan untuk menghancurkan
agama itu sendiri.

Daripada rencana ini jelaslah bahawa komunis menumpukan dakyahnya dengan
memberikan perhatian yang utama kepada dunia Islam secara khusus... disebabkan
mereka mengetahui bahawa negara-negara Islam berada di kedudukan yang strategik
dan kaya dengan sumber-sumber ekonomi... juga disebabkan mereka mengetahui
bahawa Islam memiliki kekuatan penyebaran, dasar-dasar yang hidup dan praktikal
serta ciri-ciri ketamadunan...

Oleh kerana itu, mereka menggunakan berbagai-bagai cara untuk menyesatkan
manusia, meruntuhkan agama dan menyebarkan kemulhidan.

Kadang-kadang Marxisme memakai pakaian Islam seperti kata-kata mereka:
Sesungguhnya Muhammad itu adalah imam sosialis, seorang fakir dan
pengikutnya adalah orang-orang fakir... beliau memerangi orang kaya, feudelis
dan pengamal riba... dan melakukan revolusi terhadap mereka.

Di kebanyakan ketika mereka menggunakan teori-teori sains untuk menutup
kemulhidan dan kesesatan mereka seperti:

o Menggunakan teori Darwin yang memperkatakan tentang asal
kehidupan, perkembangannya dari bawah ke atas... dan bagaimana ia
berubah daripada haiwan kepada monyet dan kemudiannya menjadi
manusia.

o Menggunakan teori Frued yang menghubungkan semua perkara yang
berkaitan dengan manusia dengan seks dan syahwat.

o Memperalatkan sejarah ketika menerangkan revolusi dan kemajuan
sesuatu bangsa.

Semua ini bertujuan menimbulkan syak dan syubhat terhadap Allah Taala, prinsip-
prinsip Islam, hakikat sejarah serta kemuliaan muslimin.

Kadang-kadang mereka menggunakan kesempatan yang ada supaya
penentangan terhadap agama, Allah dan RasulNya menjadi jelas dan
kemulhidan tersebar seperti kata-kata mereka:

o Sesungguhnya Allah, agama, feudal, kapitalisme... dan semua nilai-nilai
yang telah menerajui kepimpinan masyarakat yang lalu tidak lain tidak
bukan pada hari ini hanyalah merupakan mumia yang diawet di
muzium sejarah...

o Tidak ada tuhan di alam ini dan kehidupan adalah semata-mata
kebendaan (material).

o Agama adalah candu masyarakat.
o Para nabi adalah pencuri yang berdusta.

Di antara uslub mereka yang dengki ialah dengan `membunuh' dan `membinasakan'
umat Islam di negara Islam yang telah atau akan jatuh ke dalam kekuasaan mereka:

o Di China dan Rusia, komunis telah membunuh lebih daripada 26 juta umat Islam
di sepanjang suku abad, khususnya di bahagian Turkistan yang termasuk di dalam
wilayah China.

o Di Yugoslavia yang menganut fahaman komunis, mereka telah memusnahkan
lebih dari sejuta umat Islam selepas peperangan dunia yang kedua.

o Berapa ramai pula yang kita dengar tentang penyembelihan terhadap umat Islam
yang dilakukan oleh komunis di Iraq di zaman pemerintahan Abdul Karim Kasim.
Begitu juga di Selatan Yaman dan di Afghanistan sekarang ini.

Benarlah firman Allah tentang keadaan mereka:

O ( > 5Q n $'b A'i' + O %29

Maksudnya: Mereka tidak menghormati pertalian kerabat dan perjanjian terhadap orang-orang
yang beriman dan merekalah orang-orang yang menceroboh. (at-Taubah: 10)

dan firmanNya:

G O A 9 6 :O D

Maksudnya: Mereka akan sentiasa memerangi kamu sehingga mereka dapat mengembalikan
kamu daripada agama kamu (menjadi kufur) sekiranya mereka berdaya. (al-Baqarah 217)

Begitulah apa yang dilakukan oleh komunis di setiap negara dengan cara-caranya yang
tersendiri berdasarkan keadaan dan golongan yang dihadapi...

Di beberapa ketika -sebagaimana yang jelas- mereka kembali kepada besi dan api
(kekerasan) untuk melaksanakan dasar-dasar dan memaksa orang lain menganut
mazhab mereka sebagaimana yang telah mereka lakukan di masa yang lampau di China,
Yogoslavia dan Rusia... dan sekarang ini di Yaman Selatan dan Afghanistan...

Pada zaman moden ini mereka beralih kepada serangan pemikiran berdasarkan

kesesuaiannya dengan umat Islam. Begitu juga dengan cara-cara penyesatan, tipu daya

dan pemalsuan yang difikirkan sesuai... Sehingga apabila orang-orang yang tertipu

memasuki pintu dan terjerumus ke dalam perangkap... mereka akan bergerak bersama-

sama mereka setapak demi setapak menuju kepada kemulhidan supaya mereka

akhirnya menjadi setiawan yang bekerja... menjadi trompet yang bergerak... bahkan

mereka tanpa segan silu mengiklankan kepada umum bahawa mereka adalah musuh

kepada Islam, para Anbiya’ dan agama. Allah berfirman;

>9 ! o^ ' % " ,7 5 b&&&&&& > B7 " <,+ ! " A L 5Q n

" o%6,+

Maksudnya: Merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan
dibutakan penglihatannya... itu adalah kerana mereka melakukan perkara-perkara yang
menyebabkan kemurkaan Allah dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhainya.
Oleh itu Allah gugurkan amalan kebaikan (yang pernah mereka lakukan). (Muhammad: 23-28)

Dengan ini adakah kamu telah mengetahui -wahai pemuda- apakah yang komunis
mahu daripada kesesatan, kemulhidan dan keraguan yang telah mereka sebar di dalam
usaha mencabut asas-asas Islam daripada masyarakat Islam sehingga ke akar umbinya?

Apabila kamu telah mengetahui semuanya itu, maka kamu hendaklah berhati-hati,
membenci dan menjauhkan diri daripadanya... demi mengekalkan keperibadianmu
yang istimewa dan menjaga keaslian akidahmu... Dan Allah setiasa memelihara orang-
orang yang bertaqwa, ikhlas dan beramal.

***

Perancangan Salibiah.

Sebelum kita melihat kepada noktah-noktah tersebut satu persatu adalah lebih baik kita
mengenali apakah dia Salibiah serta kumpulan yang terlibat di dalamnya yang saling
berganding bahu dan bantu- membantu.






















Click to View FlipBook Version