The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Baitul Hikmah, Sek. Men. Al-Islah, Sg. Petani, 2020-11-19 10:48:14

tarbiatuna_04

tarbiatuna_04

TARBIATUNA

JAWATANKUASA TARBIAH - IKRAM MALAYSIA

Bil Keluaran : 04 Siri : 1435H/03 Edaran untuk ahli IKRAM sahaja Bulan Rejab - Syaaban - Ramadan 1435H ( Mei-Julai 2014)

Ahlan ya Ramadan

Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad,
Presiden IKRAM

Ramadan
Bulan Perjuangan

Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Ustaz Abd Muhaimin Mohammad Shahar,
Pengerusi JK Tarbiah Pusat Konsultan JK Tarbiah Pusat

Ramadan dan Sentuhan Al-Quran
Kebangkitan Umat di bulan Ramadan

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang
padanya diturunkan Al-Quran, (Al Baqarah : 185)

Diterbitkan oleh : Jawatankuasa Tarbiah Pusat, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM),
No. 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA
Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666 Fax: +603-8945 1772 Emel: [email protected] , [email protected]

Ramadan dan Erti
Kemenangan
AlyhaanmgdmuulillilaahiasiteugaNlaabpiuMji buahgaimAmllaadh ss.eak.wel.ian alam serta salawat dan salam kepada junjungan
TARBIATUNA
bpuadtBaanetrdsyyeaunnkggaunsraknisegipayatadmnageAnblgelarghsailfkaaketrktaaanrnbaadBwauriliep. taMidnuaTnaaghrkbliiinaItKuaRndaAa Mybaenbgderibasaperaluurdkuiethkeurnbreaigtnkagarananmsedemiskadkiapilnuamnmretiennrdgbkaitpaasantteysataamnpg-i
JAWATANKUASA TARBIAH PUSAT
- PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA -

P• eZUnaasuktanazrgiTaajul Arifin Che kgklaaoalntumk.aBeWnnu,lamepltaauiunntu db iaapnngeiag.niaKmenraabmdnitaaainpnjuujudgngia, aminImangsesianynaagmkaAalaulnkl-aladuhluamktkakaanmangni.sabeKkbaaahamnraawisneajgun gtsBiauaumslamebtbaeinenmrgusbaisurnaikh1uaa-n3rutu un abktnuogmkleuehmmndetaumismktbiukaaahiaktnliitukdmreauesnminnmbammeenrebilikanualgnun--i

•E dAitzoarmuddin Mohd Maarof lamPaandawekbelIuKarRaAnMin.i Buletin Tarbiatuna akan memfokuskan kepada tarbiah Ramadan. Tarbiah un-
mtuakknmaem“Rbaamngaudnakna”n bseirfaetrtriambbeamnbi adkaanr,pmerejunaynegnagnatykaenrgantiangtegriikk,epataadua sAalnlaghats.pwa.nt.asI.nRi saemsuaadiadnenjguagna
Penulis Tetap: tsnbueeahkrm1mink.a agi-tnkgaSsaayumamddhaa e rpslnaaaegitbln-haQ‘amgyyuaaeairnmtabignbudmal(aikbnnaauikrslun’abnnaastihufaRaklka-taQ-mn‘smiuafkaredetanapnngtae)ad,rscaskaeanhelnyra’agajndaiwotaalnaep,pha‘‘eldmpenamateirbnnaaugkgula-alslenauammhnin’taaukiklkdaedithkaoajiasnatlaamt-’aQmaryaunaenrnmafyignkaaihapardaademanratlidaadnmhaaylnaaasmekkpdeaedjaleriritrridiniipbitkheueiarrrtsinaukp.nuehUkkta:atntini-f,

• SEZUSUUmhhlasssaaeektttdwaaaiiakkzzzarShhihMTDaAMaaruhjhuoMhamlhraoAiaamhmdrdiifenidnPMaHCroihadhmeamed- SkjuyegpaahadrdaiatulN-rSauhbniiykaMamnuph(abadmualmabnaudwlasan.jaiyb.wanb. egSrepslauamiansaa.i)t,u,kekriatanba-khiatanbyasuRciamyaandganlaimn:erZuapbaukra,nTabuurlaatn, dan Injil
• di mana



2. umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan penuh. Dan hanya Ramadan, satu-satunya,

••••••P eHRUUUUDInbuassssajrdltttttaNiaaaaizshnzzzziiiJaaacmZePhhhhmaaoDKMdwlpauarauaskmwztAaSanianzyaClAil:ihzvahlaehiDehstNAaeMurosdomohraddhin 3. nSsS.yyaaaam.whharrubaanlul--tlRTuakainlhamymwaeanalhhagk((dubbikusuaellabnannuttampddeeaanmrluaumbhsaalcialma-l-QQaplua-uQhrraaundnra.banne(Arr)sa,lah-kmBmearaaqatNanrdaaaabhprii:addA1a8alrl5abi)hu.awlsa.anwl.ihtn)i,inkJgiegbrarainal kaAhASirlm.lahenmemenuuirNunakb-i
4.
5. sStaaanyr-akdbhaoernsrabakald-egNapanaiadjrpaaatehsmm(ybubauertlgbayaanasndapignbetmudikdibraaeikbsdeadalsiurajiuanpsma-ddlpuaaaarisisndiskiyiskalaus.aaarpnRieanramekraaadk).aanAb.laPlagihintymua-nepgninjabtnuerjikpkeuabanasiapkeaknnegryaaanmnapgiummnaeannngddaanon--
•Su sHuannaatufir/SGudrai@fikYusoff 6. sSseeydmaehakrtaaha-ml,-Jtaueturaudmta(embnuaglahunanrtakupekdremerdmehraainw-Ngaaynnaak.na)n, kbeerbaanna fbaukliarndainni mumiskaitnI.slNamabidsia.an.wjurmkaenmbbaenriyateklabdearn-

tF T(PJD aaIaee Kriw xlrtb etRa  iu .ratA+bba++tuinuM66t6nkkh000)uaa3a3,3.nnai--ks-oaI8r88Kla99eT9m4R4ha455Ar@5:b16M3gi7a96m7h96M29a6P,ialu.lcasoaymts,ia terbaik sebagai orang yang paling dermawan pada bulan suci.
slaente7A8lR..al hhamabSSislmyyeaearkaabddphhuuauurrlnlasaiaalnAsallbaa-dlkS.ahlaairhtlh,iaaakbhbhb(erbwebr(rjuuaibhwlhlauaaandlndaabanAypenaasklnlanaeargksh,dah)pedba,neaawnkngraaeautntrnhaa)hndp,daaekaenrlenbidrpugaaiagajnidnadaaainampul.naujamaiaakmsnnnaayad-manamnaeAmlearlnlitaaniuhhttjaeusnrmesgsekeeabeloniupprtauaadnndtgagataupkunkaendtmmltaaukheekanrnadabiinhefpargskahaiheankuam.alnpaKitubdebmnaaahnggeaainbwnaeoanryrpaagbennaurngg--
berlipat ganda yang disediakan oleh Allah.
FTMDmaeiaaxlc:sse:hh0t0iai3p3k-P-u99uob00bll7e7il6chi5ac6at:[email protected] Akhirnya kita akan bertemu dengan hari raya Eidulfitri yang dinamakan sebagai Syahr al-’Id
(dAbalulaklhaenssu.ywcai.antngseabhgeianrmagkgahaiyrkaindtagenmbgeaennnacrah,paarhii yaararpai.yaIdany)i ialm nayhgaannhdagiajkakbniiktejaairktmmaEnaekidmosuulpeldfheirtkroAielelmylhaabihnakglmei maekmneeinppkgaumdinsaaaytnaifrikatdretaakinhna,dnkakeaherdameandnbhsyaayalaiunurkgpedaapNayara--i
manusia untuk kembali ke pangkuan Tuhannya iaitu Allah
s.w.t itu sendiri. Kembali kepada Tuhan dalam keadaan putih
bersih setelah melakukan taubat nasuha.
Mudah-mudahan dengan tarbiah Ramadan ini
akan mengerakkan ikhwah dan akhawat untuk terus bergiat
aktif bersama gerakan dakwah dan tarbiah yang kita kasihi ini.
WallahEuda’iltaomr.

2

Ramadan Bulan Perjuangan

~ ‫~ رمضان شهر الجهاد‬

Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM

Sekali lagi kita berkesempatan menyambut bulan Rama- kandungan kitab suci al-Quran, hadis-hadis Nabi, dan buku-
dan yang penuh barakah pada tahun hijrah 1435, seluruh buku yang bermanafaat, melaksanakan sembahyang sunat
umat Islam berpeluang mendapatkan kebaikan-kebaikan terawih secara bersendirian atau berjamaah, memperbanyak
yang dijanjikan Allah s.w.t sepanjang bulan ini. ibadat tengah malam, qiamullail, berzikir, memuji serta men-
gagungkan Allah s.w.t, menyediakan juadah dan minuman
berbuka puasa kepada golongan yang berpuasa, memperting-
katkan amalan dan ibadah sepanjang sepuluh hari terakhir
bulan Ramadan tersebut, beriktikaf di masjid-masjid dan lain-
lain.

Ia merupakan bulan yang sepatutnya dipenuhi dengan Rasulullah s.a.w menerusi hadisnya menyatakan kepada
kegiatan-kegiatan amal soleh yang akan mempergandakan kita:
ganjaran Allah s.w.t sepuluh kali ganda berbanding dengan
bulan-bulan yang lain, selain daripada pembasmian dosa-dosa “‫” أ�ولها رحمة وأ�وسطها مغفرة و �آخرها عتق من النار‬
lampau apatah lagi terdapat “ Sepuluh hari
di dalamnya satu malam (
lailatul al-qadar ) yang lebih pertama bulan Ra-
baik daripada seribu bulan madan merupa-
( ganjaran amal soleh di da- kan hari-hari yang
lamnya dipergandakan lagi dipenuhi rahmat,
sebanyak 10 X 1,000 bulan )
sepuluh hari
Lantaran itu umat Islam di-tengah-ten-
dituntut berjuang, berusaha gahnya merupa-
dengan bersungguh-sung- kan hari-hari
guh sepanjang bulan Rama- yang dipenuhi
dan melipat gandakan amal- pengampunan dan
amal solih, memperbaiki diri sepuluh hari tera-
dan menyantuni keluarga, khirnya dipenuhi
lingkungan dan masyarakat janji pembebasan
dengan amalan-amalan ke- dari api neraka.”
baikan dan kebajikan agar kita menjadi umat yang bertakwa
sebagai balasan Allah s.w.t pada penghujungnya. Berdasarkan tuntutan Allah s.w.t ke atas umat sepanjang
bulan Ramadan, jelaslah kedudukannya sebagai bulan jihad,
Allah s.w.t berfirman: bulan memperlipat gandakan amal-amal soleh, memperteguh
keazaman memperbaiki diri, memperteguh hubungan dengan
‫اعَ ََِّليل َان َّ ِ�لآيَمنَُنوْا ِم ُكنِت قََْببِل ُعَْكلَ ْيلَ َُع ُكلَّ ُاْلك ِّتَصتََّيُقا ُوم َن‬ ‫َي أ� ُّيَا‬ ” Allah s.wt, mempererat hubungan dengan manusia terutama
‫ُك ِت َب‬ ‫” َ َك‬ dengan keluarga terdekat dan yang jauh, golongan-golon-
gan yang memerlukan bantuan dan santunan kita, apatah
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah di wajibkan lagi dengan kedatangan hari raya puasa yang hampir-hampir
keatas kamu ( ibadat ) puasa seperti mana ia telah diwa- menjelang tiba.
jibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu
Semoga bulan Ramadan tahun ini akan membebaskan
agar kamu bertaqwa “(Al-Baqarah : 183) diri kita semua dari semua jenis dosa, belenggu kehidupan,
membebaskan ummah seluruh dunia dari semua rintangan
Kita semuanya dituntut di dalam bulan Ramadan menun- yang menghalangnya mencapai kemajuan, kemuliaan dan ke-
aikan ibadat puasa wajib sepanjang sebulan, membayar zakat menangan dalam sejarah kehidupannya masa kini dan masa
fitrah untuk diagih-agihkan kepada lapan golongan yang ber- hadapan.
hak terhadapnya, memperbanyakkan sedekah kepada golon-
gan-golongan yang memerlukan bantuan sama ada yang
jauh atau dekat, memperbanyak membaca dan memahami isi

3

Ramadan dan Kebangkitan
Umat
Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Pengerusi JK Tarbiah Pusat
Bagaimana Ramadan membina umat Islam hingga mer-
eka layak menjadi anasir penting untuk kebangkitan kamu juga mesti bersabar. Paling mencabar ialah bagaimana
umat? Untuk memahami persoalan di atas, kita mesti untuk memperolehi hakikat puasa seperti yang Allah kehen-
merujuk kepada sisi sejarah penting sekitar kefardhuan puasa daki seperti yang dinyatakan di dalam hadis berikut:

Ramadan. Bila puasa telah difardhukan? Puasa Ramadan di- ‫”من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أ�ن يدع طعامه شرابه‬..
fardhukan kepada umat Islam pada 2hb Sya’ban tahun kedua
hijrah. Pada bulan yang sama juga telah difardhukan empat Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata
perkara penting iaitu: dusta dan beramal dengannya, maka Allah tidak berhajat
1. Fardhu puasa Ramadan.
untuk dia meninggalkan makan dan minumnya”.

2. Kewajipan zakat..telah difardhukan di Mekah, tetapi Ramadan adalah bulan di mana para mukmin diuji dengan
belum ditentukan nisab dsb. Detailnya ditetapkan detail dan halus. Pada setiap detik dan saat dia akan dinilai
pada 2 hijrah. dengan nilaian Rabbani. Mereka itu adalah orang-orang yang
berpuasa sepanjang bulan Ramadan.
3. Kewajipan perang (qital) ke atas orang Islam setelah ia
diizinkan secara umum.
4. Pertukaran qiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah pada Ramadan bulan ‘Tamayyuz’
pertengahan bulan Sya’ban tahun 2 hijrah.
Betapa indahnya apabila seorang muslim itu merasai dia
Pentingnya empat perkara di atas kerana pada bulan beri- berbeza dari orang lain. Keunikan yang dirasai itu kerana dia
kutnya iaitu Ramadan tahun ke 2 hijrah akan berlaku peristi- berpegang kepada Islam yang maha suci. Pada tahun-tahun
wa penting yang memerlukan bekalan, persediaan dan kepri- awal di Madinah, mereka berpuasa asyura’ bersama kaum
hatinan terhadap isu tarbiah. Akan berlaku Ghazwah Badar Yahudi. Di masa itu puasa itu adalah wajib. Apabila puasa
Kubra iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 2 hijrah. Ramadan diwajibkan,

Keempat-empat perkara tersebut penting untuk memper- Nabi s.a.w bersabda: “Siapa yang mahu dia boleh berpuasa
siapkan tentera muslim yang akan memasuki pertembungan (asyura’) dan siapa yang tidak mahu dia boleh tinggalkan;
penentuan antara hak dan batil. Ia adalah 4 elemen yang
disyariatkan untuk membina umat yang berjuang dan akan jadilah puasa asyura’ itu sunat.
memenangi pertarungan ke atas umat yang lain. Umat Islam Nah sekarang puasa Ramadan khusus untuk orang-orang
mesti memimpin, bukan dipimpin. Islam sahaja, maka sudah pasti ia menjadi kemuliaan. Maka
kiaskan kepada semua perkara yang menuntut kita berbeza
Di antaranya ialah puasa Ramadan yang difardhukan itu. dari orang lain; cara berfikir, cara berpakaian, cara menilai,
Apa kelebihan bulan Ramadan dalam hal ini? Pada bulan Ra- akhlak dan sebagainya.
madan ada tiga unsur penting, iaitu tanqiyah (pembersihan),
tamayyuz (keunikan) dan tarbiah. Jelasnya ialah membersi- Ramadan bulan ‘Tarbiah’
hkan soff mukmin dari segala kekotoran, memastikan soff
mukmin memiliki tamayyuz dari soff-soff yang lain dan men- Tarbiah paling menyerlah dalam bulan Ramadan. Rama-
tarbiah soff mukmin bagi melayakkan umat ini memimpin. dan mentarbiah kita tunduk secara mutlak kepada kehendak
Ramadan bulan ‘Tanqiyah’ Allah sekalipun ia bertentangan dengan selera kita. Kepatu-
han terhadap perintah Allah wajib. Allah s.w.t berfirman:
Pada bulan Ramadan Allah menguji umat Islam agar nyata
siapa yang benar-benar menjadi muslim yang tsabat. Ujian ini ‫لََوُه َمُما �ٱَلۡك ِخَنَ َيِلُةُم ِۡؤمِمۡنٍ۬ن أ� َۡمو َِرل ِ ۡهُۗم ۡؤَِومَمنَ ٍةن إ�يََذۡعا ِ ُّقَم ِبصَي ۬نً�ٱاضلَّ َل�ٱلَّ َُلو َر َ ُو َسروُ َسُلو ُۥُل ۤفَۥ َق ۡأ�دۡم ًراَض أ�لَنّ يََضُكلَٰـول ًَ۬نا‬
akan menentukan siapa yang benar dan siapa yang dusta da-
lam penyaksiannya. Selama sebulan penuh tanpa henti, ruang Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki
keuzuran disempitkan, umat Islam diminta beriltizam dengan dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan
perintah puasa dengan sempurna. Siapa yang menentukan uji- keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mer-
an dan proses pembersihan ini? Allah jua yang Maha Menge- eka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri menge-
tahui tentang keperluan manusia. Antaranya keluar dari adat nai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada
kebiasaan. Makan, minum dan memenuhi tuntutan hawa naf- hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah
su adalah tabiat semulajadi manusia dan tertanam sejak lahir. sesa dengan kesesatan yang jelas nyata. (Al-Ahzab : 36)
Pada bulan Ramadan secara keseluruhan kebiasaan ini mesti Sekian....
berubah….kamu akan berasa lapar, dahaga dan penat, namun

4

Wasail Tarbiah di Bulan Ramadan

SMH, Kolumnis Jemputan

‫ والصلاة والسلام عىل رسول الله محمد بن‬، ‫ الحمد لله‬jalan dakwah.
S ‫عبد الله وعىل �آهل وصحبه ومن والاه‬ Memang benar bulan Ramadan mer-
upakan peluang untuk berhubung den-
esungguhnya bulan Ramadan gan masyarakat, seperti jiran, teman se-
adalah bulan yang penuh dengan kerja ataupun kaum kerabat, ini penting kitab
bekalan untuk setiap muslim bijak, dan sangat dituntut, namun ini tidak yang
di mana dia mendapatkan sebaik-baik dapat menggantikan kepentingan pro- memberi manfaat.
bekalan iaitu taqwa. Sekiranya gram-program tarbiah yang bersesuaian Diakhiri dengan pesanan-pesanan
mendapatkan bekalan taqwa merupakan dengan bulan ini di antaranya: tertentu sebelum berpisah.
satu kemestian kepada setiap muslim, c. Menjadikan salah satu dari per-
maka ia lebih dituntut kepada para duat 1. Iltizam dengan pertemuan usrah di
yang membawa kebaikan kepada bulan Ramadan, tidak kurang dari temuan usrah itu bersama ahli
manusia. Ini kerana pergerakan dakwah tiga kali sepanjang bulan. Ikhwah be- keluarga anggota yang terdiri
yang berterusan memerlukan bekalan rusaha untuk bertemu di rumah salah dari isteri dan anak-anak mereka.
yang besar dan berterusan. Bekalan seorang anggota sebelum maghrib, Menjadikan pertemuan yang akan
inilah yang akan membantu serta mereka duduk bersama-sama untuk menguatkan lagi hubungan di ka-
menyempurnakan tanggungjawabnya hidangan al-Quran, melakukan til- langan keluarga anggota usrah.
di jalan dakwah. Allah s.w.t berfirman: awah, mentadabbur dan sedikit taz- d. Setiap usrah meletakkan sasaran
kirah. Kemudian membaca bersama ‘Rabtul Am’ yang baru di bulan
“‫ال َّزا ِد التَّ ْق َوى‬ ‫ي‬kَ ْa‫َخ‬m‫ن‬uَّ ,�‫فَ إ‬se‫وا‬s‫د‬uُ ‫و‬nَّ ‫ز‬gَ َ‫ت‬g‫ َو‬u.h..n”ya wazifah petang dan doa Rabitah. ini. Setiap anggota usrah mestilah
Selepas itu mereka solat maghrib dan mendapatkan sekurang-kurang-
“…Berbekallah makan bersama. Kesempatan di an- nya tiga orang baru (rabtul am),
sebaik-baik bekalan itu adalah tara maghrib dan isyak diambil untuk sama ada dari kalangan saudara
taqwa.”(Al-Baqarah : 197) muayasyah dan merapatkan ukhuw- mara, jiran, rakan sekerja atau pe-
wah kerana Allah s.w.t. Berikutnya ngunjung masjid yang berdekatan.
Yang paling penting dari ibadat puasa mereka pergi menunaikan solat isyak e. Usrah juga perlu merancang pro-
itu adalah tercapainya taqwa ini, seperti dan terawih bersama di masjid yang gram iktikaf untuk ahli-ahlinya di
dinyatakan taqwa merupakan sebagai se- telah disepakati. Kemudian mereka sepuluh yang terakhir dari bulan
baik-baik bekalan. Allah s.w.t berfirman: pulang semula untuk menyempur- Ramadan, sekurang-kurangnya
nakan agenda usrah mereka dengan sehari penuh secara berterusan
‫”” َ َكَي ُك أِت� ُّيََاب اعََّ َِليل َنا َّ ِ�آل َيمنَُنوْا ِم ُكنِت قَ َْب ِلب ُ ْكعَلَلَْيَع ُلَّ ُكُ ْكالتَ ّتَِّ ُصق َيوا َُمن‬ perbincangan, arahan-arahan dan (siang dan malam). Menjadikan
menetapkan tugasan-tugasan. Selepas ia peluang untuk beramal ber-
“Wahai orang-orang yang beriman itu mereka pulang dalam keadaan sa- sama-sama, saling merapatkan
diwajibkan ke atas kamu berpua- ma-sama telah berjanji untuk mem- hubungan, bermuayasyah dan me-
sa sebagaimana ia telah diwajibkan perbanyakkan lagi ketaatan serta menuhi tuntutan rukun usrah.
ke atas orang-orang sebelum kamu, menggerakkan lagi dakwah. 3. Lailah Imaniah di bulan Ramadan:
agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah : Daerah merancang perlaksanaan ka-
2. Usrah mestilah merancang sekum- tibah bulanan untuk berbagai pering-
183) pulan aktiviti untuk anggotanya, an- kat. Ia merupakan kesempatan untuk
taranya: menyampaikan beberapa konsep atau
Di antara wasail yang digunakan oleh a. Menziarahi seorang murabbi tajuk-tajuk berkaitan keimanan yang
duat di jalan dakwah demi memban- lama serta berbuka bersaman- sesuai serta menyegarkan kero-
tunya mendapatkan bekalan ini adalah ya, atau menziarahinya bertu- hanian di bulan Ramadan.
melalui wasail tarbiah. Mungkin seba- juan untuk muayasyah dan is-
hagian orang menyangka, oleh kerana tifadah (mengambil faedah) bersambung di halaman 11
bulan Ramadan ini ada keistimewaann- darinya selepas solat sunat terawih.
ya yang tersendiri seperti suasana dan b. Bersepakat untuk solat subuh
keterikatan individu, maka mungkin
aktiviti pentarbiahan tidaklah begitu se- bersama sekali dalam bulan Ra-
suai untuk dilaksanakan. Komentar sep- madan, beriktikaf di masjid den-
erti ini tidak harus diterima. Bagaimana gan melakukan tilawah dan zikir
boleh terhenti mengambil sebaik-baik sehingga naik matahari, kemu-
bekalan atau berkurangnya aktiviti tar- dian diikuti dengan solat Dhuha
biah yang merupakan bekalan al-akh di dan membaca dari

5

Peranan wanita dalam dakwah

dan tarbiah di bulan Ramadan

Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Ketua Wanita IKRAM

Alhamdulillah thumma alhamdu- mencapai ketakwaan yang sebenar. Al- memimpin bangsa manusia ke arah ke-
lillah, setinggi tinggi kesyuku- lah s.w.t berfirman: baikan, mengabdi dan melaksanakan
ran dipanjatkan ke hadrat Allah ketundukan secara mutlak kepada Al-
S.w.t kerana kita sekali lagi dipertemu- ‫َو َسا ِر�ٱُلع َّٓوْاس َمإ�ٰـ ََٰولٲ َُمتۡغ ِف ََور۬�ٍٱةۡ َألِّۡمر ُنضَّرِبّ أ� ِع َّدڪُ ۡۡمت َِلولۡ َُجمنَّتَّ ٍِقةي َ َنع ۡر ُضهَا‬ lah ‘Azza wa Jalla.
kan dengan Ramadan al Mubarak, bu- “Dan bersegeralah kamu men-
lan mulia yang dilimpahi dengan keber- cari ampunan dari Tuhanmu dan Kaum wanita mempunyai peranan
katan, kebaikan dan kerahmatan yang mendapat syurga yang luasn- yang besar untuk mempengaruhi ahli
tbiedrafkirmtaenrn: i lai ganjaranya. Allah s.w.t keluarga dan orang sekeliling untuk
ya seluas langit dan bumi yang meraih segala kebaikan dan tujuan bu-
disediakan bagi orang-orang lan Ramadan ini. Seorang isteri dan ibu
”‫َ َك” ُك َِتي َأ�بُّيَاعَ َا َّلِليا ََّنِلي�آ ََمننُ ِومْانُك ِتقَ ْب ِلَبُ ْكعَللََ َْيعلَُّ ُُك ْكالتَ ّتَِّ ُقص َيوا َُمن‬ yang bertakwa” (Ali Imran: 133) berperanan menghidupkan roh Rama-
183 : ‫البقرة‬ Istimewanya ganjaran puasa ini dan dalam rumahtangga mereka. Mari
adalah seperti yang disabda Rasulullah kita mulakan melalui langkah-langkah
t“eWlahahdaii owraanjigb-koarnangkeyaatnags bkearmimuan(, s.a.w : berikut:
dtibeirawddaaajhitbu)kluapnudaaksreaiaptsaaedspaeorkrtaainmmgu-aonargaaaniragktyaeamlnahug “ Setiap amal kebaikan anak Bani 1. Bermulalah dengan diri sendiri,
Adam pahalanya (dicatat oleh ma-
bertaqwa “ (Al-Baqarah : 183) laikat) kecuali puasa. Sesungguhnya merebut peluang keemasan mening-
ia adalah untuk-KU dan AKUlah katkan amal ibadah. Berpuasalah
Puasa telah diwajibkan ke atas umat yang memberi pahala puasanya” dalam semua aspek iaitu bukan
Islam agar kita menjadi orang yang ber- (Diriwayatkan oleh al-Bukhari da- sahaja menahan lapar dan dahaga
takwa. Di bulan Ramadan kita melaku- tetapi juga berpuasa semua anggota
kan ibadah wajib di siang hari dengan lam Shahih al-Bukhari) badan mata, telinga, lidah, kaki tan-
menahan diri daripada melakukan per- Namun demikian, kita amat bimbang gan dan hati dari melakukan perk-
kara tertentu, termasuk makan, minum sekiranya puasa kita sia-sia seperti yang ara yang ditegah. Perubahan yang
dan hubungan kelamin. Hakikatnya digambarkan oleh Rasulullah s.a.w “Be- bermula dari dalaman dan penyu-
kita dilatih menghambakan diri kepada rapa ramai orang yang berpuasa tetapi cian hati ini akan memudahkan kita
Allah S.w.t dengan meninggalkan laran- tidak mendapat apa-apa daripada pua- untuk melakukan peranan seterus-
gan-Nya kerana tunduk dan patuh sanya kecuali lapar dan berapa ramai nya.
kepada perintah Allah S.w.t se-
mata-mata. Kita sebenarnya orang yang beribadat malam yang 2. Doronglah suami untuk sama-sa-
sedang ditarbiah dan dididik tidak mendapat apa-apa daripada ma melaksanakan ketaatan kepa-
untuk kembali kepada fitrah ibadatnya kecuali berjaga malam” da Allah. Tingkatkan kecerdasan
yang asal iaitu fitrah ingin (Riwayat Ibnu Majah, An-Na- mengendalikan emosi kita supaya
sai, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain. dengannya kita boleh membina dan
mengukuhkan hubungan dengan
pasangan kita.

mengabdi dan melaksanakan Menurut As-Suyuthi, bertaraf sahih) 3. Didiklah anak-anak dengan penuh
ketundukkan yang total ke- kasih sayang agar mereka bergem-
pada Allah ‘Azza Hakikatnya Ramadan ini dihadiah- bira mengalu-alukan Ramadan dan
wa Jalla bagi kan Allah S.w.t kepada kita agar seterusnya mempunyai semangat
kita menjadi umat yang berkobar-kobar menjalankan
terbaik yang semua ibadah dalam bulan Rama-
akan dan.

4. Persiapkanlah rumah dan
persekitaran kita lebih awal un-
tuk menunggu kehadiran Ra-
madan. Persiapan awal ini
penting agar kita dapat
menumpukan sepenuh

6

Ramadan ~

Sunnah dan Kelebihannya

Ustazah Maznah Daud, Mantan Ketua Wanita IKRAM

Ramadan adalah satu bulan yang penuh dengan kelebi- tidur di malam hari, Tuhanku memberikan aku makan dan
han yang tidak terungkapkan. Di dalam sepotong minum.” Muttafaq ‘alaih.
hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda
Maksudnya: “Telah datang kepada kamu Ramadan, bu- Baginda menggalakkan umatnya bersahur kerana pada
lan barakah yang dicurahkan Allah ke atas kamu. Dia sahur itu ada barakah. Baginda juga menggalakkan agar
menurunkan rahmah, menghapuskan dosa dan memak- menyegerakan berbuka. Sebaik-sebaik makanan ketika ber-
bulkan doa. Allah melihat kepada kamu yang berlum- buka adalah rutob.
ba-lumba (melakukan kebaikan) di bulan Ramadan dan
Dia berbangga di hadapan malaikat-Nya. Maka perlihat- Ketika berbuka, baginda berdoa untuk kebaikan dunia dan
kanlah kepada Allah dirimu yang baik. Sesungguhnya akhirat. Ibadah yang baginda lakukan ketika Ramadan, bu-
orang yang celaka itu ialah orang yang dihalang daripa- kan hanya tertumpu kepada solat, tilawah, zikir dan sedekah
da mendapat rahmah-Nya di bulan Ramadan”. Riwayat yang mana untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut kita per-
al-Munziri daripada Ubadah bin as-Samit. lu melawan musuh yang berada di dalam diri kita sendiri,
iaitu hawa nafsu. Malah baginda juga berjihad mengharungi
Justeru, kita dapati keadaan Rasulullah s.a.w. berbeza medan perang menentang musuh yang nyata, kaum kuffar
daripada bulan-bulan yang lain. Kehidupan banginda sepan- dan munafiqin. Buktinya beberapa peperangan besar berlaku
jang Ramadan dipenuhi dengan amalan-amalan soleh yang pada bulan Ramadan seperti Badar al-Kubra dan Fathu Mak-
mendekatkan lagi darjat baginda di sisi Allah ‘Azza wa Jalla. kah.

Sepanjang Ramadan, Jibril mengunjungi baginda untuk Maka dapatlah kita katakan bahawa Ramadan adalah
tadarus al-Quran. Ketika bertemu dengan Jibril baginda men- bulan jihad. Jihad melawan musuh, dalaman dan luaran.
jadi insan yang sangat pemurah meskipun pada waktu-wak-
tu lain baginda memang insan yang pemurah. Pantas dan
menyeluruhnya sedekah yang baginda curahkan lebih daripa-
da angin yang bertiup laju.

Baginda mengkhususkan ibadah-ibadah tertentu pada
bulan Ramadan seperti qiamullail dan iktikaf pada sepuluh
malam terakhir. Kadang-kadang baginda menyambung pua-
sanya dua atau tiga hari tanpa berbuka. Namun bagitu, bagin-
da melarang sahabat melakukannya. Baginda berkata kepada
mereka: “Sesungguhnya aku tidak seperti kamu. Sewaktu aku

perhatian untuk beramal ibadah. aktiviti pembangunan masyarakat. pada fakir miskin dan anak yatim
Rebutlah segala peluang yang ada di kariah kita, malah boleh disum-
5. Jaga kesihatan ahli keluarga dengan di samping wujudkan peluang sama bangkan kepada masyarakat antara-
menyediakan makanan yang halal ada di rumah, pejabat atau di ka- bangsa yang memerlukan seperti di
dan baik. Apabila ahli keluarga si- wasan persekitaran setempat untuk Palestin, Syria, Rohingya dan lain-
hat ibadah dapat disempurnakan menyampaikan dakwah dan menga- lain.
dengan baik. Elakkan pembaziran jak masyarakat melaksanakan segala Semoga kita semua beroleh kebe-
dari penyediaan makanan yang ber- bentuk kebaikan sebanyak mungkin runtungan menjadi graduan madrasah
lebih-lebihan. dengan menghidupkan Ramadan. Ramadan kali ini yang akan memimpin
7. Tabung Ramadan yang kita wujud- umat manusia ke arah kejayaan sejagat.
6. Mainkan peranan sebagai anggota kan di peringkat rumah kita bukan
masyarakat untuk menghidup sub- saja kita boleh disumbangkan ke-
urkan Ramadan sebagai bulan Ilmu,
bulan infak dan bulan jihad dengan

7

Cahaya Ketaqwaan dan kasih

Sayang Baitul Muslim

Kamaliah Noordin, Ahli JKP
Umum memahami bahawa Ra- bertaubatlah dan memohon keampunan
madan ialah satu bulan yang dari mereka. Curahkan kasih sayang kan untuk memerdekakan hamba
dianugerahkan oleh Allah s.w.t dan penuhi segala keperluan kehidupan dan satu dinar yang engkau sedekah-
kepada hambaNya yang berniat untuk mereka semampunya, disamping tidak kan kepada seorang miskin dan satu
lebih mendekatkan diri kepada Pencip- putus mendoakan mereka. Bagaima- dinar yang engkau belanjakan untuk
tanya. Dijanjikan dengan pahala ber- na pula dengan suasana keluarga kita isterimu, maka di antara itu, yang
ganda untuk setiap amal, dari sekecil- sendiri? Adakah diselubungi cahaya paling besar pahalanya ialah yang
nya hinggalah sebesarnya. Ramai yang Fkairsmihansayyaannggbderamnakssauldin: g memahami? engkau belanjakan atas isterimu”.
menunggu bulan ini untuk mengejar
‘bonus’ pahala. Namun yang lebih (H.R.Muslim)
penting sebenarnya adalah bulan untuk “Dan Allah menjadikan bagi kamu Sentiasalah mengingatkan anak-
kita membuat refleksi ketaqwaan diri. pasangan(suami /isteri) dari jenismu anak tentang peluang keemasan untuk
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermak- sendiri, dan dijadikan bagimu dari beramal, baik amalan sunat fardhi atau
sud : pasanganmu keturunan, serta mem- berlaku baik sesama ahli keluarga. Jika
berikan kamu rezeki dari yang baik. ada yang sudah renggang, inilah masa
“ Allah berfirman, setiap kebaikan, Mengapa mereka beriman dengan terbaik untuk merapatkan kembali.
sepuluh sampai tujuh ratus kali gan- yang bathil dan mengingkari nik- Berlaku ihsanlah kepada anak-anak wa-
da balasannya, kecuali puasa. Ses- laupun kita berlumba melakukan keba-
ungguhnya, puasa itu untukKu dan mat Allah? (AnNahl:72) jikan kepada orang lain. Penuhi keper-
Akulah yang akan membalasnya.” luan mereka mengikut kemampuan agar
Pada bulan yang diberkati ini, mo- mereka merasai kasih sayang dan sikap
honlah ampun kepada Allah s.w.t jika ambil berat ibubapa. Perkara ini san-
Iman al Ghazali menghuraikan ba- selama ini kita kurang mensyukuri nik- gat penting untuk ibubapa mendapat
hawa hal ini adalah kerana ibadah pua- mat Allah ini. Betapa besar anugerah ini thiqah serta kasih sayang mereka, serta
sa merupakan ibadah rahsia dan hanya disisi Allah s.w.t, sehingga disebut secara terus dapat mempengaruhi perjalanan
Allah yang mengetahuinya. Justeru khusus di dalam al-Quran. Hidupkan hidup mereka. Akhirnya kita akur ba-
ianya adalah satu kaedah yang sangat rasa syukur ini dan zahirkanlah dalam hawa segalanya berlaku dengan qudrat
baik untuk meningkatkan ketaqwaan bentuk-bentuk yang diredhaiNya.Pada dan iradah Allah s.w.t. Namun ingatlah
dan keikhlasan. Sehubungan itu juga malam yang didirikan untuk meraih sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
kita menghidupkan malam dibulan ini keredhaan Allah, ambilah sedikit masa “Tiga jenis doa yang mustajab
dengan solat dan amalan yang men- untuk refleksi perjalanan dan hubungan yang tidak diragukan keajaiban-
ghubungkan kita terus dengan Allah kekeluargaan selama ini. Adakah ada nya adalah doa orang tua un-
s.w.t. Maka akan timbul rasa keker- saling membantu ke arah keimanan? tuk anaknya, doa orang musafir
dilan diri dihadapanNya, timbul kein- Adakah masih segar cinta kasih sayang dan doa orang yang dizalimi.”
safan diatas segala keangkuhan dan yang dikatakan diasaskan kepada ke- ( Riwayat Bukhari dan Muslim)
kealpaan terhadap tanggungjawab yang taqwaan itu? Jika sudah layu, adakah Perbanyakkanlah doa pada bulan
diamanahkan. Maka keinsafan ini akan disebabkan ketaqwaan dan keikhlasan ini untuk masa depan keluarga, juga
mendorong kita menangis, merintih kita juga sudah menurun. Jika begitu, ummat. Sesesungguhnya doa itu satu
dan bertaubat kepadaNya. segeralah ambil langkah-langkah untuk ibadah dan dianggap sebagai menyom-
menyuburkan kembali taqwa dan kasih bong diri jika tidak melakukannya.
Dalam suasana yang begitu, muhasa- sayang antara ahli keluarga. Rasulullah “ Tuhanmu berkata: Berdoalah ke-
bahlah diri tentang amanah utama iaitu s.a.w bersabda yang bermaksud : padaKu, nescaya aku perkenan-
pelaksananaan tanggungjawab kepada kan. Sesungguhnya orang yang
keluarga. Terhadap ayah dan ibu kita , “Khazanah yang paling berhar- menyombong diri dari menyem-
adakah boleh kita berdiri didepan Allah ga adalah mengingati Allah, hati bahKu, kelak masuk ke neraka
s.w.t dengan tenang dan menyatakan yang bersyukur dan isteri yang jahanam dalam keadaan hina. ”
“Ya, aku tidak pernah bermasam muka, beriman yang menolongnya di
apa lagi mengatakan ‘ah’ kepada ibuba- dalam keimanannya” ( Ri- (Al Mukmin: 60)
paku, walaupun hatiku pedih terhiris wayat Ahmad & Ibn Majah)
dengan kata-katanya. Dalam makan dan
pakaiku, sentiasa ada untuk ibubapaku. Rasulullah telah berpesan, “Satu
Dalam keselesaanku, tidak aku lupa ke- dinar yang engkau belanjakan fisabi-
selesaan ibubapaku”. Jika tidak, maka lillah dan satu dinar engkau belanja-

8

Puasa
dan Kesihatan
Dr Azizah Mohd Radzi ,
Musyrifah

Sebagaimana umum mengetahui lah engkau tinggalkan walaupun hanya menurunkan berat badan. Berat badan
banyak sekali manfaat puasa ter- meminum seteguk air, kerana Allah dan berlebihan mengundang pelbagai pen-
hadap pembinaan rohani seorang para malaikatNya berselawat kepada yakit seperti diabetes, strok, darah ting-
muslim, tetapi jangan pula lupa bahawa orang yang sahur” (Ahmad). Sunnah gi, serangan jantung dan masalah perna-
terdapat juga kesempatan pembinaan dilewatkan kerana dapat memberikan fasan. Ini berpunca daripada lambakan
jasmani. Namun, manfaat jasmani ini kesegaran badan sehingga menjalankan lemak sedangkan perut yang kosong
hanya akan diperolehi sekiranya kita tugas seharian tanpa merasa letih. sepanjang berpuasa akan membantu tu-
benar-benar mengikuti segala sunnah buh untuk memecahkan lemak tersebut
yang terkait dengan kesihatan sepan- Kerehatan bagi menghasilkan tenaga setelah glu-

jang berpuasa. Seorang daei sangat me- Puasa merehatkan perut kerana ak- kosa badan telah habis dicernakan pada
merlukan tubuh badan yang sihat agar tiviti pencernaan perut telah dikurang- empat jam pertama selepas sahur. Berat
mampu bergerak dengan lebih aktif da- kan. Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: badan yang ideal dan seimbang akan
lam dakwah. Allah telah menyediakan “Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga meningkat vitaliti badan untuk melaku-
bulan Ramadan penuh berkah sebagai perutmu, minumlah sepertiga perutmu kan pergerakan.
medan untuk membina kekuatan ini. dan biarkan sepertiga untuk bernafas Lailatul Qadar
Ifthar dan Sahur dan berfikir.” Kewajipan puasa Rama-
dan dapat melatih seorang daie untuk
Di bulan Ramadan terdapat dua hi- meneruskan aktiviti dakwahnya, meski-
dangan asas, iaitu ifthar dan sahur. pun dalam keadaan lapar.
Tidaklah bermaksud memberikan per-
hatian terhadap kepelbagaian dan har- Detoksifikasi

ga makanan, tetapi kualiti pada nutrisi
makanan itulah yang seharusnya diuta-
makan.

Rasulullah telah bersabda ““Seseo- Allah telah memberikan bebera-
rang akan selalu berada di dalam ke- pa anugerah dalam bulan Ramadan;
baikan selama mana ia menyegera- malam lailatul qadar (fadhilahnya lebih
kan berbuka puasa” (HR Bukhari) baik daripada seribu bulan), qiyamu-
Sabda baginda juga “Jika seseorang lail berterusan, solat sunat terawih dan
di antara kalian berbuka, berbukalah iktikaf pada sepuluh malam terakhir.
dengan kurma kerana ia mengand- Semua aktiviti ini memerlukan kekua-
ung barakah. Jika tidak mendapat- tan jasmani yang berpanjangan. Oleh
kannya, berbukalah dengan air ker- itu, ia sentiasa memerhatikan makanan
dan pola kehidupannya pada bulan ini.
ana air itu suci” (Tirmidzi).

Kurma mengandungi karbohidrat Ketiga, Kesihatan yang baik bermula Sabda Rasulullah s.a.w “Mukmin
ringkas yang mudah diserap ke dalam dengan proses ‘detoksifikasi’. Ia mer- yang kuat lebih dikasihi Allah ber-
badan dan memberikan tenaga sehari- upakan satu proses untuk menyingkir-
an berpuasa. Kurma mempunyai 3.9% kan sisa racun (yang masuk ke dalam banding mukmin yang lemah”.
serat, 2.5% protein terutama triptofan badan melalui makanan tercemar atau Jalan dakwah sangat panjang dan be-
yang dikatakan boleh menenangkan makanan yang mengandungi bahan rat bebanannya, menuntut seorang daie
perasaan, 2.1% zat seperti zat besi, kal- tambahan) lalu membersihkan sistem mencurah sehabis kemampuan untuk
sium, Vit A, Vit B1, B2, B6 dan B12. Ia dalaman tubuh. Proses ini dapat men- meraih cita-cita yang tinggi. Di samping
adalah makanan ‘low fat and high fibre’ gurangkan tahap toksin yang boleh me- membina kekuatan spiritual, dia tidak
yang baik untuk kesihatan. ngundang pelbagai penyakit berbahaya. akan abaikan kesempatan Ramadan un-
tuk mendapatkan kesihatan dan kekua-
Sahur pula merupakan hidangan tan jasmani. Marilah kita pohon kepada
kedua, dan Rasulullah s.a.w telah bers- Berat Badan Allah agar dipermudahkan jalan untuk
abda “makan sahur itu berkat, jangan- Puasa mampu menjadi wasilah untuk mendapatkan bekalan ini.

9

Sentuhan Al-Quran

di bulan Ramadan

Ustaz Abd Muhaimin Mohammad Shahar, Konsultan JK Tarbiah Pusat IKRAM

Bulan Ramadan tidak seperti bulan harapan. Apabila sampai pula ke kisah umat
biasa, ia merupakan bulan al-Qu- terdahulu yang derhaka lalu mereka dib-
ran, bulan istighfar, bulan berdoa Bacalah al-Quran dengan tadabbur inasakan dan para Nabi, akan tetapi Ra-
dan ibadah, bulah taat dan sabar, bulan serta memberikan tidak balas keroha- sul dan para mukminin pula mendapat
rahmat dan pelepasan dari api neraka. nian dengan fikiran dan kalbu. nusrah dari Allah s.w.t serta kemenan-

Siang hari di bulan Ramadan adalah Apabila sampai kepada ayat berkaitan gan, maka kita sematkan keyakinan di
seafdhal-afdhal siang, malamnya seaf- neraka berhentilah sejenak dan bayang- hati kita bahawa kebatilan pasti akan
dhal-afdhal malam, setiap detiknya ada- kan alangkah terseksanya kita jika amal kalah dan al-haq pula pasti mendapat
lah seafdhal-afdhal detik. kita tidak diterima oleh Allah s.w.t dan kemenangan. Sebagai duat tugas kita
dosa kita pula tidak diampunkan kerana adalah menyambung tugas mulia para
Ikhwah dan akahawat yang dikasi- kecuaian kita lalu kita memohon kepada Anbia alaihimussalam.
hi, kebaikan yang banyak sebenarnya Allah s.w.t agar diberi keampunan serta
apabila hidup kita sentiasa bertemank- dijauhi dari azabNya. Apabila sampai pula kepada ayat-
an al-Quran, apabila bertambah kuat ayat yang mencerita tentang kehebatan
pegangan kita pada al-Quran sama ada Apabila kita sampai pula kepada qudrat Allah s.w.t dan kebijaksananN-
melalui bacaan, hafazan dan tadabbur ayat-ayat berkaitan syurga dan nik- ya dalam penciptaan makluk, seperti
maka bertambahlah kebaikan dalam ke- mat-nikmatnya, maka berhentilah se- langit, bumi, matahari, bulan, bintang,
hidupan. Abdullah bin Amr bin al-‘As jenak dan timbulkanlah perasaan betapa haiwan, tumbuhan, lautan, daratan,
berkata: “ Hendaklah kamu berpegang ruginya kita jika tidak dapat bersama bukit bukau, gunung ganang dan lain-
dengan al-Quran, pelajarilah dan ajar- para Nabi dan rasul, para syuhada dan lain lagi, maka lahirkanlah di hati rasa
kanlah anak-anak kamu, sesungguhnya solihin dalam syurga yang penuh ke- kagum kepada sifat-sifat Allah s.w.t
kamu akan akan disoal mengenai al-Qu- nikmatan, kekal lagi abadi, maka kita- yang akhirnya melahirkan rasa beriman,
ran, dan dengan al-Quran juga kamu pun berdoa dengan penuh harapan agar yakin, syukur, rindu, berserah ataupun
diberi ganjaran. Cukuplah al-Quran Allah s.w.t melihat kita dengan rahmat tawakkal dan berazam ingin menjadi
sebagai pemberi peringatan bagi orang dan belas kasihan sehingga menerima hambaNya tunduk patuh dengan redha
yang berakal.” ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita dan ikhlas.
dan memasukkan kita ke dalam syur-
Dusturuna Al-Quran, adalah syiar gaNya yang abadi itu. Apabila kita sampai pula kepada ayat
dakwah kita, oleh marilah kita men- berkaitan betapa dahsyatnya peristiwa
gambil berat di bulan nuzulnya kalam Apabila bertemu pula dengan ayat- hari Kiamat dengan kehancuran dunia
Allah s.w.t ini untuk memperbaiki ba- ayat yang mencela sifat-sifat buruk dan binasanya alam dan semua pen-
caan al-Quran dengan mempelajari ilmu orang-orang yang kafir munafik dan se- ghuninya, maka lahirkanlah di hati
tajwid, dan membaca kitab-tafsir tafsir bagainya, maka hendaklah kita muhasa- keyakinan bahawa kenikmatan dunia
dengan mentadabbur makna dan mak- bah diri kita sendiri, mungkin sifat-sifat dan kelazatannya hanyalah seketika.
sud dari firman Allah s.w.t Yang Maha itu juga masih ada dalam diri kita, lalu Oleh itu, kita tidak boleh terus lupa
Agung itu. kita berazam untuk membersihkan diri dan lalai dengan khayalannya sehingga
darinya. mensia-siakan kehidupan yang sing-
Marilah kita memperbaharui kese- kat ini untuk melayan segala kehendak
tian kita dengan al-Quran dan menja- Apabila kita bertemu dengan puji- hawa nafsu semata-mata.
dikannya rujukan utama untuk kebaha- an-pujian Allah s.w.t terhadap golon-
gian kita di dunia dan akhirat. gan mukminin, mujahidin, solihin dan Apabila sampai pula kepada ayat ten-
sifat-sifat mereka yang terpuji, maka tang hukum-hukum, perjuangan, dak-
Bacalah mengikut kaedah tajwid dan kita berbisik kepada hati kita, “Adakah wah dan peranan umat ini sebagai umat
lagukanlah bacaan itu supaya ia mem- kau telah memiliki sifat-sifat yang mulia yang membawa syahadatul haq, maka
beri kesan kepada jiwa serta bacalah itu?” atau Adakah kau telah melak- kita lahirkan semangat kita kembali,
dengan tartil, hati yang hidup dan nada sanakannya sebagaimana yang dikehen- kita perbaharui azam, tekad dan janji
yang sayu. Kerana al-Quran itu turun daki oleh Allah s.w.t. Alangkah ruginya untuk terus thabat di atas jalan dakwah
dalam suasana perjuangan yang penuh engkau mesia-siakan umur yang singkat ini, Insya Allah.
dengan celaan, kata nista, perpisahan, di dunia ini.
pengorbanan, kematian, ketakutan dan Begitulah seterusnya, di mana

10

dari halaman 12
ۗ‌‫ُق ۡل إ�ن ُكن ُ ۡت ُ ِت ُّبو َن �ٱلَّ َ َلو�ٱفَلَّ�ٱُتَّلِب ُعغَوُفِو ۬نٌر ُ َّۡيرِبِۡحبيٌُ۬مُك �ٱلَّ ُل َويَ ۡغ ِف ۡر لَ ُ ۡك ُذنُوبَ ُ ۡك‬
Dan juga apa yang diungkapkan oleh Imam Hassan
“Katakanlah(wahai Muhammad): “Jika kamu mencintai Al-Basri, ketika ditanya:
Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencin-
tai kamu, dan mengampuni kamu akan dosa-dosa kamu. ‫ ِ أَل َّ ُن ْم‬:‫َما َب ُل الْ َم َتَ ِّج ِد ْي َخَنلَ ْ ِوابل ِلَّبْيل ِرَلّْ َحِم ِ ْنن فَ َالأْ�بَ ْحَسَهُس ْمِننُ ْاول ًنَّراا ِ ِمس ْن ُونُ ُْجو ِور ًِهها ؟ قَا َل‬
Dan Allah Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani”.
(Mengapakah orang yang banyak bertahajud di waktu
(Ali Imran : 31) malam itu mempunyai wajah-wajah yang begitu berseri dan
indah. Jawabnya: Kerana mereka itu adalah orang-orang
Seharusnya amal kita dijuruskan kepada perkara ini sebe- yang bersunyi diri dengan Allah lantas Allah memakaikan
narnya. Contohnya, jika kita memikirkan kebaikan mengajar kepada mereka cahaya yang datang dari pihakNya).
Al-Quran, Nabi s.a.w pernah bersabda:

“Yang terbaik di kalangan kamu ialah yang belajar Al Benar sekali, kesan dari ibadat yang baik, qiam dan tahajud,
Quran dan mengajarkannya” (Riwayat Bukhari) zikir dan tilawah, istiqamah dalam mencari redha Allah akan
menjadikan hati dan jiwa pemiliknya bercahaya dan apabila
Ini sebenarnya berkait terus dengan dakwah, kerana jika cahaya itu melimpah ruah, ia akan memantulkan sinarnya
anda mengajarkan Al Quran kepada kalangan yang tidak pada wajah-wajah pemiliknya.
mengetahuinya, apabila mereka tahu, mereka akan mengajar
pula isteri, suami, anak-anak mereka. Betapa besarnya pahala Kepada Allah kita memohon semoga Allah memberikan
orang yang mengajar Al Quran. Bayangkan besarnya pahala kekuatan dan kesungguhan untuk menjadikan Ramadan ta-
mengajar Al Quran kepada yang belum Islam sehingga mer- hun ini ruang dan kesempatan yang benar- benar bermakna
eka memeluk Islam dan meneruskan mengajarkan Al Quran untuk kita menghayati makna ibadah dan mujahadah yang
kepada keturunannya dan masyarakatnya. Inilah pahala ber- sebenar. Mudah-mudahan juga kita termasuk di dalam golon-
ganda yang tidak ada ganjarannya yang mencukupi untuk di gan yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.:
balas di dunia ini melainkan disisi Allah dia akhirat kelak. ‫َ ُل َما تَ َق َّد َم ِم ْن َذنِْب ِه‬ ‫ُغ ِف َر‬ A‫ا ًب‬n‫َس‬tu‫ح ِت‬mْ ‫ َوا‬B‫ن‬iًk‫َما‬hْ‫�ي‬a‫ إ‬i‫ن‬rَ ‫َرَم َضا‬ ‫قَا َم‬ ‫َم ْن‬
Terlalu banyak sebab mengapa kita perlu berdakwah kepada
yang belum, ini hanya sebahagian darinya. Marilah berdak- Sekian. Kullum Aamin Wa
wah kepada yang belum Islam. 5 Julai 2014/ 7 Ramadan 1435

Jawatankuasa Tarbiah Pusat
mengucapkan Selamat Menjalani
Ibadah Puasa dan mengucapkan
Salam Eidulfitri kepada seluruh
warga IKRAM

usaha, fikiran dan jiwa kita terfokus ke- dari halaman 5
pada al-Quran. Demikianlah golongan
salaf tedahulu amat mengambil berat Di waktu yang sama memenuhi tun- mensucikan diri di bulan Ramadan ini
terhadap al-Quran sehingga ada riwayat tutan manhaj dari aspek keimanan amatlah besar. Oleh itu, wahai ikhwah
yang menceritakan bahawa Imam Ma- dan ibadat. Kebiasaannya diasing- yang dikasihi janganlah melepaskan
lik memberhentikan pengajian hadith kan mengikut marhalah, (1 dan 2) peluang ini untuk melakukan pening-
dan golongan ilmuan di bulan Ramadan dan (3,4 dan 5). Program bermula katan. Hendaklah ikhwah menyinsing
dan memberikan tumpuan sepenuhnya sebelum maghrib dengan masa yang lengan di bulan yang penuh dengan
terhadap al-Quran. Begitu juga dengan mencukupi dan berakhir selepas ter- kelebihan iaitu bulan al-Quran, zikir,
Sufian al-Thauri, di mana beliau mengu- bit matahari keesokan harinya. Pro- doa, pengorbanan, jihad serta kemenan-
rangkan solat nawafil di bulan Ramadan gram untuk peringkat (3,4 dan 5) gan-kemenangan.
dan memberikan tumpuan kepada pem- keseluruhannya bersifat dalaman di
bacaan al-Quran. Ada yang mengkha- mana mereka bersolat terawih dan Kita memohon agar Allah s.w.t me-
tamkan al-Quran dalam tempoh tiga tahajud bersama-sama di tempat menangkan dakwah kita, mengurni-
hari bahkan ada yang mengkhatamkan yang ditentukan. Adapun untuk per- akan kita ketaatan yang terbaik, serta
al-Quran semalaman. ingkat (1 dan 2), maka boleh dim- niat yang sempurna, dan menjadikan
ulakan di tempat khusus kemudian kita golongan yang dimerdekakan dari
Semoga Allah s.w.t sentiasa mem- disempurnakan selepas solah isyak api neraka, dan di kalangan golongan
berikan kita taufik dan menjadikan kita di salah sebuah masjid. yang diterima di bulan yang mulia ini.
ahli al-Quran dan mendapat taqwa pada
Ramadan kali ini. Amiin !!! Kita akhiri dengan memperingatkan ‫والحمد لله رب العالمين‬
8 bahawa peluang untuk tarbiah serta

11

Ramadan Memoir Seorang
Bulan Dakwah Muwarith (3)

MHj Nicholas Sylvester, Pengerusi Hidayah Centre Foundation SDr Zawawi Ali
ari melihat Ramadan dari perspektif dakwah. Di empena kedatangan Ramadan al-Mubarak, penulis in-
antara pencapaian terpenting Nabi s.a.w di bulan gin merakamkan suatu pengalaman yang tidak dapat
Ramadan ialah kemenangan di medan jihad fisabi- dilupakan sepanjangan berada dalam usaha tarbiah dan
lillah. Pada masa perang jihad qital, pada masa aman jihad bermuayasyah di Mesir, bersama-sama dengan ikhwah sama-
berdakwah di jalan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t da dari Malaysia ataupun lainnya.

‫َو َم ۡن أ� ۡح َس ُن قَ ۡول ً۬ا ِّم َّمن َدعَآ�ٱ إلۡ� َُملۡس�ِٱل ِملَّ ِيل َن َو َ ِع َل َصٰـ ِل ً۬حا َوقَا َل إ�نَِّن ِم َن‬ Ramadan tahun 1976, beberapa bulan sebelum berangkat
pulang ke tanahair, aku telah diajak untuk menghadiri majlis
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada iftar yang diadakan di sebuah apartment di kejiranan Ma-
orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi sakin Othman. Ini adalah majlis iftar pertama aku dijemput
perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang hadir yang menggabungkan sebahagian ikhwah dari negara
salih, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari Arab yang berada dalam takungan tarbiah pada masa itu.
orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Sudah kulupai siapa di kalangan ikhwah Malaysia yang sa-
ma-sama hadir ke majlis tersebut. Yang pasti, murabbi kami
Allah)!” (Al Fushilat : 33) Dr Laith Saud sama-sama hadir dalam majlis tersebut.

Kesedaran berdakwah kepada yang belum Islam masih Majlis dimulakan dengan taaruf. Masing-masing mem-
rendah di Malaysia. Hatta di kalangan pendakwah masih ku- perkenalkan diri, bidang pengajian dan negara asal. Kemudi-
rang melakukan dakwah kepada yang belum Islam. Oleh itu an majlis diteruskan dengan penyampaian tazkirah oleh seo-
mari semarakkan Ramadan dengan jihad berdakwah dijalan- rang masyayikh yang sudah kulupai namanya, tetapi beliau
Nya. Dengan kemenangan jihad dakwah ramai yang akan seorang yang telah hilang penglihatan matanya.
memeluk Islam. Di Kuwait Islamic Representation Commit-
tee mencatatkan pengIslaman seramai 54 orang pada hari Ada sekitar dua puluh lima orang yang telah hadir da-
pertama Ramadan. Ini menunjukkan amalan mereka yang lam majlis iftar tersebut, antaranya Dr Hammam Said (kini
bersungguh-sungguh menepati arahan Allah S.w.t di atas. Muraqib Am Jordan). Ketika itu beliau sedang menyiapkan
tesis PhDnya dalam bidang syariah di Universiti Al-Azhar.
Rasulullah s.a.w mengatakan kepada Saidina Ali bahawa Sepanjang majlis berlangsung, dapat kupastikan beliau ada-
“ sekiranya seorang memeluk Islam lantaran dari usaha mu lah di antara orang penting dalam usaha dakwah di kalangan
itu lebih baik dari segala dunia ini dan segala isi-isinya”. Ra- wafidin (pelajar luar dari Mesir) pada masa itu.
sulullah s.a.w sentiasa menyampaikan dan berusaha menarik
semua manusia di keliling baginda sehingga semuanya me- Ketika tiba saat iftar, kami dihidangkan dengan maqlubah
meluk Islam. Hakikatnya baginda Rasulullah s.a.w mening- (sejenis nasi Arab berlauk daging yang diterbalikkan isinya
galkan dunia ini dengan semua manusia dikeliling baginda ke dalam talam). Buat kali pertama aku makan di dulang se-
telah memeluk agama Islam. Bermula dengan hanya diri bag- bagaimana juga kali pertama buatku menjamah nasi maqlu-
inda s.a.w, berakhir dengan tidak ada lagi orang bukan Islam bah yang kemudiannya menjadi kegemaranku sehingga kini.
di Mekah dan Madinah. Sehingga kini tidak ada bukan Islam
di Mekah dan Madinah kerana telah diperintahkan bahawa Suatu yang sangat menarik dan begitu mengaspirasikan
kedua tanah suci ini haram dimasuki oleh orang bukan Is- ialah apabila aku merenung wajah-wajah yang ada di hada-
lam. pan dan sekelilingku ketika itu ialah kejernihan dan kebersi-
han wajah mereka. Malah ada di antara mereka yang mem-
Sejarah menunjukkan bahawa semua orang yang dapat punyai pandangan mata yang sangat tajam yang tidak dapat
dicapai oleh Rasulullah s.a.w telah dicapai dengan mesej Is- kulupakan sehingga kini. Berhadapan dengan fenomena ini,
lam oeh baginda dan para sahabat. Yang dekat di santuni aku teringat apa yang diungkapkan oleh Imam as-Syahid
dan disampaikan terus risalah Islam kepada mereka, yang Hassan al-Banna dalam usul 20:
jauh seperti Najasyi, Heraclius, Kisra, hatta di Negara Cina
di hantar utusan kepada mereka oleh Rasulullah s.a.w dan ‫يقذفها‬ ‫وحلاوة‬ ‫الصادق والعبادة الصحيحة والمجاهدة نور‬ ‫ول إليمان‬
para sahabat. ‫الله في قلب من يشاء من عباده‬

Kesedaran berdakwah kepada yang belum Islam ini sebe- “Dan bagi iman yang benar dan ibadat yang sahih (sah di
narnya seharusnya timbul dari kecintaan kita kepada Allah sisi Allah) serta mujahadah terdapat nur dan kemanisan
s.w.t. Ini kerana jika kita cinta Allah s.w.t, maka kita pasti yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati di kalangan
cinta kepada RasulNya s.a.w. Allah s.w.t telah berfirman:
hambaNya”

bersambung di halaman 11

12


Click to View FlipBook Version