Oleh : Dayah Aziz Sang Jerung Kisah YANG SOMBONG
Di dalam lautan yang biru, terdapat seekor jerung yang sangatsombong. Namanya ialah Jerni. Dia selalu membangga diri dengan giginya yang tajam serta menakutkan.
Jerni tidak suka berkawan dengan haiwan laut lain. Dia selalu berenang dengan sombong sambil berkata, "Aku adalah jerung paling hebat di sini!"
Suatu hari, Jerni terserempak dengan ikan kecil yang ceria. Ikan kecil cuba untuk menjadi kawan dengan berkata, "Hai, Jerni! Boleh kita bermain bersama?"
Ah, apa kehebatan yang kamu semua ada? Cuba tunjukkan kepada aku! Jawab Jerni dengan angkuh
Ikan kecil tidak berputus asa. Dia berkata, "Walaupun aku kecil, kita boleh belajar sesama sendiri dan menjadi kawan yang baik!"
Hari demi hari berlalu, Jerni mula menyedari bahawa dia sebenarnya rasa sunyi. Tiada kawan untuk berkongsi keriangan bersama.
Jerni pun berfikir, "Mungkin aku terlalu sombong. Mungkin juga aku patut beri peluang kepada Ikan Kecil untuk menjadi kawan baikku."
Jerni mencari Ikan Kecil dan dengan rendah hati meminta maaf. Ikan Kecil dengan gembira menerima Jerni sebagai kawan.
Jerni dan ikan kecil mula menjalin persahabatan yang rapat. Mereka berdua bermain dan belajar bersama-sama.
Pengajaran yang Jerni dapat dia tidak lagi sombong tetapi bahagia kerana dia belajar bahawa kehebatan tidak semestinya harus dibanggakan, memberi peluang kepada orang lain untuk menjadi kawan.
Akhirnya, Jerni dan Ikan Kecil meraikan persahabatan mereka dengan berpesta laut bersama semua haiwan laut yang lain.
Dan sejak hari itu, Jerni menjadi jerung yang lebih baik, tidak lagi sombong, dan sentiasa bersedia untuk berkawan dengan semua haiwan laut.
Jadi, ingatlah, kebahagiaan sebenarnya datang daripada memberi peluang kepada orang lain dan menjalinkan persahabatan yang ikhlas.
Dengan itu, kisah Sang Jerung yang Sombong berakhir dengan gembira, menunjukkan bahawa setiap kelebihan dan kekurangan yang dimiliki bukan ukuran untuk kita semua menjadi kawan yang baik.