Vlog aisyah NUR NABILA #ROAD TO JANNAH #ROAD TO JANNAH
Aisyah, seorang gadis yang penuh semangat, berani dan bijak. Aisyah bercadang untuk membuat vlog bagi menjejaki keindahan masjid-masjid yang ada di Malaysia.
Masjid pertama yang Aisyah pergi adalah Masjid yang Terletak di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai untuk menunaikan solat kerana fasilitinya yang bagus dan selesa. Lebih menarik lagi, Masjid Sultan Iskandar merupakan premis kedua di negeri ini diiktiraf sebagai destinasi pelancongan selepas Johor Premium Outlet (JPO). MASJID SULTAN ISKANDAR, JOHOR BAHRU
Masjid Albukhary di Alor Setar, Kedah memiliki seni bina unik yang diinspirasikan daripada masjid di seluruh dunia. Masjid Albukhary merupakan salah satu lokasi pelancongan di Kedah setanding masjid pelancongan terkemuka lain di negara ini. MASJID ALBUKHARY, KEDAH
MASJID RAZALEIGH, KELANTAN Terletak di Kota Bharu, masjid ini menjadi tarikan orang ramai kerana reka bentuk yang mirip seperti Masjidil Haram. Sebuah replika Kaabah turut diletakkan di bahagian tengah masjid.
MASJID SELAT MELAKA Masjid yang dibina di atas permukaan laut berdekatan pulau buatan manusia ini menjadi satu lagi mercu tanda dan tarikan pelancongan di negeri ini. Masjid berkenaan begitu mirip sebuah masjid terapung yang terdapat di bandar Jeddah, Arab Saudi.
Tarikan utama Masjid Sri Sendayan yang dibina adalah hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, dan China. Keunikan hasil seni bina masjid ini membuatkan ia menerima beberapa gelaran daripada orang ramai seperti Taj Mahal dan Masjid Nabawi MASJID SRI SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN
MASJID TUNKU AZIZAH ISKANDAR, PAHANG Reka bentuk masjid ini diinspirasikan daripada cengkerang siput laut untuk menarik minat generasi muda datang ke masjid
MASJID MUHAMMADIAH, PERAK Masjid ini merupakan masjid yang pertama di Malaysia yang menggunakan sepenuhnya senibina Cina. Pintu masuk utama dihiasi tulisan Cina di bahagian kanan dan kiri manakala perkataan Masjid Muhammadiah dalam tulisan rumi di bahagian atas.
MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU, SABAH Dengan dikelilingi air laut, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini juga digelarkan Masjid Terapung yang memberikan satu pemandangan yang cukup indah dan mampu menarik perhatian pengunjung atau pelancong dari dalam dan luar negara.
Lokasinya menghadap laut dan terapung, keunikan seni bina dan sejarah pernah dibadai tsunami 19 tahunlalu menjadikan Masjid Tanjung Bunga, Jalan Batu Feringghi cukup terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa MASJID TERAPUNG TANJUNG BUNGA, PULAU PINANG
MASJID KRISTAL, TERENGGANU Masjid ini terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Ia diberi nama Masjid Kristal kerana ianya diperbuat dari besi, kaca, dan kristal. Kedudukan Masjid Kristal ini yang dibina di atas Sungai Terengganu membuatkanianya seolah-olah terapung
MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN Salah satu pemandangan menarik di Putrajaya adalahMasjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berkubah logam berkilauan disimbah cahaya matahari
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH Keunikan kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau nama gelarannya, Masjid Biru dikatakan menjadi rahsia tarikan puluhan ribu pelancong ke rumah ibadat berkenaan di Shah Alam, Selangor
Pelbagai keistimewaan bagi umat Islam yang hatinya sentiasa terikat dan rindu untuk berada di masjid Pelbagai keistimewaan bagi umat Islam yang hatinya sentiasa terikat dan rindu untuk berada di masjid "Antaranya, dalam hadis riwayat Bukhari, mereka yang hadir ke masjid akan mendapat pahala solat berjemaah yang kelebihannya adalah memperoleh 27 darjat berbanding solat sendirian. "Antaranya, dalam hadis riwayat Bukhari, mereka yang hadir ke masjid akan mendapat pahala solat berjemaah yang kelebihannya adalah memperoleh 27 darjat berbanding solat sendirian.