JOM Teroka Pengangkutan Darat Oleh : Siti Normila Binti Jumadi
PENGENALAN Pengangkutan darat adalah jenis pengangkutan yang paling biasa digunakan. Ia merangkumi kenderaan pacuan empat roda termasuk kereta, van, motosikal dan sebagainya. Selain itu, perkhidmatan bas dan sistem LRT juga antara jenis pengangkutan darat
KERETA Kereta ialah kenderaan bertayar empat yang mempunyai enjin. Pada masa dahulu ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana ‘motor’ merujuk kepada enjin
MOTOSIKAL Motosikal ialah sejenis kenderaan beroda dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan
BAS Bas merupakan sebuah kenderaan pengangkutan awam jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang lebih ramai daripada muatan kereta
LORI Lori adalah kenderaan berat yang digunakan untuk mengangkut barangan dengan kuantiti yang besar melalui jalan raya
VAN Van ialah kenderaan yang digunakan untuk mengangkut barang atau orang. Ia biasanya berbentuk kotak dengan empat roda, lebar dan lebih panjang daripada kereta
BECA Beca merupakan kenderaan beroda tiga. Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang
KERETAPI Keretapi ialah kenderaan yang terdiri daripada beberapa buah gerabak yang dirangkaikan dan berjalan di atas landasan
Basikal Basikal ialah kenderaan beroda dua yang ditunggang dengan mengayuh pedalnya
Kesimpulan Pengangkutan darat adalah aspek penting dalam sistem pengangkutan yang memberikan kemudahan pergerakan manusia dan barang di daratan