The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KEMAS E- Library Innovation, 2023-11-28 01:25:27

Si Semut - Salina Abd Samad

Si Semut - Salina Abd Samad

SI SEMUT Oleh: Salina Abd Samad


Tersebutlah kisah empat ekor semut yang bermacam ragam.


Mereka adalah Semut Rajin, Semut Baik, Semut Malas, dan Semut Sombong


Pada suatu pagi sedang Semut Rajin berjalan-jalan di padang rumput yang luas, tetiba semut Rajin terjumpa timbunan manisan iaitu gula-gula yang pelbagai warna.


"Wahhhhh banyaknya manisan!!


Semut Rajin pun cuba memanggil sahabatnya si Semut Baik dengan menggunakan sesungutnya... te ne net te ne net


Semut Baik pun menjawab, "te ne net te ne net.. ada apa ya wahai sahabat" .


"Aku jumpa gula-gula banyak ni di padang rumput nun hujung kampung..datanglah ke sini bantu aku bawa pulang gula-gula ini, aku tidak larat".


"Baiklah wahai sahabat". "Hurmmmaku kena panggil Semut Malas dengan Semut Sombong nii".


Lalu Semut Baik pun memanggil Semut Malas dan Semut Sombongmenggunakan sesungut dikepalanya. "Tenenet tenenet".


Akan tetapi Semut Malas berkata, " malas lah..kau nak pergi, kau pergi lah, aku nak rehat.."


Berlainan pula dengan si Semut Sombong. Semut Sombong pergi ke tempat sahabat-sahabatnya berada.


Apabila semut Sombong melihat timbunan gula-gula itu lalu berkata, "ini senang sahaja..aku boleh bawa balik makanan ini tanpa pertolongankamu semua, aku kuat, aku gagah..." semut Sombong berkata dengan angkuhnya.


Tetiba terdengar semut Sombong menjerit meminta tolong, "Tolong ! Tolong! ..kaki aku ..tolong! Tolong!"


Kaki Semut Sombong tersepit dengan timbunan gula .


Akhirnya Semut Baik dan Semut Rajin membantu Semut Sombong dengan seikhlas hati mereka.


Bagaimana pula dengan kisah si Semut Malas tadi.


Mereka bertiga pergi bertemu Semut Malas, dan didapati Semut Malas sedang sakit perut sebab lapar.


Kesimpulan daripada kisah ini, sahabat tetap sahabat. Walau apa jua keadaan. Hidup ini perlu saling membantu di antara satu sama lain. Jangan sombong dan jangan malas.


Sekian terima kasih.


Click to View FlipBook Version