The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KEMAS E- Library Innovation, 2023-09-30 01:36:17

SI RAMA-RAMA DAN KUMBANG

SI RAMA-RAMA DAN KUMBANG

SI RAMA-RAMA DAN KUMBANG SITI ZURAIHAN CHE ALI


Di dalam sebuah hutan , terdapat seekor ulat yang kecil dan tidak cantik. Dia selalu berangan untuk menjadi cantik dan dapat terbang di udara.


Namun, di hutan itu juga terdapat seekor kumbang yang cantik . Kumbang yang mempunyai sayap dan mampu terbang di udara. Semua serangga di hutan selalu memuji kecantikan dan kemampuan terbang Kumbang.


Setiap hari, ulat melihat kumbang yang terbang dengan anggun di udara. Si ulat iri hati dengan kumbang yang cantik dan pandai terbang. Ulat merasa sedih dan berkecil hati dengan dirinya sendiri.


Suatu hari, ulat mendekati kumbang dengan perasaan sedih. "Kumbang, kamu begitu cantik dan mampu terbang. Aku hanya seekor ulat yang tidak cantik dan tidak mampu terbang. Bagaimana aku boleh bertukar seperti kamu?"


Kumbang tersenyum dengan penuh bangga. Kumbang juga berkata kepada Si Ulat, Wahai ulat terima sajalah dengan keadaan fizikal kamu yang tidak cantik dan tidak mampu terbang itu. Jangan kau bandingkan aku yang cantik ini dengan dirimu. Pergi jauh dari aku!. Aku tidak mahu berkawan dengan mu yang tidak cantik


Si Ulat merasa sangat sedih dengan hinaan daripda Si Kumbang yang sangat sombong.


Si ulat sentiasa termenung dan memikirkan keadaan fizikalnya yang dianggap tidak menarik dan banyak kelemahan. Ulat cuba mencari cara untuk berubah keadaan dirinya.


Akhirnya, pada suatu hari si ulat telah membungkuskan dirinya dan bertukar menjadi kepompong


Di dalam kepompong , ulat mengalami perubahan besar. Tubuhnya berubah menjadi lebih cantik dan sayapnya mulai tumbuh.


Ketika tiba saatnya, Si Ulat keluar dari kepompongnya. Dulunya Si Ulat yang merasakan dirinya tidak cantik sudah bertukar kepada seekor rama-rama yang sangat cantik dengan sayap yang berwarnawarni.


Si Rama-Rama sangat gembira dengan perubahannya dan mampu terbang di udara.


Semua serangga di hutan terpesona dengan kecantikan Si Rama-Rama. Mereka memuji keindahannya dan ingin menjadi temannya.


Kumbang, yang dulunya merendahkan Si Rama-Rama, datang menghampiri dan berkata, "Si Rama-Rama, kamu benarbenar cantik sekarang. Aku sangat menyesal karena dulu meremehkanmu. "


Si Rama-Rama tersenyum dan berkata, "Terima kasih, Kumbang. Aku belajar bahawa kecantikan sejati datang dari dalam hati dan bukan hanya dari penampilan fizikal. Kita semua istimewa dengan caranya masing- masing. "


Moral dari cerita ini adalah jangan pernah meremehkan diri sendiri atau orang lain berdasarkan penampilan fizikal. Kita semua memiliki keistimewaan dan kecantikan yang unik.


Click to View FlipBook Version