ANA DAN SEEKOR KUCING ANA DAN SEEKOR KUCING siti norlaily hidayu , izzah faizah , siti aieshah, nuziati
Pada suatu hari yang cerah, Ana sedang bermain di taman permainan dengan gembiranya. Dia melompat-lompat dan tersenyum riang. Ana suka bermain di taman permainan .
Ketika Ana sedang berlari-lari , dia ternampak sesuatu di dalam longkang. Ternyata, itu adalah seekor kucing yang comot, basah, dan kesejukan.
Ana merasa kasihan pada kucing itu. Dia segera membantu kucing tersebut. Ana perlahan-lahan mengeluarkan kucing itu.
Kucing itu terlihat lemah dan takut. Matanya yang besar memandang Ana dengan penuh harapan. Ana tahu dia perlu membawa kucing ini ke tempat yang selamat.
Ana membawa kucing itu pulang ke rumahnya. Dia memandikan kucing itu dengan lembut dan mengeringkannya. Kemudian, Ana memberikan makanan dan air bersih kepada kucing itu.
. Ana gembira melihat kucing itu makan dan minum. Dia tahu dia telah melakukan perkara yang betul
Akhirnya, Ana memberikan nama kepada kucing itu dengan panggilan Memey.
Memey mula merasa selesa dirumah Ana. Ana dan keluarga suka dengan kehadiran Memey.
Ana dan Memey menjadi sahabat baik. Mereka bermain, makan dan tidur bersama.
Ana dan keluarganya merawat Memey dengan baik. Mereka membawanya berjumpa doktor haiwan untuk memastikan dia sihat.
Memey menjadi sebahagian daripada keluarga Ana. Mereka tersenyum setiap kali melihat Memey bermain dan menghiburkan mereka.
Dari kisah ini, Ana belajar tentang nilainilai kasih sayang, kebaikan, dan tanggungjawab kepada haiwan.
Ana berkongsi kisah Memey dengan rakan-rakannya di taman permainan. Mereka juga belajar tentang betapa pentingnya menjaga haiwan-haiwan yang lemah.
Cerita Ana dan Memey menjadi terkenal di kalangan kawankawannya. Mereka semua ingin menjadi seperti Ana, yang sentiasa bersedia untuk membantu haiwan yang memerlukan bantuan.
Kisah Ana dan Memey mengajar kita bahawa kebaikan dan kasih sayang selalu membawa kebahagiaan kepada kita dan haiwan-haiwan di sekeliling kita.