The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KEMAS E- Library Innovation, 2023-09-19 02:53:09

PEMBURU YANG BAIK HATI

PEMBURU YANG BAIK HATI

PEMBURU Yang BAIK HATI I *YUSMASAHRIL BIN YUSOH I *MUHAMAD JURAIMI BIN JAMALUDIN I *SAHDI BIN MADON I Dikarang oleh :


Di hutan rimba yang luas, terdapat seorang pemburu yang cekap dan mahir bernama Amir. Amir sangat mahir dalam menjejak dan memburu binatang-binatang di hutan dan selalu memakai baju bewarna Biru, berjaket Hijau dan bertopi Kuning sewaktu berburu.


Pada suatu hari, Amir pergi ke hutan untuk berburu. Ketika Amir berjalan perlahan-lahan sambil memerhatikan jejak-jejak binatang di tanah. Tiba-tiba, Amir mendengar suara yang lemah dari sebelah pokok yang berwarna hijau, buah bewarna merah dan rendang.


Amir segera berjalan menuju suara itu. Di bawah sebatang pokok, Amir melihat sebuah lubang yang amat dalam. Amir segrak bergerak perlahan-lahan ke lubang tersebut.


Ketika menghampiri lubang tersebut, Tiba-tiba Amir ternampak seekor harimau yang terperangkap di dalam lubang yang amat dalam.


Harimau itu berwarna jingga dan berbelang hitam. Ia kelihatan menahan kesakitan dan berada dalam kesedihan dan kahausan.


Amir cuba memikirkan cara untuk mengeluarkan harimau itu dari lubang. Dia mencari-cari alat yang sesuai di dalam hutan. idea


Akhirnya, Amir menemukan sebuah ranting yang panjang dan kuat yang berwarna Coklat .


Amir menggunakan ranting tersebut untuk membantu harimau itu keluar dari lubang yang dalam.


Amir beberapa kali berusaha dengan gigih untuk mengeluarkan Harimau, akhirnya harimau itu berhasil keluar dari lubang. Harimau itu menggelengkan kepala sebagai tanda terima kasih kepada Amir.


Amir merasa gembira melihat harimau itu bebas. Dia tahu dia telah melakukan sesuatu yang baik.


Amir dan harimau itu kemudian berpisah. Harimau itu kembali ke hutan dan Amir meneruskan perjalanannya sebagai pemburu yang baik hati.


Dari hari itu, Amir selalu ingat betapa pentingnya menjadi baik hati kepada binatang-binatang hutan. Amir tidak lagi memburu binatang-binatang itu tanpa alasan yang baik.


Kisah ini mengajarkan kita bahawa meskipun seseorang itu adalah pemburu, namun dia masih dapat menjadi baik hati dan membantu binatang yang memerlukan pertolongan.


Semoga cerita ini menginspirasi anda, kanak-kanak kecil, untuk selalu menjadi baik hati dan peduli terhadap binatang serta alam sekitar kita.


Sekian Terima Kasih, -TAMATBOMBASTIC MOVIE We Are Est : 20213 PMPS MALAYSIA


Click to View FlipBook Version