Menjelajahi bumi yang bulat AIMAN DAN RAKAN-RAKAN Norzifaznizah taisin
Ini adalah cerita tentang tiga rakan yang bernama Aiman ,Dina,dan AImran. mereka sangat suka menjelajah dan mencari jawapan kepada soalan yang menarik
Suatu hari,Aiman datang dengan soalan yang sangat menarik. Dia bertanya, "Adakah bumi ini betul-betul bulat seperti bola?"
Puan Lim berkata, "Ya,bumi ini memang bulat seperti bola.ilmuan diseluruh dunia telah membuktikannya" .
Aiman ,Dina dan Aimran memutuskan untuk mencari tahu.Mereka pergi ke perpustakaan untuk mencari buku-buku yang menceritakan mengenai bentuk bumi
Diperpustakaan,mereka mendapati sebuah buku yang menerangkan tentang bumi mereka membaca bahawa teori islam mengatakan bumi itu bulat
Dipantai ,mereka meletakkan bola pantai di atas air.Mereka lihat bahawa bola pantai itu berbentuk bulat.
Mereka bermain di pantai dan terus menikmati eksperimen mereka.Mereka melihat matahari terbenam dan bintangbintang muncul di langit
Tetapi Aiman masih merasa hairan. Dia bertanya, "Kenapa kita tidak merasa bumi ini bulat?"
Mereka kembali berjumpa dengan guru mereka. Puan Lim menjelaskan "bumi ini sangat besar,jadi kita tidak rasa ianya berbentuk bulat tetapi ilmuan telah membuktikan bahawa ia bulat.
Aiman ,Dina, dan Aimran kembali ke rumah dengan jawapan yang mereka cari.Mereka gembira kerana tahu bahawa bumi ini berbentuk bulat seperti bola pantai mereka.
Puan Lim memberi pesanan terakhit, "Sangat penting untuk sentiasa mencari jawapan.ilmuadalah kunci kepada pengetahuan.
Tiga kawan itu terus menjelajah dan mempelajari banyak perkara menarik tentangdunia di sekeliling mereka.
Dan dengan itu,petualangan Aiman,Dina dan Aimran dalam mencari jawapan tentang bentuk muka bumi berakhir dengan gembira.
Semoga cerita ini memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan.