The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KEMAS E- Library Innovation, 2023-11-28 00:25:15

MENGENAL HIDUPAN LAUT-NURULHUDA

MENGENAL HIDUPAN LAUT-NURULHUDA

HIDUPAN D Nurulhud i a binti l Moh A amad Am U an T Mengenal


Hai... apa khabar adik-adik, hari ini kita akan belajar mengenal haiwan di laut.Perairan negara kita amat kaya dengan pelbagai jenis ikan dan hidupan marin.Secara umumnya terdapat banyak haiwan yang berada dilautan.Contohnya seperti ikan paus ,penyu,obor-obor dan lain-lain.Ayuh kita mengenali mereka.


Ikan todak mempunyai rahang atas yang runcing dan tajam seperti pedang.Ia lazimnya ditemui diperairan cetek dari kawasan tepi laut hinggalah ke tengah laut.Ciri-ciri ikan utama ikan ini adalah berparuh .Ikan todak memiliki kemampuan untuk melompat keluar dari air dan menangkap mangsa dari udara sebelum kembali ke dalam air.


Ikan Paus antara mamalia terbesar yang berada di lautan.Ia mempunyai badan yang besar dan panjang.Badannya berwarna hitam keabu-abuan.Terdapat pelbagai spesies paus yang berada di dunia.Antara paus yang terkenal adalah paus biru.


Belut laut merupakan kelompok ikan yang memiliki badan yang panjang dan mempunyai sirip.Belut laut biasanya ditemui di perairan berlumpur dan berpasir di dasarnya.


Penyu adalah sejenis haiwan yang mempunyai cengkerang keras diatas badannya.Penyu laut adalahhaiwan marin yang tergolong dalam spesies terancam.Jumlahnya diserata dunia direkodkan semakin berkurangan . Terdapat beberapa Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu yang ada di Malaysia.Contohnya di Rantau Abang, Terengganu dan Cherating,Pahang


Ikan pari terdiri daripada pelbagai jenis spesies. Pari Harimau atau Rimau antara pari yang popular di Malaysia.Pari Rimau ini mendapat nama kerana corak di badannya bertompok seakan harimau.Tidak hairanlah tenaganya juga sekuat raja rimba itu.Habitat spesies ini kebiasaannya berenang di pantai yang berbatu .


Obor-obor adalah sejenis haiwan laut yang beracun.Mempunyai bentuk bulat yang hampir sempurna dikawasan kepala serta mempunyai sesungut yang panjang.Ia hidup diperairan laut dan persisiran pantai.


Kuda laut atau nama saintifiknya Hippocampus kerana bentuk kepalanya yang sama seperti kuda didarat.Kuda laut termasuk dalam kumpulan ikan kerana bernafas melalui insang.Setiap spesies kuda laut mempunyai bentuk jambul tersendiri.


Sotong kurita sedikit berbeza daripada sotong biasa.Nama yang diberikan kepada sotong jenis ini adalah “OCTOPUS” .Sotong Kurita mempunyai mata dan kepala yang besar.Habitat tempat tinggalsotong kurita yang besar biasanya ditemui dilautan dalam yang sejuk.Sotong kurita adalah spesies haiwan tidak bertulang belakang.Oleh itu walaupun sudah dewasa ia mampu mengecilkan tubuhnya dan memasuki lubang ataupun celah batu yang kecil.


Sekian sahaja untuk topik hidupan di laut.Jumpa lagi dalam siri buku yang akan datang.Mari kita bersama-sama menjaga kebersihan didarat dan laut agar ekosistem spesies hidupan laut ini terjaga dan memberi manfaat kepada semua.


Click to View FlipBook Version