ANJING YANG TAMAK OLEH : SYAHIDA JASNI
Pada suatu hari, ada seekor anjing bernama Milo. Milo suka mencari makanan di sekitar kampung.
Suatu pagi, Milo berjalan-jalan di tepi sungai. Tiba-tiba, dia ternampak seketul daging yang besar terletak di atas tanah.
Milo sangat gembira. Dia pergi mengambil daging itu dengan mulutnya dan berlari ke arah sungai untuk makan dengan tenang.
Ketika sampai di tepi sungai, Milo ternampak bayangan dirinya di dalam air. Dia nampak seekor anjing lain yang juga menggonggong seketul daging.
Milo menjadi tamak. Dia mahukan daging yang digonggong oleh anjing dalam air itu. Dia menyalak dengan kuat, "Woof! Woof!"
Ketika Milo menyalak, daging di mulutnya terjatuh ke dalam sungai. Dia terkejut dan cuba mengambil daging itu, tetapi daging itu telah hilang dibawa arus sungai.
Milo berasa sangat sedih dan kecewa. Dia kehilangan dagingnya kerana terlalu tamak
Milo duduk di tepi sungai, menyesali perbuatannya. "Kenapa aku tamak sangat tadi?" kata Milo.
Melihat Milo yang kesedihan, Kawan-kawannya datang menghampiri. Mereka menenangkan Milo. "Tak mengapa, Milo. Kamu masih boleh mencari makanan yang lain, " kata kawan-kawannya.
Milo belajar sesuatu pada hari itu. Dia belajar bahawa sikap tamak boleh menyebabkan dia kehilangan apa yang sudah dimiliki.
Sejak hari itu, Milo tidak lagi tamak. Dia belajar bersyukur dengan apa yang ada dan berkongsi dengan kawan-kawannya.
Pengajaran cerita ini ialah kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan tidak bersikap tamak. Berkongsi dan bersikap baik akan membuat kita lebih gembira dan disayangi oleh kawan-kawan.