The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisadawiyah0, 2024-03-29 10:57:15

Sahabat Yang Baik

Cerita haiwan

Keywords: Cerita haiwan,Cerita kanak-kanak

Bahan Bacaan Kanak-kanak Tahap 1 Anis Adawiyah Sahabat Yang Baik Sahabat Yang Baik


SINOPSIS Cerita Sahabat Yang Baik mengisahkan persahabatan antara tiga ekor haiwan iaitu Mika, Kiki dan Mimi. Pada awalnya, Mimi bersikap sombong dan enggan berkawan dengan Mika dan Kiki. Walaubagaimanapun, persahabatan antara mereka mula terjalin apabila Mimi mula menyedari bahawa Mika dan Kiki sangat baik kepada dirinya semasa dia berada dalam kesusahan. Sejak daripada itu, mereka bertiga menjadi sahabat yang baik dan menjadi contoh kepada haiwan-haiwan yang lain.


1 Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor gajah yang bernama Mika dan seekor kijang yang bernama Kiki. Mereka berdua bersahabat baik bagai isi dengan kuku.


Pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain di tepi sungai, terdapat seekor burung menuju ke arah mereka. Burung itu bernama Mimi. Mimi sangat dikenali oleh haiwan-haiwan di situ kerana rupa parasnya yang cantik. 2


“Apa yang kamu berdua buat di sini?” tanya Mimi. “Kami sedang berjalanjalan di tepi sungai ini.” Jawab Mika. Kemudian, Kiki mengajak Mimi bersiarsiar bersama mereka tetapi Mimi menolaknya. 3


Mika dan Kiki berasa hairan. “Mengapa kamu tidak mahu ikut kami, Mimi? tanya Mika. “Sebenarnya, saya berasa malu berkawan dengan haiwan yang gemuk seperti Mika.” Jawab Mimi dengan angkuh. 4


Mika berasa sedih apabila mendengar kata-kata itu. Kiki yang melihat Mika sedih cuba untuk memujuknya. “Mika, awak janganlah sedih. Saya janji akan sentiasa berkawan dengan awak. Ayuh kita bermain di sana,” pujuk Kiki. 5


Mika tersenyum apabila mendengar kata-kata itu. Dia berterima kasih kepada Kiki kerana sudi berkawan dengannya. Kemudian, mereka berdua bermain bersama-sama sehingga tidak menyedari bahawa hari semakin gelap. 6


Semasa dalam perjalanan pulang, mereka terdengar satu jeritan yang sangat kuat. “Tolong!, Tolong!, Tolong!. “Mika, kamu dengar suara itu?” tanya Kiki. “Ya, itu suara haiwan dalam kesusahan. Kita perlu menolongnya.” Jawab Mika. 7


Rupa-rupanya suara itu ialah suara Mimi yang terperangkap dalam perangkap pemburu. “Kiki, Mika tolong saya” kata Mimi dengan sayu. Dia sangat ketakutan. 8


“Mika, kita perlu segera menolong Mimi sebelum pemburu datang ” kata Kiki. “Mengapa kita perlu menolong dia?. Bukankah dia tidak mahu berkawan dengan kita?” balas Mika. Kiki menasihati Mika supaya tidak menyimpan perasaan dendam dan berbuat baik kepada semua haiwan. 9


Mika mengangguk. Dia faham akan nasihat kawannya itu. Kemudian, mereka berkerjasama bagai our dengan tebing untuk menyelamatkan Mimi. Akhirnya, mereka berjaya membebaskan Mimi daripada perangkap itu. 10


Mimi berasa menyesal akan perbuatannya. Dia kemudian meminta maaf kepada Mika dan Kiki kerana telah melukakan hati mereka. Kiki menasihati Mimi supaya menerima semua haiwan dengan penuh kasih sayang dan menghormati perbezaan antara satu sama lain. 11


Sejak daripada itu, Mika, Kiki dan Mimi menjadi kawan rapat. Mereka belajar untuk menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Persahabatan mereka menjadi contoh kepada semua haiwan di dalam hutan tersebut. Tamat 12


Pengajaran : Kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada semua orang. 1. Kita perlu menghormati dan menghargai perbezaan antara satu sama lain. 2. Kita perlu meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan. 3. 13


Click to View FlipBook Version