Tupai
Muda
Di dalam sebuah kampung,terdapat sebuah
hutan yang sangat indah.Hutan itu dihiasi
pelbagai tumbuhan dan dihuni oleh banyak
binatang seperti tupai,burung,ular,harimau dan
banyak lagi.
Mereka hidup dengan aman harmoni dan saling
tolong -menolong antara satu sama lain.
Berat sama dipikul,ringan sama
dijinjing,begitulah kehidupan kebanyakan haiwan
di situ. Mereka sentiasa prihatin antara satu sama
lain.
Pada suatu hari, di hujung sebuah kampung, hiduplah seekor
tupai yang kurus bernama Putih. Hidupnya serba kekurangan
dari segi pakaian, makanan, minuman dan tempat tinggal
kerana dia tidak bekerja.
Dia hanya tinggal sehelai sepinggang dan sebatang kara di
rumah itu. Dia hanya hidup keseorangan tanpa saudara mara
di kampung itu. Sehinggakan pada waktu itu, sudah dua hari
dia tidak makan kerana tiada bekalan makanan.
“Aduh… perutku sangat lapar. Sudah dua hari aku mengikat
perutku kerana tiada makanan .Aku tidak dapat makan.
Perutku semakin hari semakin kempis… Apalah nasib ku
ini…”’ Keluh Putih dengan suara yang sedih dan tidak
bersemangat.
Semasa Putih mengeluh di luar rumah,
lalu pula Pipit iaitu burung yang sedang
terbang berjalan-jalan berseorangan.
Pipit melihat Putih berseorangan di luar
rumah dengan muka yang sedih. Lalu
Pipit singgah ke rumah Putih.
“Hai putih, apa khabar?”, sapa Pipit.
“Khabar baik saja Pipit… tapi itulah….”,
kata Putih dengan sedih.
”Mengapa dengan kamu Putih? Semasa aku terbang tadi,aku
lihat kamu muram sahaja.Kamu ditimpa sebarang
masalahkah? Jika kamu sudi,ceritakanlah padaku,mungkin aku
boleh menolongmu.”kata Pipit dengan penuh keprihatinan.
“Eh,tiada apalah Pipit,cuma perutku ini tidak berhenti
berbunyi.Sudah dua hari aku tidak makan.Badanku semakin
lemah.”jawab Putih dengan nada yang sayu.
“Aduhai,kenapa kamu tidak makan? Ke mana pergi
makananmu? Namun,aku tidak pernah melihat kamu bekerja
,bagaimana kamu hendak mendapatkan makanan jika tidak
bekerja.
Putih membalas kata-kata Pipit,”Bukan tidak mahu bekerja
Pipit,tetapi tiada siapapun yang mahu mengambilku
bekerja.Lihat sahaja diriku, kurus kering seperti lidi.Mereka
menganggapku lemah dan tidak mampu bekerja.”
“Aduhai. … Kasihannya kamu Putih. Aku turut bersimpati dengan
nasib yang menimpa kamu. Aku tidaklah mampu membantu
kamu mencari makanan yang kamu mahu itu.. Tapi aku
mempunyai cara untuk membantumu mencari makanan” Balas
Pipit
“Apakah cara itu Pipit, bolehkah kamu memberitahuku. Aku
sungguh kelaparan dan ingin mencari makanan dengan
segera”. Jawab Putih dengan rasa ingin tahu
“ Begini, Jika kamu hendak meminta bantuan, kamu pergilah ke
tengah kampung, di situ terdapat seekor binatang kaya yang
sangat dermawan dan baik hati. Dia selalu membantu haiwan
yang susah dan miskin. Jika kamu hendak mencari bantuan, aku
cadangkan kamu pergi ke rumahnya..” Kata pipit
“ Betulkah Pipit? Kalau begitu petang ini juga aku akan ke
sana. Boleh lah aku meminta bantuan makanan dan
barangan untuk menampung keperluan aku di rumah nanti .
Balas Putih dengan teruja
“Betul Putih… baguslah kalau kamu hendak pergi pada
petang ini. Aku melihat kamu sudah tidak bermaya lagi. Jika
ditunggu beberapa hari lagi kamu pasti akan mati
kelaparan. Namun jika kamu pergi petang ini sudah tentu
kamu sudah boleh makan.” Jawab Pipit
Betul tu Pipit. Aku harus segera ke sana untuk mendapatkan
makanan. Aku tidak mahu mati akibat kelaparan”
Lalu muka Putih pun sangat gembira apabila mendengar berita
yang disampaikan Pipit sebentar tadi. Putih juga tidak lupa
mengucapkan terima kasih atas pemberitahuan si Pipit mengenai
berita itu. “Terima kasih Pipit kerana telah menolong aku. Aku akan
selalu mengenang jasa kamu” Balas Putih dengan wajah yang
gembira dan seronok.
“ Sama-sama Putih. Itu sahaja yang aku mampu tolong kamu.
Izinkan aku pergi dulu Putih, aku ada urusan yang perlu
diselesaikan.” Pipit kemudian melebarkan sayap dan
meninggalkan Putih.
Maka menjelang petang Putih pun bersiap untuk pergi ke rumah
binatang yang dermawan tersebut dengan membawa beg
sandangnya dan tempurung kelapa untuk mengisi barang
bantuannya nanti. Tanpa membuang masa Putih segera pun
memulakan perjalanannya hingga sampai ke tengah kota untuk
berjumpa dengan binatang kaya dermawan itu.
Apabila sudah sampai, maka Putih berjumpa dengan tupai
dermawan yang diberitahu oleh Pipit.Namanya Jerut. Jerut
memulakan bicara,“Mengapa kamu datang ke sini?”
“Selamat petang tuan. Saya Putih penduduk di kampung ini.
Saya tinggal di hujung kampung ,” jawab Putih.
“Ooo.. Kamu ke Putih yang si Pipit ceritakan itu? Baik. Apa
hajat kamu datang kemari?”
Sebelum kamu menyatakan hajatmu,akan ku perdengarkan
serangkap pantun teka teki kepadamu.Kamu perlu memberi
jawapan yang tepat kepadaku.Maka,Jerut pun mula
berpantun.
Pergi ke kebun mencari kelapa,
Kelapa dicari sehingga malam,
Tahukah kamu binatang apa,
Tulangnya satu darahnya hitam.
Putih kebingungan.Dia hanya menggarukan
kepalanya.Dia benar-benar tidak tahu
jawapannya.
Putih berkata kepada Jerut,”Maafkan saya
tuan,saya tidak pernah melihat binatang
yang tuan maksudkan.”
Begitulah hidupmu wahai anak muda.Setiap
perkara datang seiring dengan usaha.Kamu
tidak akan berjaya menjawab jika kamu
tidak mempunyai pengetahuan yang luas.
Baiklah,apakah hajatmu datang kemari?
“Saya datang kemari untuk meminta keikhlasan tuan. Untuk memberi
sedikit sumbangan barang keperluan dan makanan kepada saya.
Dengan bantuan ini dapatlah saya meneruskan hidup yang tidak
seberapa ini” jawab Putih dengan sayu
“Hmm…aku lihat kamu ini muda lagi Putih, mengapa kamu tidak
bekerja?” tanya Jerut dengan penuh kehairanan.
“Bagaimana tuan tahu saya tidak bekerja? Tanya putih
“Pipit telah menceritakan segalanya kepada aku. Dia sangat
bersimpati dan kasihan akan nasib kamu. Jadi dia meminta aku untuk
menolong kamu”
“Begini tuan bukan saya tidak mahu bekerja tapi lihatlah badan saya
yang kurus kering ini… tiada siapa yang mahu mengambil saya
bekerja…” jawab Putih dengan alasan yang sama diberikan kepada
Pipit.
Apabila mendengar jawapan Putih itu, Jerut terdiam
kerana dia tahu yang alasan diberinya itu sama
seperti Pipit perkatakan.
Lalu Jerut segera menyoalnya lagi “Kalau begitu
jawapan kamu, bagaimana kamu ingin menampung
kehidupan macam kamu perkatakan tadi?
Hidup aku juga dulu seperti kamu. Tetapi hidup kita
janganlah malas membanting tulang sehinggakan
mahu isi perut pun tiada makanan.
Hidup juga tidak perlu merungut atas alasan diri
sendiri… memang hidup ini kita perlu berakit-rakit
dahulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian.” Nasihat Jerut
kepada Putih.
Putih terkedu lalu membisu sambil menundukkan kepalanya.Dia
sangat terkesan dengan nasihat Jerut.Dia sedar akan sikapnya
yang suka beralasan dan meminta-minta.
Jerut meneruskan lagi bicaranya,“Aku boleh beri segala keperluan
yang kamu mahu, tetapi berjanjilah denganku dan dirimu,carilah
kerja dan ubahlah kehidupanmu.Tiada yang mustahil,asalkan
kamu mahu mencuba.
“Baik tuan !”” jawab Putih dengan penuh semangat.Putih
berbicara dengan dirinya “Aku perlu mengubah diriku.Dengan
itu,aku akan mengubah kehidupanku”.
Jerut hanya tersenyum melihat telatah Putih.Baginya.kehidupan
Putih mengingatkannya dengan dirinya semasa muda.
Jerut menghulurkan bantuan kepada Putih dan berkata ”Semoga
barangan ini bermanfaat untukmu.”
“Terima kasih tuan atas bantuan dan sumbangan tuan yang
melimpah ruah ini. saya berjanji akan membalas jasa tuan dengan
sagu yang saya cari.
“Baguslah kalau begitu, itulah aku yang harapkan daripada kamu
.Aku turut berharap agar semua haiwan yang sihat dan muda
sentiasa berusaha demi kejayaan yang diinginkan Kita perlu
memiliki usaha dan mencuba untuk memperbaiki diri ini. Biarlah
hidup kita dihina, dicaci oleh haiwan lain.
Namun kita perlu bangkit dan teruskan usaha. Ingatlah pesanku ini
wahai Putih, apabila kamu sudah berjaya pada suatu hari nanti,
jangan kamu lupa diri dan bantulah mereka yang dalam
kesusahan” balas Jerut dengan penuh harapan supaya Putih
berubah menjadi lebih baik
“Baik tuan, aku akan ingat setiap pesanan yang diberikan oleh tuan itu tadi” Jawab Putih
.
“Bagus putih, aku sangat berharap kamu akan berubah menjadi lebih baik. Ingat Putih
jangan sesekali mengambil kesempatan terhadap bantuan dan pertolongan yang lain.
Aku sangat berharap kamu tidak akan menghampakan aku dan mengambil kesempatan
atas diriku ini”.
“Baik tuan….” jawab Putih dengan nada yang perlahan sambil menundukkan kepala. Dia
berasa insaf dan sedar akan kesalahan dia yang selama ini hanya mengharapkan
bantuan dan pertolongan tanpa ada usaha yang bersungguh-sungguh.
Setelah itu,pun pulang dengan semangat membara selepas mendengar nasihat yang
diperkatakan oleh Jerut. Dia berkata kepada dirinya,” Mulai daripada hari ini aku akan
bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai segala impianku, Sejak
dari itu, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah demi menampung
kehidupannya sendiri dan berbakti kepada haiwan lain yang dalam kesusahan.
Putih mencari kerja dan bekerja bersungguh-sungguh bagi
mencapai kejayaan yang diinginkan. Dengan itu kejayaan si
Putih dapat dibuktikan dengan hasil titik peluhnya itu.
Kejayaan Putih juga dilihat oleh Pipit yang berterbangan.
“Sudah aku dapat sagunya… Terima kasih tuan.” kata Putih
sambil memandang rumahnya yang besar.
Dia pun tidak sangka atas usaha kerja kerasnya dia dapat
memiliki rumah yang besar dan selesa serta keperluan
hidupnya lengkap malah berlebihan.
Maka dengan lebihan itulah Putih menolong penduduk lain
dalam kesusahan. Setelah Pipit melihat, dia segera
memberitahu Jerut mengenai kejayaan Putih yang disaksikan.
Pipit dan Jerut juga tumpang gembira dan bangga atas
kejayaan yang dicapai oleh Putih.
PENGAJARAN
Kita hendaklah berusaha keras demi mencapai kejayaan yang diigini.
Kita hendaklah sentiasa menghargai pemberian dan pertolongan orang.
Kita mestilah menasihati antara satu sama lain kearah kebaikan.
TAMAT