The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MARIANE JULAN ANAK JAMBAI IPG-Pelajar, 2025-03-17 02:44:01

TUGASAN 2 EDUP3163

TUGASAN 2 EDUP3163 (1)

TUGASAN 2 EDUP3163 Disediakan oleh Mariane Julan


Isi Kandungan Pengenalan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Kerangka Pembangunan Profesionalisme Berterusan Kendiri Penutup Rujukan


Pengenalan Saya sebagai seorang guru bercita-cita untuk terus berkembang dalam profesion pendidikan dengan mengikuti peringkat perkembangan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelan pembangunan profesional kendiri ini dirangka untuk memastikan saya mencapai tahap kecemerlangan sebagai pendidik, pemimpin pendidikan, dan pemikir holistik dalam bidang ini.


Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Pengalaman pembelajaran guru dan pemimpin sekolah merangkumi pelibatan secara formal dan tidak formal dalam pelbagai aktiviti pembangunan profesional sepanjang kerjaya. Pelibatan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran, serta mengamalkan nilai dan ciri-ciri profesional yang relevan bagi memperkasa kualiti pendidikan, selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21. PPB bermatlamat untuk membangunkan kompetensi profesional ke arah memantapkan artibut yang dihasratkan agar guru dan peimpin sekolah dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan dengan lebih berkesan dan cemerlang secara berterusan. Perkara ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang holistik selaras dengan hasrat Falsafa Pendidikan Kebangsaan.


DG41 DG44 DG48 DG52 DG54 jusa Pelaksana : Guru baharu yang membina asas dalam pedagogi,pengurusan bilik darjah, dan pemahaman kurikulum melalui bimbingan mentor dan latihan asas Penggerak: Sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum serta mampu menyelesaikan masalah Pembimbing dan Mentor : Berpengalaman luas,mampu menyelia dan membimbing serta berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan Peneraju dan Perubahan: Guru menjadi pakar rujuk, penyelia dan pembimbing serta berkebolehan merancang penambahbaikan sesuatu bidang Pemikir Strategik: Mempunyai kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus perubahan dengan cekap Pemikir Holistik: Mempunyai kepelbagaian kepakaran menjadi konsultan dalam merangka strategi sesuatu bidang Pembangunan Profesionalisme Berterusan Kendiri


Peringkat Pelaksana Pada peringkat ini,saya akan memberi tumpuan kepada aspek berikut: Berupaya mengurus bilik darjah dengan sistematik Saya akan mewujudkan peraturan dan rutin kelas yang jelas bagi menggalakkan disiplin dan keselesaan murid. Menurut Khairunneezam Noor (2022) menyusun susun atur kelas secara strategik agar dapat menyokong aktiviti pembelajaran interaktif. Seterusnya saya akan menggunakan teknik pengurusan tingkah laku yang positif seperti galakan, pujian, dan sistem ganjaran bagi meningkatkan motivasi murid. Saya akan menjalankan penilaian diagnostik untuk mengenal pasti tahap pemahaman murid sebelum sesi pengajaran bermula. Saya akan menggunakan pendekatan pembelajaran yang pelbagai seperti pembelajaran berbeza (differentiated learning) dan penggunaan bahan bantu mengajar interaktif seperti multimedia dan teknologi digital. Saya akan melaksanakan penilaian formatif secara berterusan bagi mengukur keberkesanan pengajaran serta menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan murid. Melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pemahaman murid.


Peringkat Penggerak Setelah menguasai asas pengajaran, saya akan berusaha untuk menjadi seorang guru yang lebih inovatif dan kreatif dengan: Membangunkan bahan bantu mengajar yang menarik dan interaktif saya akan: Menggunakan teknologi dan multimedia – Menghasilkan bahan digital seperti video animasi, kuiz interaktif, dan pembelajaran berasaskan permainan (gamifikasi) untuk menjadikan PdP lebih menarik. Menghasilkan bahan yang mesra murid – Membina kad imbasan, carta, dan alat manipulatif bagi membantu murid memahami konsep secara konkrit. Memanfaatkan bahan sedia ada secara kreatif – Menggunakan aplikasi seperti Canva, Kahoot, Wordwall dan Quizziz bagi meningkatkan interaktiviti pembelajaran. Menggunakan Pelbagai Strategi Pengajaran untuk Memenuhi Keperluan Murid yang Berbeza saya akan: Mengamalkan pembelajaran berbeza (Differentiated Learning) – Menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai dengan tahap penguasaan murid, contohnya menggunakan bahan tambahan untuk murid cemerlang dan aktiviti sokongan untuk murid yang lemah. Mengaplikasikan pendekatan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) – Menggalakkan pembelajaran kolaboratif, komunikasi, pemikiran kritis, dan kreativiti dalam PdP. Kajian Wahyuni & Yahyu (2022) menyatakan bahawa Pembelajaran Abad ke-21 memberi kesan positif terhadap prestasi dan minat murid untuk belajar. Ini menunjukkan bahawa pendekatan yang interaktif dan pelbagai mampu meningkatkan keberkesanan PdP serta menggalakkan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Melaksanakan pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning) – Memberikan tugasan berbentuk projek yang membolehkan murid meneroka topik secara mendalam dan membina pemahaman yang lebih kukuh.


Peringkat Pembimbing dan Mentor Sebagai seorang guru yang berpengalaman, saya akan berusaha untuk membimbing rakan sekerja dan murid dengan cara berikut: Berkongsi Pengalaman dan Amalan Terbaik dalam Pengajaran dan Pengurusan Bilik Darjah Saya akan berkongsi strategi pengajaran dan pengurusan kelas yang terbukti berkesan dengan : mengadakan sesi perkongsian ilmu secara berkala – Menggunakan sesi mesyuarat guru atau platform digital untuk berkongsi kaedah pengajaran yang inovatif. Menunjukkan teknik pengajaran berkesan melalui demonstrasi – Melibatkan guru baharu dalam sesi pemerhatian pengajaran supaya mereka dapat belajar daripada pengalaman sebenar. Menyediakan bahan rujukan atau modul – Membantu guru lain dengan menyediakan panduan, nota, atau video pengajaran yang boleh digunakan sebagai rujukan Menggalakkan Budaya Pembelajaran dalam Kalangan Rakan Sekerja melalui Perbincangan Profesional dan Bengkel Dalaman Saya akan: Mengadakan sesi perbincangan profesional secara berkala – Membincangkan isu-isu pendidikan terkini serta strategi terbaik dalam menangani cabaran dalam pengajaran. Menganjurkan bengkel dalaman – Mengadakan latihan dalaman berkaitan pedagogi, teknologi dalam pendidikan, dan pendekatan pengajaran inovatif. Mewujudkan komuniti pembelajaran profesional (PLC) – Menggalakkan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam kumpulan kecil untuk meningkatkan kemahiran profesional guru.


Peringkat Peneraju Perubahan Pada peringkat ini, saya akan berusaha untuk menjadi agen perubahan dalam sistem pendidikan dengan: Menjalankan Penyelidikan Tindakan bagi Menambah Baik Amalan Pengajaran Saya akan: Mengenal pasti cabaran dalam PdP – Contohnya, jika murid sukar memahami konsep abstrak, saya akan menyelidik kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Merancang dan melaksanakan strategi baharu – Menggunakan pendekatan yang diuji seperti pembelajaran kolaboratif, pendekatan konstruktivisme, atau strategi pembezaan. Menganalisis data dan membuat refleksi – Menilai keberkesanan strategi yang diterapkan melalui maklum balas murid dan ujian formatif. Membuat penambahbaikan berasaskan bukti – Mengadaptasi pendekatan yang berkesan dan berkongsi dapatan kajian dengan rakan guru untuk manfaat bersama. Kajian oleh Taib, S. H. et al. (2019) menekankan kepentingan inovasi dalam meningkatkan pencapaian murid. Oleh itu, saya akan: Menggunakan teknologi dalam PdP – Menerapkan pembelajaran digital seperti Kahoot, Quizizz, Google Classroom, dan aplikasi interaktif lain bagi meningkatkan keterlibatan murid. Menerapkan gamifikasi dalam pengajaran – Menggunakan unsur permainan untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermotivasi. Membina modul pembelajaran yang fleksibel – Mewujudkan bahan yang sesuai untuk pelbagai tahap keupayaan murid supaya setiap individu mendapat manfaat secara optimum. Membangunkan Inovasi dalam Pedagogi yang Boleh Meningkatkan Prestasi Murid


Peringkat Strategik Pada tahap ini, saya ingin berperanan dalam perancangan dan pembangunan strategi pendidikan dengan: Mengurus perubahan dalam pendidikan dengan merancang dan melaksanakan inisiatif yang relevan Saya akan membuat: perubahan dalam pendidikan memerlukan strategi yang terancang untuk memastikan keberkesanannya iaitu dengan mengenal pasti cabaran semasa seperti peralihan ke arah pendidikan digital, perubahan kurikulum, atau reformasi sistem pentaksiran. Perancangan dibuat dengan mengambil kira faktor seperti sumber, tenaga pengajar, latihan profesional, dan penerimaan masyarakat terhadap perubahan tersebut. Contoh: Melaksanakan pendekatan STEM dalam kurikulum dengan memastikan guru menerima latihan yang mencukupi dan murid didedahkan kepada pembelajaran berbentuk penyelesaian masalah. Terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan pendidikan untuk memperkasa kurikulum dan sistem penilaian Saya akan: terlibat dalam penyelidikan pendidikan berusaha menambah baik kurikulum berdasarkan keperluan semasa. menjalankan kajian tindakan atau kajian empirikal untuk memahami keberkesanan kurikulum dan sistem penilaian.Hasil penyelidikan digunakan untuk mengenal pasti kelemahan dan mencadangkan penambahbaikan dalam kurikulum serta kaedah pentaksiran murid. Contoh: Menjalankan kajian ke atas keberkesanan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk memahami cara meningkatkan pembelajaran murid secara holistik.


Peringkat Pemikir Holistik Pada tahap tertinggi dalam pembangunan profesional saya, saya ingin menjadi seorang pemikir holistik yang mampu memberi impak besar dalam dunia pendidikan: Membangunkan kurikulum yang lebih relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan Saya akan membuat: Mengemaskinikan kurikulum secara berkala supaya ia selaras dengan keperluan dunia pekerjaan, kemajuan teknologi, serta perkembangan global. memainkan peranan dalam mengenal pasti kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid pada masa hadapan, seperti pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan literasi digital. Contoh: Penyertaan dalam jawatankuasa pembangunan kurikulum untuk menambah baik sukatan pelajaran dengan memasukkan elemen seperti keusahawanan, sains data, dan kecerdasan buatan (AI). Menjadi Penasihat atau Pakar Rujuk dalam Bidang Pendidikan di Peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa Saya ingin mengembangkan kepakaran dan menyumbang kepada pembangunan pendidikan melalui perkongsian ilmu di peringkat lebih luas. Saya akan Menghadiri dan menyampaikan pembentangan dalam seminar pendidikan. Menyumbang dalam panel perbincangan profesional mengenai inovasi dalam pendidikan. Memberi latihan kepada guru baharu sebagai mentor pendidikan. Impak: Perkongsian ilmu dapat meningkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh, manakala guru lain mendapat manfaat daripada pengalaman dan kepakaran yang dikongsi.


Penutup Sebagai seorang pendidik, saya bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut memainkan peranan penting dalam membentuk ekosistem pendidikan yang progresif dan dinamik. Melalui pengintegrasian pelbagai disiplin ilmu, pembangunan kurikulum yang relevan, serta pembabitan dalam penyelidikan dan inovasi, saya dapat menyumbang kepada pemerkasaan sistem pendidikan.Selain itu, sebagai mentor dan pemimpin pendidikan, saya berusaha membimbing guru lain serta mempengaruhi dasar pendidikan melalui idea dan inovasi baharu. Komitmen ini bukan sahaja meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, malah memberi inspirasi kepada rakan pendidik serta murid untuk terus maju.Secara keseluruhannya, pembangunan profesionalisme berterusan adalah kunci dalam memastikan pendidikan sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Dengan semangat inovasi dan kepimpinan pendidikan, saya bertekad untuk terus menyumbang ke arah sistem pendidikan yang lebih cemerlang dan berkualiti.


Rujukan Akun,J,C,A., & Fitri,Suraya,M., (2025). Ke Arah Keberkesanan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains: Peranan Guru Sebagai Penguasa Pengetahuan. Konvensyen Kebangsaan Kali Ke-2: Program Transformasi Sekolah. Khairunneezam Noor. (2022, MAY 20). Peranan-peranan Guru Membentuk Kesejhatraan Murid di Sekolah. Tinta Minda Bernama.https://bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2082906&utm_source=chatgpt.com Chua Soo Sien. (2024). "Pendidikan Emosi" dan Kecerdasan PelbagaiPerbincangan Pendidikan Holistik di Sekolah Rendah. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES). Vol 1 (1). Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023). Standard Guru Malaysia . Putrajaya. Taib, S. H., Ismail, M. A., & Lubis, M. A. (2019). Inovasi kesepaduan dan strategi pengajaran dan pembelajaran di era Revolusi Industri 4.0. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 3(2), 38-54. Wahyuni, N., & Yahyu. (2022). Effective Strategies in Classroom Management to Increase Student Involvement in the Learning Process. Jurnal Pendidikan Dan Kependidikan.


Terima kasih


Click to View FlipBook Version