The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadjaba, 2022-07-05 07:39:54

BUKU CENDERAMATA 2022

BUKU CENDERAMATA 2022

KOLOKIUM PENDIDIKAN GURU-GURU TINGKATAN 6
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

PENGENALAN :

Aktiviti penyelidikan perlu dimantapkan dari semasa ke semasa,
khususnya untuk guru-guru tingkatan enam. Melalui pembudayaan kajian
tindakan, guru-guru dapat membuat refleksi amalan PdP guru setiap hari.
Melalui penyelidikan dan inovasi juga, para guru dalam menghadapi
cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan
pembelajaran serta dapat memperkembang kemahiran profesional guru
khususnya dalam mengenal pasti kaedah atau teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Dengan ini, kolokium yang dianjurkan akan membuka ruang kepada
guru-guru untuk berkongsi amalan pengajaran dan pembelajaran yang
telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di
Kolej dan Pusat Tingkatan Enam. Seterusnya, dapat menghasilkan para
pelajar yang berkualiti sekali gus meningkatkan kebolehan pelajar untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF :

i. Memperoleh maklumat dan pengetahuan terkini melalui
perkongsian hasil penyelidikan.

ii. Menyebarluaskan idea, pengalaman, pengetahuan dan maklumat
tentang pelbagai aspek penting dalam inovasi pendidikan.

iii. Memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui
pembudayaan kajian tindakan terhadap amalan pengajaran bagi
mengatasi masalah pembelajaran.

3

Tarikh : 6 Julai 2022 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas,
Pulau Pinang.
08.00 pagi :
08.30 pagi : Pendaftaran Peserta dan Minum Pagi
08.45 pagi : Para Tetamu Mengambil Tempat
09.00 pagi : Taklimat Urus Setia
09.05 pagi : Nyanyian Negaraku dan Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan
09.20 pagi : Oleh : En. Hairol Amin bin Salim
09.30 pagi : Ketua Penolong Pengarah Kanan
10.45 pagi : Unit Sains Sosial, Sektor Pembelajaran,
11.00 pagi : Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
12.30 tengah hari :
02.30 petang : Taklimat Pembentangan
: Pembentangan ( 5 Kertas )
: Rehat
Pembentangan ( 6 Kertas )
05.00 petang : Rehat/ Makan Tengah Hari
: Para Tetamu Mengambil Tempat
: Ulasan Panel
Ucapan Perasmian Penutupan
Oleh : Tuan Haji Wan Sajiri bin Wan Hassan

Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Perancangan & Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Penyampaian Sijil/Cenderamata
Persembahan Pembentang Keseluruhan Terbaik
Bersurai

4

JADUAL PEMBENTANGAN
KOLOKIUM PENDIDIKAN GURU-GURU TINGKATAN 6

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

BIL TAJUK PEMBENTANG MATA
PELAJARAN
KAEDAH VISUAL “KEK JAWAPAN” BAGI MOHD ZAKI BIN GEOGRAFI

1 MENJAWAB SOALAN DENGAN KATA SAID MATEMATIK

TUGASAN “BINCANGKAN” PTE SMK

PENANTI

"ONE DAY ONE SPOT" SATU KAEDAH TEH MEOW LEE
PTE SMK TINGGI
2 UNTUK MENINGKATKAN BUKIT
KEBERKESANAN PDPR DALAM MERTAJAM

MATEMATIK STPM

MENINGKAT KEUPAYAAN OOI ING HUEH
PTE SMK SERI
3 MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK T
MELALUI LEMBARAN “PEMADANAN” BALIK PULAU

SEMASA SESI ULANGKAJI

ENHANCING PRE-EXISTING GENERAL RENUGA DEVI BAHASA
KNOWLEDGE FOR MUET SPEAKING A/P RAMIAH INGGERIS
PTE SMK SIMPANG
4 ASSESSMENT THROUGH YUPS! EMPAT
( YOUTUBE/ PADLET/ SKETCH BOOK)

MUET

PENGGUNAKAN APLIKASI FATHIYAH BT FIZIK
CLASSPOINT BAGI MENJADIKAN MORAD
SLAID BAHAN PENGAJARAN PTE SMK SEBERANG
5 POWERPOINT LEBIH INTERAKTIF JAYA
SEMASA PELAKSANAAN PDPR
UNTUK MATA PELAJARAN FIZIK
TINGKATAN 6 SMK SEBERANG JAYA,
PULAU PINANG.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOHD SHUKRI
B. MAT ROZI
PENULISAN KARANGAN DALAM PTE SMK DATUK
HAJI AHMAD
6 KALANGAN PELAJAR TINGKATAN BADAWI PENGAJIAN
ENAM ATAS DI SMK DATUK HAJI AM

AHMAD BADAWI MENGGUNAKAN

TEKNIK I + S

5

TEKNIK AKU ADA PEN PUTIH BIRU

KUNING: MENINGKATKAN KEMAHIRAN

KO5 LOMKPMAEKEELLNNIAAGJUJNAGAGWMRUAAANNBNAPPKSEEAOEKJLNAAOANLNRJADAOADNRJMUAEIKIHDSESAELDEIIALMAKSLEAPASUMT3ENEMRMA2GTBAUERNUT-AGNSCMBUIAIGANKRAHTSDAAIUAMKNAITRDAINH GKAETKAONNOM6I
PEREIKNONGOKMIAT NEGERI PULAU PINAPTNE GSMKTAHUN 2022

SEBERANG JAYA

BIL IMMEPNLIENMGEKNATTTAKASAINJTUKEKOKNMIPKE"TICE"NSI PELAJAR PENMORBENTANG MATA
PELAJARAN
MENGHURAIKAN IDEA UTAMA HASHIROH
6 PENULISAN ESEI PENGAJIAN AM: KAJIAN BINTI WAN PENGAJIAN AM
TEH
TKEUKNNINIKGJT:AIETMKRSEHUINANAD(ISNDAKPGAKPK)PEAELTANKJAPARUNKTEIHLABSILR6UA3, SMJK EKONOMI
SAKIPRTAEHSMBJIKNTJIIT
MAHSAIMN AD BAHASA
INGGERIS
KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN SAAD

7 ESEI MEENNGHAGNUCNINAGKPARNE-REXAISJTAINHGDGAELNAEMRAL PTE SMK
KALANGKANONWPLEELDAGEJAFORRKMEULEATSSPUE3AKING SEBERRENAUNGGA JAYA
MSEAMT7AESPTM(AEEYSULROSEAEUT2JSTASUEMRBKEEAO/NNPNTAOETDHKMLREOIOTN/UOSGKMHEITYCUHPSB!OOK)
DEVI A/P

RAMIAH

PTE SMK

SIMPANG EMPAT

IMPLEMMEENNTINAGSKIATTEKKANNIKKEM"IACH"IRAN PENULISAN MOHD
MENINGKKAARTANKGAANNKDOALMAPMEKTAELANNSGIAN PELAJAR NORSHHAUSKRHIIRB.OH
PELAJATRINMGKEANTGANHUENRAAMIKAATANSIDDIESAMK DATUK BINTMI WATARNOZTIEH
8 UTA8MA HPAEJNI AUHLMISADANBAEDSAEWII PPEENNGGAAJIJAINAANM SDPTAMETJUSKKMJKHIATJI PENGAJIAN
AM: KAJIAN TERHADAP PELAJAR PTE PAEMNGAJIAN AM
KELAS L6A3, SMJK JIT SIN (SKK) SIN AHMAD

BADAWI

9 PTHIEENNNG9IGNKGAEPTEDTKEIEEAANATNNGTNTEIENPKARREIGALNHHNTKIHAAAAAPADNTDMENAAEANPNRNSPGATAPEYOEMETMAPNTOS,EIGAKEPPSEHEMAITTKNMUEAEGSAAHARTALUNMEAJA1IRNAAPNSNL1DEPMAESALEMMMJNALKOAJJMKJKAEARHRLRAEASNLIUGAOI MSMAEPOANAMTESNINEMAANSAIMNNBJAIKNBHTINEITNIG PPEENNGGAJAIAJNIAANM
DEMOKRPEANSGIGDUANNAAPNILTIEHKANNIK RSIAMYUALA,SI PTE SMJK HENG EE AM

PENGAJIAN AM MELALUI PENGGUNAAN

TEKNIK SIMULASI

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SUZILAWATI

10 SOALAN PEMAHAMAN 20 MARKAH MELALUI BINTI BAHASA
MELAYU
MMCPMEIEEAKLNN1RGA0JIKUNJAAGAWHHAKKRKAAPAAAMLLEPPBIADTKEPBNAKASLYGHUSAAOAI(IINLIAANNKHUAILKPCDHEIAEEHAADKLNRMA)NAAIHDJPAECAPEATHIDRBKEMLIAGMRPAUAUHBPAMUHLHUNIAMANAIKATPMIADBPHALAAYANNAN(RDINHP2IINCBG0GHUA)UNDMALABPSBMTUUINEZKTIISBPSSLITHATUAMSEMKAKHWKIAISNETARAMTARAMYTHIKTNREIATRGYIJTNGAAGIJMGAIM
BAHASA
MELAYU

HOLISTIK (TBH) UNTUK MENINGKATKAN BINTI SALEH

11 ABPA1LN1IDKIANSTSPGEEEI MNJKHAGAAORUMEALAAHDISSSAATYAHIAKNRTFA(ETAKMKBATTHPAS)LDEAUAJTNALRATMAUHKPKDEPRCTBAASG3I PTE SMK SEJARAH
MENINGKATKAN PENGUASAAN TELOK AIR
FAKTA DALAM PDPC BAGI TEMA SEJARAH
MASYARAKAT SEJARAH KERTAS 3 SAKITNAAWHARBINTI
SALEH
PTE SMK TELOK
AIR TAWAR

SEJARAH

6

ABSTRAK

KOLOKIUM PENDIDIKAN GURU-GURU TINGKATAN 6
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

KAEDAH VISUAL “KEK JAWAPAN” BAGI MENJAWAB SOALAN
DENGAN KATA TUGASAN “BINCANGKAN”

Pusat Tingkatan Enam SMK Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Ts. Mohd Zaki Bin Said

Abstrak 1

Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah kegagalan pelajar menjawab soalan esei yang mempunyai wajaran
markah yang paling tinggi iaitu 13 markah bagi soalan esei yang menggunakan kata tugasan “Bincangkan”.
Sepuluh orang pelajar Tingkatan 6 bawah terlibat dalam kajian ini yang bakal mengambil peperiksaan Semester
1. Kaedah Visual Kek Jawapan dapat memberikan satu gambaran kerangka tentang huraian yang sepatutnya ada
semasa penulisan jawapan soalan esei. Maka guru telah menggunakan kaedah visual paparan sepotong kek
sebagai analogi jawapan berdasarkan formula Bincang-FPHK yang melibatkan penulisan fakta terlebih dahulu
dan dikuti pelengkap, huraian dan sebab. Berdasarkan ujian pos didapati kaedah visual berjaya mengurangkan
kesilapan pelajar dan sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam soalan esei dan
menunjukkan peningkatan peratus sebayak 30% selepas teknik tersebut diperkenalkan. Kesan kajian dapat dilihat
dari segi jawapan terpesong daripada fakta dapat dikurangkan dan peningkatan skor markah.

Kata Kunci: Bincangkan, visual, esei

MENINGKATKAN KEBERKESANAN PdPR DALAM MATEMATIK STPM
MELALUI KAEDAH “ONE DAY ONE SPOT“

Teh Meow Lee, Tan Gaik Choo, Lim Chuen Chee
Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Abstrak 2

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah “One Day One Spot” dalam usaha untuk mengatasi
masalah pelajar tidak fokus semasa PdPR Matematik M dan Matematik T STPM. Kumpulan sasaran kajian ini
terdiri daripada 6 orang pelajar Matematik M dan 26 orang pelajar Matematik T Tingkatan 6 Atas, SMK Tinggi
Bukit Mertajam 2021. Kaedah “One Day One Spot” ini diharapkan dapat mewujudkan situasi pembelajaran yang
lebih berfokus dan seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran asas Matematik semasa PdPR. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian guru dalam kelas dan analisis dokumen keputusan Ujian Selaras 2.
Hasil tinjauan awal menunjukkan masalah tidak dapat menumpukan perhatian semasa PdPR telah menyebabkan
sebahagian pelajar tidak dapat menguasai kemahiran asas yang guru sampaikan semasa PdPR. Guru pula
menghadapi kekangan masa untuk membincangkan setiap penyelesaian untuk soalan atau latihan yang diberi
kepada pelajar dalam masa PdPR yang terhad. Kajian tindakan ini difokuskan kepada penyelesaian masalah
pelajar tidak tumpukan perhatian semasa PdPR. Langkah ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
Matematik seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Pengkaji telah menggunakan
Google Classroom dan Google Meet sebagai platform kajian. Analisis keputusan Ujian selaras 2 dan Peperiksaan
Percubaan STPM Semester 2 telah diteliti. Hasil dapatan kajian yang positif telah diperolehi dalam kajian tindakan
ini.

Kata kunci: Matematik, PdPR, Kaedah “One Day One Spot”. 7

ABSTRAK

KOLOKIUM PENDIDIKAN GURU-GURU TINGKATAN 6
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

MENINGKAT KEUPAYAAN MENYELESAIKAN MASALAH
MELALUI LEMBARAN PEMADANAN SEMASA SESI ULANGKAJI

Ooi Ing Hueh
Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Seri Balik Pulau, Pulau Pinang

Abstrak 3

Keupayaan penyelesaian masalah merupakan komponen yang penting bagi mata pelajaran Matematik. Dalam
semester 3 ini, pelajar dikehendaki menjawab soalan dalam bidang statistik yang melibatkan masalah berayat.
Kegagalan untuk memahami soalan dan mengenal pasti strategi yang tepat diguna akan menjejaskan markah
yang diperolehi untuk keseluruhan soalan. Markah hanya akan diberikan jika kaedah yang tepat diguna. Kajian
ini dijalankan untuk meningkat keupayaan pelajar menyelesaikan masalah dalam bidang statistik dalam semester
3 ini. Seramai 4 orang pelajar dalam Tingkatan 6 Atas Ar-Razi dan seorang guru terlibat secara langsung dalam
kajian ini. Tinjauan awal yang melibatkan temu bual mendapati kaedah ulang kaji kurang berkesan dengan nota
mereka tidak lengkap. Pelajar tidak dapat melihat hubung kait antara konsep dan formula dengan strategi
penyelesaian. Sehubungan itu, lembaran ”Pemadanan” diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara untuk
membantu pelajar meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah berayat dalam bidang statistik semasa sesi
mengulang kaji. Kaedah ini memerlukan pelajar mengamalkannya secara konsisten, dijalankan secara terancang
dan berjadual.
Kata kunci : kata kunci, strategi penyelesaian, lembaran ”Pemadanan”,

ENHANCING PRE-EXISTING GENERAL KNOWLEDGE FOR MUET
SPEAKING ASSESSMENT THROUGH ‘YuPS!’ ( Youtube/Padlet/Sketch Book)

Siti Nur Adilah Binti Borhanudin, Renuga Devi A/P Ramiah
Pusat Tingkatan Enam SMK Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

Abstract 4

Due to the minimal exposure of the English language, the lack of general knowledge is seen to be one of the
significant factors that hinder students from effectively communicating especially in oral communication. Therefore,
this study aims to investigate the outcomes of integrating the use of technological learning tools and mind maps to
enhance students’ pre-existing general knowledge for speaking. In contrary to Writing and Reading which was
assessed in SPM, the MUET Speaking component is relatively an unexplored battle ground for the existing MUET
candidates of batch 2020/2021. This research is known as YuPS! YuPS! stands for all the three main components
in this research which are YouTube, Padlet and Sketch Book. Semester 2 students of SMK Simpang Empat from
three classes, (6AK2 – 17 students), (6B2 – 24) and (6E2 – 29 students) carried out the tasks given. However, for
the data analysis, only output from six groups of students were closely examined. The pre-video consists of a
direct recording of students speaking session on their selected question while the post video is taken after the
students spend some time composing mind maps of their selected topic and consequently attempt the speaking
question chosen by applying knowledge gained from the mind-mapping, composing Padlet and Youtube review
attempt. The analysis highlights significant changes in the students’ pre-existing general knowledge. All in all, this
study was able to shed lights on the potential use of technological learning tools namely in enhancing students’
pre-existing general knowledge in speaking.
Keywords: Speaking; technological learning tools; mind maps; integrate.

8

ABSTRAK

KOLOKIUM PENDIDIKAN GURU-GURU TINGKATAN 6
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

PENGGUNAAN APLIKASI CLASSPOINT BAGI MENJADIKAN SLAID BAHAN PENGAJARAN
POWERPOINT LEBIH INTERAKTIF SEMASA PELAKSANAAN PDPR UNTUK MATA PELAJARAN FIZIK

TINGKATAN 6 ( ALIRAN SAINS ) SMK SEBERANG JAYA, PULAU PINANG.

Fathiyah bt Morad
Pusat Tingkatan Enam SMK Seberang Jaya, Lengkok Sembilang, Perai, Pulau Pinang

Abstrak 5

Ketika saya menjalankan tugas sebagai guru yang mengajar pelajar-pelajar tingkatan 6 aliran Sains bagi mata pelajaran
Fizik secara atas talian akibat penutupan sekolah kerana pandemik Covid 19, saya dapati pelajar cenderung untuk tidak
berkomunikasi dan tidak menghidupkan kamera pada gadjet masing-masing. Sebagai seorang guru, elemen interaksi
dan komunikasi berkesan tidak saya perolehi ketika mengajar kerana tiada interaksi dua hala antara saya sebagai guru
dengan pelajar-pelajar. Saya tidak dapat membuat interpretasi terhadap konten pengajaran pada setiap sesi. Hasil
tinjauan yang dibuat mendapati bahan pengajaran yang tidak menarik malah tidak interaktif di samping cara
penyampaian guru yang statik menyebabkan pelajar-pelajar mulai bosan dengan PdPC secara atas talian. Berdasarkan
kepada refleksi yang dibuat, saya telah mengubah pendekatan pengajaran kepada yang lebih interaktif dengan
menggunakan aplikasi Classpoint yang merupakan satu aplikasi tambahan dalam PowerPoint. Umumnya, kebanyakan
guru menggunakan PowerPoint bagi menyediakan slaid bahan pengajaran sejak dulu. Dengan tambahan aplikasi
Classpoint, bahan pengajaran yang sedia ada menjadi lebih interaktif apabila pelajar boleh sama-sama mengambil
bahagian dan bersoal jawab semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Bagi menguji tahap keberkesanan
aplikasi Classpoint terhadap penguasaan konten pelajar, latihan pra dan latihan pos aplikasi dilaksanakan selama 1- 2
jam mengikut jadual PdPR yang disediakan. Seramai 10 pelajar mata pelajaran Fizik T6 terlibat dalam kajian ini. Hasil
kajian mendapati pelajar lebih seronok dan lebih memahami konten pelajaran. Mereka menyatakan penggunaan aplikasi
Classpoint membuatkan mereka rasa seolah-olah mereka belajar dalam kelas secara bersemuka. Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi Classpoint mesti dicuba-guna oleh guru jika pengajaran dan
pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan agar pelajar sentiasa mempunyai minat untuk meneruskan
pelajaran.
Kata kunci: Classpoint, Fizik, PdPR, Interaktif, penyertaan aktif

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN KARANGAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
ENAM BAWAH DI SMK. DATUK HAJI AHMAD BADAWI MENGGUNAKAN TEKNIK I+S

Mohd Shukri b. Mat Rozi, Johari b. Ahmad, Faridah bt. Hussain, Mahani bt. Ahmad, Noorhayati bt. Abdul
Rahman, Jamaliah bt. Abdul Rahman@Ramli

Pusat Tingkatan Enam SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang .

Abstrak 6

Pengajian Am merupakan mata pelajaran teras pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Para pelajar

perlu lulus penuh (A hingga C) sebagai prasyarat kemasukan ke universiti. Penulisan karangan dalam mata pelajaran

Pengajian Am amat penting kerana menyumbang markah yang tinggi (25 markah bagi 1 esei). Pelajar wajib menjawab

karangan setiap penggal peperiksaan. Bagi pelajar tingkatan 6 penulisan karangan Pengajian Am sememangnya jauh

berbeza dengan penulisan karangan SPM. Para pelajar menghadapi masalah seperti tidak mampu menulis karangan

atau mengembangkan isi dengan baik, berkesan dan matang. Pelajar juga tidak mampu akur dengan arahan dalam

soalan yang mengarahkan menulis sesuatu isu. Pemerengganan juga tidak sekata. Oleh itu kajian inii memfokuskan

teknik penulisan karangan menggunakan teknik I + S atau S + I. (kata kunci Idea digabungkan kata kunci Soalan).

Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan perbandingan latihan karangan yang ditulis oleh pelajar sebelum

teknik ini diperkenalkan. Pada peringkat awal pelajar masih keliru dengan teknik ini kerana masih dengan cara penulisan

karangan Bahasa Melayu semasa arus perdana. Namun selepas beberapa kali melakukan latihan akhirnya pelajar mula

menguasai teknik penulisan ini berdasarkan latihan yang telah ditulis oleh pelajar. Aktiviti yang dijalankan adalah

berterusan setiap kali dpaepnagtajamreamn bdiamnbipnegmpbeellaajjaarradnOaodlaiamIlanmgpeHkneuulealihssa. nPekrabraanndginagnanyaknegpubtuesrkaensasne.beWluamlauaktbivaigtiadimijaalnaanpkuann
amat bermakna dan

terdapat beberapa kekangan yang membatasi teknik ini seperti ketidakhadiran, tidak hantar tugasan dan pelajar tidak

aplikasi teknik ini semasa penulisan terutama semasa peperiksaan STPM sebenar. 9

Kata Kunci : Teknik I + S Dalam Penulisan Karangan.

ABSTRAK

KOLOKIUM PENDIDIKAN GURU-GURU TINGKATAN 6
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

TEKNIK “AKU ADA PEN PUTIH BIRU KUNING”: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB
SOALAN ESEI MENGGUNAKAN RAJAH DALAM KALANGAN PELAJAR KELAS U3 MATA
PELAJARAN EKONOMI SEMESTER 2

Sakirah binti Mahamad Saad, Saripah binti Salleh
Pusat Tingkatan Enam SMK Seberang Jaya, Pulau Pinang

Abstrak 7

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan prestasi pelajar Kelas U3 dalam peperiksaan STPM Penggal 2 bagi
subjek Ekonomi. Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar kelas U3 yang berpotensi lulus penuh berdasarkan
pencapaian mereka dalam peperiksaan Semester 1. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada bentuk soalan
yang menggunakan gambar rajah. Oleh kerana sukatan pelajaran Ekonomi Semester 2 banyak menerangkan
konsep-konsep ekonomi dalam bentuk gambar rajah maka pelajar-pelajar perlu memahami teknik menjawab
soalan yang memerlukan jawapan dengan bantuan gambar rajah. Tinjauan awal telah dibuat berdasarkan latihan,
Ujian 1 dan pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar kurang menguasai huraian gambar rajah. Oleh yang
sedemikian saya telah cuba menggunakan satu teknik yang dapat membantu pelajar menghurai rajah. Teknik ini
ialah “Aku Ada Pen Putih Biru Kuning”. Aku mewakili Keseimbangan Asal, Ada ialah Analisis Soalan, Pen ialah
Peralihan keluk, Biru ialah keseimbangan Baru dan Kuning adalah Kesan. Saya sentiasa menekankan
penggunaan teknik ini apabila pelajar menjawab soalan latihan yang memerlukan bantuan gambar rajah.
Kata kunci: Ekonomi, Aku Ada Pen Putih Biru Kuning, Huraian Rajah

IMPLEMENTASI TEKNIK “IC” MENINGKATKAN KOMPETENSI
PELAJAR MENGHURAIKAN IDEA UTAMA PENULISAN ESEI PENGAJIAN AM :

KAJIAN TERHADAP PELAJAR KELAS L6A3, SMK JIT SIN (SKK)

Nor Hashiroh Binti Wan Teh, Ang Kooi Hua, Yeoh Ching Hong,
Srithar A/L Thannimalayan,TanChoon Siew, Tang Sock Ping, Liew Yoke Ling,
Pusat Tingkatan Enam SMJK Jit Sin, Jalan Binjai ,Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Abstrak 8

Teknik “IC” telah direka bertujuan meningkatkan kompetensi pelajar dalam menghurai isi esei semasa menjawab
bahagian esei Pengajian Am. Kajian ini telah dilakukan kerana pelajar kelas L6A3 kurang mahir dari aspek
menghurai isi esei. Bahagian esei merupakan penentu gred Pengajian Am bagi ketiga-tiga penggal STPM. Ujian
pra menunjukkan cuma lima orang pelajar (23.81 peratus) daripada 21 orang pelajar mendapat skor markah
melebihi 10 daripada markah penuh 25. Masalah ini telah menjejaskan pencapaian gred keseluruhan Pengajian
Am. Kajian tindakan ini melibatkan semua pelajar SMK Jit Sin L6A3, SMK Jit Sin, Bukit Mertajam. Seramai 21
pelajar terlibat dalam kajian tindakan ini. Teknik pemerhatian, temu bual dan ujian pra telah diadakan sebelum
Bengkel “IC” . Saya telah menganalisis kebolehan pelajar menghurai isi esei sebelum menentukan inti pati
program intervensi bagi membaiki kelemahan tersebut. Selepas bengkel, ujian pasca telah menunjukkan
peningkatan prestasi pelajar L6A3 dalam bahagian esei. Bilangan pelajar yang skor melebihi 10 markah bagi esei
telah bertambah sebanyak tiga orang (14.29 peratus) menjadi lapan orang (38.10 peratus) daripada 21 orang
pelajar. Konklusinya, peningkatan kompetensi menghuraikan isi esei dengan Teknik “IC” (5W1H) berjaya
membimbing pelajar menghuraikan isi esei secara mantap.
Kata Kunci : kemahiran menghurai isi esei,5W1H, Pengajian Am, Teknik “IC”.

10

ABSTRAK

KOLOKIUM PENDIDIKAN GURU-GURU TINGKATAN 6
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

“PENINGKATAN PENGETAHUAN PELAJAR TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 SMJK HENG EE
TERHADAP TOPIK AMALAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA, PENGAJIAN AM MELALUI
PENGGUNAAN TEKNIK SIMULASI”

Amanina Binti Osman, Leong Kam Yoke, Nur Hidayah Binti Abdul Kadir, Tan Sook Hoon
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee

Abstrak 9
Kajian ini bertujuan untuk membantu peningkatan pengetahuan pelajar tentang subtopik mata pelajaran Pengajian
Am khususnya yang berkaitan dengan perjalanan politik negara. Hal ini demikian kerana, kebanyakan subtopik
dalam mata pelajaran Pengajian Am adalah berkaitan dengan perjalanan dan juga proses pembentukan negara
yang mana terdapat dalam silibus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang telah ditetapkan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM). Pengkaji memfokuskan 23 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah Kemanusiaan 1
(6RK1), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee (SMJK Heng Ee) kerana kebanyakan pelajarnya kurang
pengetahuan mengenai subtopik mata pelajaran Pengajian Am. Tinjauan awal mendapati bahawa, kebanyakan
pelajar tiada asas pengetahuan berkaitan dengan perjalanan dan proses amalan demokrasi dan pilihan raya di
Malaysia. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor kurang pembacaan, pemahaman dan penghayatan
berkaitan perjalanan dan proses pembentukan negara. Justeru, pengkaji mengambil pendekatan dengan
memastikan pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka dengan menggunakan teknik simulasi, iaitu
dengan melakonkan watak dalam amalan demokrasi dan pilihan raya di Malaysia khususnya proses hari
pengundian. Hasilnya, pengkaji mendapati pelajar yang terlibat dapat meningkatkan pengetahuan pelajar di dalam
subtopik mata pelajaran Pengajian Am.

Kata Kunci : Pengajian Am, Teknik Simulasi, Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya Di Malaysia

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN 20 MARKAH MELALUI
KAEDAH INI HARI CIKGU HAPPY (IHCH) DALAM KALANGAN PELAJAR PB UIA DAN PB UUM

SEPANJANG PdPr

Suzilawati binti Shaary
Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Abstrak 10

Kajian ini dilakukan untuk melihat keberkesanan pengaplikasian borang Ini Hari Cikgu Happy (IHCH) dalam

usaha untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam bahagian Pembacaan Kritis dan Analitis bagi Kertas

Bahasa Melayu Semester 1. Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 27 orang pelajar dari Tingkatan 6 PB

UIA dan PB UUM. Mereka terdiri daripada 9 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan. Kajian yang

dijalankan ini berfokuskan kemahiran mengemukakan jawapan yang dikehendaki oleh skema jawapan. Kaedah ini

juga diperkenalkan untuk menolak tanggapan pelajar bahawa soalan pembacaan kritis ini susah untuk diskor.

Aplikasi kaedah ini diharapkan dapat membantu pelajar mendapat markah yang lebih baik, terutamanya pelajar

yang lemah. Tinjauan awal mendapati bahawa pelajar sering menghadapi masalah untuk mengemukakan

jawapan yang mantap dan seterusnya meraih markah yang baik. Hal ini menyebabkan pelajar gagal meraih

markah yang baik dalam peperiksaan, terutamanya bahagian B yang menawarkan 20 markah daripada

keseluruhan bahagian ini iaitu 30 markah. Saya telah menghasilkan satu borang yang mudah bagi mengatasi

masalah ini. Beberapa siri pengujian telah dijalankan untuk melihat keberkesanan aplikasi kaedah ini, seperti ujian

pra, ujian pasca, dan soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian bagi bahagian

tersebut. Walau bagaimanapun, pencapaian ini agak perlahan memandangkan ada faktor lain yang menjadi

kekangan, seperti kemahiran tatabahasa dan suasana pembelajaran dalam tempoh pendemik iaitu PdPr. 11
Kata kunci: borang Ini Hari Cikgu Happy (IHCH), tatabahasa, pembacaan kritis dan analitis

ABSTRAK

KOLOKIUM PENDIDIKAN GURU-GURU TINGKATAN 6
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA SEJARAH DENGAN INSTRUMEN
‘TaBaH MAT’ BAGI TEMA MASYARAKAT
Sakinah Binti Saleh

SMK Telok Air Tawar, Butterworth,Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

ABSTRAK 11

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meninjau keupayaan pelajar mengingat fakta sejarah kesan
penggunaan TaBaH MAT terhadap tema masyarkat bagi sejarah semester 3.Pengkaji merupakan guru
sejarah yang berpengalaman dan mendapati pengajaran tema masyarakat ini amat tepat jika diajar
sejarah serentak bagi 3 negara yang berbeza.Sasaran kajian melibatkan 12 orang pelajar sejarah kelas
6A6 tahun 2020. Tinjauan awal mendapati pelajar tidak dapat mengingat dan mentaakul fakta semasa
PDPC sebelum penggunaan TaBaH MAT.Hal ini terbukti apabila markah ujian yang diperoleh dikategori
lemah Sehubungan itu objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk memastikan 12 orang pelajar ini boleh
mengingati dan menaakul fakta secara perbandingan yang mampu meningkatkan kematangan dalam
menjawab soalan. Pengkaji menggunakan model Kemmis dan Mac Taggart melalui intervensi TaBah
MAT. Data dalam penyelidikan tindakan ini dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian melalui
perbentangan pelajar, ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan serta kaedah temu bual. Data
dianalisis melalui kaedah analisis kandungan dan deskriptif.. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan TaBaH MAT dapat meningkatkan kemahiran mengingat, menaakul apabila kaedah
pengajaran serentak dilaksanakan walaupun merangkumi sukatan yang luas kerana melibatkan 3 negara.
Kata kunci: TaBaH MAT, ingat dan Taakul ,Tema Masyarakat (3 in 1)

12

Pengurus

Nadiyah binti Jamain Bakeri
Penolong Pengarah Unit Sains Sosial
Sektor Pembel ajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Ketua Panel Penilai

Rozita Binti Katan
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sains dan Matematik
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Ahli Panel Penilai :

Zulkafly bin Othman
Ketua Penolong Pengarah Bahasa
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Juhari Bin Mohamad Nor
School Improvement Specialist Coach (SISC+)
Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang
Perai Utara

Khairolajman Bin Ismail
School Improvement Specialist Coach (SISC+)
Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang
Perai Tengah

I.Parimala Devi A/P Indiran
School Improvement Specialist Coach (SISC+)
Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut

13

JAWATANKUASA INDUK / KERJA DAN PEMANTAU

Penasihat: Tuan Abdul Rashid bin Abdul Samad
Pengarah Pendidikan

Pengerusi 1: Tuan Haji Roland @ Rozaidi bin Abu Hassan JPNPP
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran

Pengerusi 2: Tuan Abdul Said bin Hussain
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah JPNPP

Naib Pengerusi 1: Encik Hairol Amin bin Salim
Ketua Penolong Pengarah Kanan

Unit Sains Sosial, Sektor Pembelajaran JPNPP

Naib Pengerusi 2 : Puan Zaini binti Sahid
Ketua Penolong Pengarah Kanan

Unit Menengah dan Tingkatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah JPNPP

Penyelaras : Pn Nadiyah binti Jamain Bakeri
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Pn Yasmin @ Rodiah binti Abdul Rahman
Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang

Pengacara Majlis: Pn Sharifah Atikhah Binti Syed Alias
PTE SMK Seberang Jaya

AJK Sambutan: Encik Hairol Amin bin Salim dan Semua KPPK
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

AJK Makan: Pn. Susilawati binti Saad
(termasuk VIP): Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Pn. Nor Suarizawati bt Mohd Sheriff
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Pengurus Majlis: Encik Khairol Faizal bin Abdullah
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

AJK Teknikal & Siaraya: En Hafizuddin Fareis bin Fisal
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

En Razif bin Embi 14
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri

Pulau Pinang

Laporan dan dokumentasi: Geneviene Bong
Persiapan tempat: Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah
Pendaftaran: Barat Daya

AJK Sijil/Cenderamata: ‘ Pn M.Vicneswary A/P Muthusamy
Moderator: Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah
Pencatat/Penjaga masa: Seberang Perai Selatan

En. Ahmad Azhar Bin Talib
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang

En. Mohd Sabri Bin Hasan
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang

En. Shukran Baki bin Ismail
Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah
Seberang Perai Utara

Pn Nor Shifa binti Saad
Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah
Seberang Perai Tengah

Pn Tan Swee Chin
Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah
Timur Laut

Cik Sagundala a/p Arokiam
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang

Pn Molisa binti Mokhtar
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang

Pn Nor Hidayah Bt Mohd Yusoff (PTE SMK Teluk Air
Tawar)
Pn Rasyidah bt Mohd Salleh (PTE SMK Teluk
Air Tawar)
Pn Renuga a/p Sambasivam (PTE SMJK Jit Sin)
Pn Jeya Chitrah a/p Muniswaran (PTE SMJK Jit Sin)

Pn Lim Poh Sim (PTE SMK Heng Ee)
Pn Nur Hidayah Binti Abdul Kadir (PTE SMK Heng Ee)
Pn Siti Rohaya Bt Ramli (PTE SMK Sungai Ara)
Cik Nor Farahain Bt Jamail ( PTE SMK Sungai Ara)

15

Pengarah JPN Pulau Pinang
Panel Penilai Kolokium

Semua Pembentang Kertas Kerja
Peserta Kolokium 2022

JK Induk/Pelaksana/Pemantau Kolokium 2022
Urus Setia Kolokium 2022

Semua pihak yang menjayakan konvensyen ini,
sama ada secara langsung dan tidak langsung

16


Click to View FlipBook Version