PERSATUAN IBU BAPA GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN BUKIT 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan ( BEB 4071 ) No.Telefon : 03-87398002 ____________________________________________________________________________ Ruj. Kami : 07/01/001/2023 ( ) Ibu Bapa / Penjaga Tarikh : 22 JULAI 2023 SMK Jalan Bukit. Melalui, Pengetua, SMK Jalan Bukit. Tuan/ Puan, MEMOHON SUMBANGAN POKOK RENEK/ POKOK BUNGA/ POKOK SAYURAN UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman ibu bapa/ penjaga, pihak sekolah telah diarahkan untuk mengadakan Program Gotong-Royong Madani Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan MalaysiaInisiatif Bajet 2023. Program peringkat sekolah ini akan di anjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid SMK Jalan Bukit mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 29 Julai 2023 ( Sabtu ke empat bulan Julai 2023 ) Masa : 7:30 pagi – 12:30 tengah hari Tempat : SMK Jalan Bukit Kehadiran : Semua murid, ibu bapa/ penjaga dan komuniti 3. Berdasarkan objektif untuk menceriakan kawasan sekolah agar ianya dapat menjadi satu tempat yang kondusif bagi tujuan pembelajaran semua anak-anak kita di SMK Jalan Bukit, kami ingin mengambil peluang bersempena dengan gotong royong ini untuk mengalualukan tuan/ puan agar dapat menyumbangkan pokok renek/ bunga/ sayuran termasuk pokok perhiasan yang berlebihan di kawasan rumah tuan/ puan untuk tujuan murni ini. Selain daripada mencantikkan kawasan sekolah, ianya juga dapat menjadi suatu bahan rujukan dan keceriaan disamping memupuk murid-murid menghargai dan mencintai alam sekitar dengan lebih mendalam. Sumbangan ini boleh diserahkan lebih awal atau pada hari gotong royong tersebut. 4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: YDP PIBG : En. Kamil Azhar Bin Mustafa (017-630 9707) Setiausaha PIBG : Pn. Noor Faezah Binti Tauhir (012-9310655) PK Hal Ehwal Murid : Pn Nur Tasnim Teoh Bt Abdullah (019-3764017 Kerjasama anda sangat kami harapkan. Sekian. “MALAYSIA MADANI” “ B E R K H I D M A T U N T U K N E G A R A ” Saya yang menjalankan amanah (KAMIL AZHAR BIN MUSTAFA) Yang Di Pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Jalan Bukit s.k : Fail Sekolah : Fail PIBG