2 0 2 4 A K T I V I T IMAC
Pada 1 Mac 2024, telah berlangsungnya Kursus Canva In Graphic Design yang dihadiri seramai 36 orang pelajar Semester 2 dari Program Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan (SMP). Kursus yang menggunakan sepenuhnya aplikasi Canva ini merupakan satu peluang yang terbaik bagi para pelajar untuk mendapatkan nilai tambah serta mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman terhadap aplikasi Canva yang telah digunakan secara meluas pada masa kini. Kursus aplikasi Canva ini adalah merupakan satu langkah bagi meneruskan Program Pembangunan Komuniti Digital yang berkaitan dengan pedagogi untuk generasi digital masa kini yang meliputi pembelajaran kolaboratif, mengupayakan teknologi, mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi. Jesteru itu, Unit e-Learning KKJS telah dipertanggungjawabkan dan telah berjaya melaksanakan kursus Canva In Graphic Design bagi merealisasikan impian tersebut. Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Beliau merupakan seorang pensyarah yang mempunyai pengalaman luas bidang multimedia, teknologi serta aplikasi digital masa kini. e - B u l e t i n K K J S 45 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil UNIT E - LEARNING : KURSUS CANVA IN GRAPHIC DESIGN 1 Mac 2024 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Muziah binti Muhammad
e - B u l e t i n K K J S 46 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil UNIT PENGAJIAN AM & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT CSR : PROGRAM GERAK RAHMAH 2024 "JOM MASAK BUBUR LAMBUK PERPADUAN" @ PUSAT AKTIVITI RUKUN TETANGGA KAMPUNG TAMBAK PAYA 3 Mac 2024 Kampung Tambak Paya Oleh : En. Muhammad Arasz bin Salleh Aktiviti CSR bersama penduduk kampung bagi memasak bubur lambuk perpaduan, aktiviti memasak, membungkus dan agihan ke seluruh kampung.
e - B u l e t i n K K J S 47 Editor: Pn. Nor Azliza binti Che Ali UNIT AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR KKJS: PROGRAM TRANSFORMATION WITH 1 SMILE TOGETHER 4 Mac 2024 Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Mohd Izzaddin bin Abu @ Nawawi Pada 4 Mac 2024, telah diadakan Program Transformation With 1 Smile Together (TW1ST) Kolej Komuniti Jasin 2024 telah berlangsung di Dewan Besar KKJS. Program ini dikendalikan oleh Unit Ambilan dan Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Jasin bersama Klinik Pergigian Daerah Jasin. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan status kesihatan pergigian pelajar serta memperkasakan penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan mereka.
Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil e - B u l e t i n K K J S 48 4 Mac 2024 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Syahira binti Md Desa Pada 4 Mac 2024, Bengkel Aplikasi EZCashbook dan KKJS Marketplace telah diadakan di Kolej Komuniti Jasin (KKJS) untuk para peserta KKJS Business Challenge Tahun 2024. Bengkel ini disertai oleh dua orang wakil dari setiap kumpulan peserta. Bengkel Aplikasi EZCashbook bertujuan untuk mengajar perekodan buku tunai bagi merekod aktiviti jualan menggunakan aplikasi EzCashbook, sementara Bengkel KKJS Marketplace fokus kepada penggunaan platform perniagaan dalam talian, KKJS Marketplace, yang merupakan inovasi pensyarah KKJS. Tenaga pengajar bagi Bengkel Aplikasi EZCashbook ialah Ketua Unit Keusahawanan KKJS, Pn. Syahira binti Md Desa dibantu oleh En. Mohamad Khairul Nizam sebagai Penyelaras Teknikal EZCashbook. Bengkel KKJS Marketplace pula diajar oleh En. Mohd Aznan bin Janal dan dibantu oleh En. Saharudin bin Selamat sebagai Penyelaras Teknikal KKJS Marketplace. UNIT KEUSAHAWANAN : KKJS BUSINESS CHALLENGE 2024 Editor: Pn. Shaheda binti Mohammad Khawari
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT : PROGRAM FIRA AUTONOMOUS ROBOT (SUMO ROBOT) e - B u l e t i n K K J S 49 Editor: Pn. Shaheda binti Mohammad Khawari Dua orang pelajar dari Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian iaitu MUHAMMAD ASYMAWI BIN ABD JALIL dan HAZIQUE RAHIMEY BIN ABDULLAH telah menyertai PROGRAM FIRA AUTONOMOUS ROBOT (SUMO ROBOT) anjuran Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang. Pensyarah pembimbing yang terlibat adalah CIK NORMADIAH BINTI MOHAMAD. Semasa program, pelajar telah didedahkan dengan pemasangan dan pengaturcaraan bagi Robot Sumo. 5 - 6 Mac 2024 Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang Oleh : Cik Normadiah binti Mohamad
UNIT KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN KORPORAT: KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KOLEJ KOMUNITI JASIN KE SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB (SDARY) Pada 6 Mac 2024, Pengarah Kolej Komuniti Jasin, En. Mohamad Nazri bin Ismail, telah mengadakan kunjungan hormat ke SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub (SDARY) dan bertemu dengan Pengetua sekolah tersebut, Encik Baharin Bin Selamat. Kunjungan ini juga melibatkan penyerahan pelantikan Encik Baharin sebagai Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Jasin. Turut hadir bersama ialah Ketua Komunikasi dan Hubungan Korporat, Pn. Nor Azilah binti Azmil. Semoga perbincangan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Kolej Komuniti Jasin dan sekolah serta memperkukuhkan jalinan kolaboratif antara kedua-dua institusi. 6 Mac 2024 SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB Oleh : Pn. Nor Azilah binti Azmil e - B u l e t i n K K J S 50 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil
e - B u l e t i n K K J S 51 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil UNIT PISPA KKJS : MAJLIS HIMPUNAN SETIA APM NEGERI MELAKA BIL 1/2024 7 Mac 2024 Kampung Tambak Paya Oleh : En. Mohd Izzaddin bin Abu @ Nawawi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka telah mengadakan satu Majlis Himpunan Setia APM Negeri Melaka Bil. 1/2024 bertempat di Auditorium, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Antara objektif dan pengisian program ini diadakan adalah Penyampaian Watikah Pegawai Bersekutu, Pemakaian Pangkat & Penyampaian Watikah/Surat Kenaikan Pangkat kepada Pegawai Pasukan dan Anggota Lain-lain Pangkat (LLP), Penyampaian Sijil Perkhidmatan Cemerlang Pasukan (SPCP) serta Sijil Pekerja Cemerlang Bulanan kepada kakitangan tetap APM Negeri Melaka. Jumlah keseluruhan penerima kenaikan pangkat, watikah dan sijil adalah seramai 63 orang. Tahniah buat En. Mohd Izzaddin bin Abu @ Nawawi dan En. Enamul Shah bin Abdul Halim dari Kolej Komuniti Jasin di atas penerimaan Watikah Pelantikan Kenaikan Pangkat dan Pemakaian Pangkat Leftenan Pertahanan Awam. Majlis disempurnakan oleh YS Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Melaka diiringi oleh Mej. (PA) Nor Farhani binti Mat Husin, Timbalan Pengarah APM Negeri Melaka.
e - B u l e t i n K K J S 52 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil Pada 9 Mac 2024, telah berlangsung Kursus Aneka Tart di Bilik Masakan Kolej Komuniti Jasin, dengan pengajaran oleh Cikgu G. Urusetia kursus ini adalah En. Nirwan Syam bin Nordin, manakala penyelaras ialah Saidatul Azma binti Mohamad Zaki. Tahniah kepada semua peserta kursus. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada masa akan datang. Jangan lepaskan peluang, jom sertai kursus pendek bersama kami di Kolej Komuniti Jasin. UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : KURSUS ANEKA TART 9 Mac 2024 Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Nirwan Syam bin Nordin
UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : KURSUS IT’S FUN LEARNING ENGLISH THROUGH ART ACTIVITIE 16 Mac 2024 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Saidatul Azma binti Mohamad Zaki Editor: Cik Farah Hanis binti Azaman e - B u l e t i n K K J S 53 Pada 16 Mac 2024, Kursus "It's Fun Learning English Through Art Activities" telah diadakan di Bilik Seminar 1 Kolej Komuniti Jasin. Kursus ini dikendalikan oleh En. Mohamad Sanusi Bin Mustafa dan penyelaras oleh Saidatul Azma binti Mohamad Zaki. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Tahniah kepada semua peserta kursus. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada masa akan datang. Jangan lepaskan peluang, jom sertai kursus pendek bersama kami di Kolej Komuniti Jasin.
Pada 16 Mac 2024, Kursus Jahitan Seluar Palazzo telah diadakan di Bilik Jahitan Kolej Komuniti Jasin. Kursus ini dikendalikan oleh Pn. Muliyani binti Abdullah dengan urusetia Cik Nur Husna binti Samsuri dan diselaraskan oleh Pn. Saidatul Azma binti Mohamad Zaki. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Tahniah kepada semua peserta kursus. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada masa akan datang. e - B u l e t i n K K J S 54 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : KURSUS JAHITAN SELUAR PALAZO 16 Mac 2024 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Saidatul Azma binti Mohamad Zaki
UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : KURSUS TEKNIK PENGUCAPAN AWAM Pada 17 Mac 2024, Kursus Teknik Pengucapan Awam telah diadakan di Bilik Seminar Kolej Komuniti Jasin. Kursus ini dikendalikan oleh Pn. Nuraishahtul Akmar Binti Kamaruddin dengan urusetia Pn. Noor Diana Binti Hazali dan diselaraskan oleh Pn. Isma Najwa Binti Saharudin. Seramai 16 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Tahniah kepada semua peserta kursus. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada masa akan datang. 17 Mac 2024 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Pn. Isma Najwa Binti Saharudin e - B u l e t i n K K J S 55 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Jasin, En. Mohamad Nazri bin Ismail bersama 4 Pengerusi JPKK iaitu Pengerusi JPKK Merlimau Pasir En. Azizol bin Pit, Pengerusi JPKK Merlimau Timur En. Norizal Shah bin Samad, Pengerusi JPKK Merlimau Tengah En. Zakariah bin Hj Samsudin dan Pengerusi JPKK Sempang Pekan En. Mohd Akhair bin Mujid. Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu atau KSTP ini, adalah selari dengan Program Sejahtera Komuniti Madani atau SejaTi MADANI di bawah Kementerian Ekonomi yang dilaksanakan dengan tujuan untuk : (1) memberi manfaat kepada seluruh komuniti menerusi pelaksanaan program yang bersesuaian dengan keperluan sebenar masyarakat (2) memperkasa aktiviti ekonomi komuniti dengan membuka peluang pekerjaan baharu serta peluang peningkatan pendapatan setempat (3) mengangkat martabat ekonomi komuniti supaya dapat menghasilkan pendapatan yang lebih bermakna. Semoga program ini akan berlangsung dengan jayanya. UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : PROGRAM PEMINDAHAN DAN PERKONGSIAN ILMU (KNOWLEDGE SHARING AND TRANSFER PROGRAM, KSTP): PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI MADANI (SEJATI MADANI) 17 Mac 2024 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Nor Azilah binti Azmil e - B u l e t i n K K J S 56 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil
e - B u l e t i n K K J S 57 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil Tahniah dan syabas kepada ke semua ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang dilantik! Majlis telah berjaya diadakan pada 18 Mac 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KKJS sekitar jam 10.00-11.30 pagi. Semoga dengan pelantikan ini, kesemua ahli dapat bersama-sama membawa kolej ke arah yang lebih cemerlang UNIT AMBILAN DAN PEBANGUNAN PELAJAR : MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR KKJS 18 Mac 2024 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Cik Nur Husna binti Samsuri
UNIT E - LEARNING : BENGKEL INTRODUCTION OF VIRTUAL REALITY (VR) Pada 22 Mac 2024, Bengkel "Introduction to Virtual Reality (VR)" telah diadakan di Makmal Matematik, Kolej Komuniti Jasin. Bengkel ini telah disertai oleh seramai 30 orang peserta yang berpeluang mendalami konsep serta aplikasi teknologi VR. Program ini memberi pendedahan awal dan praktikal kepada peserta mengenai penggunaan VR dalam pelbagai bidang, sekaligus memperkasakan kemahiran mereka dalam teknologi terkini. Semoga ilmu yang diperoleh dalam bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 22 Mac 2024 KOLEJ KOMUNITI JASIN Oleh : En. Saharudin bin Selamat e - B u l e t i n K K J S 58 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil
UNIT KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN KORPORAT : PERBINCANGAN PROGRAM INFAQ RAMADAN KOLEJ KOMUNITI JASIN 25 Mac 2024 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Khamerliyanora binti Khalid Editor: Cik Farah Hanis binti Azaman Sesi perbincangan KKJS bersama Pengerusi Jawatankuasa Penasihat KKJS, Encik Shahridhan Shaharan di DUN Japerun Merlimau. KKJS diwakili oleh Ketua Komunikasi dan Hubungan Korporat Pn. Nor Azilah binti Azmil bersama Pegawai Penerangan, Pn Khamerliyanora binti Khalid. Moga segala perbincangan bersama dapat direalisasikan dan dipermudahkan. e - B u l e t i n K K J S 59
e - B u l e t i n K K J S 60 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil 29 Mac 2024 SMK Sg Rambai Oleh : Pn. Khamerliyanora binti Khalid Kunjungan hormat Pengarah Kolej Komuniti Jasin, En. Mohamad Nazri bin Ismail bersama Pengetua SMK Sungai Rambai, En. Muhamad Rizal bin Abdul Rasol. Kunjungan ini juga sekali dengan penyerahan perlantikan Pengetua SMK Sungai Rambai sebagai Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Jasin. Turut hadir bersama, Ketua Komunikasi dan Hubungan Korporat, Pn. Nor Azilah binti Azmil dan Pegawai Penerangan, Pn. Khamerliyanora binti Khalid. Moga perbincangan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Kolej Komuniti Jasin dari segi jalinan kolaboratif bersama sekolah. UNIT KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN KORPORAT : KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KOLEJ KOMUNITI JASIN KE SMK SUNGAI RAMBAI Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil
KOLEJ KOMUNITI JASIN KM24, Taman IKS Merlimau, Jalan Muar, 77300 Merlimau, Melaka Emel : [email protected] No. Telefon : 06-2631616