The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokyoto19, 2024-06-13 23:25:09

BUKU PERATURAN KV EDISI 2022

BUKU PERATURAN KV EDISI 2022

i PRAKATA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatllahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah atas kejayaan penerbitan buku peraturan Akademik Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Kolej Vokasional (KV) KPM. Buku ini adalah rujukan utama bagi pengurusan pengajian peringkat sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia di kolej vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku Peraturan Akademik ini merangkumi syarat-syarat akademik terutama pentaksiran dan penilaian bagi memastikan kompentensi pelajar dari segi pengetauan dan amali dalam bidang pengajian yang diikuti dinilai secara berkualiti dan sistematik. Buku ini juga merupakan satu kawalan standard terhadap pengurusan penilaian terhadap pelajar dan menjadi panduan serta rujukan kepada satu sistem penilaian yang terselaras dan berkualiti. Adalah menjadi harapan saya agar buku Peraturan Akademik ini menjadi panduan yang terbaik bagi pentadbiran di kolej vokasional agar pelajar yang terlahir dari sistem KV yang berkualiti dapat dihasilkan. Sebagai mengakhiri prakata ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku ini. Semoga komitmen serta kesungguhan ini dapat diteruskan dalam mendokong aspirasi TVET negara. Sekian. (TS. HAJAH ZANARIAH BINTI HAJI AHMAD) Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia


ii PRAKATA Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku Peraturan Akademik Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vakosional Malaysia (DVM) Kolej Vokasional (KV) ini berjaya diterbitkan sebagai panduan atau rujukan kepada semua warga Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) dalam melaksanakan program SVM dan DVM. Jutaan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan buku Peraturan Akademik SVM dan DVM Kolej Vokasional ini yang akan menjadi panduan dan gerbang input yang lebih komprehensif dan terkini bagi menyediakan graduan KV yang holistik dan berkualiti serta seimbang dari segi pembangunan kendirinya. Bidang pendidikan kini yang kian mencabar memerlukan setiap warga BPLTV mempunyai perancangan yang rapi, sistematik dan sentiasa mendokong aspirasi TVET negara bagi mewujudkan tenaga berkemahiran tinggi sekaligus membentuk modal insan berfsahsiah, berilmu dan berkemahiran tinggi. Semoga penghasilan buku panduan ini dapat memberikan rangsangan untuk para pelajar KV meningkatkan standard diri untuk menjadi insan yang cemerlang pada masa akan datang. Akhir kata semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dari Allah SWT serta mencapai kejayaan. Sekian. (ZULKERNAI BIN FAUZI) Timbalan Pengarah Kanan Kluster Pembangunan Kurikulum Dan Program TVET, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.


iii PENGHARGAAN: PENASIHAT Ts. Hajah Zanariah binti Haji Ahmad Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional PENGERUSI Zulkernai bin Fauzi K.M.N., P.M.K. Timbalan Pengarah Kanan Kluster Pembangunan Kurikulum dan Program TVET TIMBALAN PENGERUSI Hafidzah binti Omar Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Kurikulum TVET PENYELARAS Anita binti Hashim SETIAUSAHA I Nor Bayah binti Othman SETIAUSAHA II Jumriah binti Pama SETIAUSAHA III Fiznaliay binti Rozali URUS SETIA Mohd Eazzam bin Zulkefley Zurina binti Mohamed Arshad EDITOR SVM Azleen Shuhaida binti Mohd Azhar EDITOR DVM Ts. Dr. Anesman Buangraya Wenge bin Abdul Rahman PEREKA GRAFIK Anita binti Hashim Mohd Nazri bin Takuan TEKS UCAPAN Dr. Noor Mala binti Othman Mohd Fahmy bin Ismail


iv AHLI PANEL: KLUSTER PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN PROGRAM TVET Unit Pentaksiran dan Penilaian Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Haji Hosri bin Mat Nor (Ketua) Kamal Azli bin Zakaria Arba’ayah binti Kasim @ Mohamed Mashuri Fadilah binti Abdullah Unit Pentaksiran dan Penilaian Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Anita binti Hashim (Ketua) Mohd Adzhari bin Mansor Salwana binti Mahamud Ahmad Fairuz bin Yusof Izzati Safraa binti Ahmad Sanusi Unit Pembangunan Kurikulum Umum Mohd Fahmy bin Ismail Dr. Noor Mala binti Othman Khafizudin bin Amat Noh Unit Pembangunan Kurikulum Vokasional Anuar bin Mohd Som (Ketua) Ts. Rosman bin Bahri Nurul Mukhlis Bin Kostor Nor Aliza binti Mohd Ridwan Ts. Mohd Hanifiah bin Mohd Haniff Ts. Aminamul Saidah binti Mad Nordin Nurul Hidayah binti Md Lazi Mohd Arieff bin Zakaria Unit Jaminan Kualiti dan Pengiktirafan SVM/DVM Rahmah binti Sa'aid (Ketua) Hanis Binti Mohamed Mohammed Zhafri Faiq Bin Zainal Unit Pembangunan Kurikulum Teknikal Ts. Mohd Effendi bin Jamlos (Ketua) Shamsuri bin Omar SEKTOR KECEMERLANGAN TVET Unit Pengurusan Murid Abdul Gapor bin Sudin Noor Maizan binti Samsudin


v PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOLEJ VOKASIONAL Pengarah Hajah Baiha binti Haron Majimin binti Md Noor Mohamad Zabidi bin Abdullah Abdul Rahman bin Hashim Roslin bin Sha’ban Ghazali Shah Mohd Amin bin Mohamed Noor Timbalan Pengarah Akademik Rosli bin Omar (Ketua) Mastura binti Abd Malek Hajah Zarimah binti Darmo Rezwan bin Tasiman Che Norehan binti Aziz Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Sham Sani bin Timan @ Haji Salleh (Ketua) Ederin bin Amid Mohd Nizam bin Osman Ketua Jaminan Kualiti Siti Mahay binti Ahmad Nor Azizah binti Bajoori Ts. Azhar bin Sulaiman Ketua Jabatan Pentaksiran dan Penilaian Wan Nadziefah binti Hj Aidrus (Ketua) Mohamad Nasri bin Haji Md Saad Eii Meng Yin Mahyuddin bin Baharom Noorazizan bin Abdul Aziz


vi PERATURAN AKADEMIK SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) KOLEJ VOKASIONAL


vii AKRONIM AP Arahan Kepada Pemeriksa APA Arahan Penilaian Akhir APKV Aplikasi Pengurusan Pentaksiran Kolej Vokasional BPA Borang Permarkahan Amali BPLTV Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional DPSK Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi JKA Jawatankuasa Akademik JPN Jabatan Pendidikan Negeri JPP Jabatan Pentaksiran dan Penilaian KJPP Ketua Jabatan Pentaksiran dan Penilaian KPA Kertas Peperiksaan Amali KPM Kementerian Pendidikan Malaysia KPT Kertas Peperiksaan Teori KSKV Kurikulum Standard Kolej Vokasional KV Kolej Vokasional LP Lembaga Peperiksaan MPA Mata Pelajaran Akademik MPPV Mata Pelajaran Program Vokasional PA Penilaian Akhir PB Pentaksiran Berterusan PdP Pengajaran dan Pembelajaran PKSK Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus PP Peraturan Pemarkahan SKM Sijil Kemahiran Malaysia SPM Sijil Pelajaran Malaysia SVM Sijil Vokasional Malaysia UPPSVM Unit Pentaksiran dan Penilaian Sijil Vokasional Malaysia


viii TAKRIFAN Jawatankuasa Akademik JabatanPentaksiran dan Penilaian Keputusan Peperiksaan Ketua Jabatan Ketua Program Ketua Unit Kes Khas Kompeten Lulus Nilai Gred Nilai Mata Penangguhan Pengajian Badan akademik tertinggi yang bertanggungjawab mengawal selia pelaksanaan, menentusah, mempertimbang dan membuat keputusan berkaitan pengajian di KV. Jabatan yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan pentaksiran dan penilaian serta pensijilan di KV. Pernyataan keputusan pencapaian pentaksiran dan penilaian murid bagi setiap semester. Individu yang dilantik oleh pihak KV sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk menguruskan sesuatu jabatan pengajian. Individu yang dilantik oleh pihak KV sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk menguruskan sesuatu program pengajian. Individu yang dilantik oleh pihak KV sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk menguruskan mata pelajaran akademik. Kes luar jangka (Rujuk Panduan Pengurusan Pentaksiran SVM Lembaga Peperiksaan). Pencapaian tahap minima gred B- dengan nilai gred 2.67 bagi kompetensi kursus program vokasional. Pencapaian tahap minima gred C dengan nilai gred 2.00 bagi mata pelajaran akademik dan pencapaian tahap minima gred E bagi mata pelajaran setara SPM. Piawaian tahap pencapaian dalam bentuk nilai. Hasil darab nilai gred dengan jam kredit. Penangguhan yang diberi kepada murid berdasarkan keputusan Jawatankuasa Akademik (JKA) atas sebab-sebab tertentu.


ix TAKRIFAN Penggantungan Pengajian Penilaian Akhir Pentaksiran Berterusan Program Purata Nilai Gred Kumulatif Akademik (PNGKA) Purata Nilai Gred Kumulatif Vokasional (PNGKV) Semester Sijil SVM Transkrip Tindakan yang dikenakan kepada murid disebabkan salah laku disiplin yang mengakibatkan murid tidak dibenarkan meneruskan pengajian dalam tempoh tertentu. Ujian bertulis dan amali yang diadakan pada akhir setiap semester berpandukan instrumen, garis panduan dan panduan penskoran / peraturan pemarkahan yang ditetapkan oleh LP. Pentaksiran yang dilaksanakan di kolej vokasional sepanjang semester meliputi aspek amali dan teori. Bidang pengajian yang ditawarkan di KV. Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata gred yang diperoleh bagi MPA dengan jumlah jam kredit yang diambil dalam semua semester yang telah diduduki. Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata gred yang diperoleh bagi MPPV dengan jumlah jam kredit yang diambil dalam semua semester yang telah diduduki. Sesi pengajian yang ditetapkan oleh BPLTV seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sijil yang dianugerahkan kepada murid setelah tamat pengajian seperti yang disyaratkan oleh LP. Dokumen rasmi yang mengandungi keputusan terperinci setiap semester di akhir pengajian.


1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Dokumen ini merupakan Peraturan Akademik Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Kolej Vokasional (KV) yang digubal untuk menyelaras pengurusan akademik dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 1.2 Peraturan Akademik SVM KV ini terpakai kepada pengajian sepenuh masa di KV yang membawa kepada penganugerahan sijil SVM. 2.0 SISTEM PENGAJIAN 2.1 Tempoh Pengajian Tempoh pengajian SVM di KV adalah selama dua tahun seperti Jadual 1. 2.2 BAHASA PENGANTAR 2.2.1 Bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu. 2.2.2 Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar adalah dibenarkan mengikut kesesuaian bagi mencapai maksud kurikulum. 2.3 STRUKTUR PROGRAM 2.3.1 Mata Pelajaran Akademik (MPA) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral. 2.3.2 Mata Pelajaran Program Vokasional (MPPV) Kursus-kursus vokasional pada setiap semester mengikut program. 2.3.3 Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan (PJPK) dan Kokurikulum. Jadual 1 : Tempoh Pengajian SVM


2 2.4 TAKWIM PENGAJIAN Takwim pengajian SVM di kolej vokasional seperti Jadual 2. Jadual 2 : Takwim Pengajian *Tertakluk pada perubahan


3 3.0 SYARAT KEMASUKAN MURID 3.1 SYARAT UMUM Kelayakan calon: i. Warganegara Malaysia. ii. Bersekolah di sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan KPM. iii. Menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). iv. Menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM. v. Sihat tubuh badan. vi. Tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan amali. vii. Tidak rabun warna / buta warna (tertakluk kepada keperluan program). viii. Bebas daripada masalah mental. ix. Berminat dengan program yang dipohon. 3.2 SYARAT KHUSUS Calon memperoleh sekurang-kurangnya tahap penguasaan 3 bagi mata pelajaran; i. Bahasa Melayu, ii. Bahasa Inggeris, iii. Sains, iv. Matematik, v. Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) atau Asas Sains Komputer (ASK). 3.3 PENDAFTARAN KEMASUKAN 3.3.1 Murid hendaklah mendaftar di kolej vokasional mengikut program dan tarikh yang ditetapkan. 3.3.2 Murid yang gagal mematuhi perkara (3.3.1) tanpa sebab yang munasabah, dengan sendirinya tawaran akan terbatal. 4.0 STATUS PENGAJIAN 4.1 KEHADIRAN 4.1.1 Murid wajib hadir pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah ditetapkan. 4.1.2 Pensyarah bertanggungjawab merekod kehadiran murid pada setiap sesi PdP yang dijalankan.


4 4.1.3 Pengarah kolej vokasional perlu mengambil tindakan terhadap ketidak patuhan kehadiran murid mengikut Peraturan 4 dan 8 Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang sedang berkuatkuasa. 4.2 PENANGGUHAN PENGAJIAN 4.2.1 Murid boleh diberi status penangguhan pengajian dengan kelulusan JKA KV. JKA KV perlu memaklumkan kepada Unit Pengurusan Murid untuk mendapatkan kelulusan dan pengesahan Pengararah BPLTV. 4.2.2 Murid yang disahkan sakit / kemalangan oleh pegawai perubatan hospital kerajaan boleh memohon untuk menangguhkan pengajian. 4.2.3 Kes-kes khas memerlukan kelulusan daripada Unit Pengurusan Murid BPLTV. 4.2.4 Tempoh penangguhan adalah tertakluk kepada kelulusan JKA KV. 4.3 PENGGANTUNGAN PENGAJIAN 4.3.1 Murid boleh digantung pengajian setelah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin KV dan disahkan oleh JKA KV. 4.3.2 Tempoh penggantungan adalah tertakluk kepada keputusan Lembaga Disiplin KV mengikut garis panduan yang sedang berkuat kuasa. 4.3.3 Murid tidak boleh meneruskan pengajian dan tidak boleh berada di KV sepanjang tempoh penggantungan. 4.4 KELEWATAN PENDAFTARAN DALAM SISTEM APLIKASI PEGURUSAN PENTAKSIRAN KOLEJ VOKASIONAL (APKV) 4.4.1 Pengarah kolej vokasional bertanggungjawab di atas kelewatan mendaftar pelajar ke dalam sistem APKV berdasarkan takwim yang ditetapkan oleh LP. 4.4.2 Kelewatan mendaftar dalam sistem APKV berdasarkan takwim akan dikenakan bayaran proses lewat daftar yang ditetapkan oleh LP. 4.5 PERTUKARAN MOD PENGAJIAN Murid yang gagal memenuhi syarat pengajian SVM boleh meneruskan pengajian dalam program yang sama di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sepenuhnya.


5 4.6 PERTUKARAN TEMPAT PENGAJIAN 4.6.1 Murid perlu mendapat kelulusan daripada BPLTV bagi pertukaran tempat pengajian di kolej vokasional yang lain atau ke sekolah menengah. 4.6.2 Murid yang bertukar ke kolej vokasional yang lain wajib menyelesaikan PB terlebih dahulu. 4.6.3 Kolej vokasional semasa perlu menyerahkan dokumen pentaksiran murid yang lengkap kepada kolej vokasional yang baharu. 4.6.4 Pertukaran murid ke kolej vokasional yang lain tidak dibenarkan selepas minggu kelapan pengajian kecuali mendapat kelulusan khas daripada BPLTV. 4.6.5 Pertukaran murid ke sekolah menengah dibenarkan setelah mendapat kelulusan oleh Pendaftar Sekolah di JPN. 4.6.6 Surat akuan pengajian murid dikeluarkan oleh kolej vokasional semasa. 4.7 PERTUKARAN PROGRAM Murid tidak dibenarkan menukar program yang ditawarkan kecuali kes-kes tertentu sahaja dengan kelulusan BPLTV. 5.0 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 5.1 PERATURAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Peraturan Pentaksiran dan Penilaian adalah tertakluk kepada Panduan Pengurusan Pentaksiran Sijil Vokasional Malaysia yang dikeluarkan oleh LP. 5.2 PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB) 5.2.1 PB dilaksanakan sepenuhnya oleh kolej vokasional berdasarkan kepada KSKV (MPA) dan DPSK (MPPV) yang telah ditetapkan. 5.2.2 PB dirancang, ditadbir, dinilai dan dilaporkan secara terancang mengikut Panduan Pengurusan Pentaksiran SVM. 5.2.3 PB dilaksanakan oleh pensyarah semasa PdP. 5.2.4 Markah PB yang telah disahkan oleh JKA KV pada setiap semester perlu dihantar melalui sistem APKV mengikut takwim yang ditetapkan oleh LP.


6 5.2.5 Pihak KV akan dikenakan bayaran oleh LP sekiranya berlaku kesilapan atau kelewatan penghantaran markah PB atau kedua-duanya. 5.3 PENILAIAN AKHIR (PA) 5.3.1 Pengurusan dan pengendalian PA dilaksanakan di KV berdasarkan Panduan Pengurusan Pentaksiran SVM. 5.3.2 Pelaksanaan PA adalah berdasarkan kepada jadual waktu PA yang dikeluarkan oleh LP. 5.3.3 Murid wajib menduduki PA bagi semua MPA dan MPPV. 5.3.4 Pentadbiran PA bagi MPA. 5.3.4.1 Kertas peperiksaan berstatus TERHAD kecuali Bahasa Melayu semester empat (4) (Kertas 1 dan Kertas 2) dan Sejarah semester empat (4) berstatus SULIT. 5.3.4.2 LP akan memuat naik APA Amali Pendidikan Islam ke laman sesawang LP satu (1) minggu sebelum ujian amali dijalankan. 5.3.4.3 LP akan memuat naik kertas soalan PA ujian bertulis ke laman sesawang LP. 5.3.4.4 KJPP perlu memuat turun kertas soalan tiga (3) hari bekerja sebelum PA ujian bertulis. Panduan Penskoran dimuat turun selepas tamat PA. 5.3.4.5 Penandaan skrip jawapan dan penyelarasan markah pada setiap semester dilaksanakan oleh pemeriksa lantikan KV. 5.3.4.6 Pemeriksa bertanggungjawab menyerahkan skor dan Panduan Penskoran kepada JPP dalam tempoh yang ditetapkan. 5.3.4.7 KJPP bertanggungjawab menyerahkan skor kepada LP mengikut Jadual Kerja PA yang ditetapkan. 5.3.4.8 Bahasa Melayu semester empat (4) (Kertas 1 dan Kertas 2) dan Sejarah semester empat (4) ditadbir oleh LP secara berpusat.


7 5.3.4.9 Penandaan skrip jawapan dan penyelarasan markah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu semester empat (4) (Kertas 1 dan Kertas 2) dan Sejarah semester empat (4) dilaksanakan secara berpusat melibatkan pemeriksa lantikan LP. 5.3.5 Pentadbiran PA bagi MPPV. 5.3.5.1 Kertas peperiksaan berstatus SULIT. 5.3.5.2 LP akan memuat naik APA Amali ke laman sesawang LP lapan (8) minggu sebelum PA amali dijalankan. 5.3.5.3 Pihak KV perlu memuat turun APA Amali bagi tujuan menyediakan peralatan, bahan dan kelengkapan yang secukupnya sebelum tarikh PA amali. 5.3.5.4 LP akan mencetak dan mengedarkan KPA, BPA, AP, KPT dan PP ke KV. 5.3.5.5 Penandaan skrip jawapan dan penyelarasan markah bagi PA amali dilaksanakan oleh pemeriksa / pentaksir yang dilantik oleh pihak KV. 5.3.5.6 Penandaan skrip jawapan dan penyelarasan markah PA ujian bertulis dilaksanakan secara berpusat melibatkan pemeriksa lantikan LP.


8 5.4 WAJARAN PB DAN PA Wajaran PB dan PA adalah seperti Jadual 3.


9 5.5 EVIDEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 5.5.1 Fail eviden MPA setiap murid perlu mengandungi perkara berikut: i. Maklumat Murid. ii. Struktur Program . iii. Rekod Pentaksiran Akademik (RPA). iv. Eviden PB. 5.5.2 Fail eviden MPA murid disimpan oleh unit masing-masing sehingga enam bulan selepas keputusan dikeluarkan pada setiap semester. 5.5.3 Fail eviden MPPV setiap murid perlu mengandungi perkara berikut: i. Maklumat Murid. ii. Struktur Program. iii. Rekod Pentaksiran Kompetensi (RPK). iv. Eviden PB. 5.5.4 Fail eviden MPPV murid disimpan oleh program masing-masing sehingga enam bulan selepas tamat tempoh pengajian di KV. 5.5.5 RPA dan RPK hendaklah disediakan oleh pentaksir dan disahkan oleh penyelaras lantikan KV. 5.6 PENDAFTARAN PENILAIAN AKHIR 5.6.1 Murid hendaklah didaftarkan secara dalam talian melalui sistem APKV. 5.6.2 Sistem APKV akan dibuka untuk tujuan pendaftaran bermula pada minggu pertama hingga minggu keenam bagi setiap semester pengajian. 5.6.3 Pihak KV akan dikenakan bayaran oleh LP sekiranya berlaku kesilapan atau kelewatan pendaftaran atau kedua-duanya. 5.7 KES KHAS Murid yang terhalang menduduki PA atas sebab luar jangka dan munasabah perlu dirujuk kepada LP. 5.8 PENYELEWENGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Murid yang melakukan penyelewengan pentaksiran dan penilaian boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).


10 5.9 SISTEM GRED PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Sistem Gred Pentaksiran Dan Penilaian di KV seperti Jadual 4. 5.10 SISTEM PENGGREDAN MATA PELAJARAN SETARA SPM Sistem Penggredan Mata Pelajaran Setara SPM seperti di Jadual 5. Jadual 4: Sistem Gred Pentaksiran dan Penilaian Jadual 5: Sistem Penggredan Mata Pelajaran Setara SPM (Bahasa Melayu)


11 5.11 MENGULANG 5.11.1 Murid yang gagal dalam mana-mana MPA dibenarkan mengulang semula PA satu kali sahaja pada masa mata pelajaran tersebut ditawarkan. 5.11.2 Murid yang gagal mencapai PNGKA 2.00, dibenarkan mengulang PA pada masa mata pelajaran tersebut ditawarkan. 5.11.3 Murid yang mengulang PA bagi mana-mana MPA hanya layak mendapat gred C untuk pencapaian tertinggi. 5.11.4 Murid tidak dibenarkan mengulang PB setelah markah dihantar ke LP. 5.11.5 Murid yang gagal mana-mana MPPV tidak dibenarkan mengulang PA. 5.11.6 Murid dibenarkan mengulang Kertas Bahasa Melayu 1104 dan kertas Sejarah 1251 dengan kadar bayaran yang ditetapkan oleh LP. 5.12 KEPUTUSAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 5.12.1 KV mencetak keputusan peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP bagi setiap semester. 5.12.2 Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan yang disediakan oleh LP. 5.13 TRANSKRIP DAN SIJIL 5.13.1 Pernyataan keputusan semua mata pelajaran setara SPM dikeluarkan oleh LP kepada murid yang lulus mata pelajaran tersebut. 5.13.2 Transkrip SVM dikeluarkan oleh LP kepada murid yang menamatkan pengajian. 5.13.3 Sijil SVM dikeluarkan oleh LP kepada murid yang memenuhi syarat-syarat pengajian. 5.14 RAYUAN SEMAKAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN AKHIR 5.14.1 Rayuan semakan keputusan penilaian akhir boleh dibuat oleh murid secara bertulis kepada LP melalui JKA KV dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan rasmi dikeluarkan dengan kadar bayaran yang ditetapkan oleh LP.


12 5.14.2 Segala proses rayuan adalah tertakluk kepada tatacara yang terkandung di dalam Panduan Pengurusan Pentaksiran SVM yang dimaklumkan oleh LP. 6.0 SYARAT PERSIJILAN Sijil SVM akan dikeluarkan oleh pihak LP kepada murid yang memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan seperti berikut: i. Lulus Bahasa Melayu 1104 SVM. ii. PNGKA melebihi atau sama dengan 2.00 iii. PNGKV melebihi atau sama dengan 2.67 iv. Kompeten semua kursus vokasional. 7.0 PENYETARAAN 7.1 Bahasa Melayu 1104 SVM adalah setara dengan Bahasa Melayu 1103 SPM. 7.2 Sejarah 1251 SVM adalah setara lulus Sejarah 1249 SPM. 7.3 Kepujian satu MPPV adalah setara dengan kepujian satu mata pelajaran elektif SPM. 8.0 PERUNTUKAN AM 8.1 Peraturan Akademik ini tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan juga pindaan dari semasa ke semasa. 8.2 KPM berhak untuk meminda sebarang peraturan dari semasa ke semasa. 9.0 PERATURAN AKADEMIK SVM PERLU DIBACA BERSAMA 9.1 Panduan Peraturan Pelajar 9.2 Panduan Pengurusan Pelajar 9.3 Panduan Pengurusan Kolej 9.4 Struktur Pengajian Kolej Vokasional (SPKV) 9.5 Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) 9.6 Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi (DPSK) 9.7 Penilaian Akhir Pentaksiran Pusat Khas (PA PPK) 9.8 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) pindaan 2014 9.9 Panduan Pengurusan Pentaksiran Sijil Vokasional Malaysia (SVM) 9.10 Garis Panduan Pelaksanaan PdP Norma Baharu SVM / SKM dan DVM 2020 9.11 Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Amali Teknikal dan Vokasional 9.12 Pekeliling-pekeliling semasa yang berkaitan


13 PERATURAN AKADEMIK DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL


14 AKRONIM JKA Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional Kurikulum Standard Kolej Vokasional Mata Pelajaran Pengajian Umum Penilaian Akhir Pentaksiran Berterusan Purata Nilai Gred Purata Nilai Gred Kumulatif Unit Pengurus Murid Unit Pentaksiran dan Penilaian Diploma Vokasional Malaysia KV KSKV MPU PA PB PNG PNGK UPM UPPDVM


15 TAKRIFAN Jawatankuasa Akademik Ketua Program Ketua Jabatan Kolej Vokasional Kredit Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) Kursus Kursus Teras Kursus Elektif Kursus Wajib Institusi Mata Pelajaran Pengajian Umum Penilaian Akhir Badan akademik tertinggi yang bertanggungjawab mengawal selia pelaksanaan, menentusah, mempertimbang dan membuat keputusan berkaitan pengajian di kolej vokasional. Individu yang dilantik oleh kolej vokasional sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu program pengajian. Individu yang dilantik oleh kolej vokasional sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu jabatan pengajian. Suatu institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh menteri di bawah seksyen 33A. Ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu. Kurikulum pendidikan dan latihan teknik dan vokasional termasuk kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Unit pembelajaran dan pengajaran dalam satu program yang mengandungi silibus dan perancangan kursus (course outline). Kursus yang merujuk kepada keperluan program dan wajib diambil oleh semua pelajar. Kursus pilihan yang ditawarkan mengikut keperluan program. Kursus yang ditawarkan dan wajib diambil oleh semua pelajar. Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) dan wajib diambil oleh semua pelajar.Penilaian bertulis dan amali yang diadakan di akhir sesi pengajian. Penilaian dilaksanakan di kolej vokasional berpandukan instrumen, garis panduan dan panduan penskoran / peraturan pemarkahan yang ditetapkan.


16 Pentaksiran Berterusan Program Purata Nilai Gred. Purata Nilai Gred Kumulatif Semester Senat Kolej Vokasional KPM Silibus Transkrip Pentaksiran yang dilaksanakan di kolej vokasional sepanjang semester meliputi aspek amali dan teori. Pengkhususan pengajian dalam bidang yang ditawarkan di kolej vokasional / institusi. Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai gred yang diperoleh dengan jumlah jam kredit yang diambil dalam satu semester. Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai gred kumulatif yang diperoleh dengan jumlah jam kredit kumulatif bagi semua semester yang telah diambil. Sesi pengajian yang ditetapkan oleh Kolej Vokasional seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Badan akademik tertinggi bagi kolej vokasional KPM yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Senat Kolej Vokasional) 2016. Kemahiran dan pengetahuan serta nilai yang dijangka diperoleh yang mengandungi hasil pembelajaran. Pernyataan rasmi keputusan pencapaian peperiksaan pelajar sepanjang tempoh pengajian.


17 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Dokumen ini dinamakan Peraturan Akademik Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Kolej Vokasional, digubal untuk menyelaras pengurusan akademik dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 1.2 Peraturan Akademik Kolej Vokasional ini terpakai kepada pengajian sepenuh masa di kolej vokasional di bawah KPM yang membawa kepada penganugerahan diploma. 2.0 SISTEM PENGAJIAN 2.1 TEMPOH PENGAJIAN 2.1.1 Tempoh pengajian diploma adalah bilangan semester pengajian berdasarkan struktur pengajian. 2.1.2 Tempoh maksimum pengajian program diploma adalah lima tahun dengan kelulusan Senat Kolej Vokasional KPM. 2.2 BAHASA PENGANTAR 2.2.1 Bahasa pengantar utama adalah Bahasa Melayu. 2.2.2 Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kedua adalah digalakkan mengikut kesesuaian bagi mencapai maksud kurikulum. 2.3 STRUKTUR PROGRAM 2.3.1 Struktur Program mengandungi senarai nama kursus, kod kursus, jam kredit, jam pertemuan untuk kuliah / amali / tutorial dalam seminggu. PROGRAM DIPLOMA SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 SEMESTER 4 SEMESTER 5 (OJT) TAHUN 1 TAHUN 2 Jadual 1: Tempoh Pengajian Diploma


18 2.3.2 Kursus-kursus bagi setiap semester peringkat DVM diklasifikasi seperti berikut: i) Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU). ii) Kursus Wajib Institusi. iii) Kursus Teras. iv) Kursus Elektif. v) On-The-Job Training (OJT). 2.4 SISTEM KREDIT 2.4.1 Satu kredit adalah jumlah jam pembelajaran pelajar student learning time, (SLT) yang diperlukan untuk mencapai hasil pembelajaran yang dikenal pasti untuk sesuatu kursus. 2.4.2 Satu kredit bersamaan dengan 40 jam nosional SLT. 2.4.3 SLT dikira melalui gabungan pelbagai bentuk aktiviti pembelajaran, sama ada secara bersemuka dan tidak bersemuka. 2.4.4 Formula nilai kredit ialah: 2.4.5 Beban Kredit 2.4.5.1 Pelajar dibenarkan untuk mendaftar maksimum sebanyak 20 kredit pada satu semester. Pendaftaran kursus yang melebihi 20 hingga 25 kredit hanya DIBENARKAN dengan kelulusan pengarah KV. 2.4.5.2 Jumlah minimum jam kredit bergraduat adalah 90 jam kredit


19 Jadual 2 : Takwim Pengajian *Tertakluk pada perubahan 2.5 TAKWIM PENGAJIAN


20 3.0 SYARAT KELAYAKAN KE PROGRAM DVM 3.1 Lulus Sijil Vokasional Malaysia. 3.2 Memperoleh sekurang-kurangnya 3 Kepujian dalam mata pelajaran setara SPM termasuk Kepujian Bahasa Melayu 1104 SVM. 3.3 Pelajar yang tidak memperoleh kepujian Bahasa Melayu 1104 SVM atau Bahasa Melayu 1103 SPM boleh melanjutkan pengajian di peringkat DVM dengan mengambil kursus Bahasa Kebangsaan A. 3.4 Syarat-syarat tambahan tertakluk kepada pematuhan standard program. 3.4.1 Memperoleh sekurang-kurangnya gred C mata pelajaran Matematik di peringkat SVM bagi program berikut: i. Program Diploma Teknologi Maklumat. ii. Program Diploma Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web. iii. Program Diploma Perakaunan. Pelajar yang tidak memperoleh Gred C dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SVM, wajib mengambil mata pelajaran Asas Matematik UAM 1012 yang ditawarkan dalam semester satu DVM. 3.4.2 Memperoleh sekurang-kurangnya Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SVM bagi program Perakaunan. 3.4.3 Lulus temuduga atau penghantaran portfolio bagi program Diploma Rekabentuk Grafik dan Media Cetak. 4.0 PENDAFTARAN PENGAJIAN 4.1 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 4.1.1 Kolej vokasional hendaklah mengeluarkan surat tawaran kepada pelajar yang layak. 4.1.2 Pelajar mesti melapor diri mengikut program yang ditawarkan sebelum memulakan pengajian di peringkat diploma. 4.1.3 Pelajar perlu menyerahkan surat setuju terima tawaran kemasukan yang ditawarkan semasa melapor diri.


21 4.1.4 Rayuan kemasukan lewat bersebab hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pendaftaran. 4.2 PENDAFTARAN KURSUS 4.2.1 Pelajar mesti membuat pendaftaran kursus sebelum sesi pengajian bermula bagi setiap semester. 4.2.2 Rayuan pendaftaran lewat bersebab hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pendaftaran. 5.0STATUS PENGAJIAN 5.1 KEHADIRAN 5.1.1 Pelajar wajib hadir dalam setiap pertemuan pembelajaran yang telah ditetapkan bagi sesuatu kursus. 5.1.2 Pensyarah wajib merekod kehadiran pelajar bagi setiap pertemuan pembelajaran yang dijalankan. 5.1.3 Kehadiran kurang daripada 80% tanpa sebab yang munasabah daripada jumlah jam pertemuan yang telah diperuntukkan bagi sesuatu kursus boleh menyebabkan pelajar tidak dibenarkan menduduki Penilaian Akhir untuk kursus yang berkenaan. 5.1.4 Pelajar boleh membuat rayuan secara bertulis kepada Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional dalam tempoh satu (1) minggu selepas menerima keputusan tidak layak menduduki Penilaian Akhir (PA). 5.1.5 Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional akan memutuskan status pelajar yang dibenarkan menduduki Penilaian Akhir. 5.2 PENANGGUHAN PENGAJIAN 5.2.1 Pelajar boleh diberi status penangguhan pengajian dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional dan dimaklumkan kepada Kluster Pembangunan Kurikulum dan Program TVET, BPLTV. 5.2.2 Kelulusan penangguhan pengajian adalah tertakluk di bawah kuasa Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.


22 5.2.3 Pelajar yang boleh dipertimbangkan untuk rayuan adalah seperti berikut: i. Pelajar yang disahkan sakit / kemalangan oleh pegawai perubatan. ii. Kes-kes khas memerlukan kelulusan daripada Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 5.2.4 Tempoh penangguhan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 5.3 PENGGANTUNGAN PENGAJIAN 5.3.1 Pelajar boleh digantung daripada pengajian setelah didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Kolej Vokasional dan disahkan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 5.3.2 Kelulusan tempoh penggantungan adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 5.3.3 Sepanjang tempoh penggantungan pelajar tidak boleh meneruskan pengajian dan tidak boleh berada di premis kolej vokasional tanpa sebab yang munasabah. 5.4 MENGULANG KURSUS (GAGAL) 5.4.1 Pelajar dibenarkan menebus tidak lebih daripada DUA (2) kali (tertakluk kepada perkara 2.1.2). 5.4.2 Pelajar boleh memohon untuk menebus kursus tersebut pada semester yang ditawarkan. 5.4.3 Pengiraan PNGK baharu adalah berdasarkan Jam Kredit dan Nilai Mata terakhir kursus yang diulang manakala Jam Kredit serta Nilai Mata asal dimansuhkan. 5.4.4 Pelajar yang gagal mengulang kursus layak untuk mengulang semester bagi memenuhi syarat bergraduat tertakluk kepada perkara 2.1.2. 5.4.5 Pelajar yang memperoleh Kedudukan Bersyarat (KS), layak untuk mengulang kursus dalam tempoh maksimum lima tahun pengajian bagi memenuhi syarat bergraduat tertakluk kepada perkara 2.1.2. 5.5 PEPERIKSAAN KHAS Peperiksaan Khas boleh diadakan untuk pelajar tahun akhir bagi memastikan mereka dapat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.


23 5.5.1 Pelajar yang tidak mencapai syarat bergraduat atau telah mengulang kursus, layak menduduki Peperiksaan Khas dengan membuat permohonan kepada Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 5.5.2 Pelajar yang tidak layak menduduki Peperiksaan Khas: i. Pelajar tidak hadir Penilaian Akhir tanpa kebenaran (tanpa alasan yang munasabah). ii. Pelajar telah disabitkan dengan tindakan mahkamah. iii. Pelajar tidak pernah mengulang kursus yang gagal pada semester biasa. 5.6 PEMBERHENTIAN PENGAJIAN 5.6.1 Pelajar boleh diberhentikan pengajian kerana perkara-perkara berikut:- i. Status Akademik dalam kedudukan gagal; atau ii. Tidak berjaya dalam permohonan rayuan meneruskan pengajian; atau iii. Gagal On-The- Job Training (OJT) sebanyak DUA (2) kali; atau iv. Telah melebihi tempoh maksimum pengajian sesuatu program; atau v. Didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Kolej Vokasional. 5.6.2 Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional bertanggungjawab untuk mengesahkan pemberhentian pengajian pelajar. 5.6.3 Pelajar yang diberhentikan daripada pengajian akan diberikan Surat Akuan Pengajian daripada kolej vokasional. 5.7 RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN 5.7.1 Pelajar yang telah diberhentikan berhak membuat rayuan secara bertulis kepada Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional dalam tempoh 14 hari berkerja daripada tarikh pemakluman. 5.8 PERTUKARAN TEMPAT PENGAJIAN Pelajar boleh memohon untuk bertukar tempat pengajian berdasarkan justifikasi yang munasabah dengan persetujuan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional dan mendapat kelulusan Pengarah, BPLTV. 5.8.1 Semua dokumen berkaitan pentaksiran dan penilaian bagi pelajar yang bertukar tempat pengajian adalah menjadi tanggungjawab kolej vokasional asal untuk menyerahkan kepada kolej vokasional yang baharu.


24 5.8.2 Pelajar yang bertukar tempat pengajian wajib menyelesaikan PB bagi tempoh pengajian di kolej vokasional asal terlebih dahulu. 5.8.3 Pelajar tidak dibenarkan bertukar selepas minggu kelapan pengajian bagi program yang sama kecuali kes-kes tertentu dan mendapat kebenaran khas daripada Pengarah, BPLTV. 5.9 PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN 5.9.1 Pelajar boleh memohon pertukaran program pengajian disebabkan oleh kes-kes khas atau justifikasi yang munasabah dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 5.9 PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN 5.9.1 Pelajar boleh memohon pertukaran program pengajian disebabkan oleh kes-kes khas atau justifikasi yang munasabah dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 5.9.2 Pertukaran program pengajian yang berbeza antara kolej vokasional perlu mendapat persetujuan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional yang dipohon dan kelulusan Pengarah BPLTV. 5.9.3 Pertukaran program hendaklah dibuat dalam tempoh lapan minggu pada semester satu pengajian dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 6.0 PEMINDAHAN KREDIT SECARA MENDATAR Pemindahan kredit secara mendatar adalah pemindahan kredit dari satu program ke satu program yang lain pada tahap pengajian yang sama dan mendapat kelulusan Jawatankuasa Akademik KV. 6.1 Pelajar yang bertukar program boleh diberi pemindahan kredit bagi kursus yang sama. 6.2 Kesetaraan antara kandungan kursus mestilah tidak kurang daripada 80%. 6.3 Nilai kredit kursus bagi program terdahulu mestilah sekurang-kurangnya sama dengan nilai kredit kursus bagi program yang dipohon. 6.4 Pelajar hendaklah memohon pengesahan kredit bagi kursus- kursus yang telah diambil melalui Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional.


25 6.5 Pelaksanaan pemindahan kredit hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 6.6 Keputusan kursus yang berkenaan diguna pakai dalam pengiraan PNGK. 6.7 Nilai Kredit bagi kursus yang diberi pemindahan kredit diambil kira bagi memenuhi keperluan jumlah kredit bergraduat. 7.0 PERATURAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Pentaksiran Program Diploma adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian Diploma yang dikeluarkan oleh BPLTV. 7.1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB) 7.1.1 PB dilaksanakan sepenuhnya oleh kolej vokasional berdasarkan kepada Course Outline (CO) yang telah ditetapkan. 7.1.2 PB perlu dirancang, ditadbir, dinilai dan dilaporkan secara terancang mengikut Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian Diploma. 7.2 PENILAIAN AKHIR (PA) 7.2.1 Pengurusan dan pengendalian PA dilaksanakan di kolej vokasional berdasarkan arahan pentadbiran mengikut Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian, takwim pengajian dan jadual peperiksaan. 7.2.2 Penandaan skrip jawapan dan penyelarasan markah dilaksanakan oleh pemeriksa yang dilantik oleh kolej vokasional. 7.2.3 Bagi kursus yang mempunyai PA, kehadiran pelajar adalah WAJIB. 7.2.4 Pelajar yang tidak menduduki PA akan gagal kursus tersebut secara automatik. 7.2.5 Pelajar yang tidak dapat menduduki PA atas sebab-sebab munasabah boleh membuat rayuan untuk menduduki PA dengan kebenaran Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 7.3 KEBENARAN TIDAK MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR (PA) 7.3.1 Permohonan untuk tidak menduduki PA bagi sesuatu kursus hendaklah dibuat kepada pengarah kolej dengan menyertakan dokumen / surat yang berkaitan.


26 7.3.2 Pelajar yang layak dipertimbangkan adalah seperti berikut: i. Disahkan sakit oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta. ii. Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital / klinik swasta perlu disahkan oleh pegawai perubatan daripada hospital kerajaan sekiranya kesahihan diragui. iii. Menghadapi kes-kes kecemasan seperti kematian keluarga terdekat, kemalangan, bencana alam, kebakaran; atau iv. Menyertai aktiviti yang diluluskan oleh pengarah kolej vokasional dengan mengemukakan dokumen sokongan. 7.4 MENGULANG PENILAIAN AKHIR (PA) 7.4.1 Pelajar yang gagal mana-mana Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) atau kursus teras bagi PA dibenarkan mengulang sebelum tamat pengajian. 7.4.2 Pelajar yang mengulang PA layak mendapat gred tertinggi bagi MPU atau kursus teras. 7.4.3 PA ulangan hendaklah dibuat selepas keputusan rasmi diumumkan dalam semester semasa. 7.4.4 Kelulusan untuk mengulang PA adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 7.5 MENGULANG KURSUS 7.5.1 Pelajar yang gagal mana-mana MPU atau kursus dibenarkan mengulang semasa kursus itu ditawarkan. 7.5.2 Pelajar yang mengulang kursus dalam semester layak mendapat gred tertinggi bagi MPU atau kursus. 7.5.3 Kelulusan untuk mengulang kursus adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 7.6 EVIDEN PENTAKSIRAN BERTERUSAN DAN PENILAIAN AKHIR 7.6.1 Fail eviden pelajar mengandungi pembuktian hasil PB dan PA pelajar yang disediakan mengikut Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian Diploma. 7.6.2 Semua eviden PB hendaklah disimpan dalam fail eviden pelajar. Fail eviden ini disimpan oleh program masing-masing selama enam bulan selepas tamat pengajian.


27 7.7 KELAYAKAN MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR 7.7.1 Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak menduduki PA: i. Telah mendaftar kursus yang berkenaan. ii. Telah mencapai kehadiran kursus minimum 80% bagi masa pertemuan yang ditentukan bagi sesuatu kursus. 7.7.2 Jika seseorang pelajar itu tidak memenuhi syarat untuk menduduki PA tanpa alasan yang munasabah, tindakan berikut boleh diambil: i. Pelajar tidak layak menduduki PA. ii. Pelajar akan diberi Gred F dengan Nilai Gred 0.00 bagi kursus berkenaan. 7.7.3 Jawatankuasa Akademik di kolej vokasional boleh mempertimbangkan rayuan untuk menduduki PA dengan sebab-sebab yang munasabah. 7.7.4 Kes Luar Jangka Pelajar yang terhalang menduduki PA atas sebab luar jangka dan munasabah boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Akademik di kolej vokasional untuk tindakan selanjutnya. 7.8 PENYELEWENGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 7.8.1 Pelajar yang melakukan penyelewengan pentaksiran dan penilaian boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Akta Pendidikan 996 (Akta 550). 7.8.2 Seseorang pelajar yang didapati terbukti melanggar mana-mana arahan \ PA boleh dimansuhkan markah penilaian dan diberi Gred F dengan Nilai Mata 0.00 bagi kursus berkenaan. 7.9 STATUS GAGAL 7.9.1 Bagi status gagal, rujuk Jadual 4: Kedudukan Akademik untuk kenaikan semester. 7.9.2 Pelajar yang masih gagal mana-mana MPU dan kursus teras setelah menduduki penilaian ulangan tidak layak untuk dianugerahkan diploma. 7.10 KEPUTUSAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 7.10.1 Keputusan pentaksiran dan penilaian setiap semester akan dimaklumkan kepada pelajar oleh kolej vokasional.


28 7.10.2 Kolej vokasional akan mencetak Slip Keputusan bagi setiap semester dan diedar kepada semua pelajar. 7.11 RAYUAN SEMAKAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 7.11.1 Rayuan semakan keputusan pentaksiran dan penilaian boleh dibuat oleh pelajar secara bertulis kepada pengarah kolej vokasional dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan rasmi dikeluarkan. 7.11.2 Rayuan akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Akademik di kolej vokasional. 7.11.3 Keputusan rayuan adalah muktamad. 7.12 SISTEM GRED PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PROGRAM DVM 90 – 100 80 – 89 75 – 79 70 - 74 65 – 69 60 – 64 55 – 59 50 – 54 45 – 49 MARKAH 40 – 44 35 – 39 A+ A AB+ B BC+ C CD+ D GRED 4.00 3.67 3.50 3.33 3.00 2.67 2.33 2.00 1.67 1.33 1.00 20 - 34 E 0.67 0 – 19 F 0.00 NILAI GRED Jadual 3: Sistem Gred Pentaksiran dan Penilaian *Gred D+ adalah gred lulus minimum.


29 7.13 PROJEK TAHUN AKHIR (PTA) 7.13.1 PTA 1 dilaksanakan pada semester 3 manakala PTA 2 pada semester 4. 7.13.2 Pelaksanaan PTA adalah merujuk kepada Garis Panduan Projek Tahun Akhir. 7.14 ON -THE - JOB TRAINING (OJT) 7.14.1 Pelajar dibenarkan mendaftar OJT setelah memenuhi syarat berikut: i. Dilindungi insurans. ii. Memiliki Green Card bagi bidang yang berkeperluan. 7.14.2 Pelajar yang layak WAJIB mendaftar kursus OJT. 7.14.3 Pelajar WAJIB menjalani OJT dan lulus untuk diperakukan sebagai memenuhi syarat penganugerahan diploma. 7.14.4 Pelaksanaan OJT adalah merujuk kepada Garis Panduan Pelaksanaan OJT. 8.0 TRANSKRIP DAN SKROL 8.1 Transkrip diploma dikeluarkan oleh kolej vokasional kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian. 8.2 Transkrip diploma ditandatangani oleh pengarah kolej vokasional. 8.3 Diploma dianugerahkan oleh Senat Kolej Vokasional kepada pelajar yang berjaya memenuhi syarat-syarat bergraduat. 8.4 Permohonan skrol asal diploma boleh dibuat oleh pelajar melalui KV masing-masing kepada Unit Pentaksiran dan Penilaian Diploma Vokasional Malaysia (UPPDVM) BPLTV, 14 hari selepas konvokesyen. 8.5 Permohonan salinan transkrip dibuat oleh pelajar kepada pihak KV masing-masing.


30 9.0 KEDUDUKAN AKADEMIK 10.0 SYARAT-SYARAT PENGANUGERAHAN DIPLOMA 10.1 Diploma akan dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan memenuhi segala keperluan dan syarat yang ditetapkan seperti berikut: i. Lulus semua kursus wajib mengikut keperluan program. ii. Purata Nilai Gred Kumulatif Keseluruhan (PNGKK) ≥ 2.00 iii. Lulus On - The - Job Training (OJT). iv. Diperakui oleh Jawatankuasa Senat Kolej Vokasional. Jadual 4: Kedudukan Akademik


31 11.0 PERUNTUKAN AM Peraturan Akademik Kolej Vokasional ini tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan juga pindaan dari semasa ke semasa. 12.0 PERATURAN AKADEMIK DVM PERLU DIBACA BERSAMA 12.1 Struktur Program 12.2 Buku Standard Program 12.3 Panduan Peraturan Pelajar 12.4 Panduan Pengurusan Pelajar 12.5 Panduan Pengurusan Kolej 12.6 Garis Panduan Projek Tahun Akhir (PTA) 12.7 Garis Panduan On-The-Job Training (OJT) 12.8 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) – Pindaan 2014 12.9 Garis Panduan Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) Edisi Kedua 12.10 Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian DVM Edisi 2016 12.11 Garis Panduan Pembangunan Program Akademik Universiti Awam Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) 12.12 Garis Panduan Pemantauan dan Semakan Kurikulum Kolej Vokasional Edisi 2019 KPM berhak untuk meminda sebarang peraturan dari semasa ke semasa.


Click to View FlipBook Version