The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adiella ezani, 2022-06-02 01:57:38

DOKUMENTASI MQA DIPLOMA PENDIDIKAN KANAK-AKANK

DOKUMENTASI MQA

DOKUMENTASI

LAWATAN
AKREDITASI PENUH

MQA

PROGRAM
DIPLOMA PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK

(MQA/FA9905)

KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

MERIALISASIKAN KOMPETENSI KERJAYA

ISI KANDUNGAN

• MISI & VISI

• MATLAMAT PROGRAM
• OBJEKTIF PROGRAM

• TENTATIF LAWATAN

• LAPORAN BERGAMBAR

• LAMPIRAN
▪ SURAT-MENYURAT
▪ MINIT-MINIT

MESYUARAT
▪ PHAMPLET

VISI

Peneraju Pendidikan teknikal dan
vokasional yang unggul

MISI

Memperkasakan Pendidikan teknikal
dan vokasional melalui pelaksanaan

program yang berkualiti

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat Program Diploma Pendidikan Awal
Kanak-Kanak ialah untuk membentuk guru tadika

dan taska, pembantu guru taska dan tadika,
pengusaha taska dan tadika, penyelia taska dan

tadika yang bersedia menyertai pasaran kerja,
usahawan yang berdaya saing dan mampu
melanjutkan pengajian

OBJEKTIF PROGRAM

Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
mampu menghasilkan pelajar yang:

1.Mempamerkan pengetahuan, pemahaman dan
kemahiran kognitif dalam bidang Pendidikan
Awal Kanak-Kanak.

2.Menunjukkan kecekapan kerja dalam bidang
Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

3.Menunjukkan kemahiran personaldan kemahiran
keusahawanan dalam bidang Pendidikan Awal
Kanak-Kanak.

4.Mempamerkan etika dan profesionalisme,
kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab
dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

TARIKH LAWATAN

TARIKH: 23-24 MEI 2022 (ISNIN & SELASA)
MASA: 9.00 PG – 5.00 PTG

TEMPAT: BENGKEL PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK, KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

PANEL PENILAIAN

PANEL PENILAI:
YBhg. Prof. Madya Dr. Nordin bin Mamat
Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan MAnuasia,

UPSI (Ketua Ahli Panel Penilai)

Tn. Hj. Zulkiply bin Yaakob
Mantan Pensyarah Cemerlang IPG & Pensyarah

Sambilan Open University Malaysia

PEGAWAI MQA:
Pn. Maryam Faeqah binti Muhaini

PEGAWAI BPLTV:
En. Ts. Saiful Nazri bin Nordin

Penolong Pengarah
Unit Jaminan Kualiti dan Pengiktirafan Program

SVM/DVM BPLTV

LAPORAN BERGAMBAR
PELAKSANAAN LAWATAN AKREDITASI
PENUH MQA DIPLOMA PENDIDIKAN

AWAL KANAK-KANAK

Panel Penilai Akreditasi
Penuh MQA disambut oleh

barisan pentadbir dan
pensyarah-pensyarah
Diploma Pendidikan Awal

Kanak-Kanak

‘Entrance Meeting’ di Bilik
Mesyuarat Kolej

Vokasional Tanah Merah
pada 23 Mei 2022.

Sesi pembentangan oleh
Ketua Program Diploma
Pendidikan Awal Kanak-
Kanak, Cik Noor Sakinah Binti
Ariffin di bengkel Pendidikan

Awal Kanak-Kanak

Suasana di bengkel
Pendidikan Awal Kanak-

Kanak

Mock Class

Mock Class

Suasana di bengkel
Pendidikan Awal Kanak-

Kanak

‘Exit Meeting’ pada 24 Mei 2022 di Bilik
Mesyuarat Kolej Vokasional Tanah Merah

‘Exit Meeting’ pada 24
Mei 2022 di Bilik
Mesyuarat Kolej
Vokasional Tanah
Merah

LAMPIRAN:

• SURAT-MENYURAT
• MINIT-MINIT MESYUARAT

• PHAMPLET





KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH
KM 3, JALAN TANAH MERAH-MACHANG
17500 TANAH MERAH
KELANTAN DARUL NAIM
TEL: 09-9502250 / 225 FAX : 09-9502252

MEMO JEMPUTAN MESYUARAT

Ruj. : KVTM-100-5/5/2(04)
Tarikh : 10 MEI 2022

Kepada :

1. YM. Hj. Raja Ismail bin Raja Kechik - Pengarah
2. En. Yuzaidi bin Mat Yusof – TPA

3. Pn. Rosmaly binti Mat Daud - TPSA
4. Pn. Tan Soi En – KJK
5. Hjh. Zainora binti Mustapha – KJPP
6. Pn. Mashitah binti Abd. Rahman @ Ali – KJ Jabatan Perkhidmatan Masyarakat

7. Pn. Nor Hanani binti Ismail - KJPU
8. Hj. Azman bin Samek – Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya
9. Cik Noor Sakinah binti Ariffin – KP PAK
10. Pn. Lee Inn Hua – Penyelaras Pusat Sumber

11. En. Muhamad Hafiz bin Ab. Ghani - Penyelaras MPP
12. Pn. Zuamatulhayati binti Marsuki – Ketua Unit Perhubungan Awam (KUPA)
13. Pn. Siti Zuraini binti Zakaria – S/U JK Pemandu SPKKVKPM
14. Pn. Nor Azwati binti Sanusi – Pengurus Dokumen
15. Pn. Shahri Laila binti Mohd Nor – S/U Audit Kendiri MQA & MBOT
16. En. Mohamad Ridzwan bin Ismail – S/U 1 KJK
17. Pn. Yasmoon binti Osman – S/U 2 KJK
18. En. Adnan bin Awang @ Nawi – KJ Teknologi Awam – (JK Tugas Khas)
19. YM Tengku Noor Adeila binti Tengku Izani – JK Dokumentasi
20. En. Midi bin Omar – JK Rakaman dan PA Sistem
21. Pn. Balkhis binti Abdul Latif – JK Buku Program
22. Pn. Mariza binti Mat Yasin – JK Bilik Mesyuarat
23. En. Izani binti Idris – JK Slaid Pengarah
24. Ustaz Hj. Nordin bin Mohamed Nawi – Bacaan Doa

Tuan/Puan,

MESYUARAT LAWATAN AKREDITASI MQA PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut;

Tarikh : 18 MEI 2022 (RABU)
Masa : 9.00 PAGI
Tempat : BILIK JAMINAN KUALITI
Pengerusi : PN. TAN SOI EN

3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk menghadiri mesyuarat berkenaan:

4. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

4.1 Kata alu-aluan Pengerusi
4.2 Maklum balas Persediaan Akreditasi Lawatan APP untuk Program Pendidikan Awal

Kanak-kanak
4.3 Tindakan Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak
4.3 Hal-hal Lain

4.4 Ucapan Penangguhan.

.
Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

......................................
(PN. IDAIYU AWANG)
S/U KJK
Kolej Vokasional Tanah Merah

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN TINDAKAN PEMATUHAN MBOT/ MQA
BAGI PROGRAM ETE, MPP, CTP, HSK, HFD, HKM DAN HBP
KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH
BIL 1/2021

Tarikh : 1 April 2021
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Jaminan Kualiti

KEHADIRAN :

Bil. Nama Jawatan

1. Tn Hj Raja Ismail B Raja Kechik Pengarah
2. En. Yuzaidi B Mat Yusof TPA
3. Pn. Romaly Bt Mat Daud TPSA
4. Pn. Tan Soi En Ketua Jaminan Kualiti
5. Pn. Idaiyu Bt Awang Setiausaha Jaminan Kualiti
6. Pn. Hjh. Ts Zuriyati Bt Yahya Ketua Jabatan Tek. Elektrik & Elektronik
7. En. Adnan B Awang@Nawi Ketua Jabatan Teknologi Awam
8. En. Mohd Saat B Ismail Ketua Jabatan Tek. Mekanikal &

9. Pn. Zaliha Bt Ibrahim Pembuatan
10. Pn. Hartini Bt Mohamad Ketua Jabatan Senireka
11. En. Zamri B Ismail Ketua Jabatan Hospitaliti
12. En. Anuar B Mohamad KP Teknologi Elektrik
13. En. Nazrujehan B Saian KP Teknologi Pembinaan
KP Tek. Penyejukan & Penyamanan
Udara
14. Pn. Norazwanye Bt Ramli KP Bakeri & Pastri
15. Pn. Norzaini Bt Othman KP Seni Kulinari
16. Pn. Roshidah Bt Abdullah KP Fesyen & Membuat Kain
17. Pn. Dalina Bt Mat Ariffin KP Kosmetologi

TIDAK HADIR (dengan kenyataan) : Jawatan
Bil. Nama

TIDAK HADIR ( tanpa kenyataan) : Jawatan
Bil. Nama

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada para pensyarah yang sudi
meluangkan masa hadir ke mesyuarat pada hari ini.

1.2 Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali pertama setelah dilantik menjadi KJK.

1.3 Memaklumkan tujuan mengadakan mesyuarat pada hari ini untuk membuat
penyelarasan pematuhan MBOT/ MQA bagi kursus ETE, MPP, CTP, HSK, HFD,
HKM dan HBP.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 3/ TAHUN 2020
2.1 Minit Mesyuarat Unit Jaminan Kualiti Bil. 3/ 2020 diterima dan disahkan tanpa sebarang
pindaan.

Pencadang : En Adnan B Awang@Nawi
Penyokong : En. Zamri Bin Ismail

3. ISU – ISU YANG DIBINCANGKAN

3.1 Kursus ETE dan MPP masih belum menerima templet, manakala bagi kursus CTP
templete sudah diterima.

3.2 Pengerusi mengingatkan agar KP CTP menjawab pematuhan tersebut kerana
sudah menerima info berkaitan.

3.3 Bagi kursus HSK perlu menjawab tentang pembetulan kata kerja.

3.4 Bagi kursus HFP perlu menjawab berkaitan tentang projek akhir tahun pelajar.

3.5 Bagi kursus HKM pula, pensyarah yang mengajar bagi kursus Seni Solekan perlu
mempunyai kelayakan SKM Tahap 2.Tiga orang pensyarah bagi kursus ini dalam
proses untuk mengambil SKM Tahap 2.

3.6 Bagi kursus HBP pula, pensyarah yang mengajar Diploma perlu mempunyai DLKM.
Pensyarah yang mengajar perlu mempunyai kelayakan mengikut traskrip.

3.7 Pengerusi memaklumkan bahawa “evidence” pelajar perlu disimpan sehingga
pelajar-pelajar konvokesyen.

3.8 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak APP tidak akan datang melawat ke kolej
sekiranya mereka berpuas hati dengan jawapan pematuhan.

3.9 Setiap KP perlu bersedia untuk menjawab tentang fasiliti kv.

3.10 KP perlu memastikan bengkel mereka perlu mempunyai alat pemadam api dan
memastikan mempunyai tarikh luput tong dan tarikh luput isi.

3.11 Setiap bengkel juga perlu mempunyai peti kecemasan dan perlu memastikan
bahawa ubat-ubatan masih boleh digunakan

TINDAKAN : SEMUA KETUA PROGRAM

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Pn. Rosmini memaklumkan bahawa pihak mereka hanya menunggu untuk
menjawab pematuhan yang terkini sahaja.

4.2 Pn. Norazwanye memaklumkan bahawa beliau ingin meletak jawatan sebagai KP
HBP kerana berasa ada yang lebih layak untuk memegang jawatan tersebut.

4.3 Pn. Dalina mengatakan bahawa bengkel HKM telah menjawab separuh dari
pematuhan tersebut dan masih lagi dalam proses untuk melengkapkannya.

4.4 En. Anuar pula meminta supaya TPA tidak memberikan tugas yang banyak kepada
En. Nor Harzar kerana beliau merancang untuk melantiknya sebagai KP CTP.
Selain itu, En. Harzar juga telah dilantik sebagai penyelaras MBOT dan Penyelaras
SVM.

4.5 Beliau juga memaklumkan bahawa bengkel CTP masih belum menjawab
pematuhan MBOT kerana ingin menyiapkan PTA pelajar.

4.6 Beliau juga meminta kerjasama dari KP MPP dan ETE untuk bersama-sama
menjawab pematuhan MBOT.

4.7 Beliau juga memberi cadangan kepada TPA agar dapat menyenaraikan nama guru-
guru akademik yang mengajar kursus Diploma pada tahun 2020 dan 2021.

4.8 En. Zamri memaklumkan bahawa beliau ingin melanik S/U KP yang baharu iaitu
Pn. Erni Juliana.

4.9 Beliau mencadangkan supaya pensyarah-pensyarah akademik supaya
menghantar laporan CLORR kepada KP setiap kali selepas peperiksaan.

4.10 En. Zamri juga meminta supaya TPA mendapatkan maklumat terkini daripada
BPLTV berkaitan dengan DPSKV yang terkini.

4.11 En. Nazrujehan memaklumkan bahawa bengkel MPP hanya menunggu templete
untuk menjawab pematuhan MBOT.

4.12 Beliau juga memaklumkan bahawa pensyarah-pensyarah akademik telah
mmeberikan kerjasama yang baik dalam proses MBOT.

4.13 Pn. Tan memaklumkan bahawa Unit Jaminan Kualiti akan bergerak ke bengkel bagi
membuat semakan Course File.

4.14 Pn. Tan juga memaklumkan bahawa tidak ada peruntukan yang khas daripada
pihak BPLTV untuk mendapatkan gelaran TS.

4.15 Pn. Tan memohon Kerjasama semua bengkel supaya mengadakan mesyuarat
berkaitan dengan kebaikan dan kelemahan kursus yang diajar. Pn. Tan juga
mencadangkan agar pensyarah-pensyarah akademik juga terlibat sama.
Mesyuarat tersebut perlu dibuat minit dan perlu dihantar kepada beliau.

4.16 Pn. Tan akan mengadakan mesyuarat bersama KP untuk membincangkan hasil
dapatan daripada mesyuarat tersebut.

4.17 Pn. Tan memamklumkan bahawa terdapat contoh cara untuk menulis Rancangan
Pengajaran (RP). Beliau mencadangkan agar semua pensyarah boleh
menggunakan RP tersebut untuk dijadikan panduan. Beliau mencadangkan RP
yang baru akan digunakan pada semester baru akan datang.

4.18 Pn. Tan mengucapkan terima aksih kepada semua KP yang terlibat dan
memberikan komitmen sepenuhnya dalam mesyuarat tersebut. Harapan beliau
agar semua program yang terlibat dengan pematuhan MBOT/ MQA akan berjalan
lancar dan dapat menyambung semula tempoh akreditasi tersebut. Beliau juga
berharap lawatan MBOT ke bengkel HAK akan berjalan lancar dan berjaya
memperolehi akredetasi MBOT.

5. PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi berharap semua pensyarah dapat memberi komitmen sepenuhnya semasa
menjalankan tugas. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari dengan ucapan
terima kasih kepada semua ahli yang hadir. Tarikh mesyuarat akan datang akan
dimaklumkan kelak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… …………………………….…..
(IDAIYU BINTI AWANG) (PN.TAN SOI EN)
S/U Unit Jaminan Kualiti Ketua Jaminan Kualiti

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN TINDAKAN PEMATUHAN MBOT/ MQA
BAGI PROGRAM ETE, MPP DAN CTP KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

BIL 2/2021

Tarikh : 06 OKTOBER 2021 (RABU)
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Bilik Jaminan Kualiti
Pengerusi : Pn. Tan Soi En

KEHADIRAN : Jawatan

Bil. Nama Ketua Jaminan Kualiti (PENGERUSI)
Setiausaha Jaminan Kualiti
1. Pn. Tan Soi En Ketua Jabatan Tek. Elektrik & Elektronik
2. Pn. Idaiyu Bt Awang Ketua Jabatan Teknologi Awam
3. Pn. Zuriyati Bt Yahya Ketua Jabatan Tek. Mekanikal &
4. En. Adnan B Awang@Nawi
5. En. Mohd Saat B Ismail Pembuatan
KP Teknologi Elektrik
6. En. Zamri B Ismail KP Teknologi Pembinaan
7. En. Anuar B Mohamad KP Tek. Penyejukan & Penyamanan
8. En. Nazrujehan B Saian

Udara

TIDAK HADIR (dengan kenyataan) : Jawatan
Bil. Nama

TIDAK HADIR ( tanpa kenyataan) : Jawatan
Bil. Nama

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada para pensyarah yang sudi
meluangkan masa hadir ke mesyuarat pada hari ini.

1.2 Memaklumkan tujuan mengadakan mesyuarat pada hari ini untuk membuat
penyelarasan pematuhan MBOT/ MQA bagi kursus ETE, MPP dan CTP.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1/ TAHUN 2021
2.1 Minit Mesyuarat Unit Jaminan Kualiti Bil. 1/ 2021 diterima dan disahkan tanpa
sebarang pindaan.

Pencadang : En. Mohd Saat B Ismail
Penyokong : En. Nazrujehan B Saian

3. ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

3.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada para pensyarah yang sudi
meluangkan masa hadir ke mesyuarat pada hari ini.Tujuan perjumpaan diadakan
adalah untuk menjawab pematuhan MBOT bagi program tersebut.

3.2 Memaklumkan bahawa KJ dan semua KP perlu download folder bagi proses
menjawab pematuhan MBOT.

3.3 Antara perkara yang perlu ada dalam folder tersebut ialah surat lantikan pensyarah
dan course outline serta silibus program masing-masing.

3.4 Memaklumkan bahawa semua KP perlu upload dokumen SRR 04 dengan kadar
segera.

TINDAKAN : SEMUA KETUA PROGRAM

4. MAKLUM BALAS KETUA PROGRAM

4.1 En. Anuar memaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan dari segi silibus bagi
program CTP.

4.2 En. Nazrujehan memaklumkan bahawa terdapat juga perubahan dari segi struktur
program MPP.

4.3 En. Zamri memamklumkan bahawa program ETE masih mengguna pakai silibus
yang sama dari tahun 2019.
MAKLUMAN

5. PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi berharap semua pensyarah dapat memberi komitmen sepenuhnya semasa
menjalankan tugas. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari dengan ucapan
terima kasih kepada semua ahli yang hadir. Tarikh mesyuarat akan datang akan
dimaklumkan kelak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… …………………………….…..
(IDAIYU BINTI AWANG) (PN.TAN SOI EN)
S/U Unit Jaminan Kualiti Ketua Jaminan Kualiti

MINIT MESYUARAT LAWATAN AKREDITASI MQA PROGRAM PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

Tarikh : 18 MEI 2022 (RABU)

Masa : 9.00 PAGI

Pengerusi : YM Raja Ismail bin Raja Kechik

Tempat : Bilik Jaminan Kualiti

2. Ucapan Pengarah
2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada para pensyarah yang sudi
meluangkan masa hadir ke mesyuarat pada hari ini.
2.2 Memaklumkan mesyuarat ini dibuat sebagai persediaan untuk menerima
kunjungan daripada pegawai MQA untuk Akreditasi Penuh pada 23-24 Mei 2022.

3. Ucapan Pn. Tan Soi En
3.1 Mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang sudi meluangkan masa untuk
hadir ke mesyuarat.
3.2 Memaklumkan mesyuarat ini yang terakhir sebelum kedatangan MQA dan
berharap supaya semua penyarah terlibat bersedia untuk menerima kedatangan
MQA.
3.3 Memaklumkan bahawa 2 orang APP akan datang untuk proses mengaudit
program PAK, seorang wakil dari MQA dan seorang wakil dari BPLTV juga akan
hadir.
3.4 Memaklumkan bahawa hanya pengarah dan KP Pak sahaja yang akan membuat
pembentangan. manakala penyelaras bilik-bilik khas tidak perlu membuat
pembentangan pada hari tersebut.
3.5 Pengarah dan KP hanya diberi masa selama 30 minit sahaja untuk sesi
pembentangan.
3.6 Memberitahu tentang jawatankuasa kerja pada hari Akreditasi MQA (Rujuk
Lampiran)
3.7 Memaklumkan bahawa Progam PAK perlu mengadakan proses Pdpc termasuk
amali dan teori kerana pihak APP akan membuat pemantauan.
3.8 Pensyarah-pensyarah umum juga perlu bersedia untuk dipanggil oleh pihak APP
sekiranya perlu.

MAKLUMAN : SEMUA PENSYARAH YANG MENGAJAR PAKK

4. Maklum balas Penyelaras Bilik-bilik Khas.
4.1 Bilik Kaunseling – Hj. Azman Samek
- Memaklumkan bahawa pihak mereka sudah bersedia menerima kunjungan
pihak MQA berdasarkan pengalaman yang lepas. Terdapat beberapa perkara
yang perlu dikemaskini.

4.2 Bilik Pentaksiran dan Penilaian – Hjh. Zainora binti Mustapha
- Memaklumkan bahawa pihak mereka juga telah bersedia dari segi bilik yang
bersih dan lengkap dengan prasarana serta SOP yang mengikut SPK.
- Beliau juga telah menyiapkan video dan power point untuk sesi
pembentangan.
- Memaklumkan bahawa terdapat pintu yang perlu ditukar.

4.3 Pusat Sumber – Pn.Lee In Hua
- Memaklumkan bahawa Pusat Sumber juga sentiasa bersedia untuk menerima
kunjungan dari pihak MQA.
- Memaklumkan bahawa PSS tidak boleh digunakan untuk proses PdPC tetapi
boleh digunakan sebagai tempat untuk membuat rujukan.
- Memaklumkan juga PSS hanya boleh menerima 34 orang pelajar sahaja dalam
satu masa.
- Memaklumkan bahawa pihak kolej perlu sentiasa memastikan supaya alat
pemadam api tidak tamat tarikh luput.
- Memaklumkan bahawa semua pensyarah dan pembantu yang terlibat dengan
bilik-bilik khas perlu ada surat lantikan daripada pihak kolej.

4.4 Penyelaras Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) – En. Muhamad Hafiz bin Ab. Ghani
- Memaklumkan bahawa pihak MPP telah selesai membuat pilihan raya MPP
yang melibatkan pelajar-pelajar 1Diploma dan 2 SVM sahaja secara online.
- Pihak MPP juga telah bersedia menerima kunjungan daripada pihak MQA.
- Memaklumkan bahawa tidak banyak aktiviti yang dilakukan kerana PKP.
- Memaklumkan bahawa baki akaun MPP yang terkini berjumlah RM1000 dan
disimpan di dalam akauan penyelaras MPP kerana pelajar tidak boleh
memegang duit.

4.5 SPK – Pn. Siti Zuraini binti Zakaria
- Memaklumkan bahawa terdapat satu fail baru yang perlu diwujudkan dan
diletakkan di bawah unit Pentaksiran dan Penilaian.
- Kesemua fail SPK yang terkini berjumlah 14 buah.

TINDAKAN : PENYELARAS BILIK-BILIK KHAS

4.6 Hal-hal Lain.
- En. Adnan memaklumkan bahawa boring pencerapan pensyarah telah
diberikan kepada KP masing-masing.
- Pencerapan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
- Memaklumkan bahawa semua Ketua Jabatan adalah pemegang fail dan perlu
mencerap ahli masing-masing dan akan dipantau oleh En. Adnan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… ……………………………..
(IDAIYU BINTI AWANG) (PN.TAN SOI EN)
S/U Unit Jaminan Kualiti Ketua Jaminan Kualiti

EXIT MEETING DI PERINGKAT PENGURUSAN
LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH MQA-02
PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ( MQA/ FA 9905 )

TARIKH : 24 MEI 2022
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH
PROGRAM TERLIBAT : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BIDANG 1

1.1 Perlu diberi perhatian tentang Table 4. Maklumat dalam Table 4 perlu ditambah baik seperti
sinopsis dan SLT dan rangka kursus perlu dikemas kini mengikut kehendak MQA yang terkini.

BIDANG 2

1.1 Penilaian perlu mengikut Taksonomi Bloom. Semua soalan perlu merangkumi 6 peringkat
kognitif.

1.2 Tugasan yang dibina perlu mengikut program Pendidikan Awal Kanak-kanak iaitu merangkumi
Taska dan Tadika. Ujian perlu diganti dengan kuiz setelah selesai satu-satu topik yang diajar.

1.3 Dicadangkan agar soalan yang dibina merangkumi kuiz, tugasan 1 dan tugasan 2 serta penilaian
Akhir.

BIDANG 3

1.1 Dari segi kemudahan pelajar, pelajar mohon agar pihak kolej menyediakan kemudahan
komputer untuk menyiapkan tugasan.

1.2 Penyelaras praktikum perlu melihat apa aspek yang hendak dinilai semasa praktikum dijalankan.
1.3 Taklimat perlu diberikan kepada pelajar sebelum keluar menjalani praktikum. Setelah selesai

praktikum pertama, pelajar perlu dipanggil semula ke kolej untuk membuat refleksi. Begitu juga
untuk sesi praktikum yang kedua.

BIDANG 4

1.1 Staf akademik mencukupi. Namun begitu, pihak pengurusan perlu memastikan hanya tenaga
pengajar yang layak sahaja bertindak sebagai tenaga pengajar peringkat diploma iaitu
mempunyai kelayakan SKM tahap 5.

1.2 Pihak pengurusan perlu membuat permohonan ke BPLTV untuk mendapatkan pengganti bagi
tenaga pengajar yang akan bersara.

BIDANG 5

1.1 Dari segi kemudahan di bengkel, hanya bilik simulasi yang diperlukan bukannya bilik mikro
teaching. Bilik simulasi ini perlu sama dengan yang ada di taska sebenar.

1.2 Kekangan yang ada di Pusat Sumber perlu ditambah baik. Penyelaras Pusat Sumber perlu
merancang buku-buku yang akan dibeli untuk audit pematuhan MQA.

BIDANG 7

1.1 BPLTV perlu mengadakan proses moderasi penandaan skrip jawapan.
1.2 Ketua program perlu mengadakan pelarasan untuk menunjukkan kesetaraan markah untuk skrip

jawapan pelajar.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( Idaiyu binti Awang ) ( Tan Soi En )
Ketua Jaminan Kualiti
Setiausaha JK Akreditasi, Kolej Vokasional Tanah

Kolej Vokasional Tanah Merah
Merah

PHAMPLET

RUMUSAN

Keseluruhannya, lawatan penilaian akreditasi
penuh MQA bagi program Diploma Pendidikan
Awal Kanak-Kanak telah dilaksanakan dengan
jayanya. Barisan yang terlibat adalah terdiri
daripada panel penilai, barisan pentadbir,
pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar
program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
yang telah memberi komitment yang amat baik.
Lawatan penilaian akreditasi ini merupakan salah
satu daripada proses pembangunan standard
program bagi mencapai matlamat TVET dalam
menawarkan program-program pengajian yang
berkualiti di peringkat kolej vokasional. Semoga
lawatan ini dapat memberi impak yang positif dari
pelbagai segi samada dari segi pembangunan
kurikulum yang standard dan kebolehpasaran
graduan kolej vokasional pada masa akan dating.

Laporan disediakan oleh:

……………………………….
(TENGKU NOOR ADIELLA BINTI TENGKU EZANI)
JK Dokumentasi Jaminan Kualiti
Kolej Vokasional Tanah Merah


Click to View FlipBook Version