The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1287-24-bibinurherleyna, 2021-11-08 01:54:33

GKEB BIBI NUR HERLEYNA

GKEB BIBI NUR HERLEYNA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN PPISMP

-KERJA KURSUS -
KURSUS: KEMAHIRAN BELAJAR

KOD KURSUS : GKEB1072

KANDUNGAN: Bahagian A: Penghasilan Produk
Bahagian B: Penulisan Akademik
i.
ii.

Nama Guru Pelatih : BIBI NUR HERLEYNA BINTI MOHD NAZI

KHAIRULNIZAM

No. Kad Matrik : P21074290

Kumpulan : PPISMP BMSK4

Ambilan :JUN 2021 (Kemasukan September 2021)

Semester/Sesi : 1/September 2021

No. Telefon Bimbit : 0138736181

Alamat E-mel : 1287-24-

[email protected]
Nama Pensyarah Kursus : Hj Bustam Bin Daman

Markah : 40% 40% Jumlah
KRITERIA Penghasilan Produk Penulisan ( 80 %)
Pemeriksa 1 Akademik

Pemeriksa 2

A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)

Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya.
Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan iniadalah pengakuan palsu.

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

LEYNA 08/11/2021

B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)

PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat yang dianugerahkan kepada saya dapat
juga saya menyiapkan kerja kursus Kemahiran Belajar (GKEB1072) dengan jayanya. Semoga tugasan kerja
kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa
membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya, Bibi Nur Herleyna Binti Mohd Nazi Khairulnizam ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih dan setinggi-tinggi perhargaan kepada Puan Jaslinah Makantal selaku pensyarah pembimbing saya
kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar cara-cara membuat kerja kursus
mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Puan juga turut membantu menyemak data, laporan dan membuat
teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya iaitu Nur Dini binti Asri dan Mohd Nazi Khairulnizam
bin Mohd Ali kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang kerja kursus ini disiapkan.
Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapakan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja
untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, buah pemikiran yang kreatif,usaha dan wang ringgit.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dan memberikan
tunjuk ajar kepada saya.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak
langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang telah membantu saya
secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Kerjasama semua amat saya hargai.

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
4
BIL KANDUNGAN 4
1.0 Pengenalan Kemahiran Berfikir 5-6
2.0 Kepentingan Kemahiran Berfikir 7
3.0 Justifikasi Alat Kemahiran Berfikir 8
4.0 Pemilihan Alat Kemahiran Berfikir 9
5.0 Rumusan
6.0 Rujukan

1.0 PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkataan “Kemahiran” bermaksud kecekapan atau
kepandaian, manakala “Berfikir” bermaksud menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jadi,
dapat disimpulkan bahawa kemahiran berfikir ini adalah proses menggunakan minda sama ada untuk mencari
makna, pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Di
samping itu, kemahiran berfikir ini telah disusun mengikut urutan dari kemahiran asas kepada kemahiran yang
lebih kompleks. Kemahiran berfikir ini juga terbahagi kepada empat jenis iaitu kemahiran lateral, kritis, kreatif dan
reflektif. Manakala, berfikir pula melibatkan tiga elemen iaitu operasi mental, pengetahuan dan juga sikap.

Berdasarkan salah satu dari elemen berfikir, operasi mental dipecahkan lagi kepada dua jenis iaitu kognitif
dan metakogniitif. Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna dan meliputi kemahiran yang ringkas serta
strategi atau pelaksanaan yang kompleks. Seterusnya, operasi metakognitif pula ialah operasi yang
mengarahkan dan mengawal kemahiran proses kognitif. Operasi ini juga selalunya dieertikan sebagai berfikir
tentang pemikiran dan melibatkan operasi memandu usaha seseorang demi mencari makna, khusunya operasi
merancang, mengarah dan menilai pemikirannya. Kesimpulannya, proses berfikir mengaitkan hubungan antara
pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai.

2.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Apakah kepentingan kemahiran berfikir? Kemahiran berfikir ini amat penting kerana banyak mendatangkan
kebaikan kepada diri sendiri. Antara kepentingan kemahiran berfikir ialah :

i. Keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari kepada situasi yang lain.
ii. Dapat meningkatkan keupayaan belajar.
iii. Menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dengan lebih produktif.
iv. Dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dalam kehidupan.
v. Perkembangan ilmu iaitu tahap kemahiran berfikir kini kian maju.

3.0 JUSTIFIKASI ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR

Peta i-THINK iaitu peta pokok menjadi pilihan alat berfikir yang digunakan untuk menerangkan kemahiran
berfikir. Peta i-THINK ini merupakan salah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Maksud i-THINK
ini ialah innonative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk meningkatkan dan memperkembangkan
lagi budaya kemahiran berfikir dalam kalangan murid untuk melahirkan murid yang kreatif, kritis dan inovatif. Hal
ini adalah hasil kerjasama dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Program peta i-THINK ini juga diwujudkan kerana subjek bahasa, sains dan matematik didapati semakin
menurun dalam kedudukan Malaysia setelah dikaji oleh pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA).
Berdasarkan kajian mereka, murid tidak tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka yang sedia ada dalam
kehidupan mereka. Dengan adanya program peta i-THINK ini, kita dapat melahirkan murid yang bermatlamat
yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta mampu berdaya saing dan memupuk kemahhiran
berfikir aras tinggi (KBAT).

Peta i-THINK ini dipersembahkan dalam lapan jenis bentuk peta pemikiran yang mudah dipakai dan difahami
iaitu :

i. Circle Map (Peta Bulatan)
-Digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk
dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

ii. Bubble Map (Peta Buih)
-Digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti.

iii. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
-Digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara.

iv. Tree Map (Peta Pokok)
-Digunakan untuk mengklasifikasikan sesuatu bahan atau idea.

v. Brace Map (Peta Dakap)
-Digunakan untuk menganalisis objek fizikal.

vi. Flow Map (Peta Alir)
-Digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

vii. Multi Flow Map (Peta Pelbagai Alir)
-Digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat.

viii. Bridge Map (Peta Titi)
-Digunakan untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor perhubungan.

4.0 PEMILIHAN ALAT BERFIKIR

KEMAHIRAN BERFIKIR

LATERAL KREATIF

Menyelesaikan masalah Operasi berfikir yang dapat
menggunakan daya imaginasi mengembangkan idea atau men-
bukan secara logik atau cipta idea, hasil, metafora, analogi
tradisional. dan definisi ataupun mencipta

sesuatu yang baru.

KRITIS REFLEKTIF

Kemahiran intelektual Wilson J & Wing Jan
Untuk menilai dan mempertimbangkan L (1993), menyatakan pemikiran
reflektif adalah berhubung rapat
Sesuatu situasi yang melibatkan dengan aspek-aspek pemikiran
Kebolehan menganalisis nilai sesuatu yang lain iaitu pemikiran kritis dan
kreatif yang digunakan sebagai
pendekatan penyelesaian masalah.

5.0 RUMUSAN

Kemahiran berfikir haruslah diaplikasikan dengan berkesan dalam kehidupan harian kita. Dalam masa yang
sama, kita juga perlulah bijak menyusun strategi dalam menguruskan sesuatu perkara. Hal ini saling berkait
antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah. Tanpa adanya salah satu perkara ini, kita tidak akan dapat
untuk mencapai matlamat sesuatu perkara itu. Oleh yang demikian, penggunaan peta i-THINK yang digunakan
sebagai alat berfikir adalah sesuai untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan sesi pembelajaran kerana
pemikiran kita haruslah dilatih agar dapat mencetuskan idea yang baru.

6.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Cikgu Farhana. (n.d). Kemahiran Berfikir. http://nurfarhana91.blogspot.com/p/kemahiran-
berfikir.html

Cikgu Zaki. (n.d). I-THINK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF, KRITIS DAN
INOVATI. https://cikgu-zaki.blogspot.com/p/ithink.html


Click to View FlipBook Version