The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by langkawimar, 2021-09-30 21:43:01

Langkah Demi Langkah Videoscribe

Langkah Demi Langkah Videoscribe

Keywords: Multimedia

Langkah Demi Langkah
Videoscribe

Marziah Binti Che Mansor
Norkamarul Arifin Bin Kamarudin
Haryuna Binti Mohd Taharim

2 | Videoscribe

Langkah Demi langkah
Videoscribe

Marziah Binti Che Mansor
Norkamarul Arifin Bin Kamarudin

Haryuna Binti Mohd Taharim

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

3 | Videoscribe

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
HAKCIPTA TERPELIHARA
TERBITAN 2021

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan

buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara
sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,

rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Penerbit.

Diterbitkan oleh
Kolej Komuniti Bagan Datuk
Hutan Melintang, 36400 Perak

No Tel : 05-6413694
No Fax : 05-6413686

e ISBN 978-967-16951-6-6

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

4 | Videoscribe

Kandungan

Bab 1 : PENGENALAN .................................................................................................. 6
1.1 Bagaimana Cara Install Videoscribe?................................................................. 7
1.2 Cara Memulakan Videoscribe ............................................................................ 8
Bab 2 : CARA MEMULAKAN WHITEBOARD ANIMATION MENGGUNAKAN
VIDEOSCRIBE ............................................................................................................. 11
2.1 Memasukkan Imej Dalam Videoscribe ............................................................. 11
2.2 Memasukkan teks dalam VideoScribe ............................................................. 16
2.3 Memasukkan carta dalam VideoScribe............................................................ 20
2.4 Memasukkan Voiceover dalam VideoScribe .................................................... 22
2.5 Memasukkan muzik dalam VideoScribe .......................................................... 24
2.6 Menukar latar belakang kanvas dan Drawing Hands ....................................... 25
Bab 3 : TIPS PENGHASILAN VIDEOSCRIBE YANG LUAR BIASA .......................... 28
3.1 Mengubahsuai Kedudukan Kamera ................................................................. 28
3.2 Kesan Padam Menggunakan Tangan .............................................................. 29
3.3 Cara Penggunaan Kesan Zoom in ................................................................... 30
3.4 Cara Penggunaan Kesan Move In ................................................................... 31
3.5 Memasukkan fail GIF dalam VideoScribe ........................................................ 33
Bab 4 : SIMPAN DAN TERBITKAN ............................................................................. 35
4.1. Cara menyimpan projek dalam VideoScribe .................................................... 35
4.2. Cara menerbitkan dan kongsi fail ..................................................................... 36

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

5 | Videoscribe

Prakata

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah Yang Maha
Penyayang. Dengan izinNya penerbitan buku ini dapat direalisasikan walau pun
dihambat tugas dan kewajipan seharian. Buku ini ditulis berdasarkan objektif
khusus untuk membantu komuniti yang telah mengikuti Kursus Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti. Selain itu, penulis juga berharap agar
kandungan buku ini boleh membantu pembaca yang berminat untuk mempelajari
teknik penghasilan video menggunakan perisian Videoscribe. Kandungan buku ini
telah disusun dengan lengkap dengan langkah demi langkah untuk penghasilan
satu video mudah. Proses penerbitan buku ini juga melibatkan komitmen beberapa
pihak lain iaitu pihak pengurusan Kolej Komuniti, keluarga tersayang dan tidak
ketinggalan pembaca pruf En Jefri bin Dahlan, Pembantu Jurutera dari Institute Of
Continuing Education & Professional Studies (iCEPS), Universiti Teknologi MARA
(UiTM) Shah Alam. Semua bentuk kemudahan dan sokongan yang telah diberikan
benar-benar bermanfaat meningkatkan motivasi penulis untuk menyiapkan naskah
ini. Penulis mohon maaf andai ada kesilapan ejaan dan kandungan teknikal dalam
buku ini. Akhir kata, penulis berharap agar buku ini dapat membawa manfaat kepada
semua pembaca. Secara khusus, penulis berharap semoga buku ini dapat membantu
peserta PSH Kolej Komuniti untuk terus mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari.
Kemahiran dan ilmu itu, semakin banyak digunakan semakin banyak yang akan
diperolehi.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

6 | Videoscribe

Bab 1 : PENGENALAN
Videoscribe merupakan perisian yang dapat digunakan untuk membuat video
animasi berasaskan teks/gambar. Ia juga disebut whiteboard animation. Ia
dilancarkan pada tahun 2012 oleh syarikat UK Sparkol. Sehingga kini, ia
mempunyai lebih daripada 2 juta pengguna di lebih 185 negara di seluruh dunia.
VideoScribe dikembangkan dalam Adobe Flash dan menghasilkan filem
QuickTime dan video Flash.

Rajah 1 : Interface web videoscribe
Pengguna memilih perisian ini kerana :
a) Senang digunakan - Dengan beberapa klik tetikus pengguna akan dapat dengan

cepat menambahkan gambar, teks, muzik dan suara animasi.
b) Versatil – Gunakan kaedah seret dan lepas untuk menghasilkan video yang

hebat; video promo, video pendidikan, video pemasaran dan banyak lagi. Video
dapat disimpan dan diputar menggunakan ms powerpoint, disimpan dalam
format video wmv, flv dan mov.
c) Nilai dan kualiti - Hasilkan video tanpa had dengan pelan yang menjimatkan.
Selain itu, pengguna akan mendapat akses ke semua templat yang disediakan.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

7 | Videoscribe

1.1 Bagaimana Cara Install Videoscribe?
Install VideoScribe Sparkol dapat dilakukan dengan 2 cara melalui laman
rasmi https://www.videoscribe.co/en, yang pertama adalah menggunakan
secara percubaan selama 7 hari. Manakala yang kedua adalah pembelian
pelan berbayar.
Taipkan alamat URL untuk melayari laman rasmi videoscribe

Klik pada butang Free Trial

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

8 | Videoscribe
Isikan semua maklumat pada paparan. Pastikan alamat
email yang digunakan adalah betul. Ingat juga password
yang telah dibuat. Password mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya 8 aksara termasuk satu huruf besar,
satu huruf kecil dan nombor. Hanya simbol berikut sahaja
yang diterima @ & # + - _.

1.2 Cara Memulakan Videoscribe
Klik berganda pada ikon Videoscribe di desktop.

Paparan berikut akan terhasil. Masukkan alamat email dan password
yang telah dibuat.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

9 | Videoscribe

Klik butang Login. Paparan berikut akan terhasil. Kini pengguna boleh
mula mencipta video animasi.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

10 | Videoscribe

Videoscribe

(Teknik asas memulakan Videoscribe)

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

11 | Videoscribe

Bab 2 : CARA MEMULAKAN WHITEBOARD ANIMATION MENGGUNAKAN
VIDEOSCRIBE

Beberapa teknik asas akan dibincangkan iaitu :

2.1 Memasukkan imej dalam VideoScribe
Terdapat empat (4) langkah penting iaitu :

2.1.1 Memasukkan imej dari library.
2.1.2 Memasukkan imej dengan import dan download
2.1.3 Menukar element properties
2.1.4 Memadamkan imej
2.2 Memasukkan teks dalam VideoScribe
2.2.1 Menukar element properties
2.2.2 Memadamkan teks
2.3 Memasukkan carta dalam VideoScribe
2.4 Memasukkan Voiceover dalam VideoScribe
2.5 Memasukkan muzik dalam VideoScribe
2.6 Menukar latar belakang kanvas dan Drawing Hands

2.1 Memasukkan Imej Dalam Videoscribe

2.1.1 Masukkan imej daripada library.

Untuk memulakan, klik pada ikon Imej di sudut kanan bawah.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

12 | Videoscribe

Dalam tetingkap pop up, taipkan istilah carian “computer”

Videoscribe juga dilengkapi dengan keseluruhan koleksi imej baru yang
boleh digunakan untuk membina animasi sendiri. Semua imej dibahagikan
kepada beberapa folder yang berbeza ini.

Jika ingin menggunakan imej, hanya klik pada imej itu dan ia akan ditambah
ke dalam kanvas. Dengan percubaan selama 7 hari, akses kepada
beberapa imej dalam sistem adalah terhad tetapi dengan akaun pelan
berbayar, koleksi imej adalah beribu-ribu.
Klik dan seret untuk ubah kedudukan imej. Gunakan butang sudut pada
bingkai untuk menetapkan saiz imej. Untuk memutarkan imej, hanya klik
dan gerakkan imej ke posisi yang sesuai.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

13 | Videoscribe

2.1.2 Memasukkan imej dengan import dan download
Pada tetingkap pop-up yang sama, terdapat dua pilihan lain untuk
menambahkan gambar. Ikon terletak di sudut kiri bawah.

VideoScribe membenarkan mengimport gambar dalam format SVG, GIF,
BMP atau Zip dari drive komputer, atau memasukkan dari url web untuk
memuat turun gambar (dalam format yang sama) secara dalam talian.
Setelah diimport, terdapat tiga atau dua pilihan untuk animasi gambar
tersebut. Draw adalah kaedah standard untuk animasi teks dan gambar.
Pilih animasi yang sesuai dengan rekabentuk persembahan. Kesan Draw
selalu digunakan pada teks manakala kesan Move In atau Fade In selalu
digunakan pada imej.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

14 | Videoscribe

2.1.3 Menukar element properties
Setiap kali memasukkan elemen sama ada imej atau teks di kanvas,
gambar kecil setiap elemen akan ditambahkan ke kiri bawah pada timeline.
Kawalan ke atas gambar boleh dilakukan menggunakan elemen dalam
gambar kecil pada timeline.

Klik pada element properties untuk menukar :
a) Imej (jika imej asal adalah salah)
b) kesan imej
c) cara imej muncul di kanvas
d) jenis tangan

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

15 | Videoscribe
d) c) b) a)

Sekiranya kerja penyuntingan masih dilakukan, gunakan butang Hide
Element. Ini tidak akan memadamkan gambar dari VideoScribe, hanya
menyembunyikannya buat sementara waktu.

Setelah selesai, klik ikon untuk menyimpan perubahan.

2.1.4 Memadamkan imej

Sekiranya ingin memadamkan imej secara kekal dari kanvas, pilih imej
pada timeline dan kemudian klik ikon gunting.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

16 | Videoscribe

2.2 Memasukkan teks dalam VideoScribe

Untuk menambahkan teks klik ikon di bahagian kanan bawah skrin.

Masukkan mesej dan kemudian boleh menukar item seperti warna, jenis

fon, penjajaran dan banyak lagi.

Setelah selesai, klik ikon untuk menyimpan. Hasilnya akan terpapar

pada kanvas. Sekiranya perlu membuat perubahan tambahan, sama ada

untuk mengembangkan, mengubah saiz, memutar dan banyak lagi, hanya

klik pada kotak teks tersebut.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

17 | Videoscribe

2.2.1 Menukar element properties
Selain daripada menggunakan element propertis pada timeline, boleh juga klik dua
kali pada teks untuk membuka menu element properties.

Element properties pada teks adalah :
a) EDIT TEXT
 mengedit kandungan teks
 pemilihan nama tulisan
 pemilihan jenis tulisan
 jenis penjajaran tulisan
 pemilihan warna tulisan

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

18 | Videoscribe

b) GRAPHIC FILTERS : menambahkan kesan kabur, kesan bayangan,
menyesuaikan warna seperti kecerahan, ketepuan dan kontras dan
lain-lain.

c) DRAWING OPTIONS : mengubah kaedah animasi, membiarkan
gambar ditunjukkan dalam warna penuh atau hanya garis besar,
menambah atau mengurangkan masa animasi dan lain-lain.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

19 | Videoscribe

d) DRAWING HAND : mengubah jenis tangan yang digunakan.

2.2.2 Memadamkan teks
Sekiranya ingin memadamkan teks secara kekal dari kanvas, pilih teks
pada timeline atau klik teks pada kanvas dan kemudian klik ikon gunting.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

20 | Videoscribe

2.3 Memasukkan carta dalam VideoScribe

Klik ikon di sudut kanan bawah.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

21 | Videoscribe

Di tetingkap pop-up, taipkan teks dan nilai untuk carta seperti di bawah.

Terdapat tiga jenis carta yang tersedia: Bar, Pai dan Garis. Carta contoh
ditunjukkan seperti di bawah. Ubah element warnanya, ketebalan
sempadan dan lain-lain untuk mendapatkan carta yang sesuai.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

22 | Videoscribe
2.4 Memasukkan Voiceover dalam VideoScribe

Terdapat pelbagai cara dan pilihan yang boleh digunakan untuk
menambahkan suara dalam VideoScribe.
Sebilangan besar cara yang disarankan adalah merakam suara terlebih
dahulu sama ada melakukannya di VideoScribe atau menggunakan alat
dan perisian lain. File itu kemudiannya akan diimport ke VideoScribe.
Cara lain ialah membina scribe terlebih dahulu, dan kemudian merakamkan
suara semasa memainkan scribe.
Untuk menambahkan voiceover, klik ikon Voiceover di kanan atas:

Terdapat tiga pilihan untuk mengimport suara ke scribe: Rakam Suara di
dalam VideoScribe, import fail mp3 dari komputer, atau import fail mp3 dari
web.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

23 | Videoscribe

Untuk memulakan rakaman, pilih microphone yang betul. Kemudian klik

pada ikon . Selepas kiraan 1, 2, 3 scribe akan mula merakan apa

yang dikatakan.

Setelah selesai, klik pada butang untuk menyimpan rakaman suara itu.
sebagai sebahagian daripada projek.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

24 | Videoscribe

Perhatikan ikon pada kanan atas, ikon voiceover telah diaktifkan. Ini
bermakna rakaman suara telah dimasukkan dalam projek ini. Jika perlu
kelantangan suara boleh diubah atau dihapuskan.

2.5 Memasukkan muzik dalam VideoScribe

Klik ikon di sudut kanan atas. Videocribe mempunyai banyak

soundtracks yang berbeza di perpustakaan dan bebas royalti. Sesuaikan

jangka masa keseluruhan projek dengan jangka masa muzik yang dipilih.

VideoScribe dilengkapi dengan perpustakaan dengan pelbagai
soundtracks. Muzik Scribe boleh dipaparkan mengikut susunan nama,
pendek hingga panjang, perlahan hingga laju dan lain-lain lagi.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

25 | Videoscribe

Klik pada ikon mainkan untuk mendengar trek dan memilih lagu yang sesuai
sebelum dimasukkan ke dalam projek. Setelah selesai, pilih sountracks dan

klik butang untuk menggunakannya.

Jangka masa trek boleh dilihat disebelahnya, jika tidak cukup lama pilih
Loop Box untuk memainkan sountracks tersebut secara berterusan.

Setelah selesai, klik untuk menggunakannya.

2.6 Menukar latar belakang kanvas dan Drawing Hands

Untuk menukar latar belakang scribe, klik ikon di bar menu atas.

Tekstur kanvas, warna latar belakang dan vignette boleh diubah pada

kanvas projek. Tekan ikon untuk menyimpan perubahan dan kembali ke

kanvas.

Klik kotak pada popup menu untuk membuka palet warna. Pilih warna
yang sesuai atau masukkan kod warna heksadesimal untuk mendapatkan
warna yang tepat.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

26 | Videoscribe

Setelah selesai, klik ikon untuk menyimpan.
Drawing Hands boleh diganti pada keseluruhan scribe atau untuk elemen
tertentu sahaja.
Klik ikon . Pada tetingkap ‘Scribe Hand’, pilih tangan baru dari senarai
yang baru digunakan atau dari salah satu folder nama berikut :

Selepas memilih tangan baru, tetingkap preview akan terbuka dan tangan

yang dipilih akan melukis logo VideoScribe. Klik jika selesai.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

27 | Videoscribe

Videoscribe

(Tips Penghasilan Videoscribe Yang Luar Biasa)

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

28 | Videoscribe

Bab 3 : TIPS PENGHASILAN VIDEOSCRIBE YANG LUAR BIASA

3.1 Mengubahsuai Kedudukan Kamera

Masukkan beberapa elemen pada kanvas, gunakan 1 imej dan 1 teks.
Tanpa mengubah atau mengedit properties, preview projek tersebut.

Setiap elemen mempunyai kedudukan kameranya sendiri. Secara default
VideoScribe akan menggerakkan kamera sehingga setiap elemen
ditunjukkan di tengah-tengah skrin ketika dilukis.

Walau bagaimanapun, kedudukan kamera dapat diperbaiki sehingga
semua elemen dalam kanvas akan ditunjukkan dari sudut kamera yang
ditetapkan.

Tetapkan posisi skrin dan pilih semua item pada garis masa dengan

menekan kekunci dan klik pada setiap item. Setelah selesai, klik ikon

kamera di sudut kanan bawah skrin.

Sekarang semua elemen yang dipilih akan dipaparkan dalam kedudukan
tersebut.

Kemudian zoom keluar dengan menggunakan butang zoom di sebelah
kanan kanvas atau roda scroll pada tetikus. Perhatikan ruang kerja yang
banyak untuk meneruskan projek animasi. Kawalan kedudukan kamera
yang tepat akan menghasilkan video animasi yang menakjubkan.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

29 | Videoscribe

3.2 Kesan Padam Menggunakan Tangan

Untuk menambahkan kesan Padam, cukup klik pada ikon , dan

kemudian cari Scribble, tekan Enter. Pilih gambar kosong putih dan klik

untuk menambah imej ke kanvas.

Selepas itu, alihkan gambar kosong putih dan letakkan di atas objek yang
mahu dipadam. Kesan ini aka kelihatan seolah-olah imej telah dipadankan
dengan tangan. Walaupun begitu, sekiranya latar belakang bukan
berwarna putih, kesan ini akan kelihatan janggal.

Thumbnail imej kesan padam tadi akan ditambahkan ke timeline. Klik pada
ikon jangka masa imej tersebut dan ubah masa kesan pemadaman
mengikut kesesuaian.

Sekiranya tidak berpuas hati dengan jenis tangan yang diberikan, pilih
thumbnail imej pada timeline dan klik "Properties Image" dan pilih jenis
tangan yang sesuai.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

30 | Videoscribe

3.3 Cara Penggunaan Kesan Zoom in

VideoScribe akan menambahkan kesan zoom in pada setiap scene. Untuk
mengubah kesan ini, tekan Ctrl + A pada timeline untuk memilih semua
elemen dan klik butang Play di kanan atas.

Semasa videoscribe dimainkan, hapuskan tanda pada butang Zoom at
end. Perhatikan perbezaan kesannya.

Kesan Zoom in juga boleh diaplikasikan pada imej tertentu pada kanvas.

Pilih imej yang dikehendaki pada timeline. Klik ikon pada sudut

bawah kanan untuk zoom in imej pada kedudukan yang sesuai pada
kanvas. Kemudian klik ikon “Set Camera to Current Position”.

Perhatikan perubahan yang berlaku. Ubah dan sesuaikan kedudukan
kamera supaya projek yang dihasilkan lebih menarik.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

31 | Videoscribe
3.4 Cara Penggunaan Kesan Move In

Untuk menggunakan kesan Move dalam VideoScribe, pilih elemen sama
ada imej atau teks pada timeline, dan kemudian klik Element Properties.

Pada skrin Image Properties, pilih tab DRAWING OPTIONS.
Klik menu drop down, pilih " Move in ".

Tangan yang bergerak masuk akan mengikut arah anak panah.
Pilih arah yang berbeza dan bersesuaian dengan projek. Klik pada mana-
mana penjuru untuk memilih arah masuk imej tersebut.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

32 | Videoscribe

Ubahsuai kesan Move In yang sesuai seperti Smooth, Overshoot, Bounce
atau pun Uniform.
Sesuaikan dengan jangka masa yang bersesuaian.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

33 | Videoscribe
3.5 Memasukkan fail GIF dalam VideoScribe

Terdapat dua cara untuk mengimport GIF dalam VideoScribe, kaedah
pertama adalah mengimport GIF dari koleksi VideoScribe atau cara kedua
adalah mengimport dari komputer sendiri.
Klik pada ikon imej. Taipkan GIF pada ruangan carian. Videoscrib akan
memaparkan fail GIF dari koleksinya. Pilih imej GIF yang sesuai.

Untuk mengimport fail GIF komputer sendiri, memuat turun GIF dari web
dan simpan di komputer.
Seterusnya, klik ikon Imej untuk memasukkan gambar. Klik butang Import
SVG, GIF, BMP atau ZIP.
Cari lokasi fail GIF yang disimpan tadi dan pilih untuk mengimportnya ke
kanvas.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

34 | Videoscribe

Videoscribe

(Simpan dan Terbitkan)

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

35 | Videoscribe
Bab 4 : SIMPAN DAN TERBITKAN
4.1. Cara menyimpan projek dalam VideoScribe

Terdapat pelbagai pilihan simpanan iaitu menyimpan projek di dalam talian
atau komputer. Anda juga boleh mengeksport ke fail videoscribe.
Butang Simpan terletak di sudut kiri atas skrin penyuntingan utama.
Untuk menyimpan projek, cukup klik ikon Simpan, di tetingkap pop up,
taipkan nama projek, dan pilih folder yang akan dimasukkan (anda boleh
membuat folder baru jika tidak ada folder yang ada).

Untuk menyimpan di komputer, klik butang untuk menyimpan secara
tempatan sebagai fail videocribe. Fail ini boleh dibuka dari skrin Projek
apabila anda membuka VideoScribe secara talian tertutup.
Untuk menyimpan dalam Cloud, terlebih dahulu salin videoscribe ini ke
akaun dalam talian. Fail ini boleh diakses di komputer lain atau peranti lain.
Fail Videoscribe juga boleh dieksport. Melalui cara ini, fail akan dapat
disimpan di storan yang boleh ditanggalkan, menghantar e-mel kepada
orang lain atau mengimportnya ke VideoScribe sekali lagi untuk
penyuntingan seterusnya.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

36 | Videoscribe
4.2. Cara menerbitkan dan kongsi fail

Fail yang disimpan secara tempatan atau dalam talian boleh dikongsi
dalam talian. Tetapi fail ini perlu ditukarkan ke format videa terlebih
dahulu.

Di kanan atas, anda akan melihat ikon Download or Publish. Klik ikon ini
dan terdapat lima pilihan yang berbeza untuk menerbitkan projek scribe.

 Muat turun fail Video
 Pautan kongsi atau embedded code
 Terbitkan ke YouTube,
 Facebook, atau
 muat turun sebagai fail Power Point

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

37 | Videoscribe

Untuk muat turun fail video, klik pada ikon muat turun. Pada tetingkap pop
up, pilih format video yang sesuai sama ada format WMV, MOV, AVI, PNG,
atau JPG.

Resolusi maksimum yang boleh dipilih untuk dimuat ialah 1080P full HD
pada kadar bingkai tertinggi 50 fps.

Setelah selesai, klik butang untuk mengeksport. Format video yang

berbeza akan memakan masa yang berbeza, bergantung pada kualiti video

akhir.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

Biodata Penulis 38 | Videoscribe

Marziah Binti Che Mansor

Dilahirkan pada 9 Oktober 1978 dan
merupakan graduan Bacelor Kejuruteraan
Komputer & Komunikasi dari Universiti Putra
Malaysia. Menyambung pengajian Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah dalam bidang
Pengajian Komputer di Maktab Perguruan
Teknik, Cheras sebelum berkhidmat di Kolej
Komunti seawal 2003.

Norkamarul Arifin Bin Kamarudin

Dilahirkan di Taiping Perak pada tanggal 20
Febuari 1983. Berkelulusan Diploma Pengurusan
Hotel UiTM Dungun dan Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Hotel UiTM Shah Alam. Mula
berkhidmat di Kolej Komuniti Chenderoh sejak
2009 sehingga sekarang. Beliau juga
merupakan juru foto dan video bebas sejak tahun
2011 bagi majlis-majlis perkahwinan dan majlis
– majlis korporat.

Haryuna Binti Mohd Taharim

Dilahirkan di Kuala Kangsar Perak pada
tanggal 8 Disember 1975. Berkelulusan Diploma
Kejuruteraan Teknologi Multimedia UPM dan
Ijazah Sarjana Muda Aplikasi Komputer
University Of Sunderland, UK. Mula
berkhidmat di Kolej Komuniti Teluk Intan sejak
2014 sehingga sekarang.

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021

39 | Videoscribe

“e-book lengkap yang menerangkan
langkah demi langkah proses
pembangunan videocribes”

Jefri Dahlan
Institute Of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS)

K O L E J K O M U N I T I B A G A N D A T U K - P E M B E L A J A R A N S E P A N J A N G H A Y A T ( P S H ) | 2021


Click to View FlipBook Version