The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myealsiesamuel, 2023-11-09 12:55:51

E-PORTFOLIO MYEALSIE ALLEN

E-PORTFOLIO MYEALSIE ALLEN

E-PORTFOLIO PSVK3453 ASAS KRAF TRADISIONAL


NAMA: OPSYEN: PENSYARAH PEMBIMBING: MYEALSIE ALLEN SOMUEL BAHASA MELAYU KELAS 1 ENCIK THADIUS BIN GUGAU


DEFINISI KRAF TRADISIONAL Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornament), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan


DOMESTIK ALAT DEFINISI Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. CONTOH BARANGAN DOMESTIKBatu giling Batu kisar Tudung saji Tudung rotan Tudung saji mengkuang Kukuran duduk Kukuran silang Lesung batu Cerek tembaga


GAMBAR ALAT DOMESTIK KUKUR BERSILANG TUDUNG SAJI BATU PENGISAR KUKUR DUDUK LESUNG BATU CEREK TEMBAGA


Tudung Saji Tudung saji merupakan penutup makanan yang dianyam daripada mengkuang, daun pandan, atau diperbuat daripada plastik. Ia juga disebut sebagai penyungkup makanan. Kebanyakan masyarakat masa kini, terutamanya kaum Melayu menggunakan tudung saji untuk menutup dan melindungi makanan daripada lalat dan sebagainya DEFINISI KEGUNAAAN Bambu Daun pandan Rotan BAHAN


PROSES PENGHASILAN Langkah 1: Menyusun daun mengkuang Langkah 5: Daun mengkuang dijemur Langkah 4: Rendamkan daun mengkuang Langkah 2: Melayur atas unggun api Langkah 3: Gulungkan daun mengkuang


PROSES PENGHASILAN Langkah 6: Mulakan anyaman pada peringkat puncak Langkah 9: Tudung saji siap Langkah 7: Buat bingkai tudung daripada buluh Langkah 8: Anyam bingkai tudung bersama anyaman tudung


PERMAINAN ALAT DEFINISI Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. CONTOH ALATAN PERMAINAN Congkak Wau Batu seremban Sepak raga Gasing Wayang kulit


GAMBAR ALAT PERMAINAN GASING CONGKAK WAU BATU SEREMBAN SEPAK RAGA WAYANG KULIT


Gasing Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik yang biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan sebagai riadah dan memenuhi masa lapang, permainan ini dimeriahkan melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung, daerah dan negeri. DEFINISI KEGUNAAAN Kayu berbaru Kemuning, Merbau BAHAN Rambai Durian atau kundang Kayu Tali gasing: kulit pokok bebaru


PROSES PENGHASILAN LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3 LANGKAH 4 LANGKAH 5


PERTAHANAN DIRI ALAT DEFINISI Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. CONTOH ALAT PERTAHANAN DIRI Keris Lembing Perisai Golok Alat ini juga menjadi bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan Melayu.


GAMBAR ALAT PERTAHANAN DIRI KERIS LEMBING PERISAI GOLOK


Keris Keris ialah senjata tikam bermata dua yang berasal daripada pulau Jawa yang memiliki ragam fungsi budaya yang dikenali di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara. Keris umumnya digunakan untuk mempertahankan diri misalnya sewaktu bersilat dan mulanya digunakan sebagai alat kebesaran diraja. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah. DEFINISI KEGUNAAAN Gading Logam Kayu BAHAN


Bahan campuran yang terdiri daripada pelbagai jenis besi seperti besi waja, besi tawar dan besi melela diikat kemas sebelum dibakar untuk dimampatkan menjadi satu kepingan logam aloi. Membentuk ‘belalai gajah’ yang menyerupai belalai seekor gajah dengan kedudukan belalainya di bahagian atas. Belalai gajah ini diketuk selepas dibakar. Kemudian dibiarkan sejuk dan seterusnya dikikir. 4. PROSES MEMBENTUKBELALAI GAJAH PROSES PENGHASILAN 1. PROSES MENCAMPURKAN BESI 5. PROSES MENGIKIR 2. PROSES MENEMPA Besi dibakar dan diketuk secara bertalu-talu sebelum dipotong. Setelah dipotong, mata besi itu dipanaskan semula dan diketuk berulang kali. Proses ini berterusan sehingga bentuk mata keris mula terbentuk Apabila mata keris telah terbentuk nyata, mata keris akan dibakar lagi dan seterusnya ditempa dengan cara mereng, hingga terbentuk seperti membengkok ke bawah. Mata keris yang telah bengkok tadi seterusnya dipalingkan ke arah bertentangan dan ditempa lagi hingga ia membengkok ke bawah seperti tadi, kaedahnya sama, namun berbeza kedudukan dianjakkan sedikit ke atas bilah. Kaedah yang sama dilakukan berterusan dengan cara berselang-seli hingga habis hujung ke bilah 3. PROSES MEMBUAT LOK KERIS Proses ini dibuat dengan tujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata keris.


PROSES PENGHASILAN 6. PROSES MENYEPUH Keris yang telah siap ditempa akan dibakar sehingga menjadi merah dan dimasukkan sama ada secara melintang atau menegak ke tempat menyepuh yang mengandungi air. Proses ini akan dilakukan secara berulangkali. Tujuannya adalah untuk menghasilkan corak pamor Keris yang telah siap dikikir, direndam dalam larutan cuka getah dan air. Kemudian mata keris dicuci dengan air dan diberus menggunakan sabut kelapa. 6. PROSES MENIMBULKAN PAMOR


PERHIASAN DIRI ALAT DEFINISI Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. CONTOH ALAT PERHIASAN DIRI Cucuk sanggul Pending Dokoh Subang Lazimnya alat perhiasan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam majlismajlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.


GAMBAR ALAT PERHIASAN DIRI CUCUK SANGGUL PENDING DOKOH SUBANG


Subang Subang merupakan sejenis barangan kemas yang dilekatkan pada telinga dengan menebuk badan pada cuping telinga atau bahagian luar telinga. Kegunaan asalnya sebagai hiasan diri untuk menampakkan seseorang itu lebih menarik. DEFINISI KEGUNAAAN Logam Batu permata Manik BAHAN


PROSES PENGHASILAN Masukkan manik ke dalam keluli LANGKAH 1 Subang telah siap LANGKAH 4 LANGKAH 2 Sambungkan cangkuk kepada keluli Ketatkan dengan pelayar LANGKAH 3


BATIK DEFINISI Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. JENIS BATIK Batik canting (batik lukis) Batik pelangi (ikat celup) M Batik cetak (batik blok) erupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain.


GAMBAR BATIK BATIK CANTING BATIK CETAK BATIK PELANGI


Batik canting Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung. Hasil-hasil batik tempatan yang tinggi mutu ciptaan dan reka coraknya melambangkan satu kemahiran kerja tangan yang unik dan kreatif Selain dijadikan pakaian, ianya juga sesuai dibuat selendang, skaf, beg tangan, alas tilam, selimut, hiasan dinding, sarung kusyen dan berbagai—bagai jenis barang kegunaan seharian yang cantik dan menarik. DEFINISI KEGUNAAAN Canting Pemidang kayu BAHAN Berus Plat pemanas


Bancuh warna dalam bekas yang berlainan agar tidak berlaku pencampuran warna. PROSES PENGHASILAN Kain putih atau kain dasar dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Kain ini kemudiannya diregang dengan menyangkut kedua-dua hujung kain pada susunan paku yang terdapat pada alat pemidang mudah alih atau meja terap. LANGKAH 1 LANGKAH 5 LANGKAH 4 LANGKAH 2 Corak batik yang telah dipilih perlulah dilukis di atas kain tersebut dengan menggunakan pensel. Motif yang diingini boleh dipilih bedasarkan motif tradisional, flora, fauna, geometri, organik atau abstrak. Proses mencanting dilakukan dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil canting. Campuran lilin cair dimasukkan ke dalam alat canting dan kemudian dilakar di atas permukaan kain dasar yang diregang di atas pemidang. LANGKAH 3 Mematikan warna. Sodium silikat digunakan sebagai bahan pemati warna. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna yang dilukis tidak akan luntur apabila dibasuh. Seterusnya, rendamkan kain tersebut kedalam air selama empat jam. Setelah empat jam direndam, kain tersebut perlulah dibasuh dan direbus dengan air yang dicampur dengan soda ash.


TEKAT DEFINISI Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). JENIS TEKAT Tekat Timbul Bunga Emas Tekat Gubah


GAMBAR TEKAT TEKAT TIMBUL BUNGA EMAS TEKAT GUBAH


Tekat timbul bunga emasTekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu. Digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. DEFINISI KEGUNAAAN Kain baldu Mempulur BAHAN Benang emas


PROSES PENGHASILAN


TENUNAN DEFINISI Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah Melayu. Ianya mempunyai keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri dan esklusif. JENIS TENUNAN Tenunan bunga penuh Susunan bunga tabur Susunan bercorak


GAMBAR TENUNAN TENUNAN BUNGA PENUH SUSUNAN BERCORAK SUSUNAN BUNGA TABUR


Tenunan bunga penuhKain songket yang dihias penuh dengan benang emas. Kain songket yang dihias begini disebut sebagai kain songket bunga penuh atau songket cuban. Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. DEFINISI KEGUNAAAN Benang pakan (bahan pewarna) BAHAN Benang emas


PROSES PENGHASILAN Mencelup benang LANGKAH 1 LANGKAH 5 Menggulung benang LANGKAH 4 LANGKAH 2 Melerai benang Menganeng benang LANGKAH 3 Menyapuk benang Susunan bunga LANGKAH 7 Susunan bercorak LANGKAH 6


Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahanbahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan dan mengkuang. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. ANYAMAN DEFINISI BAHAN Buluh Pokok Mengkuang Rotan


GAMBAR ANYAMAN


Ambil 8 gulung surat khabar yang telah dibentukkan dan susun surat khabar tersebut dengan 4 gulung secara melintang dan 4 gulung secara menegak. PROSES PENGHASILAN Bentukkan surat khabar seperti gambar di atas dan guntingkan. LANGKAH 1 Anyam surat khabar tersebut secara berselang seli. LANGKAH 5 LANGKAH 4 LANGKAH 2 Gulungkan surat khabar yang sudah digunting dengan menggunakan lidi. Hasilkan seperti di atas dan dengan jumlah yang secukupnya. LANGKAH 3


PROSES PENGHASILAN Sambungkan surat khabar untuk meneruskan anyaman dengan menggunakan ‘stapler’. LANGKAH 6 HASIL KARYA LANGKAH 7 Teruskan anyaman sehingga siap. Catkan anyaman yang siap dengan syelek dan keringkan. LANGKAH 8


UKIRAN KAYU DEFINISI Ukiran kayu dilihat dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya pada ukiran-ukiran yang terdapat pada rumahrumah tradisional BENTUK UKIRAN Ukiran Tebuk Tembus Ukiran Bunga Timbul Ukiran Arca Seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran sehingga mengukir silat.


GAMBAR UKIRAN UKIRAN TEBUK TEMBUS UKIRAN ARCA UKIRAN BUNGA TIMBUL


PROSES PENGHASILAN LANGKAH 1 LANGKAH 5 LANGKAH 4 LANGKAH 2 LANGKAH 3


TEMBIKAR DEFINISI Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. JENIS TEMBIKAR Geluk Buyung Jambangan Labu


GAMBAR TEMBIKAR JAMBANGAN LABU GELUK BUYUNG


Berfungsi sebagai tempat meletak bunga Saiznya boleh mencapai sehingga 0.6mm - 0.9mm Bahagian badannya seperti labu ditinggikan JAMBANGAN GELUK Diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai bekas air Mempunyai hiasan dari motif yang kecil dan ringkas BUYUNG Dibentuk tanpa bahagian kaki Permukaannya dibiarkan licin tanpa dihias Saiz yang besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh


Diilhamkan daripada buah labu Bahagian pucuk berbentuk seperti kubah masjid Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan air Corak hiasan labu berkonsepkan alam sekitar dan berbentuk geometri. LABU


PROSES PENGHASILAN Tembikar dibentuk dengan menggunakan tanah liat LANGKAH 1 Tembikar telah siap LANGKAH 4 LANGKAH 2 Tembikar diukirkan corak Tembikar yang telah siap dipanaskan di atas bara api LANGKAH 3


SUMBER RUJUKAN Faridah Sahari, Anna Durin & Spencer Empading Sangin. (2016). Cabaran dan peranan pembuat kraf dalam pelestarian budaya benda masyarakat orang ulu di Belaga Sarawak. Borneo Research Journal, 10, 111-126. Mohd Zamani Mohd Nor Peah, Nubli Muhammad, Hamdzun Haron & Phaosan Jawae. (n.d.). Warisan tembikar tradisional Melayu di Pahang. Academia. Mohd Shaladdin Muda, Wan Abdul Aziz Wan Mohd Amin & Muhammad Abi Sofian Abd Halim. (2011). Prosiding persidangan kebangsaan ekonomi Malaysia le VI 2011. UKM.my. Nur Farziana Angat & Rahah Hasan. (2021). Perkembangan kraf tangan masyarakat Melayu di Saribas, Sarawak. Academia. MELAYU_DI_SARIBAS_SARAWAK


Biru laut seperti kolam Ikan paus pandai menyelam Dari lubuk hati yang paling dalam Saya tutup pembentangan dengan salamSEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version