The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
EFOLIO

TRAGEDI 13 MEI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainbalqis, 2021-11-11 10:35:37

TRAGEDI 13 MEI

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
EFOLIO

TRAGEDI 13 MEI

Keywords: TRAGEDI 13 MEI

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

EFOLIO

TRAGEDI 13 MEI

PENSYARAH : DR MAHNESSA BINTI A. KADIR

SESI 1 : 2021/2022

NAMA NO MATRIK
23DKM19F1001
AMIR HAMIZAN BIN SALIM 23DKM19F1002

QURRATUL A'IN BALQIS BINTI 23DKM19F1006
ABDUL AZIZ
23DKM19F1017
MUHAMMAD ARIF BIN
MOHAMED

MUHAMMAD HAZIM BIN NOR
HALIM

ISI
KANDUNGAN

NO KANDUNGAN MUKA
SURAT
1. PENGENALAN
2. PUNCA – PUNCA 4-5
3. PENGAJARAN 6-8
4. KESIMPULAN 9 – 10
5. RUJUKAN 11
12

[Type here]

[Type here]

PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. adalah rusuhan yang berlaku
sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang
mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan
yang berkait rapat dengan " Piliham Raya Umum 1969 " merupakan satu titik

hitam dalam sejarah Melayu Malaysia.

SINOPSIS

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara Malaysia iaitu
rusuhan kaum. Rusuhan kaum yang berlaku pada tarikh tersebut
merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia.Peristiwa
ini berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969. Semasa kempen
pilihan raya dijalankan, calon-calon pilihan raya dan ahli politik
terutamanya dari parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal
sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang
bukan Melayu. Hal ini menyebabkan semangat perkauman antara kaum
semakin menebal.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang
teruk dalam Pilihan Raya 1969. Punca berlakunya peristiwa hitam ini
adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-
penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang
Melayu semasa mengadakan perarakan sekitar Kuala Lumpur. Ada yang
mencaci dan mmeludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi
jalan..

Pada pagi 13 Mei 1969 UMNO telah mengadakan perarakan balas yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. orang melayu berkumpul dengn
berbekalkan pedang dan parang panjang berlakunya kejadian pembunuhan
orang Melayu di Setapak. Antara kejadian berlaku ialah pembunuhan,
dipancung, dibunuh. Rusuhan besar-besaran berlaku antara orang Melayu
da[nTyCpeihneare. ]

Pasukan FRU dikeluarkan dari kampung Baru dan askar dari Rejimen
Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini yang terdiri daripada Melayu,
Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang Melayu dan
menyebabkan orang melayu semakin marah.

Akhirnya, Rejimen Renjer digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa
bangunan rumah kedai dibakar di sekitar Kampung Baru dan Jalan Tuanku
Abdul Rahman. Pemuda-pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak
mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur. Ramal penonton Melayu yang mati di panggung tersebut.

ANGKA KORBAN Statistik tersebut tidak begitu
tepat kerana daripada kacamata
Angka Rasmi orang ramai yang menjadi saksi,
• 196 mati mereka melihat berderet-deret
• 439 cedera lori membawa mayat yang tidak
• 39 hilang sempurna ke balai polis Jalan
• 9,143 ditahan. Travers waktu itu.
• 211 kenderaan
musnah

Statistik tidak rasmi
jumlah kematian:

Melayu : 86 orang
Cina: 342 orang
Lain-lain: 3 orang

[Type here]

PUNCA – PUNCA

BERLAKUNYA TRAGEDI 13
MEI

1) Layanan Berat sebelah oleh Tentera Jepun Pada zaman pendudukan
Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza.
Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini
berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih
segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan
permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2) Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah
merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya
jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan
perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan
merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai
petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh
kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah
bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi
masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.
Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang
berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

[Type here]

3) Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga dipercayai menjadi punca
penularan 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud
sebelum merdeka Tanah Melayu dibahagikan kepada empat sekolah
mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan British. Keempat-
empat aliran ini mempunyai kursus tersendiri. Sekolah Melayu
menitikberatkan kemahiran menulis, membaca dan mengira dan hanya
memenuhi keperluan peringkat rendah sahaja. Kurikulum sekolah China dan
India ditetapkan mengikut negara asal masing-masing, malah buku teks dan

guru00ju0ga dibawa dari China dan India. Keadaan ini mengukuhkan lagi

keadaan keperibadian negara yang sedia ada. Sebaliknya, hanya orang Cina
dan India yang tinggal di bandar boleh menikmati sekolah Inggeris.

4) Dasar pecah dan perintah penjajah British
Insiden ini disebabkan oleh dasar "pecah dan perintah" di british dan
merupakan tindakan yang berkesan, dari sudut ekonomi dan kerana wujudnya
jurang perkauman. Sebagai contoh, orang Cina tinggal di bandar tempat
mereka berniaga dan juga tinggal sebagai pelombong di kawasan
perlombongan.Mereka sebenarnya mempunyai aset yang sangat tinggi dalam
ekonomi Malaysia. Orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau
nelayan kecil. Orang India kebanyakannya adalah pekerja kasar kerajaan dan
pekerja ladang. Sebenarnya kegiatan ekonomi orang Melayu dan India adalah
berdikari. Keadaan ini menyebabkan taraf ekonomi masyarakat peribumi
yang lemah dan mundur terutamanya orang Melayu. Cara aktiviti penyertaan
ekonomi antara etnik. Ekonomi yang berbeza telah menjadikan status sosio-
ekonomi mereka tidak seimbang.

[Type here]

5) Persatuan persatuan etnik
Struktur sosial berbilang etnik Malaysia telah melahirkan banyak
persatuan politik, sosial dan ekonomi, memperjuangkan kaum masing-
masing, tanpa mengira kaum lain. Eusuhan kaum pada 13 Mei 1969
merupakan kejadian tragis terburuk yang dialami Malaysia. Kejadian ini
hampir memusnahkan negara, tetapi dengan kebijaksanaan pemimpin
dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu berjaya ditangani dan
negara pulih seperti sedia kala. Banyak pengajaran yang boleh diambil
daripada musibah ini

[Type here]

PENGAJARAN

Pengajaran yang dapat pada 13 Mei adalah satu pengajaran bagi
seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormat-menghormati dan
sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan kesejahteraan.
Daripada peristiwa itu memberikan banyak kesan kepada di negara

kita.
Selain itu, tidak perlu bersikap yang keterlaluan dalam
memperjuangkan ideologi masing-masing sehingga mengikut emosi
dan amarah.Kita dikurniakan dengan akal yang bijak untuk
memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan. Sebagai contoh kita
mestilah berfikir sedalamnya jika berada dalam kawalan amarah,
sebelum kita bertindak. Supaya tidak merugikan diri sendiri, malah

lebih teruk jika melibatkan orang lain juga.
Pengajaran seteursnya pentingnya kesatuan supaya kepentingan untuk

kita semua bersatu. Untuk mengelakkan berpecah kepada banyak
kelompok yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Hal
ini kerana,kesatuan perlulah ada pada dalam diri sendiri pada zaman

sekarang supaya dapat mengukuhkan semangat kerjasama dalam
menyelesaikan masalah tidak kira bangsa.

[Type here]

Peristiwa 13 Mei ini telah mengorbankan dan menghilangkan
banyak nyawa serta harta benda. Peristiwa ini tidak mendatangkan

apa-apa kebaikan dan faedah. Ianya memecahbelahkan kaum
melayu dengan kaum cina dan berlakunya perbalahan yang teruk.
Kesannya juga sangat parah di mana banyak nyawa yang terkorban

serta kerosakan harta benda turut berlaku. Semuanya berpunca
kepada perselisihan faham yang berlaku antara kaum melayu dan
cina. Kesimpulannya, kesefahaman adalah sangat penting di antara
masyarakat yang berbilang kaum bagi mengekalkan keamanan dan

kesejahteraan negara.
Pengajaran yang diperolehi daripada peristiwa 13 mei ini adalah
semangat patriotisme. Semangat patriotisme perlu di pupuk dari
kecil dan diamalkan. Perkara ini akan memberi kesan yang baik
terhadap negara. Sekiranya rakyat malaysia mempunyai sifat yang
sedemikian, mereka tidak akan melakukan perkara yang boleh

memburukkan serta menjejaskan imej negara di mata dunia.

Contohnya, rusuhan atau pergaduhan.

[Type here]

KESIMPULAN

Perpaduan antara kaum amat penting kepada rakyat Malaysia. Tanpa
perpaduan negara akan menjadi lemah dan masyarakat akan berpecah
belah. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 membuatkan ramai
rakyat Malaysia menyedari kepentingan perpaduan dalam kehidupan
seharian. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlu berusaha untuk terus
bersatu sepanjang masa demi mencapai kepentingan bersama. Oleh
itu, secara tidak langsung negara bangsa yang berjiwa Malaysia dapat
diwujudkan.

[Type here]

RUJUKAN

https://anyflip.com/hdzzh/yhtt/basic
https://issuu.com/killervenom/docs/zzzzz
http://peristiwal3mei1969.blogspot.com/2015/09/ke
simpulan_12.html
https://www.sinarharian.com.my/article/27975/BERI
TA/Nasional/Ambil-iktibar-peristiwa-13-Mei
http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html?m=1
http://thetrayelogofficial.blogspot.com/2015/12/blo
g-post.html

[Type here]


Click to View FlipBook Version