The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN KUMPULAN 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fajrinanadirahsantosa, 2022-06-22 01:54:06

PERANAN NGO ISLAM DI MALAYSIA

E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN KUMPULAN 5

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK TUGASAN

Peranan NGO Islam Di Malaysia

NAMA PENSYARAH :
ENCIK KAMAL HISAM BIN ABDUL HALIM

NAMA PELAJAR

NAMA NO. MATRIK
02DAT21F2033
NURFAJRINA NADIRAH BINTI
SANTOSA 02DAT21F2041
02DAT21F2017
QAYYIM ATA BIN ZAKARIA

DIVASHINEY A/P PARATHYTHASAN

ISI KANDUNGAN

UNIT ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 Penghargaan
2.0 Objektif Tugasan 1
3.0 Pendahuluan 2
4.0 Definisi NGO 3
5.0 NGO Islam Yang Terdapat Di Malaysia 4
6.0 Pengenalan NGO Islam Yang Terdapat Di Malaysia 5
7.0 Peranan NGO Islam Yang Terdapat Di Malaysia Dari 6
7-8
Segi Aspek Politik Dan Sosial.
8.0 Rumusan 9
9.0 Rujukan 10
10.0 Lampiran 11-12

1.0 PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami
menyelesaikan tugasan kerja E-Folio ini dengan jayanya. Kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada Encik Kamal Hisam Bin Abdul Halim, Pensyarah Mata Pelajaran
Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU 21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan
ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan
ini berlangsung. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi
sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir
kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil
dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak,
tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja E-Folio ini dengan sempurna.

1

2.0 OBJEKTIF TUGASAN
● Mengetahui definisi NGO secara terperinci.
● Menyenaraikan NGO Islam yang terdapat di Malaysia.
● Memperjelaskan latar belakang NGO Islam di Malaysia.
● Memperjelaskan peranan setiap NGO Islam di Malaysia dari aspek politik dan sosial.

2

3.0 PENDAHULUAN
Dari aspek teoritikalnya, kewujudan dan aktivisme NGO dapat dikenalpasti dalam kerangka
masyarakat sivil (civil society). Ciri-ciri utama masyarakat sivil adalah kewujudan NGO
sebagai aktor utama dalam memainkan peranannya untuk menciptakan ruang yang seluas-
luasnya dalam berkomunikasi di antara kalangan orang awam dengan kerajaan. Ruang
komunikasi ini berkaitan dengan masalah-masalah kemasyarakatan yang dilakukan secara
bebas dan berdikari dari campur tangan mana-mana pihak. Sedangkan, ditinjau secara
konseptual, NGO adalah satu medium bagi penyertaan sosial dan politik rakyat demi
menciptakan hubungan yang lebih berkesan dengan pihak kerajaan. Banyak juga NGO
ditubuhkan bagi membantu pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, bahkan setengahnya pula
diwujudkan sendiri oleh kerajaan atas sebab pelbagai kepentingan politik, pentadbiran dan
pelaksanaan dasar kerajaan. Namun ada juga NGO yang diasaskan atas tujuan mencabar
kelemahan-kelemahan kerajaan atau menawarkan ideologi alternatif.

3

4.0 DEFINISI

Istilah “non-governmental organization” digunakan sejak tertubuhnya PBB pada tahun 1945,
atau lebih tepatnya pada Piagam PBB Fasal 71 Bab 10 tentang peranan konsultatif non-
governmental organization. Ia digunakan untuk membezakan antara hak penyertaan badan-
badan pemerintah (intergovernmental agencies) dan organisasi-organisasi swasta
international (international private organizations). Bagi Bank Dunia, NGO didefinisikan
sebagai organisasi swasta yang menjalankan kegiatan untuk meringankan penderitaan,
mengurangkan jurang kemiskinan, memelihara lingkungan hidup, menyediakan khidmat
sosial atau melakukan kegiatan pembangunan masyarakat.

Manakala dalam kamus Sains Politik Pentadbiran Awam, (2009) NGO ditakrifkan sebagai
organisasi yang ditubuhkan bertujuan untuk memelihara atau memperjuangkan sesuatu
matlamat atau sebarang isu yang mempunyai kepentingan dalam sesebuah masyarakat. NGO
pada prinsipnya bertindak secara sukarela, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak dan
tidak bermotifkan keuntungan atau tujuan politik. Oleh itu, jenis organisasi (NGO)
sedemikian di sebut sebagai ‘civil society organizations’ - Pertubuhan Masyarakat Awam.
(http://Encyclopedia of social work , 2010). Secara amnya, Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) didefinisikan sebagai pertubuhan; Sosial atau Perniagaan yang bukan Kerajaan dan
ditubuhkan di bawah undang-undang Tubuh iaitu Akta Pertubuhan 1966, Akta Syarikat 1965,
Akta Perniagaan 1965, Ordinan Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 dan Akta Parlimen.
Manakala menurut perspektif Jabatan Kebajikan Masyarakat, NGO merujuk kepada
Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) bercorak kebajikan yang mengendalikan program dan
menyediakan perkhidmatan untuk kumpulan sasaran.

Kesimpulannya dapat dirumuskan NGO adalah merupakan badan bukan kerajaan atau
organisasi swasta yang bertindak secara sukarela, tidak bermotifkan keuntungan atau tujuan
politik. Ia ditubuhkan bagi memelihara atau memperjuangkan sesuatu matlamat yang
mempunyai kepentingan dalam sesebuah masyarakat atau lebih khusus, NGO menjalankan
kegiatan untuk pembangunan masyarakat. Sehubungan dengan ini, terdapat beberapa NGO
Islam yang terdapat dalam Malaysia seperti MAIM, MPWIM, ABIM dan seumpamanya yang
berperanan membimbing, menyatupadukan dan membangunkan umat Islam di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, di peringkat antarabangsa pula, NGO Islam yang mewakili
masyarakat antarabangsa telah diwujudkan apabila tertubuhnya Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC- The Organisation of Islamic Conference) di Rabat, Maghribi pada 25 September
1969 dan dianggotai oleh 57 buah negara Islam seluruh dunia. OIC memainkan peranan
penting dalam soal perpaduan dunia Islam seperti yang terdapat dalam piagam OIC. Antara
piagam tersebut ialah meningkatkan perpaduan dalam kalangan negara anggota, bekerjasama
di bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan sains, mempertahankan kemuliaan,
kemerdekaan dan hak umat Islam.

4

5.0 NGO ISLAM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
★ Islam di Malaysia dihidupkan secara bersama oleh pertubuhan-pertubuhan bernuansa

Islam. Sebahagian besarnya didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) manakala sebahagian kecilnya berdaftar sebagai
sebuah parti politik. Contoh NGO yang terdapat di Malaysia:
1) Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM)
2) Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM)
3) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

5

6.0 PENGENALAN NGO ISLAM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

1. Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM)
➢ Ngo ini adalah sebuah badan permuafakatan organisasi amal Islam yang
ditubuhkan oleh YADIM pada tahun 1999 bertitik tolak daripada Deklarasi
Ramadhan 1402H. Keanggotaannya terdiri daripada wakil pertubuhan
sukarela Islam. Sekretariat Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) diwujudkan
untuk mengurus dan melaksanakan keputusan bagi tujuan penyelarasan. Ia
digerakkan atas kesedaran perlunya semua kekuatan dan keupayaan
masyarakat Islam digembleng bagi menghadapi cabaran alaf baru. Tenaga ini
akan lebih terarah dan berkesan jika dikumpulkan untuk melaksanakan suatu
program khusus bagi pembangunan umat di alaf ini.

2. Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM)
➢ Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) ialah sebuah badan yang
ditubuhkan di bawah YADIM untuk menggembleng tenaga dan kepakaran
kaum wanita ke arah memartabatkan kaum wanita dan menggerakkan potensi
kaum wanita, kuasa intelek, kepakaran dan keprihatinan mereka untuk
membangunkan umat. MPWIM diwujudkan pada Jun 2000. Falsafah MPWIM
ialah untuk menjadikan al-Quran, Sunah, ijma’ ulama dan kias sebagai sumber
panduan untuk menentukan hala tuju dan strategi bagi menangani
permasalahan wanita (Adawiyyah Ismail & Salasiah Hanin Hamjah 2009).

3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

➢ ABIM telah ditubuhkan oleh Ustaz Wahab Sulaiman pada 6 Ogos 1971, semasa trend
antarabangsa kebangkitan Islam. Organisasi ini ditubuhkan untuk mengislahkan
masyarakat ke arah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran Islam
yang suci. Selain itu, penubuhan badan dakwah tersebut bermatlamat untuk
membentuk masyarakat yang sentiasa taat kepada perintah Allah dengan mengadakan
seruan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam.

6

7.0 PERANAN NGO ISLAM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA DARI
ASPEK POLITIK DAN SOSIAL.

1. Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM)
● Sosial

MAIM berperanan memberi kefahaman tentang prinsip-prinsip Islam Hadhari dan
pelaksanaannya di Malaysia. Seperti yang kita dapat lihat MAIM telah
mengumpulkan pelbagai NGO bagi proses penyampaian risalah Islam Hadhari kepada
masyarakat awam atau komuniti setempat. Berdasarkan laporan pelaksanaan
pendekatan Islam Hadhari oleh pejabat YADIM Zon Timur bagi tahun 2007, antara
aktiviti tersebut ialah Bengkel Kesedaran Jatidiri, Perhimpunan Agamawan (Multaqa
Al-Wi’az) Peringkat Kebangsaan, Wacana Ilmu, Seminar kecemerlangan
Pekerja/Peningkatan Modal Insan, YADIM Bersama Masyarakat (Program
Penghayatan Ilmu) dan Ihya Ramadhan, Kem Perkasa (Sahsiah) Remaja, Seminar
Sehari Fiqh Aulawiyat dan Seminar Sehari Peningkatan staff. Apa yang kerap
dilaksanakan oleh agen pelaksana Islam Hadhari kepada semua wakil NGO atau
masyarakat awam yang terlibat ialah kesedaran jati diri. Ini kerana proses tamadun
manusia adalah bermula dari sikap manusia sendiri.

7

2. Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM)
● Sosial

MPWIM berperanan untuk memastikan bahawa pembelaan hak kumpulan minoriti
dan wanita di Malaysia terjamin dan terpelihara. Prinsip ini menuntut kewujudan
dasar, undang-undang, sikap dan tindakan pihak kerajaan yang prihatin dan saksama
terhadap hak-hak minoriti dan wanita yang sering terabai. Oleh yang demikian,
tuntutan hak-hak itu hendaklah dibuat tanpa menjejaskan nilai-nilai dan norma agama
atau tatasusila budaya tempatan.

3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
● Politik

Wujudnya ABIM sebagai NGO Islam di Malaysia telah turut memainkan peranannya
iaitu bertindak sebagai juru bicara ummah dan menjadikan Islam sebagai ideologi
perjuangan dakwahnya dan menolak segala bentuk ideologi ciptaan manusia seperti
sekularisme, kapitalisme, dan sosialisme. Sesungguhnya dekad 1970-an menyaksikan
berlakunya krisis identiti umat Islam yang dapat dilihat tanda-tanda kewujudannya
melalui pertembungan pemikiran. Antara para pendukung status quo. Pertembungan
berlaku dalam semua bidang Islam dan isu semasa seperti isu agama dan politik,
dakwah dan daiyah, Islam dan kebangsaan, Islam dan ketidakadilan sosial, budaya
Islam dan budaya Barat, pendidikan Islam dan pengajaran sekular.

● Sosial
Ia juga bukan berperanan terhadap pembangunan para belia dan remaja sahaja, malah
ia memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan masyarakat Islam
seluruhnya dengan mengembangkan ajaran Islam, menaikkan Islam serta menerapkan
nilai-nilai Islam ke dalam kehidupan seharian. Fokus utama ABIM adalah
meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai Islam melalui bidang pendidikan dan
sentiasa perihatin terhadap kesusahan serta kesempitan hidup masyarakat.

8

8.0 Rumusan
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahwa setiap NGO Islam di Malaysia telah
memainkan peranan masing-masing untuk membentuk umat Islam di Malaysia yang
memiliki jati diri yang teguh, intelektual, adil dan perlunya semua kekuatan dan
keupayaan masyarakat Islam digembleng bagi menghadapi cabaran alaf baru.
Seterusnya kita dapati dalam topik ini adalah peranan NGO memainkan impak atau
peranan yang amat penting bagi membantu kerajaan. Walaupun, bukan badan
kerajaan tetapi mereka sering bertanggungjawab dan bertolak ansur dalam melakukan
pekerjaan dan menjadi wakil suara rakyat dalam menyuarakan hak-hak kepada badan
kerajaan. Perbincangan hanya menumpukan kepada tiga peranan NGO Islam di
Malaysia sahaja, walaupun sebenarnya banyak lagi NGO Islam lain yang turut
memainkan peranan mereka. Disamping itu, peranan NGO Islam di Malaysia sangat
diperlukan agar dakwah yang disampaikan itu dapat mendatangkan kesan yang
mendalam terhadap diri masyarakat. Walau bagaimanapun, peranan NGO Islam juga
turut dapat mengurangkan beban, keselamatan dan ketidakadilan terhadap kaum
wanita di Malaysia dengan pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita di Malaysia
terjamin dan terpelihara. Adalah sangat penting kumpulan pemangkin majoriti dapat
memengaruhi kumpulan minoriti sebagai multiplier effect dalam mewujudkan
perubahan sosio budaya dalam masyarakat untuk menuju pula ke arah perubahan
sosioekonomi dan sosiopolitik.

9

9.0 RUJUKAN

1. Definisi

● http://askensinaga.wordpress.com
● http://Encyclopediaofsocialwork
● http://Wikipedia.org/wiki/Pertubuhan-PersidanganIslam

2. Pengenalan NGO Islam di Malaysia
● http://journalarticle.ukm.my/8174/1/PERANAN_NGO_ISLAM_DALAM_M

EREALISASIKAN.pdf
● https://en.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Belia_Islam_Malaysia

3. Peranan NGO Islam yang terdapat di Malaysia.
● http://eprints.utm.my/id/eprint/10433/1/PERANAN_NGO_ISLAM_TERHAD

AP_PERLAKSANAAN_ISLAH_DAN.pdf
● http://journalarticle.ukm.my/8174/1/PERANAN_NGO_ISLAM_DALAM_M

EREALISASIKAN.pdf

4. Lampiran
● https://ms-my.facebook.com/abimalaysia/posts/-projek-baju-sekolah-2018-60-anak-

anak-asnaf-terima-bantuan-kelengkapan-persekol/1810709748941670/
● https://www.yadim.com.my/v2/mpwim-bantu-bayi-nurul-amerina/

10

10.0 LAMPIRAN
a) MPWIM BANTU BAYI MENGHIDAP PENYAKIT JANTUNG BERLUBANG

11

b) ABIM MENJALANKAN PROJEK PENYAMPAIAN BAJU SEKOLAH
12


Click to View FlipBook Version