The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR FARAH AIN, 2023-05-20 10:58:28

E-folio(Ketagihan gajet)

E-folio(Ketagihan gajet)

TAJUK:Bincangkan ketagihan gajet dalam kalangan pelajar dan kesannya terhadap pembelajaran MPU23012 & PENGAJIAN ISLAM E-FOLIO NAMA PENSYARAH: USTAZAH WAN NUR HASNAH WAN YUNUS NAMA AHLI KUMPULAN: 1.NUR FARAH AIN BINTI SHAHIDAN(16DPM22F1020) 2.NURUL ASYIFAA BINTI AHMAD SAYUTI (16DPM22F1024) 3.NURUL HUSNA BINTI ISHAK(16DPM22F1008)


ISI KANDUNGAN Kata-kata aluan Penghargaan Pengenalan isu Dalil Definisi Ciri-ciri ketagihan gajet Faktor-faktor berlakunya ketagihan gajet dalam kalangan pelajar Kesan-kesan ketagihan gajet terhadap pembelajaran Langkah-langkah mengatasi masalah ketagihan gajet Kesimpulan Lampiran Rujukan 1 3 2 4 5 6 7-8 9-10 11-12 13 14 15


KATA-KATA ALUAN Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan tugasan e folio ini.Saya berharap dengan adanya e folio kami ini,dapat memberikan penyelesaian yang dapat memuaskan hati pembaca berkaitan dengan tajuk ketagihan gajet dalam kalangan pelajar. KETUA PENGARANG Assalammualaikum dan seiahtera saya ucapkan kepada semua pembaca. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca e folio ini.Dengan adanya e folio ini,kami dapat menambah pengetahuan kami berkaitan dengan masalah ketagihan gajet dalam kalangan pelajar pada masa kini.Saya berharap e folio ini juga dapat menambah pengetahuan kepada semua pembaca. KETUA KUMPULAN Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya berharap e folio yang dihasilkan ini dapat menarik minat para pembaca dari segi kreativiti. Saya berharap pembaca tidak jemu serta maklumat-maklumat yang terdapat dalam e folio ini mudah difahami dan diterima oleh semua pembaca. KETUA EDITOR 1


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah rahmat yang dianugerahkan kepada saya dan rakanrakan seperjuangan untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan ini kepada pensyarah kami, Ustazah Wan Nor Hasnah Binti Wan Yunus atas tunjuk ajar yang diberikan untuk kami bagi menghabiskan tugasan ini dengan jayanya. Selain itu, saya juga mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan, Nurul Asyifaa Binti Ahmad Sayuti dan Nurul Husna Binti Ishak atas kerjasama yang diberikan dengan baik. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang lain terutamanya rakan sekelas, DPM2A yang banyak memberikan sedikit sebanyak ilmu dan pandangan kepada kami. Sokongan mereka juga amat penting untuk kami dalam melaksanakan tugasan ini. Ahir sekali, saya ingin menyusun sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses menyiapkan e-folio ini secara langsung atau secara tidak langsung. PENGHARGAAN 2


Seperti yang kita sudah ketahui, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan perkembangan yang amat penting dalam mencapai taraf negara maju. ICT merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam seiring dengan perkembangannya.Hal demikian telah menyebabkan munculnya telnologi teknologi canggih yang dikenali sebagai gajet.Namun demikian,peralatan seperti gajet juga turut memberikan kesan yang baik dan juga buruk dalam kehidupan harian kita. Seperti yang kita sedia tahu, kebanyakkan pelajar pada masa kini sama ada para siswa dan siswi atau pelajar sekolah juga turut mempunyai gajet tersendiri disebabkan oleh peningkatan taraf hidup dan teknologi semasa. Akan tetapi, penggunaan gajet secara berlebihan sehingga menyebabkan ketagihan dalam kalangan pelajar akan memberikan kesan buruk terhadap kehidupan harian dan juga pelajaran pelajar. Kami berharap masalah ketagihan gajet dalam kalangan pelajar dan kesannya terhadap pembelajaran dapat kami rungkaikan dalam e-folio ini. PENGENALAN ISU 3


Seperti yang kita sudah ketahui, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan perkembangan yang amat penting dalam mencapai taraf negara maju. ICT merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam seiring dengan perkembangannya.Hal demikian telah menyebabkan munculnya telnologi teknologi canggih yang dikenali sebagai gajet.Namun demikian,peralatan seperti gajet juga turut memberikan kesan yang baik dan juga buruk dalam kehidupan harian kita. Seperti yang kita sedia tahu, kebanyakkan pelajar pada masa kini sama ada para siswa dan siswi atau pelajar sekolah juga turut mempunyai gajet tersendiri disebabkan oleh peningkatan taraf hidup dan teknologi semasa. Akan tetapi, penggunaan gajet secara berlebihan sehingga menyebabkan ketagihan dalam kalangan pelajar akan memberikan kesan buruk terhadap kehidupan harian dan juga pelajaran pelajar. DALIL Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: «Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar , sesungguhnya azabKu amatlah keras." 4


Ketagihan merupakan satu penyakit otak dimana berlakunya keinginan dan kehendak terhadap suatu rangsangan meskipun mendatangkan keburukan. DEFINISI Definisi gajet Maksud Gajet menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ialah alat atau mesin yang kecil.Gajet juga merujuk kepada alatan atau teknologi yang bersifat kecil, mudah dibawa dan diterapkan dengan fungsi-fungsi terkini untuk menjalankan satu-satu aturcara atau pemprosesan.Contoh gajet adalah telefon pintar, tablet, laptop, komputer, permainan video dan sebagainya. Definisi Ketagihan Definisi Pelajar Pelajar merupakan individu yang sedang belajar di institusi pengajian yang berumur 18 tahun keatas.Pelajar juga merupakan golongan yang perlu diberi perhatian lebih kerana mereka mudah terjebak dengan masalah gejala sosial. 5


Gelisah tanpa gajet Sanggup berjaga malam untuk bermain gadjet Mengabaikan tugasan guru atau kerja rumah Mudah bosan tanpa gajet Suka bermain gajet berbanding berbual / bersosial CIRI-CIRI KETAGIHAN GAJET 6


FAKTOR -FAKTOR BERLAKUNYA KETAGIHAN GAJET DALAM KALANGAN PELAJAR Antara faktor ketagihan golongan pelajar terhadap penggunaan media sosial adalah kerana ia merupakan pusat sosial yang interaktif. Umum sedia maklum, media sosial dapat memberikan manusia berinteraksi antara satu sama lain secara langsung tanpa mengira waktu dan lokasi hanya dengan capaian Internet. Kesannya, perkongsian informasi menjadi lebih pantas tanpa sebarang kawalan atau tapisan. Pusat sosial yang interaktif Di samping itu, media sosial telah menyebabkan golongan pelajar ketagih terhadap penggunannya adalah kerana mereka akan mendapat hiburan secara percuma. Dalam tekanan ekonomi serta peningkatan kos sara hidup, hiburan seperti menonton wayang, bersukan dan melancong memerlukan kos yang tinggi. Oleh sebab itu, golongan pelajar/remaja lebih gemar menonton video dan menghabiskan masa di media sosial sebagai hiburan. Mendapat hiburan secara percuma 7


Punca ketagihan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja adalah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja cenderung untuk berjumpa dan meluangkan masa dengan rakan sebaya untuk mendapatkan ketenangan dan kegembiraan. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan pelajar banyak menggunakan gajet. Ketagihan gajet juga berpunca daripada tekanan dalam pelajaran.Hal ini kerana,apabila seseorang pelajar itu berasa subjek yang dipelajarinya tidak difahami,mereka akan menggunakan gajet sebagai alatan untuk menghilangkan stress dalam pelajaran.Akhirnya,golongan pelajar terus menggunakan gajet apabila berlakunya tekanan dalam pelajaran. Ketagihan penggunan media sosial dalam kalangan pelajar berlaku kerana tidak mendapat perhatian yang baik daripada keluarga. Situasi ini sering berlaku di kawasan urban di mana ibu dan bapa keluar bekerja sehingga tiada masa bersama anak-anak demi menampung keluarga. Maka anak-anak terutamanya golongan remaja akan menghabiskan masa di media sosial. Masalah kekeluargaan Pengaruh rakan sebaya Tekanan dalam pelajaran 8


KESAN-KESAN KETAGIHAN GAJET TERHADAP PEMBELAJARAN Hilang minat belajar -Keasyikkan pada gadjet menyebabkan murid-murid tidak lagi berminat belajar. -Murid-murid lebih suka bermain permainan (games) dan tidak suka untuk mengulangkaji / membaca buku. Mewujudkan sikap malas -Permainan games/melayari internet akan mengasyikkan diri seseorang. -Hal ini boleh menyebabkan pelbagai kerja atau tugasan tertangguh dan masa yang berharga berlalu tanpa sedar atau tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah. Menurunkan aktiviti pada otak -Otak menjadi tidak cerdas dan akan menjadikan seseorang menjadi seorang pelupa. -Sukar fokus untuk belajar. 9


Kurang kemahiran sosial dan kosa kata Ketagihan gajet menyebabkan seseorang lebih berkawan atau bercakap menggunakan gadet berbanding secara bersemuka. Kesannya: -Kurang keyakinan diri untuk bercakap dengan orang lain. -Kosa kata dan tatabahasa yang terhad kerana kurang membaca. -Sukar tulis karangan dengan baik. Masalah kesihatan -Kesan ketagihan gajet menyebabkan: -Masalah obesiti kerana kurang bersenam -Mengalami masalah mata (rabun) -Mengalami masalah kekurangan tidur. -Sakit leher , jari dan sering sakit kepala. 10


-Ibu bapa memainkan peranan dalam menghadkan masa penggunaan gajet terhadap anak-anak.Ibu bapa perlulah menetapkan waktu penggunaan gajet bagi pelajar seperti selepas mereka selesai melakukan tugasan pembelajaran atau 2 jam sehari sahaja. -Ini secara tidak langsung akan menaikkan lagi semangat pelajar untuk belajar disamping dapat mengurangkan ketagihan terhadap gajet. Tukar tabiat bermain gajet kepada board games Ibu bapa perlulah berperanan dalam pemilihan permainan anak-anak.Ibu bapa perlulah memilih permainan yang sarat dengan interaksi, komunikasi, kerjasama dan sebagainya. -Permainan yang berbentuk fizikal adalah lebih baik daripada permainan mnggunakan gajet. -Contohnya:bermain kad UNO, Monopoli, Saidina, Jengga dan lain-lain. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH KETAGIHAN GAJET Sekiranya kita tidak mahu masalah ketagihan gajet dalam kalangan pelajar ini berterusan, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh pihak tertentu. Pihak yang paling penting bagi mengatasi masalah ketagihan gajet ini merupakan ibu bapa pelajar itu sendiri. Antara langkah yang boleh dilakukan adalah: Hadkan masa penggunaan 11


Memperbanyakkan aktiviti bersama keluarga -Langkah ini dapat menjadikan anak-anak tidak leka dan tidak menghabiskan masa dengan gajet. -Sebagai contoh, membawa anak-anak ke taman permainan atau ke tempat yang terdapat aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kesihatan jasmani anak-anak seperti "hiking" dan sebagainya. -Ini kerana, apabila anak-anak ini banyak menghabiskan masa terluang dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat, minda mereka juga akan menjadi cerdas serta dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Jadikan amalan membaca sebagai aktiviti yang menarik -Jadikan membaca buku itu sebagai hobi dalam kalangan pelajar. -Langkah ini boleh menjadi menarik minat pelajar dengan mencari rakan-rakanyang mempunyai hobi yang sama. -Amalan membaca ini juga boleh dilakukan dengan berkongsi hobi membaca bersama keluarga. Menggunakan aplikasi family link -Aplikasi ini adalah untuk memantau aktiviti penggunaan gajet anak seharian -Aplikasi ini tidak boleh download apa sahaja sesuka hati dan mesti meminta izin dari ibu bapa dahulu dimana perlu memasukkan kata laluan khas yang dicipta oleh ibu bapa . -Anak tidak akan dapat "access" smartphone sendiri sehingga larut malam dan tidak tidur tanpa pengetahun ibu bapa 12


KESIMPULAN Kesimpulannya, penggunaan gajet seperti telefon pintar dalam kalangan remaja memberikan seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul.Gajet merupakan sebuah alat yang mempunyai kebaikan dan keburukan terutamanya dari segi pembelajaran.Jika tidak digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran dalam kalangan pelajar itu sendiri. Sehinggakan pada masa ini, sesiapa yang tidak memiliki gajet atau akaun laman media sosial dianggap ketinggalan zaman. Perkara ini telah mempengaruhi masyarakat sekeliling dengan member kesan yang positif mahupun negatif. Bagaimana pun, ia bergantung kepada bagaimana pengguna memanfaatkan kemudahan yang diberikan. Oleh itu, masyarakat terutamanya ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya terhadap pembelajaran kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.Ibu bapa perlulah memantau penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak.Selain itu, remaja khusunya para pelajar juga perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri dalam mengubah corak hidup dengan menggunakan gajet ini untuk kegunaan yang berfaedah disamping melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan sains teknologi dan ICT. 13


LAMPIRAN 14


RUJUKAN -https://issuu.com/elfisyahr_22/docs/kesan_ketagihan_gadget -https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pelajar -https://online.anyflip.com/zbyzh/urzc/mobile/ -https://ms.m.wiktionary.org/wiki/gajet -https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/ketagihan/ketagihantelefon-pintar/# -https://www.google.com/search? q=kesan%20gajet%20terhadap%20pembelajaran&tbm= 15


Click to View FlipBook Version