The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota Permainan Bola Jaring

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Azila, 2021-08-22 20:18:35

BOLA JARING

Nota Permainan Bola Jaring

Sukan dan Permainan

Bola Jaring

Minggu ke 4 Tajuk:
23 hingga 29 Ogos 2021 Nota Permainan Bola Jaring
*baca,faham dan salin semula
Isnin -Ahad dalam buku log anda mengikut
kreativiti kamu.

GELANGGANG BOLA JARING

POSISI POSISI KAWASAN
GS 4,5
GK - Goal Keeper 3,4,5
1,2
GD - Goal Defend GA 1,2,3
3,4
GS - Goal Shooter GK 2,3,4
2,3
WD - Wing Defend GD

WA - Wing Attack WA

GA - Goal Attack C

C - Center WD

Pemain

7 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan

Posisi Pemain d. Penyerang sayap (WA)
• menyerang dan tugas utamanya menghantar bola dari
a. Penjaring gol (GS)
• GS bertugas sebagai penjaring gol tengah ke kawasan jaring
• mesti mahir membuat jaringan • WA biasanya menghantar bola kepada penjaring dan
• bermain di kawasan masing masing
• tidak bebas bergerak penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

b. Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD) e. Penyerang gol (GA)
• GD boleh menerima bola dari hantaran tengah • ditugaskan sebagai penjaring
• pasukan pihak lawan di kawasan tengah,kawasan gol atau • bekerjasama dengan pemain tengah,penyerang sayap dan

dalam jaringan penjaring gol
• menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA) • menerima hantaran tengah dan bertidak sebagai peyerang.

c. Penjaga gol (GK) f. Penyerang sayap (WD)
• menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan di dalam • menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada

kawasan mahupun luar kawasan penyerang sayap (WA) pasukan lawan
• menjaga kawasan jaring dan menghalang penyerang dalam

kawasan jaring

• GK bekerjasama dengan GD

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

MENGHANTAR BOLA
Dalam permainan bola jaring, pemain tidak dibenarkan berlari sambil membawa bola. Pemain
terpaksa menggerakkan bola dengan membuat hantaran pada masa yang tepat dengan cara
yang sesuai dengan situasi permainan kerana dalam permainan bola jaring tidak ada pilihan
untuk menggelecek bola. Negara-negara yang maju dalam bola jaring membentuk corak
permainan mereka berdasarkan kemahiran hantaran yang dikatakan sebagai paling berkesan
untuk pasukan tersebut. Terdapat beberapa cara menghantar bola yang biasa dilakukan,
antaranya ialah:
1. Hantaran aras bahu
2. Hantaran aras dada
3. Hantaran lantun
4. Hantaran aras kepala
5. Hantaran rendah/sisi/bawah
6. Hantaran sisi Hantaran lob
7. Hantaran peluru
8. Hantaran bawah bahu

Jenis-jenis hantaran

Hantaran dalam bola jaring tergolong dalam dua kategori, iaitu
hantaran dua tangan dan hantaran satu tangan. Hantaran ini terdapat
dalam dua kategori iaitu hantaran bola tinggi dan hantaran bola
rendah.

1. Hantaran dua tangan:
- Hantaran dada
- Hantaran lantunan
- Hantaran atas kepala
- Hantaran sisi

2. Hantaran satu tangan:
- Hantaran aras bahu
- Hantaran lob
- Hantaran peluru
- Hantaran bawah bahu
- Hantaran lantun



Teknik dan tujuan hantaran

1 Hantaran aras dada 2. Hantaran lantunan

Dengan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan
dari dekat badan di aras dada dengan jari-jari sebelah tangan, mulakan pergerakan melontar bola dari aras
tangan melingkungi bola. Tolak bola dengan kuat bahu sambil merendahkan badan. Dengan kedua-dua belah
dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan tangan, mula tolakan dengan bola dari aras dada. Sambil
jari-jari. menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk
mengimbangi badannya.
Tujuan:
Untuk penghantaran yang pantas, segera dalam Tujuan:
jarak yang sederhana apabila penerimaan tidak Untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi
dihalang oleh lawannya. kawalan ketat. Gerak keliru digunakan sebelum bola
dilantunkan kepada penerimanya.
Butir-butir mengajar: Butir-butir mengajar:
- Badan dalam kedudukan seimbang - Lantunkan bola tepat kepada sasaran dengan pergerakan
- Sebelah kaki melangkah ke arah lontaran pergelangan tangan
- Luruskan tangan serentak dengan hantaran - Bertindak dengan pantas
- Ketika melantunkan bola, condongkan sedikit badan ke
depan

3 Hantaran atas kepala atau hantaran lob 4. Hantaran sisi/rendah/bawah

Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola
Bola diangkat tinggi ke atas kepala dan dilontar dibawa ke sisi badan pada aras pinggang. Dengan
ke sasarannya dengan meluruskan siku. menggunakan kedua-dua belah tangan, bola digerakkan
(ditolak ke arah pemain). Dengan menggunakan sebelah
Tujuan: tangan, mulakan pergerakan bola dari belakang badan. Cara
Untuk mengatasi kawalan pemain yang menghantar bola hampir sama dengan pergerakan picing
menghadang penerima. dalam softball.

Butir-butir mengajar: Butir-butir mengajar:
- Bawa bola ke belakang kepala sebelum - Sambil menghantar bola, pindahkan berat badan ke kaki
melontarnya depan
- Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan - Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk
- Pandang pergerakan penerima mengarahkan bola ke sasaran

5. Hantaran aras bahu 6. Hantaran peluru

Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu. Ini merupakan hantaran aras pinggang yang laju. Mulakan
Melangkah ke arah penerima sambil dengan bola di tangan balingan pada aras pinggang, dengan
memindahkan berat badan kepada kaki yang siku bersebelahan pinggang. Jarakkan kaki seluas bahu, dengan
melangkah ke depan (tangan kanan memegang kaki bertentangan tangan balingan di hadapan. Bengkokkan
bola, kaki kiri melangkah). lutut sedikit dan imbangkan badan. Untuk memulakan hantaran,
buka lengan dan pergelangan tangan, libaskan tangan ke
Tujuan: hadapan untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke
Supaya hantaran bola adalah jauh dan tinggi. arah sasaran. Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki
belakang. Pindahkan berat badan ke hadapan.
Butir-butir mengajar:
- Gerakkan bola dari belakang kepala dengan Tujuan:
kedudukan siku yang dibengkokkan Untuk menghantar bola dengan cepat dalam ruang yang sempit.
- Tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran
Butir-butir mengajar:
- Bersedia untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke
arah sasaran
- Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang
- Alihkan berat badan ke hadapan (ke kaki)

MENANGKAP/MENERIMA BOLA

Dalam permainan bola jaring, pemain boleh
menyambut atau menangkap bola dengan kedua-dua
belah tangan ataupun dengan hanya menggunakan
sebelah tangan sahaja. Kecekapan menyambut bola
yang dihantar kepada seseorang pemain itu adalah
penting untuk membantu sesebuah pasukan
melakukan serangan ke kawasan lawan dengan
berkesan dan mencapai matlamatnya

Teknik Menerima Bola

Teknik menyambut bola

1 Bola aras dada
Kedua-dua belah tangan dihulur lurus ke arah bola. Tangan terbuka dan semasa menyambut bola, jari
direnggangkan. Sebaik sahaja bola disambut, siku tangan dibengkokkan dan bola dirapatkan dengan badan.
Kedudukan kaki dijarakkan untuk mengimbangi badan.

2 Bola lantun (aras pinggang)
Sambut bola menggunakan kedua-dua belah tangan berada di hadapan badan pada aras pinggang. Pastikan bola
disambut dengan jari-jari, bukan dengan menggunakan tapak tangan.

3 Bola tinggi
Boleh disambut dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Jika perlu, pemain hendaklah melompat sambil
mengangkat sebelah atau kedua-dua belah tangannya ke atas untuk menangkap bola. Ketika mendarat, lutut
dibengkokkan sedikit dan mengawal bola dengan merapatkannya ke badan.

4 Mengambil bola lambung
Semasa persediaan, kedudukan badan berada dalam keseimbangan dan letakkan kaki yang bukan dominan di
hadapan sementara mata melihat bola. Tangan diluruskan di sisi dan pengadil akan meletakkan bola di posisinya.
Apabila pengadil melepaskan bola, angkat tangan dengan cepat dan berat badan mestilah berada ddi hujung
tapak kaki. Tangkap bola dengan jari-jari, kemudian tarik bola ke badan dengan kemas. Kawal pergerakan kaki dan
luaskan tapak tangan.

MENJARING BOLA

Kemahiran menjaring bola merupakan suatu kemahiran yang menguji ketepatan lontaran bola ke
sasarannya oleh pemain untuk mengutip mata bagi pasukannya. Walaupun hanya pemain GS dan GA
yang berpeluang menjaringkan gol, pemain-pemain kedudukan lain perlu juga menjalani latihan
meningkatkan kemahiran menjaring. Ini adalah kerana kadangkala mereka juga perlu menggantikan
pemain GS atau GA. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi usaha penjaring adalah cara kawalan
oleh pengawal (pihak lawan), kedudukan penjaring ketika menjaring dan konsentrasi penjaring
terhadap apa yang ingin dilakukannya.

Cara menjaring
Menjaring boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Apabila
menerima hantaran, seseorang penjaring dibenarkan membuat perkara berikut:
a) Menjaring dari kedudukan statik
b) Melangkah setapak ke depan dan menjaring
c) Melangkah setapak ke belakang dan menjaring
d) Melangkah ke sisi dan menjaring
e) Melompat dan menjaring
f) Berlari, menerima bola dan menjaring



PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 11. Off side: Pemain dengan bola atau tanpa bola
BOLA JARING dianggap keluar kawasan jika memasuki mana
mana kawasan selain daripada kawasannya.
1. Lebih kawasan: Tidak boleh di hantar lebih daripada kawasan
tanpa disentuh atau ditangkap oleh pemain. 12. Halangan: Pemain tidak dibenarkan
menghalang pihak lawan yang memegang bola
2. Gerak kaki: Pemain tidak dibenarkan mengheret atau kurang daripada 0.9 meter (3 kaki). Jarak
menggunakan kaki mendarat. dikira daripada kaki mendarat.
3. Hantaran ke dalam di beri kepada pasukan lawan jika bola
keluar gelanggang. 13. Sentuhan: Pemain tidak dibenarkan melakukan
4. Hantaran tengah di ambil secara bergilir gilir selepas setiap sentuhan dengan pemain lawan sama ada sengaja
jaringan gol. atau tidak.
5. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.
6. Memulakan permainan.
7. Pengadil diadili oleh 2 orang pengadil.
8. Pasukan akan tukar kawasan gol pada separuh masa.
9. Tempoh permainan: Tempoh ada 2 bahagian iaitu 20 minit
untuk setiap permainan dan 5 minit untuk masa rehat.
10. Bilangan pemain: Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang
pemain dan 3 orang pemain simpanan .


Click to View FlipBook Version