1 | M e s y u a r a t A J K S i r i 1 / 2 0 2 4 Mesyuarat Penerangan Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Dan Program Pembangunan Pendang Paddle Club Siri 1/2024
2 | M e s y u a r a t A J K S i r i 1 / 2 0 2 4 1. Pengerusi Mempengerusikan semua mesyuarat, melihat segala kerja-kerja Kelab amnya, dan memanggil mesyuarat bila-bila dirasakan perlu menerusi Setiausaha. Pengerusi hendaklah menandatangani Minit Mesyuarat dan catatan keputusan setelah diluluskan. Menandatangani sebarang surat- surat yang melibatkan urusan Kelab dengan semua ahli Kelab dan pihak luar. Menandatangani / meluluskan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab bersama Bendahari dan Setiausaha. Meluluskan peratutan-peraturan baru yang difikirkan perlu bersama ahli-ahli Jawatankuasa kelab untuk kepentingan ahli dan Kelab sebelum Mesyuarat Agung. Merancang dasar-dasar, peraturan, aktiviti-aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang berhubung dengan kemajuan Kelab. Melantik ahli Kelab untuk mengisi kekosongan jawatan atas sebab perletakan jawatan atau pertukaran tempat bertugas mengikut syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh peraturan Kelab. 2. Timb. Pengerusi Menjalankan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Pengerusi apabila ia tiada. Merancang dasar-dasar, peraturan, aktiviti- aktiviti dan lain-lain hal yang berhubung dengan kemajuan Kelab. Menandatangani sebarang surat-surat yang melibatkan urusan dengan pihak luar. Menghadiri semua Mesyuarat Ahli Jawatan- kuasa Kelab dan Mesyuarat Agung untuk memberi pendapat dan cadangan.
3 | M e s y u a r a t A J K S i r i 1 / 2 0 2 4 3. Setiausaha Menyimpan dengan betul segala buku-buku yang tertentu, daftar-daftar dan lain-lain dokumen berkaitan bagi pihak Kelab Memanggil dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung Menyediakan Minit Mesyuarat; Menandatangani bagi pihak Kelab dan menjalankan urusan surat menyurat. Menyediakan penyata tahunan untuk Mesyuarat Agung. Menjalankan kerja-kerja lain seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Kerja. Menyimpan Buku Daftar Ahli Kelab. Menjalankan kerja-kerja pentadbiran Kelab. Menguruskan hal-hal surat menyurat. Menyimpan semua minit-minit mesyuarat, rekod-rekod dan borang-borang Kelab. Menandatangani notis panggilan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung serta hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan minit mesyuarat Menandatangani kelulusan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab bersama-sama Pengerusi dan Bendahari Kelab. Merancang dasar-dasar, peraturan dan aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang berhubung dengan kemajuan Kelab. Menyediakan kertas kerja untuk dibawa ke Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung. Menyambung semua tugas-tugas setiausaha dan Jawatankuasa berhubung dengan hal-ehwal rekod dan minit-minit mesyuarat yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung. Menandatangani semua surat pekeliling kepada semua ahli Kelab semasa ketiadaan Pengerusi Kelab. 4. Penolong Setiausaha Penolong Setiausaha akan membantu Setiausaha dalam urusan pentadbiran Kelab ini dan bersama setiausaha dalam mesyuarat Kelab. Membantu Setiausaha menyediakan kertas kerja unutk mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung. Membantu Setiausaha dalam semua urusan surat-menyurat. Menandatangani surat panggilan mesyuarat mencatat minit dan hadir dalam semua Mesyuarat. Merancang dasar-dasar, peraturan dan aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang berhubung dengan Kemajuan Kelab. Membantu Setiausaha dalam kerja-kerja pentadbiran Kelab.
4 | M e s y u a r a t A J K S i r i 1 / 2 0 2 4 5. Bendahari Menyimpan dengan betul segala buku kira-kira, menerima dan membelanjakan wang Kelab mengikut arahan Jawatankuasa Kerja Menulis resit-resit, baucer-baucer serta menandatanganinya Menyediakan penyata kira-kira kewangan untuk mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Mesyuarat Agung. Menyimpan wang Kelab ke dalam Akaun Bank seperti diarahkan oleh Jawatankuasa Kerja Menyimpan dan memperbaharui semua rekod kewangan Kelab. Menyedia Penyata Kewangan pada setiap hujung tahun untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Agung. Memungut dan menyimpan semua hasil pendapatan Kelab. Menandatangani / menghantar notis peringatan kepada ahli-ahli Kelab berhubung dengan urusan kewangan Kelab. Hadir dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Agung sertamengambil Tindakan berhubung dengan hal-hal kewangan. Menyambung tugas-tugas Bendahari Kelab dalam Jawatankuasa lama berhubungan dengan hal-hal kewangan yang telah diluluskan dalam mesyuarat Agung. Menandatangani kelulusan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab bersama Pengerusi dan Setiausaha. 6. Penolong Bendahari Penolong Bendahari akan membantu Bendahari dalam urusan pentadbiran kewangan Kelab dan menggantikan Bendahari apabila ia tidak hadir. Membantu urusan memungut dan menyimpan hasil pendapatan Kelab semasa ketiadaan Benadahari Kelab atau sebaliknya. Membantu menyediakan penyata kewangan dan rekod kewangan Kelab. Menandatangani / menghantar notis kepada ahli-ahli Kelab berhubung dengan urusan kewangan Kelab. Hadir dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa Induk untuk membantu memberi cadangan dan pendapat.
5 | M e s y u a r a t A J K S i r i 1 / 2 0 2 4 7. AJK Peralatan Memastikan segala peralatan dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan Menjaga peralatan agar tidak rosak atau hilang Tempat simpan yang selamat dan baik 8. AJK Kejurulatihan Boleh melantik 2 org pembantu untuk membantu jurulatih dalam latihan. Lantikan hanyalah dari kalangan ahli yang berdaftar sahaja Membuat jadual latihan untuk pendayung. Pastikan setiap pendayung mengikut jadual yang telah ditetapkan dan diserahkan kepada Setiausaha untuk tujuan rekod. Untuk menyertai sesuatu pertandingan jurulatih harus memilih pendayung dan senarai pendayung yang bertanding akan diserahkan kepada Setiausaha untuk tujuan rekod. Memastikan semua pendayung menggunakan peralatan yang tidak memudaratkan keselamatan pendayung dan jurulatih sendiri Keselamatan pendayung semasa latihan dan perlawanan harus dititikberatkan Pihak pengurusan akan memastikan jurulatih dan pembantu jurulatih memiliki sijil mengajar yang sah. 9. AJK Pengangkutan Keselamatan pengangkutan adalah dalam keadaan yang baik dan bebas dari kerosakan Menitikberatkan soal keselamatan semua dalam kenderaan semasa pergi dan pulang dari apa-apa perlawanan 10. AJK Pemakanan Menyediakan diet yang sihat dan berkhasiat
6 | M e s y u a r a t A J K S i r i 1 / 2 0 2 4 11. AJK Media & Siaraya Mempromosi kelab untuk mencari bakat-bakat muda dalam sukan air. Mewujudkan platform media sosial uantuk kelab seperti Facebook, Youtube, TikTok, Instagram Memperkenalkan kelab dan rakan strategik seperti YSB dan Belia dan Sukan Pendang di platform media sosial (branding) 12. AJK kesihatan Memastikan Peti Kecemasan Bantu Mula @ First Aid Kit Mempelajari teknik bantu mula seperti balutan bandage, kinesologi Menyediakan makanan tambahan atau supplement jika perlu Mengadakan acara tahunan seperti kelas/klinik kesihatan bersama Bulan Sabit Merah Malaysia atau agensi kerajaan berkaitan 13. AJK Kebersihan Dan Keselamatan Memastikan tiada sampah di kawasan latihan Tempat simpan peralatan yang selamat dan berkeadaan baik dan sempurna Memastikan adanya peraturan berkaitan sukan/aktiviti bagi menjamin keselamatan, kelicinan dan kelancaran sesebuah aktiviti. Mengadakan acara tahunan seperti kelas/klinik kesihatan agensi kerajaan berkaitan