The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1. AMALAN PELAKSANAAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazizah_sukiman, 2025-02-26 05:30:02

1. AMALAN PELAKSANAAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

1. AMALAN PELAKSANAAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

63 AMALAN PELAKSANAAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) OLEH GURU BAHASA ARAB DAN KEBERKESANANNYA TERHADAP PENGUASAAN MURID CLASSROOM ASSESSMENT INSTRUMENT IMPLEMENTATION PRACTICE BY ARABIC LANGUAGE TEACHERS AND ITS EFFECTIVENESS ON STUDENTS' MASTERY Nur Amalin Aisyah Nazri1a* & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff2a aUniversiti Kebangsaan Malaysia [email protected] & [email protected] ABSTRAK Sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan sistem pendidikan di peringkat global yang semakin mencabar dan berteknologi maklumat. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan sebagai proses pentaksiran yang berterusan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Ia penting untuk guru mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan tahap penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. Pentaksiran yang dinilai kepada murid bergantung kepada jenis instrumen yang dipilih oleh guru berdasarkan kesesuaian dan keperluan murid bagi mengatasi masalah pembelajaran malah meningkatkan lagi penguasaan dan pencapaian murid dalam bilik darjah. Guru bebas memilih instrumen yang ingin ditaksir dan bebas mengurus cara perekodan hasil pentaksiran murid. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kepelbagaian instrumen yang digunakan oleh guru Bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan mengenalpasti keberkesanan penggunaan instrumen PBD untuk mengukur tahap penguasaan murid. Kajian ini telah melibatkan tiga orang guru dari setiap sekolah iaitu seorang guru cemerlang Bahasa Arab, seorang Jurulatih Bahasa Arab dan seorang Ketua Panitia Bahasa Arab sebagai responden kajian. Dapatan kajian ini menghuraikan bagaimana peserta kajian mengamalkan pelaksanaan PBD bermula dengan perancangan, pelaksanaan instrumen yang pelbagai, aktiviti pengayaan dan pemulihan serta refleksi selepas menggunakan instrumen dalam proses PBD. Selain dari itu, dapatan kajian ini boleh disimpulkan penggunaan instrumen PBD mampu memberi keberkesanan yang mantap bagi meningkatkan tahap penguasaan murid, motivasi dan galakan pembelajaran buat murid. Kata Kunci: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD); Bahasa Arab; Instrumen; Penguasaan Pelajar ABSTRACT The education assessment system in Malaysia is always moving along with the development of the education system at the global level which is increasingly challenging and information technology. Classroom Assessment (PBD) is introduced as a continuous assessment process in learning and teaching sessions. It is important for teachers to obtain information about the development, progress, abilities and level of student mastery of the intended curriculum goals. The assessment that is assessed on students depends on the type of instrument chosen by the teacher based on the suitability and needs of students to overcome learning problems and even increase mastery and the achievement.of students in the classroom. Teachers are free to choose the instruments they want to assess and are free to manage the recording of student assessment results. This study aims to explore the variety of instruments used by Arabic teachers in the teaching and learning process


64 (PdP) and identify the effectiveness of using PBD instruments to measure the level of student mastery. This study involved three people from each school, namely an excellent Arabic teacher, an Arabic Trainer and a leader of the Arabic Committee as respondents. The findings of this study describe how the study participants practice the implementation of PBD from starting with planning, implementation of various instruments, enrichment and recovery activities as well as reflection after using the instrument in the assessment process in the classroom. Apart from that, the findings of this study can be concluded that the use of PBD instruments are effective to increase the level of student mastery, motivation and learning encouragement for students. Keywords: Classroom Assessment (PBD); Arabic; Instrument; Student Mastery PENDAHULUAN Pentaksiran di Malaysia bertujuan untuk meningkatkan potensi dan memperkembangkan bakat murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ia bertujuan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Objektif pentaksiran ini selari dengan anjuran Kementerian iaitu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Kurikulum di Malaysia telah mengalami banyak perubahan termasuklah cara pentaksiran bukan berteraskan peperiksaan semata-mata. Perkembangan murid bukan hanya terletak berapa banyak A cemerlang dalam kertas peperiksaan semata-mata. Dalam kajian Mazarul et al (2021) telah dinyatakan berkaitan perkembangan murid secara holistik tidak akan tercapai sekiranya pengajaran yang diterima hanya berfokus kepada peperiksaan semata-mata. Tahap perkembangan dan potensi murid dapat dilihat melalui aktiviti yang dianjurkan dalam dan luar bilik darjah. Sebenarnya keperluan perkembangan secara holistik ini perlu lebih ditekankan dan elemen kemahiran berfikir yang lebih tinggi dapat lebih banyak diterapkan selaras dengan perkembangan pendidikan global. Hal ini ditegaskan oleh Arumugham (2020), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah diperkenalkan dengan tujuan untuk menilai dan mengukur perkembangan pembelajaran seseorang murid secara holistik. Dalam pelaksanaan PBD, pentaksiran menggunakan ketiga-tiga kaedah iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan. Instrumen PBD berfungsi sebagai alat untuk menggunakan kaedah tertentu dalam pentaksiran. Seorang guru perlu kreatif mempelbagaikan kaedah dan instrumen pentaksiran dan mestilah bertepatan dan sesuai dengan apa yang ingin dinilai. PBD membantu guru mengesan perkembangan pembelajaran murid dan dapat mengoptimumkan potensi murid. Dalam kajian Noel Jimbai Balang (2020), telah memberi cadangan berkaitan PBD iaitu tentang pengurusan fail PBD guru mata pelajaran yang yang meliputi rekod borang transit, instrumen pentaksiran dan RPH sebagai cadangan dan rancangan guru dalam melaksanakan PBD juga. Ia penting sebagai bukti pentaksiran murid dan memudahkan guru untuk menganalisis tahap penguasaan dan perkembangan. Menurut David Payne (2003), berdasarkan kepada hasil dari interpretasi maklumat tersebut, pentaksiran adalah kombinasi antara tiga proses iaitu proses mengumpul, menginterpretasi maklumat dan membuat keputusan. Sebelum melakukan pentaksiran, pemilihan instrumen pentaksiran sangat penting untuk guru mengumpul maklumat, mengenalpasti tahap penguasaan murid dan guru akan membuat tindakan intervensi bagi menyelesaikan masalah pembelajaran murid. Hal ini demikian, guru perlu ada kompentensi dalam proses pelaksanaan PBD supaya guru dapat melaksanakan PBD dengan berkesan dan telus. Menurut Rohaya dan Mohd Najib Ghafar (2008), bagi menjayakan pentaksiran yang berkualiti dan berkesan, masalah kompetensi pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran perlulah ditangani dengan sewajarnya.


65 Guru didapati kurang pengetahuan dalam mengendalikan ujian-ujian mengikut tahap pentaksiran sebagaimana yang dinyatakan dalam DSKP, (Abdullah et al, 2020). Untuk merancang PdP dan pentaksiran, guru seharusnya perlu meneliti dan memahami dasar dan keperluan DSKP, konsep PBD dan dapat diaplikasikan dalam subjek yang diajar (Unit Penyelidikan dan Pentaksiran Bilik Darjah, 2021). Guru perlu merancang pengajaran dengan menyediakan instrumen pentaksiran mengikut objektif yang telah ditetapkan dalam DSKP. Dalam kajian Maki (2002), guru perlu cakna tentang hasil pembelajaran yang hendak ditaksir kepada pelajar dan seterusnya menyesuaikan dengan kaedah pentaksiran yang tepat sebelum memilih kaedah dan instrumen pentaksiran yang sesuai. Menurut Lim et al (2014), kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru seperti pengetahuan kandungan yang mencukupi, kemahiran membina instrumen, menetapkan tahap penguasaan murid, mentafsir markah ujian dan melaksanakan pelbagai bentuk pentaksiran. Demi menjamin kualiti pendidikan, guru mestilah berpengetahuan dan mempunyai dalam menjalankan penilaian pembelajaran murid (Yeh & Mohd Zahuri, 2018). Guru perlu mahir dalam pembinaan instrumen bagi mentaksir murid dengan baik. Namun, sejauh mana keberkesanan dalam pelaksanaan PBD kepada pentaksiran murid. Adakah instrumen PBD yang dibina oleh guru itu mampu mencapai objektif pentaksiran itu sendiri dan berkesan. Kajian ini diharapkan dapat membantu guru dalam merancang pembinaan instrumen PBD yang terbaik dan bersesuaian dengan objektif yang telah dirancang dalam PdP. Menurut Kiah Sakudan (2021) dalam kajiannya juga menyatakan tentang pembinaan instrumen PBD amat dituntut dalam memastikan kelestarian PBD dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Kajian ini meneroka kepelbagaian instrumen PBD yang digunakan oleh Guru Bahasa Arab dalam proses pentaksiran di dalam kelas. Kajian ini juga meninjau bagaimana guru menggunakan instrumen PBD dengan berkesan dalam mengukur tahap penguasaan murid. Diharapkan kajian ini memberi manfaat untuk guru menjadikan ia sebagai panduan melaksanakan amalan intervensi dalam mempertingkatkan prestasi murid dan meningkatkan tahap penguasaan murid dan sekaligus mengatasi masalah pembelajaran murid dalam matapelajaran Bahasa Arab di sekolah menengah. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu: i. Meneroka amalan pelaksanaan instrumen PBD yang digunakan oleh Guru Bahasa Arab dalam proses pentaksiran. ii. Mengenal pasti keberkesanan kaedah pelaksanaan instrumen PBD oleh Guru Bahasa Arab terhadap penguasaan murid. Berdasarkan pernyataan masalah di atas, terdapat dua persoalan yang akan dikaji dan dianalisis secara terperinci. Berikut merupakan persoalan-persoalan tersebut: i. Bagaimanakah amalan instrumen PBD yang digunakan oleh Guru Bahasa Arab dalam proses pentaksiran? ii. Bagaimanakah keberkesanan kaedah PBD oleh Guru Bahasa Arab terhadap penguasaan murid. SOROTAN KAJIAN Terdapat banyak daripada soroton kajian lepas berkaitan dengan pentaksiran bilik darjah yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP dalam bilik darjah. Beberapa kajian literatur yang dapat diteliti oleh penyelidik berkaitan amalan pentaksiran yang diadakan dalam PdP. Sorotan kajian ini adalah aktiviti kepustakaan melalui analisis pembacaan artikel atau tesis yang ada perkaitan dengan tajuk. Tujuan dijalankan adalah untuk menyelusuri kajian lepas dengan kajian yang dibincangkan. Antara tujuan lain juga adalah untuk memberi gambaran dan


66 landasan yang dapat mengarahkan penyelidik ke arah dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian. Fokus sorotan kajian ini adalah antara perkaitan yang berkait dan menjurus kepada tajuk termasuklah pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran bilik darjah dan instrumen atau kaedah pentaksiran yang digunakan. Pengajaran dan Pembelajaran Menurut kajian Mohammad Abdillah et al (2014) berkaitan pengajaran yang berkualiti terhasil daripada guru yang berkeupayaan mengaplikasikan ilmu pedagogi iaitu ilmu mengajar secara saintifik dalam pendidikan formal. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, aktiviti yang dilakukan bersama murid itu merupakan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran. Tujuan utama pengajaran adalah untuk memastikan murid dapat menguasai objektif pembelajaran seperti mana yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Dalam kajian Abdul Razif Zaini (2019) menegaskan, perkara ini perlulah diambil perhatian kerana kualiti seorang guru memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Guru perlu mahir dalam memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran. Selepas memilih kaedah pengajaran, guru juga perlu merancang pentaksiran kepada pelajar. Ia sebagai kayu ukur sejauh mana kefahaman pelajar ke atas PdP yang dirancang oleh guru. Hal ini dinyatakan juga oleh Mohd Haidzir (2019), amalan pentaksiran dilaksanakan untuk menguji tahap pencapaian dan kemajuan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran saling berkait rapat. Untuk menghasilkan pembelajaran yang baik, pengajaran yang berkesan sangat penting. Ia menuntut seorang guru sebagai pakar dalam bidang pengajaran. Tujuan pengajaran adalah untuk mendapatkan hasil yang baik dan positif buat pelajar. Untuk mendapatkan maklumat hasil tersebut, guru perlu menilai keberkesanannya melalui kaedah pentaksiran. Pentaksiran Bilik Darjah Isu dan cabaran dalam pelaksanaan PBD ini antaranya isu kompetensi guru dalam melaksanakan PBD. Dalam kajian oleh Arumugham (2020) menjelaskan, guru kurang kefahaman berkaitan penetapan tahap penguasaan dan standard prestasi dalam DSKP. Ia akan mengakibatkan aspek kemenjadian murid kurang diberikan perhatian. Sebelum PBD dilaksanakan, guru perlu meneliti DSKP dengan baik supaya guru dapat tahu objektif dan hasil pembelajaran dengan tepat seterusnya mula merancang instrumen pentaksiran yang akan dibina dan dinilai kepada pelajar. Menurut Stiggins dan Bridgeford (1984), pelbagai kaedah pentaksiran digunakan oleh guru untuk mengesan perkembangan pembelajaran murid. Ia berkaitan dengan aktiviti sesi pengajaran dan pembelajaran dari bermula awal pengajaran hingga akhir. Setiap objektif pengajaran perlu diteliti dan dirancang dengan baik agar dapat mencapai hasil pembelajarannya. Guru akan merancang kaedah yang sesuai mengikut objektif. Dalam kajian Yin et al (2013) menyatakan, instrumen pentaksiran untuk pentaksiran formatif contohnya seperti guru boleh melaksanakan pentaksiran bertulis, soal jawab dengan murid, membuat perbincangan, modul kerja rumah, pentaksiran kendiri atau pentaksiran rakan sebaya dan banyak lagi. Amalan instrumen pentaksiran yang berkesan penting untuk menghasilkan evidens pentaksiran yang baik. Menurut dalam kajian Norasmah (2000) dan Zamri (2004), guru perlu benar mengetahui pelbagai model, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran, dan berusaha menggunakannya mengikut keadaan dan kesesuaian. Hal ini demikian, kajian ini dilakukan adalah sebagai nilai tambah dalam dunia penyelidikan berkisar tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang menjadi isu hangat dalam pendidikan zaman ini.


67 KERANGKA KONSEPTUAL Kerangka konseptual kajian ini dibina bagi menjelaskan jawapan terhadap soalan kajian dan menghuraikan persoalan kajian sekaligus memenuhi objektif kajian ini. Kajian ini menekankan berkaitan instrumen PBD yang diamalkan oleh guru Bahasa Arab dalam keberkesanan penggunaan instrumen PBD oleh Guru Bahasa Arab untuk mengukur tahap penguasaan murid. Kerangka konseptual kajian ini juga dibina berdasarkan beberapa teori dan model pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Teori pentaksiran dan beberapa konsep berkaitan instrumen pentaksiran juga dijadikan panduan. Gabungan ini adalah sebagai asas yang kukuh bagi menyempurnakan kajian yang akan dijalankan. Rajah 1 di bawah menunjukkan gambaran kerangka konseptual kajian yang menepati objektif dan persoalan kajian ini. Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian METODOLOGI KAJIAN Dalam sesebuah penyelidikan, antara elemen terpenting adalah metodologi kajian. Metodologi kajian berkait rapat dengan hasil kajian yang akan diperoleh. Kajian ini dipilih untuk dilakukannya secara kualitatif meliputi reka bentuk kajian, tempat kajian, peserta kajian, lokasi kajian, tempoh kajian, kaedah pengutipan data, kesahan dan kebolehpercayaan serta kaedah penganalisisan data. Pemilihan kajian kes secara kualitatif ini adalah sesuai berdasarkan kerangka konseptual kajian yang bertujuan untuk meneroka proses yang berlaku secara naturalistik. Seperti Lofland, dikutip Sitorus (1998) mengatakan, pengkaji kualitatif cukup dekat dengan situasi yang dikaji, sehingga akan mendapat pemahaman yang mendalam. Menurut beliau lagi, pengkaji kualitatif dapat memahami hal secara sebenar yang terjadi dan yang dikatakan subjek pengkajian. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dikesan mula mendapat tempat dan digemari oleh para pengkaji mulai tahun 1990 (Robson, 2011) dan membangun dan seiring dengan kemajuan kajian Strategi kajian ini pula adalah kajian kes secara kualitatif memberi peluang kepada penyelidik untuk menemubual sendiri dengan responden kajian. Kajian kes sesuai dengan reka bentuk kajian kualitatif (Bryman, 2008; Chaparro, 2008). Responden kajian telah dipilih adalah tiga orang iaitu salah seorang Guru Cemerlang Bahasa Arab di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, seorang orang Jurulatih di SM Sains Tuanku Aishah Rohani, Seremban dan seorang Ketua Panitia di SMA Al-Khairiah Al-Islamiah, Mersing Johor. Kajian ini telah melibatkan dua bentuk instrumen kajian sebagai alat yang berfungsi sebagai cara untuk memperoleh data dan mengumpulkan data bagi menjawab persoalan kajian dan memenuhi objektif kajian. Antaranya ialah kaedah kajian kepustakaan dan kaedah


68 temubual. Kajian kepustakaan telah dilakukan dengan merujuk kepada pelbagai jenis bahan bacaan sama ada yang bercetak atau elektronik. Contohnya seperti bahan buku ilmiah, jurnal, artikel dan surat khabar. Ia bertujuan untuk dijadikan panduan dan mendapatkan maklumat yang sedia ada berkaitan dengan kajian yang dikaji. Kaedah ini penting sebagai gambaran realiti kepada penyelidik berkaitan kajian. Menurut Roth (1986), kaedah kajian kepustakaan ini melibatlan buku-buku ilmiah, laporan penelitian, hasil penyelidikan orang lain, ensiklopedia, fakta, buku tahunan dan sumber-sumber bertulis ataupun sumber elektronik. Proses ini seterusnya penyelidik membuat banding beza kajian-kajian berdasarkan maklumat tertentu yang diperoleh. Antara penelitian yang telah dibuat adalah penyelidik membaca bahagian prosuder kajian, sampel kajian dan bagaimana data dikumpul dan dianalisis. Penyelidik juga menggunakan kaedah temubual. Temu bual merupakan instrumen yang penting dalam memperoleh data. Cara mengumpulkan data dalam penyelidikan kualitatif antaranya ialah temubual. Kita menemu bual manusia ialah kerana kita ingin mengeluarkan apa yang ada dalam diri mereka tentang apa yang kita tidak dapat perhatikan, Merriam (1990 & 2009). Temu bual terdapat tiga kategori, iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur dan temu bual tidak bersruktur (Chua Yan Piaw, 2014). Dalam kajian ini, penyelidik memilih untuk menggunakan kaedah temubual separa berstruktur. Hal ini demikian, responden bebas untuk menyatakan dan menghuraikan pendapatnya. Penyelidik telah menyediakan protokol temubual yang mengandungi empat bahagian. Temu bual yang dijalankan bersama responden dirakam audio menggunakan peranti telefon bimbit dan dianalisis secara verbatim menggunakan perisian transkriptor yang akan membentuk penulisan. Seterusnya, penyelidik menggunakan perisian Atlas.ti 7 bagi tujuan menganalisis data. Kod dibina bagi memudahkan penyelidik membina tema bagi menjawab persoalan kajian. Tema daripada dapatan data yang diperoleh untuk persoalan ini ialah jenis kepelbagaian instrumen PBD yang digunakan oleh Guru Bahasa Arab dalam PdP. Data yang diperoleh ditranskrip dan disusun ikut kategori data. Penyelidik akan melakukan pengkodan untuk membina tema dan sub tema bagi menjelaskan keberkesanan penggunaan instrumen PBD oleh Guru Bahasa Arab untuk mengukur tahap penguasaan murid. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian akan menjawab persoalan yang pertama bagi kajian ini iaitu bagaimana amalan pelaksanaan instrumen PBD yang digunakan oleh guru dalam proses pentaksiran pengajaran Bahasa Arab? Amalan Pelaksanaan Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah Rajah 2 menunjukkan tema amalan pelaksanaan instrumen Pentaksiran Bilik Darjah. Antaranya ialah proses perancangan instrumen pentaksiran dalam pengajaran Bahasa Arab, strategi dalam pelaksanaan instrumen PBD, aktiviti pengayaan atau pengukuhan selepas pelaksanaan instrumen PBD dan refleksi selepas penggunaan instrumen PBD.


69 Rajah 2: Tema Amalan Pelaksanaan Instrumen PBD Proses Perancangan Instrumen Pentaksiran Perancangan adalah suatu perkara penting dalam melaksanakan pentaksiran dalam pengajaran dalam bilik darjah. Guru seharusnya melakukan perkara utama ini sebelum melakukan langkah pentaksiran yang seterusnya. Sebelum merancang sesebuah instrumen pentaksiran, guru perlu mengetahui tujuan mentaksir. Guru perlu memahami terlebih dahulu konstruk apa yang ingin ditaksir dan dinilai dalam pengajaran Bahasa Arab. Dalam kajian ini, perancangan dalam pembinaan instrumen pentaksiran adalah soalan yang terawal ditanya oleh penyelidik kepada peserta kajian. Penyelidik telah meninjau bagaimana peserta kajian merancang dari segi persediaan dan pembinaan instrumen untuk menilai murid sejauh mana keberkesanan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Perancangan pembinaan instrumen itu termasuklah perancangan awal, kriteria pemilihan instrumen dan persediaan merekod instrumen PBD. Huraian ini bagi membincangkan pecahan sub tema untuk menjawab persoalan kajian.Hal ini telah dibincangkan oleh ketiga-tiga peserta kajian. Perancangan Awal Dapatan kajian mendapati guru perlu ada perancangan awal, iaitu membuat penjadualan mengikut apa yang ingin ditaksir dan mestilah merujuk kepada rujukan penting sebagai seorang guru iaitu Dokumen Standard Kurikulum, Standard Prestasi (DSKP). Seperti yang dikatakan oleh peserta kajian: “Kita kena buat perancangan. Maksudnya kita kena berjadual lah. Kita rancang apa yang ingin taksir melalui kaedah apa.. penyoalan ka, bertulis ka..itu langkah pertama untuk melaksanakan instrumen dan kena rujuk DSKP”. (PK1) Guru juga perlu mengambil kira maklumat setiap murid, keperluan dan kemampuan mereka dalam merancang instrumen pentaksiran. Ia bertujuan untuk menyesuaikannya selaras dengan objektif pengajaran seperti yang telah ditetapkan dalam DSKP. “Memang sebelum nak buat laksanakan kaedah PdPc atau nak bina instrumen pentaksiran mesti sesuai dengan pelajar kita, dekat SBP ni, tahap pelajarnya lebih


70 kurang sama. Cuma sebagai guru, kita kenallah penguasaan murid yang mana lebih baik, sederhana dan lemah”. (PK2) “DSKP kena rujuk sebelum nak rancang RPH dan membina instrumen pentaksiran”. (PK3) Kriteria dalam Pemilihan Instrumen Kriteria yang dilihat oleh guru dalam memilih instrumen PBD ialah melihat kepada apa topik yang diajar pada minggu tersebut. Sebelum instrumen dibina, guru perlu melihat objektif supaya bersesuaian dan mampu ditaksir. “Kita mesti bagi ‘tally’ sebelum buat instrumen contoh soalan atau aktiviti pentaksiran”. (PK1) “Contoh kalau saya nak murid hasilkan folio contohnya saya nak murid hasilkan folio projek, saya akan memilih instrumen bertulis”. (PK2) Dalam kritetia pemilihan instrumen, guru juga mengambil kira aras pelajar itu sendiri. Jika didapati aras pelajar itu lemah, peranan guru untuk mengubahsuai instrumen pentaksiran murid. Jika pelajar di aras tinggi juga, guru juga perlu mentaksir mengikut kesesuaiannya supaya dapat membantu meningkatkan perkembangan intelektual mereka. Hal ini kerana guru melaksanakan pentaksiran yang sistematik perlu menekankan faktor ini dan keputusan dapatan yang tepat dapat membantu guru untuk menjalankan intervensi dan aktiviti penggayaan. Hal ini telah dinyatakan oleh PK3: “ambil kira jika pelajar kita lemah, kita mesti ubah suai soalan tadi berdasarkan tahap mereka”. (PK3) Persediaan Merekod Instrumen PBD Dalam persedian merancang instrumen PBD, guru juga perlu menitikberatkan perekodan instrumen dan dapatan pelajar sebagai evidens pentaksiran. Guru perlu membuat perekodan setelah selesai mentaksir. Beliau akan menyediakan perekodan sesuai dengan instrumen yang dibina kepada pelajar. Penyediaan ini termasuklah senarai nama pelajar, kelas, tajuk dan pemberian TP. Seperti yang telah dinyatakan oleh PK: “Guru kena rekod. Itu eviden sangat penting, kena sedia siap-siap, mesti ada senarai nama pelajar, kelas, tajuk dan contoh instrumen apa yang ditaksir dan rekod TP sekali”. (PK1) “Okey dalam template PBD Kat situ, kita akan letak lah tahap murid NI tahap 1 2 3 4 sehingga 6”. (PK2) “Instrumen dijalankan kita akan rekodkan dalam template yang disediakan”. (PK3) Berikut adalah rajah dapatan secara keseluruhan bagi proses perancangan instrumen PBD.


71 Rajah 3: Proses Perancangan Instrumen PBD Strategi Pelaksanaan Instrumen PBD Dalam melaksanakan amalan pelaksanaan instrumen PBD, kualiti sistem pentaksiran perlu ditekankan dalam memilih dan membina instrumen. Hal ini ditegaskan dalam kajian Rohaya (2023) berkaitan sistem pentaksiran termasuklah dalam proses memilih, membina, mentadbir prosuder pentaksiran, guru memberi skor markah dan seterusnya merekodkan pelaporan dan menggunakan keputusan sebagai intervensi. Keberkesanan proses pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru bergantung kepada matlamat dan objektif yang tercapai dalam PdPc. Pelaksanaan Instrumen PBD menjadi elemen penting sebagai ‘tool’ atau alat pentaksiran yang ingin diukur dan ditaksir oleh guru. Penyelidik meneroka amalan bagaimana guru menggunakan strategi atau teknik tertentu dalam membina instrumen. Dalam pembinaan instrumen PBD, guru akan memilih kaedah-kaedah pentaksiran tertentu seperti kaedah pemerhatian, kaedah penulisan dan kaedah lisan. Kaedah pentaksiran ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau boleh dijalankan secara serentak. Tujuannya sama iaitu untuk mengukur tahap penguasaan pelajar. Pembinaan instrumen diberi kebebasan untuk guru memilih, membina dan melaksanakan mengikut kaedah, kreativiti guru dan objektif pembelajaran. Kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan kepada pelajar adalah sangat subjektif. Hal ini demikian, tiada ketetapan dan standard khusus yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. (Mustaqim Roslan, 2023). Antara instrumen pentaksiran yang digunakan melalui kaedah pemerhatian iaitu senarai semak dan gambar aktiviti. Kaedah lisan pula melibatkan instrumen murid dengan guru, murid dengan murid dan murid dengan bahan pembelajaran. Instrumen untuk kaedah bertulis iaitu lembaran kerja, ujian mingguan atau bulanan atau kuiz. Instrumen bagi kaedah pentaksiran kendiri iaitu borang refleksi, pembentangan individu atau kumpulan dan analisis kriteria penguasaan murid. Instrumen bagi kemahiran mendengar pula iaitu menggunakan audio/ video, sebutan guru atau sebutan rakan. 1. Senarai Semak dan Gambar Aktiviti Senarai semak merupakan suatu senarai berkaitan apa yang telah dikuasai oleh murid. Sebagai guru, kita perlu kreatif untuk mempelbagaikan kaedah pentaksiran dan boleh menggunakan senarai semak sebagai instrumen pentaksiran. Guru perlu menilai senarai semak seseorang murid itu berdasarkan apa yang telah dikuasainya melalui kaedah pemerhatian. “Dari aktiviti itu, kita dapat tanda dekat senarai semak mereka menguasai atau tidak”. (PK1) “senarai semak kita kena print siap-siap, itu antara instrumen yang kita kena ada untuk taksir pelajar”. (PK3) Gambar aktiviti pula merupakan instrumen di mana guru mengambil gambar murid ketika pentaksiran berlangsung. Melalui gambar tersebut, guru dapat memerhati dan menilai proses semasa pentaksiran murid berlaku.


72 “contoh aktiviti lakonan hiwar tajuk tentang usrati, mereka tengah berkomunikasi, kita ambil gambar sebelum, semasa dan selepas aktiviti”. (PK1) “dari situ juga kita juga dapat perhati dan teliti aktiviti yang dilakukan oleh pelajar sama ada mereka dapat kuasai atau tidak”. (PK2) 2. Lisan Murid dengan Murid, Murid dengan Guru, Murid dengan Bahan Pembelajaran Antara instrumen untuk kaedah lisan termasuklah lisan soal jawab murid dengan guru, murid dengan murid dan murid dengan bahan pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam kaedah ini berkesan jika guru mengamalkan dalam konteks komunikasi Bahasa Arab, menyebut perkataan Bahasa Arab atau membaca sesuatu teks mutholaah atau menjawab kuiz. “Kita boleh menggunakan pendekatan lisan guru dengan murid dengan teknik penyoalan”. (PK2) “Murid sekarang kita boleh gunakan kaedah murid antara murid. Maksudnya murid soal murid , kita hanya sebagai fasilitator sahaja. Kita hanya tokok tambah kepada apa yang dijawab oleh murid antara murid. Itu satu pendekatan yang baik”. (PK1) “Murid antara murid murid bertanya kepada kawan bermaksud dia boleh membina soalan maksud dia faham dan murid lain pun boleh menjawab soalan rakannya”. (PK3) Peserta kajian juga melaksanakan instrumen lisan dengan bahan bantu mengajar terkini seperti menggunakan LCD dan mengaplikasikan dengan penggunaan ICT. “Saya juga membina soalan dengan menggunakan aplikasi ICT termasuklah quizizz atau kahoot. Itu merupakan satu perkara yang menyeronokkan buat pelajar”. (PK1) “kita tidak bergantung pada whiteboard semata-mata. Saya juga menggunakan quiziz dan kahoot iaitu melalui sumber ICT”. (PK2) 3. Lembaran Kerja, Ujian Mingguan atau Bulanan dan Kuiz Lembaran kerja boleh diberikan dalam pelbagai bentuk bertulis, soalan objektif atau subjektif, rajah atau peta minda dan sebagainya. Kaedah pentaksiran bagi instrumen bertulis juga boleh dilaksanakan dengan meminta pelajar menulis dan jawab soalan yang diberi di hadapan kelas atau guru melaksanakan ujian secara mingguan atau bulanan sebagai pengesanan tahap penguasaan pelajar dalam tempoh tertentu. Hal ini dinyatakan oleh peserta kajian iaitu: “Instrumen bertulis kita gunakan lembaran kerja contohnya, kita bagi pada pelajar dalam bentuk bertulis, pelajar jawab apa yang ditaksir dalam lembaran yang diberi”. (PK1) “Instrumen bertulis selalu buat, lepas belajar apa-apa, kita akan minta pelajar untuk menjawab soalan modul dan akan dibincangkan dalam kelas”. (PK2) “soalan yang dibina boleh dalam bentuk objektif, subjektif atau bentuk rajah ke, peta minda ke”. (PK3)


73 “Kita boleh juga taksir pelajar dengan buat sendiri ujian mingguan atau bulanan kepada pelajar, nak tahu penguasaan mereka sahaja, di samping nak tingkatkan lagi kelemahan pelajar dalam sesuatu topik tertentu”. (PK1) “Selain itu, saya akan buat soalan lain untuk mentaksir penguasaan pelajar pada akhir pembelajaran, contohnya saya akan buat ujian mingguan atau bulanan pada mereka. Ia bagus sebab kita dapat trace kelemahan pelajar kita”. (PK2) 4. Borang Refleksi atau Analisis Kriteria Penguasaan Murid, Pembentangan Individu atau Kumpulan Borang pentaksiran kendiri ini disediakan oleh guru dan diisi oleh pelajar sendiri hasil dari aktiviti yang mereka lakukan. Contoh pentaksiran kendiri ialah portfolio atau pembentangan kumpulan dan individu. Contohnya, pelajar diminta untuk membentangkan hasil plot karangan, mereka diberikan satu borang khas untuk pentaksiran kendiri dengan menilai kumpulan lain hasil karangan dan kesalahan tatabahasa. “saya juga ada buat kaedah pentaksiran kendiri iaitu guna lembaran kendiri atau orang panggil refleksi”. (PK1) “saya minta pelajar nilai hasil karangan dan cari kesalahan tatabahasa yang digunakan dalam karangan dan tulis dekat borang diberi oleh saya”. (PK3) “kalau murid bentang atau mana-mana kumpulan murid bentang, kita minta murid lain menilai, itu dipanggil penilaian kendiri”. (PK1) “saya akan minta kumpulan bentang, murid lain tengok dan nilai hasil pembentangan rakannya”. (PK2) “murid lain lihat hasil pembentangan rakannya dengan guru bagi kriteria yang perlu ada dalam pembentangan”. (PK3) 5. Mendengar melalui Audio/ Video, Sebutan Guru dan Sebutan Rakan Instrumen untuk kemahiran mendengar dengan menggunakan audio, video dan sebutan guru. Seperti yang dikatakan oleh peserta kajian: “untuk kemahiran mendengar, banyak yang boleh buat, dengar melalui audio, pasang video youtube atau kita sendiri sebut, pelajar ikut atau pelajar yang sebut, rakan lain ikut”. (PK1) “fokus utama saya adalah saya suka pelajar ni belajar mendengar dulu, Tak kiralah nak dengar audio ke nak dengar sebutan guru ke atau video. Instrumen yang saya gunakan untuk dengan audio atau video atau saya minta mereka dengar sebutan saya sendiri”. (PK2) Rajah 4 di bawah menunjukkan rumusan dapat bahagian ini iaitu kepelbagaian instrumen PBD melalui kaedah pentaksiran.


74 Rajah 4 : Rumusan Kepelbagaian Instrumen PBD melalui Kaedah Pentaksiran Aktiviti Pengayaan, Pemulihan dan Pengukuhan Selepas PBD Aktiviti pengayaan dan aktiviti pemulihan perlu dilaksanakan oleh setiap guru selepas menggunakan seseuatu instrumen dan didapati pelajar masih lemah. Hal ini kerana, pentaksiran itu sendiri adalah bertujuan untuk mengesan tahap penguasaan pelajar dan memberikan bimbingan dan pemulihan kepada murid yang didapati lemah dalam sesuatu pembelajaran tertentu. Peri pentingnya PBD ini semata untuk memberi latihan pengukuhan kepada pelajar dan besarnya kepentingan pelaksanaan kaedah dan instrumen yang baik mampu memberi kesan kepada tahap penguasaan pelajar Peranan guru untuk terus memberi bimbingan kepada pelajar walaupun sudah selesai proses PdPc dan pentaksiran, namun perjalanan bimbingan tidak terhenti setakat itu. Hal ini dinyatakan oleh: “Sebagai guru kita mesti ada pemulihan, pengukuhan, pengayaan untuk kita menilai ataupun memberikan output (hasil) yang lebih baik kepada murid”. (PK1) “setelah melaksanakan pentaksiran instrumen PBD ini, ya kita akan lakukan tindakan susulan iaitu aktiviti pengukuhan”. (PK2) “Sebab itulah buat PBD ni, kita kenal dan tahu penguasaan murid A, B dan C. Kita kena susun dan rancang aktiviti ikut tahap pelajar”. (PK3) a. Wujudkan Guru Muda dalam Kalangan Murid “bagi murid yang lemah, kita perbanyakkan membuat pengulangan dan pemulihan dan paling berkesan kita lantik guru muda. Guru muda membantu rakan-rakan yang lemah dalam kumpulan yang kecil”. (PK1) PK1 mencadangkan untuk mewujudkan pelajar yang cemerlang dilantik untuk menjadi guru muda. Pelajar yang dilantik menjadi guru muda dapat membantu rakan-rakan yang lemah dalam kumpulan yang kecil. Guru hanya memantau aktiviti pentaksiran dan membimbing jika diperlukan. Ustaz Saudi, PK1 merancang dan menyusun aktiviti pengayaan dan pengukuhan dengan baik agar pelajar mendatangkan hasil dan kesan yang baik terhadap pembelajaran. Begitu juga pendapat yang sama seperti PK2 dan PK3 berkaitan mewujudkan jawatan guru muda. PK2 mengatakan seperti ini:


75 “Atau bentukkan kumpulan kecil iaitu secara guru muda. Kita panggil pelajar yang lebih lebih baik daripada pelajar lain untuk menjadi guru muda”. (PK2) “Kita perhati mana pelajar yang menguasai dengan baik, kita lantik jadi guru muda”. (PK3) b. Ubahsuai Instrumen Ikut Kesesuaian Murid PK1 juga mencadangkan agar membuat pengubahsuaian instrumen mengikut tahap kesesuaian murid. Beliau berkata seperti ini: “kita tengok murid tu, sesuai ke tak dengan dia. Ubahsuai kaedah instrumen supaya dapat bantu dia capai objektif”. (PK1) Hal ini dinyatakan juga oleh PK2 seperti ini: “Kita akan bertanyakan tentang minat murid tersebut. Okey, kalau kita kena pastikan murid ni tak berapa dengan instrumen ini, murid ni okey, kita akan tanyakan terus kepada sikap dan minat dia okey dan melalui perlakuan murid itu pun kita dapat menilai sebenarnya okey murid ni sesuai tak dengan instrumen ni sesuai tak dengan instrumen itu, murid lebih kepada instrumen apa. Okey, biasanya tindakan susulan kita akan ambil lah untuk meningkatkan potensi murid”. (PK2) “Kita bantu mereka tengok semula kesesuian instrumen yang ditaksir, takut mereka tak faham pelaksanaan instrumen tu, kita tukar semula” (PK3) Semua peserta kajian mengatakan tindakan susulan serta merta perlu diambil setelah melaksanakan pentaksiran menggunakan instrumen-instrumen PBD. Ini selaras dengan tujuan aktiviti pengayaan adalah untuk meningkatkan potensi murid dan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Refleksi Selepas Penggunaan Instrumen PBD Amalan refleksi yang digunakan oleh guru adalah guru melalui proses kaedah pengajaran dan pentaksiran juga melalui proses dalam menentukan instrumen pentaksiran. Melalui proses itu, guru sendiri akan mempelajari apa yang berkesan atau tidak terhadap penguasaan pelajarnya berdasarkan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam DSKP. a. Refleksi Bersama Rakan Guru PK1 menasihati supaya guru sentiasa bertanya dengan rakan guru lain berkaitan instrumen pentaksiran yang sesuai dengan tahap pelajar dan adakah memberi kesan yang baik untuk penguasaan. Sentiasa berbincang dengan guru-guru lain kaedah dan cara mereka mengajar dan mentaksir pelajar. “Penting kenapa refleksi? Sebab kita nak mengukur sama ada objektif yang perlu dicapai oleh murid berjaya atau tidak.kita bertanyakan kawan kita. Kita refleksi contohnya lepas PDPC ke ataupun instrumen yang kita buat ke pertama kita boleh tanya rakan kita, rakan guru kita soalan ini instrumen ini macam mana sesuai dengan budak tahapnya, macam mana sebagainya”. (PK1)


76 Begitu juga dinyatakan oleh PK2 akan sentiasa mengambil input baru dan gabungjalinkan idea dari guru-guru senior kerana ilmu dan pengalaman mereka sangat berharga dan penting. “Refleksi semula pengajaran dengan sentiasa berbincang dengan rakan sama ada instrumen yang kita lakukan bersesuaian dengan objektif dan tahap kemampuan murid, biasa rakan-rakan guru selalu share dan kita sama-sama baiki, ambil input dan idea dari guru senior itu lebih penting sebab mereka ni banyak pengalaman mengajar”. (PK2) Seperti yang dikatakan oleh PK3 juga iaitu: “selepas tu, kita dapat tahulah mana kekurangan kaedah kita, mana yang lebih baik untuk kita amalkan bila kita selalu berbincang sesame rakan guru”. (PK3) b. Refleksi Bersama Murid PK1 mengatakan guru membuat refleksi dengan pelajar juga adalah suatu perkara yang baik.Beliau akan bertanyakan maklum balas kepada pelajar adakah instrumen yang ditaksir kepada mereka memberi kefahaman atau tidak dalam pembelajaran Bahasa Arab. Jika beliau mendapati pelajar tidak dapat menjawab dan tidak memahami persoalan instrumen yang diukur, maka guru perlu buat ‘plan do check action’ iaitu proses penambahbaikan berterusan dalam suatu proses pembelajaran sehingga guru menjumpai suatu kaedah yang berkesan. “Dan kita dengan murid pun kena ada refleksi, contohnya macam mana soalan ustazah ustaz mengajar ke apa ke boleh jawab tak macam mana suka ke, macam mana ke sebagainya, itu kena refleksi, kita pun kena tanya kita juga.nak tahu feedback. Macam mana saya mengajar harini macam mana paham ke tak? Tapi kalau kita dapati ada satu persoalan murid tak faham tak dapat jawab ataupun instrumen tak boleh mengukur. Maka kita kena pergi semula kepada plan do check action.Pelajar laksanakan observation dan kita refleksi semula, tak boleh lagi kena u-turn pergi semula. Mungkin ada satu kaedah pengajaran yang lain yang lebih bagus.Sebab itulah lepas mengajar kita still on going dengan refleksi terus”. (PK1) PK2 juga menyatakan perkara yang sama berkaitan refleksi bersama murid. Guru perlu tanya apa instrumen yang murid suka dan minat. “Tanya murid apa instrumen yang dia suka? Biasanya mereka minat kalau guru taksir guna ICT. Guna aplikasi quiziz. Memang seronok depa”. ( PK2) Keberkesanan Kaedah Penggunaan Instrumen PBD Pentaksiran Bilik Darjah adalah proses menilai pelajar secara menyeluruh hanya bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Keberkesanan bergantung kepada bagaimana guru menggunakan kepelbagaian instrumen PBD melalui kaedah pentaksiran dalam bilik darjah dan aktiviti pengayaan, pemulihan dan pengukuhan yang telah dilakukan oleh guru. a. Mampu Membaik Pulih Penguasaan Pelajar Instrumen PBD yang berkesan dapat membantu untuk mengukur tahap penguasaan pelajar. Peserta kajian bersetuju tentang instrumen PBD yang berkualiti penting untuk membaik pulih


77 tahap penguasaan pelajar. Selepas pentaksiran berlaku untuk sesuatu tajuk pembelajaran peserta kajian akan mengesan masalah pembelajaran murid, dan akan melakukan intervensi menggunakan instrumen yang bersesuaian dan berkesan dan dari masalah yang timbul dapat diselesaikan dan menghasilkan kesan yang positif kepada pelajar dan dari situ baru tahu keberkesanan penggunaan sesuatu instrumen itu. Hal ini dinyatakan oleh PK1: “betul instrumen yang kita bina itu memberi kesan kepada tahap murid, berkesan ke instrumen tu, dapat ke kita trace(kesan) masalah murid dari itu, sebab tu penting untuk kita bina instrumen yang berkualiti”. (PK1) “Contoh kita mentaksir pelajar, selepas mentaksir kita mendapati beberapa murid itu lemah dalam membina ayat insya’ (karangan), maka bermulalah aktiviti intervensi iaitu pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. kita ubahsuai guna instrumen yang betul untuk biar dia pandai bina ayat, contoh kita bagi dulu bina sebaris ayat dengan kaedah bertulis guna instrumen latihan dalam bentuk rajah ke, dalam bentuk peta minda ke, dari situ dia buat latihan bina ayat sehingga dia mampu bina sebuah karangan Bahasa Arab, maka kita sebagai guru dengan guna instrumen yang betul itu tadi kita boleh membantu masalah pembelajaran pelajar kita”. (PK1) Hal ini turut dipersetujui oleh PK2 & PK3: “Saya buat aktiviti pentaksiran dalam kelas, pelajar Selepas mentaksir, saya dapati ada pelajar yang kurang mahir dalam berkomunikasi Bahasa Arab, maka saya buat pengukuhan, saya pilih instrumen lisan., tidak terhenti di dalam bilik darjah. maka kita wujudkan pengucapan awam di perhimpunan, jadi di situ pelajar dapat berkomunikasi bercakap dengan lebih baik lagi di hadapan satu sekolah di hadapan guru di hadapan rakan rakan lain. Okey, kita nampak lah dengan instrumen PBD yang kita pilih dalam kelas tadi, mampu membantu masalah pelajar ini dalam berkomunikasi Bahasa Arab dan dapat menghasilkan pelajar yang bukan sahaja boleh berkomunikasi Bahasa Arab dalam kelas tetapi di hadapan khalayak ramai”. (PK2) “Kita nak murid kita ni hafal dhomir fiil madhi, mudhori’ dan fiil amar ( ضي ِماَ ْ فِ ْع ِل ال ْمر ْألَ فِ ْع ُل ا ِ ِرع ُم َضا ْ ِف ْع ِل ال ْ ال .(ِContohnya kita suruh je murid melalui pemerhatian. Maksudnya, murid tengok je tasrif yang dihafal di depan kelas. murid akan kurang dapat benda tu. hasil dia tak begitu memberangsangkan berbanding kita menggabungkan instrumen pemerhatian dan instrumen lisan. Contoh saya minta mereka hasilkan nyanyian tasrif al madi nyanyian tasrif feel Amar nyanyian tasrif feel mudhori (مرْ ْألَ فِ ْع ُل ا ِ ِرع ُم َضا ْ ِف ْع ِل ال ْ َما ِضي ال ْ ال ل ِعِ ْف.(ِJadi pelajar akan dapat. Itu yang akan menambah baik hasil objektif pdpc kita pada hari tersebut, kita kena bijak merancang, tidak semua aktiviti stick pada satu instrumen sahaja. Guru boleh mengubahsuai dan perlu ada kreativiti”. (PK3) Peri pentingnya fungsi PBD itu sendiri adalah untuk menjadikan pembelajaran lebih efektif dengan peranan dan komitmen guru yang sentiasa memantau peningkatan semasa pembelajaran pelajar. Pelajar bukan hanya ditaksir di akhir sesi pembelajaran semata-mata hanya untuk mengejar bilangan A, namun dengan PBD ini pelajar mampu mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh. Namun, instrumen PBD ini berkesan apabila kita memilih instrumen yang betul dalam sesuatu objektif yang ingin dicapai oleh murid. Namun, keberkesanannya dapat dilihat setelah kita mampu melihat hasil yang baik dari pelajar dan akan melalui proses pengukuhan (intervensi) terlebih dahulu. Ia sesuatu pendekatan dan usaha yang


78 baik dari komitmen seorang guru yang efisyen membantu pelajar dalam masalah pembelajaran sekaligus memberi nilai tambah dalam peningkatan ilmu dan bakat pelajar. b. Murid Mampu Menilai Tahap Diri Sendiri Instrumen PBD yang berkesan kepada pelajar adalah sehingga mereka sendiri mampu untuk menilai diri sendiri tahap penguasaan sesuatu pembelajaran. Murid ini akan dapat mengetahui tahap kemahiran mereka dan mereka mendapati kelemahan apa yang telah ditaksir mengikut instrumen yang dinilai oleh guru. Oleh hal yang demikian, murid itu akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan penguasaan mereka. Hal ini juga ada dinyatakan oleh PK1 dan PK2: “Sebenarnya instrumen-instrumen PBD yang kita dah jalankan kepada pelajar ni, ia juga dapat membantu pelajar ini menilai prestasi diri sendiri. Tahap penguasaan kemajuan, pencapaian kekuatan diri ini secara refleks. Reflect diri dia mana yang kurang”. (PK2) “dengan instrumen penilaian kendiri tu murid boleh tahu sejauh mana kefahaman mereka”. (PK1) Menilai diri sendiri adalah suatu proses kendiri dalam memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kekuatakan yang ada. Dengan penggunaan instrumen pentaksiran yang berkesan oleh guru, murid mampu menilai kemajuan yang ingin dicapai dalam pembelajaran. Maka mereka akan bertanggungjawab sendiri atas pembelajaran mereka. Dalam teori Self-Evalution Maintainace (Tesser, 1988) mengatakan refleksi diri mampu menjadikan prestasi diri lebih baik dan memberi manfaaat. c. Meningkatkan Motivasi Murid dan Galakan Pembelajaran Motivasi murid akan meningkat sekiranya murid maklum jika dia akan ditaksir menggunakan instrumen-instrumen yang menarik dan mampu memberikan galakan dan daya tarik agar murid sentiasa bersemangat setiap kali pembelajaran dan pentaksiran berlaku. Aktiviti pentaksiran dengan penggunaan instrumen yang berkualiti mampu menggalakkan murid untuk terus berusaha dan berlumba-lumba untuk jadi yang terbaik dalam bilik darjah. Seperti yang dikatakan oleh PK1 & PK2: “murid suka kalau kita buat aktiviti menarik, guna instrumen menarik lagi-lagi dunia moden sekarang guna ICT contoh kahoot, quizziz, mereka suka tidak boring, selalu setiap kali kelas nak buat pentaksiran mereka akan tanya harini ada quiziz tak ustaz? Ha ni yang akan meningkat motivasi dan menggalakkan dia untuk terus berminat belajar Bahasa Arab”. (PK2) “contohnya bila cikgu cakap okey saya nak menilai tahap PBD kamu eh okey murid ni dia akan rasa macam dia akan memberi peluang kepada murid tu nak belajar dalam pasukan atau kumpulan dia kan. Okey, dia sentiasa berusaha untuk komunikasi antara satu sama sama lain dan dia akan melibatkan diri dia secara aktif dalam PdPc berbanding yang sebelum ini. Kalau dia pasif bila kita sebut je okey saya nak menilai PBD dia akan jadi aktif di dalam PDPC tu. Yang saya nampaklah dia akan meningkatkan motivasi murid dan keupayaan dia, sekaligus dapat bantu pelajar tadi dalam menguasai sesuatu pembelajaran”. (PK2) Berikut merupakan tiga keberkesanan kaedah penggunaan instrumen PBD yang berkualiti mampu meningkatkan tahap penguasaan murid. Penggunaan instrumen PBD yang


79 dipraktikkan dalam kelas boleh membantu pelajar untuk sentiasa menilai prestasi sendiri dan meningkatkan motivasi pelajar itu sendiri. Hal ini demikian kerana dengan PBD ini akan menjadikan pelajar yang pasif menjadi aktif kerana instrumen yang dipilih guru itu menuntut penglibatan pelajar sepenuhnya. Dengan usaha dan pendekatan ini sekaligus dapat disimpulkan instrumen PBD yang berkesan mampu membantu meningkatkan tahap penguasaan murid. PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN Penyelidik mendapati hasil dapatan kajian telah mewujudkan empat tema utama secara menyeluruh berkaitan amalan pelaksanaan instrumen PBD yang menghasilkan beberapa tema asas yang terhasil dari transkrip temubual seperti yang telah dinyatakan. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga peserta kajian mempunyai pengetahuan dan dapat menghuraikan jawapan berdasarkan persoalan kajian. Penyelidik telah mendapati ketiga-tiga peserta kajian telah mengamalkan aspek mengenal pasti objektif pengajaran, merancang, melaksanakan, mengesan, merekod seterusnya membuat intervensi dan membuat refleksi berkaitan amalan instrumen PBD dalam PdPc mereka. Perbincangan utama telah dinyatakan berkaitan amalan pelaksanaan instrumen PBD yang telah mewujudkan empat tema iaitu proses perancangan instrumen, strategi pelaksanaan instrumen, aktiviti pengayaan, pemulihan dan pengukuhan serta refleksi selepas penggunaan instrumen PBD. Dalam proses perancangan instrumen iaitu melibatkan perancangan awal, kriteria pemilihan instrumen dan persediaan merekod instrumen PBD. Ketiga-tiga peserta kajian membincangkan jawapan tema ini bagi menjawab persoalan kajian. Kemudian, dapatan kajian membincangkan berkenaan dengan strategi pelaksanaan instrumen PBD dan mewujudkan beberapa subtema iaitu melalui kaedah pemerhatian iaitu senarai semak dan gambar aktiviti. Senarai semak telah diamalkan oleh PK1 dan PK3. Gambar aktiviti pula diamalkan oleh PK1 dan PK2. Kaedah lisan pula melibatkan instrumen murid dengan guru, instrumen ini telah biasa diamalkan oleh guru termasuk ketiga-tiga peserta kajian. Instrumen lisan murid dengan murid pula juga telah diamalkan oleh ketiga-tiga peserta kajian. Instrumen lisan murid dengan bahan pembelajaran pula dilaksanakan oleh PK1 dan PK2 iaitu menggunakan kaedah ICT. Instrumen untuk kaedah bertulis iaitu lembaran kerja, ujian mingguan atau bulanan atau kuiz. Instrumen ini diamalkan oleh ketiga-tiga peserta kajian. Bagi instrumen kaedah pentaksiran kendiri termasuklah borang refleksi atau analisis kriteria penguasaan murid dan pembentangan individu atau kumpulan. PK1 dan PK3 telah menggunakan borang refleksi untuk pentaksiran kendiri. Pembentangan individu telah dilaksanakan oleh kesemua peserta kajian. Instrumen bagi kemahiran mendengar pula diamalkan oleh PK1 dan PK2 dengan menggunakan audio/ video, sebutan guru atau sebutan rakan. Seterusnya berkaitan jawapan tema lain iaitu aktiviti pengayaan, pemulihan dan pengukuhan. Melalui tema ini, telah mewujudkan dua tema iaitu semua peserta kajian mencadangkan dengan melantik guru muda dalam kalangan murid adalah antara aktiviti pengayaan dan pemulihan yang berkesan. Selain itu, guru perlu mengubahsuai instrumen ikut tahap kesesuaian murid. Ketiga-tiga peserta kajian mengatakan hal yang sama. Akhir sekali, tema berkaitan refleksi selepas penggunaan PBD iaitu telah muncul dua tema iaitu guru perlu membuat refleksi bersama rakan guru dan refleksi bersama murid. Ketiga-tiga peserta kajian melaksanakan refleksi bersama guru, namun PK1 dan PK2 sahaja yang melaksanakan refleksi bersama murid. Dapatan kajian dapat menghuraikan semua peserta kajian melakukan refleksi


80 selepas menggunakan instrumen PBD. Jawapan kepada dapatan kajian ini menunjukkan peserta kajian mengamalkan perancangan, pelaksanaan instrumen yang pelbagai, aktiviti pengayaan dan pemulihan serta refleksi selepas menggunakan instrumen dalam proses pentaksiran dalam bilik darjah. Bagi menjawab persoalan yang kedua, penyelidik telah membuat kajian kepustakaan dengan meneliti kaedah pelaksanaan instrumen PBD yang berkesan dalam pentaksiran bilik darjah. Penyelidik membuat pembacaan dan mencari maklumat tentang keberkesanan setelah menggunakan sesuatu instrumen tersebut. Selain itu, penyelidik juga menggunakan temubual sebagai instrumen pemerolehan data untuk persoalan kajian yang kedua ini. Hal ini demikian, guru perlu mengetahui setiap keberhasilan yang dapat diwujudkan setelah menggunakan sesuatu instrumen, adakah boleh memberi nilai tambah dan meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Semestinya setiap kaedah instrumen itu memberi manfaat dan panduan buat guru dalam melaksanakan pentaksiran. Penyelidik telah menghuraikan tiga keberkesanan yang dapat melalui kaedah pelaksanaan instrumen PBD dan dinyatakan oleh ketiga-tiga peserta kajian. Pertama, ketiga-tiga peserta kajian menyatakan instrumen PBD mampu membantu membaik pulih penguasaan pelajar. Kedua, PK1 dan PK2 menyatakan dengan pelaksanaan instrumen PBD juga murid dapat menilai tahap kemampuan diri sendiri. Ketiga, guru menggunakan instrumen yang menarik mampu menarik motivasi dan memberikan galakan dan daya tarik agar murid sentiasa bersemangat setiap kali pembelajaran dan pentaksiran berlaku. Hal ini dinyatakan oleh PK1 dan PK2. Maka dengan dapatan kajian ini boleh disimpulkan penggunaan instrumen PBD yang berkualiti mampu memberi keberkesanan yang mantap bagi meningkatkan tahap penguasaan murid, motivasi dan galakan pembelajaran buat mereka. Penyelidik mencadangkan beberapa cadangan kajian buat penyelidik akan datang berkaitan tajuk instrumen PBD. Antaranya ialah penyelidik mencadangkan kajian kuantitatif dengan membuat kajian korelasi tentang hubungan antara keberkesanan instrumen PBD dengan pencapaian murid dalam UASA Tingkatan 3. Adakah terdapat hubungan dan perkaitan keberkesanan instrumen PBD sekolah terhadap pencapaian murid dalam UASA. Kajian yang dicadangkan oleh penyelidik ini boleh memberikan impak yang lebih baik kepada pelaksanaan instrumen PBD. Penyelidik juga mencadangkan satu lagi kajian iaitu penyelidik untuk melakukan kajian kuantitatif iaitu membina soal selidik berkaitan kepelbagaian instrumen PBD yang dijalankan di sekolah rendah atau sekolah menengah. Kajian itu bertujuan untuk meninjau guru-guru dalam pelaksanaan amalan instrumen PBD yang terbaik dalam matapelajaran Bahasa Arab. Kesimpulannya, penyelidik telah membentangkan dapatan kajian dalam bentuk tema dan sub tema yang telah didapati dalam dapatan kajian. Penyelidik mencadangkan kajian ini boleh dijadikan panduan buat guru dalam perancangan, pemilihan dan pelaksanaan instrumen PBD dalam pentaksiran dalam bilik darjah. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan buat guru yang ingin mengetahui keberkesanan instrumen yang dibina dalam proses pentaksiran berlaku untuk membantu pelajar meningkatkan pembelajaran dan motivasi mereka. Diharapkan kajian ini memberi manfaat kepada pembaca demi kelestarian sistem PBD dan pentaksiran sekolah amnya. PENGHARGAAN Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya kerana telah dapat menyiapkan kajian ini pada lingkungan masanya. Setinggi junjungan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada selaku penyelia saya, Prof Dr. Nik Mohd Rahimi bin Nik Yusoff kerana telah memberi bimbingan yang banyak kepada saya dalam penyediaan kajian ini. Tidak lupa juga


81 semua pensyarah yang mengajar dari semester 1 sehingga kini di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Penghargaan khusus buat penyunting semangat saya, suami Muhd Muzairie yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang perjalanan ini dan tidak lupa anakanak yang masih kecil, Arsyad Muhassin dan Aysar Muhassin. Semoga mereka ini menjadi saksi pengorbanan dalam perjalanan cabaran ilmu ini. Penghargaan juga buat bonda dan ayahanda tercinta, ummi dan abah sebagai penyunting semangat saya untuk meneruskan tanpa henti. Kedua-dua mereka juga banyak membantu dan sempat menjadi saksi kajian ini. Saya juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih daun keladi kepada peserta kajian saya yang sanggup meluangkan masa untuk ditemubual iaitu Ustaz Saudi dan Ustazah Hanisah. Mereka adalah sumber inspirasi yang banyak menyumbang data kepada kajian ini. Semoga apa yang disumbangkan dengan segala ilmu dan perkongsian dalam kajian ini memberi manfaat dan dibalas segala jasa oleh Allah S.W.T. RUJUKAN Abdul Razif Zaini. (2019). Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia: Permasalahan dan Cabaran. Jurnal Pendidikan Islam, Vol. 12 No. 1 Abdullah, N., Wong, K. T., Zaini, S. H., Ali, S. R., & Hasan, M. (2020). Science Teacher’s Teaching Practise in the Implementation of 21st Century Education in Classroom. PalArch's Journal of Archaeology of Egypt/ Egyptology, 17(9), 933-941. https://archives.palarch. nl/index.php/jae/article/view/3568/3551 Arumugham. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152–161 Bryman, A. (2008). Quality Criteria for Quantitative, Qualitative and Mixed Methods Research: A View from Social Policy. International Journal of Social Research Methodology, 11(4), 261-276, 2008. Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan (Edisi Ketiga). McGraw Hill Education (Malaysia). Hazrul Affendi Mohmad Razali. (2020). Elemen Pengajaran Berkesan Bahasa Arab. Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang Husni Abdullah. (2018). Pendidikan Abad ke 21 dalam Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah di Malaysia: Amalan dan Cabaran. Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi Ishak Muhammad Rejab. (1992). Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia, Dlm. Ismail Ab. Rahman (pnyt.). Pendidikan Islam di Malaysia. Bangi. Penerbit: UKM Lee Hoi Yeh & Mohd Zahuri Khairani. (2018). Pelaksanaan PBD Guru-guru PSV Hilir Perak dan Bagan Datuk dalam Pengajaran dan Pelajaran Berasaskan Estetik. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 6, 1-10 Maki, P. L. (2002). Developing an Assessment Plan to Learn about Student Learning, Journal of Academic Librarianship, Vol. 28 No. 1, pp. 8-13 Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria & Suhaila Muner. (2021). Tahap Kesediaan Guru Sekolah Rendah di Daerah Klang, Selangor dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dari Aspek Pengetahuan. International Journal of Modern Education. Vol. 3 (June 2021) pp. 1-8 Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation. San Francisco: Jossey-Bass Mohammad Abdillah Samsuiman, Miss Asma Benjaman & Zamri Arifin. (2014). Hubungan antara Kualiti Guru Bahasa Arab dan Kecenderungan Minat Pelajar dalam Bahasa Arab. Jurnal Kemanusiaan Bil. 22. Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Haidzir Yusof@Jusoh & Norasmah Othman. (2019). Isu dan Permasalahan Pentaksiran


82 Alternatif dalam Sistem Penilaian di Malaysia. E-prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 337-349. Mohd Ismail Mustari, Kamarul Azmi, Jasmi Azhar & Muhammad Rahmah. (2012). Model Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Yahya Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia Mohd. Najib Ghafar. (2011). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah (Edisi Kedua). Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Noel & Sakudan, Kiah Sakudan & Semion, Mohamad. (2021). Lestarikan Pentaksiran Bilik Darjah (Pbd) Demi Kemenjadian Murid. https://www.researchgate.net/publication/ 351135097_LESTARIKAN_PENTAKSIRAN_BILIK_DARJAH_PBD_DEMI_KEMENJADIAN_ MURID (Diakses pada 23 November 2023) Norasmah O. (2000). Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja. Tesis PhD, UPM Robson, C. (2011). Real World Research: A Resource for Social-Scientists and PractitionerResearchers. 3rd edition. Oxford: Blackwell Publishing. Roth. (1986). Problems in Social Science. https://journals.sagepub.com/toc/posa/16/1, Sitorus, MTF. (1998). Penelitian Kualitatif: Suatu Perkenalan. Bogor: Dokis. Stiggins, R. J., & Bridgeford, N. J. (1984). The Use of Performance Assessment in the Classroom. Northwest Regional Educational Laboratory. https://files.eric.ed.gov/fulltext/ ED24 2718.pdf Yin, Y., Tomita, M. K., & Shavelson, R. J. (2013). Using Formal Embedded Formative Assessments Aligned with a Short-Term Learning Progression to Promote Conceptual Change and Achievement in Science. International Journal of Science Education, (December), 1–22. Zamri. M. 2004. Strategi Pembelajaran BM Pelajar Melayu. Tesis PhD, UKM KETERANGAN BERKENAAN PENULIS Nur Amalin Aisyah Nazri Pelajar Sarjana Pendidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia. [email protected] Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr. Jabatan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia. [email protected]


Click to View FlipBook Version