The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KISAH SANG ITIK YANG BAIK HATI-JULINE ULANA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d088706, 2022-02-24 11:07:50

KISAH SANG ITIK YANG BAIK HATI-JULINE ULANA

KISAH SANG ITIK YANG BAIK HATI-JULINE ULANA

KAL3053 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN
MORAL KANAK-KANAK

Kisah






BUKU CERITA KANAK-KANAK TADIKA

Penulis : Juline Ulana / D20191088706

KANDUNGAN

Pengenalan............1
Jalan cerita.............2-11
Moral cerita...........12
Soalan KBAT...........13
Ativiti kraf..............14
Rujukan .................15

Nilai Murni : Baik Hati

Watak dalam cerita ialah Sang
Itik, Si Monyet dan Si Ayam. Sang
itik watak utama yang baik hati. Si
monyet dan Si Ayam pula watak
nakal dan sombong. Namun
mereka tetap ditolong oleh Sang
Itik ketika mereka susah.

PENGENALAN

Pada zaman dahulu ada kisah seekor
Itik. Sang Itik tinggal di sebuah hutan
bersama monyet dan ayam.

Di hutan itu, sang itik sering diejek oleh si
Monyet dan si Ayam.






Hey! Itik kamu pergi
kemana. Kamu berjalan

aneh. HA!HA!HA!

Walaupun dihina dan diejek oleh haiwan

lain, sang itik tetap tidak berkecil hati.






Hey ! itik jelek. Warna kamu
buruk. Lihatlah saya, warna
cantik dan menawan. HA!
HA! HA!

Pada suatu hari, Sang itik mencari

makanan di hutan. Tiba-tiba Sang Itik

melihat si Monyet di tepi sungai.


Monyet kenapa

kamu sedih di
tepi sungai ini?
Saya ingin buah pisang di
seberang itu. Tapi saya
tidak pandai berenang.

Rupanya si monyet lapar dan tidak pandai
berenang untuk mengambil pisang di
seberang sungai itu.






Oh jangan sedih, saya Benarkah? Tetapi
akan tolong kamu saya sering mengejek
seberang sungai itu. kamu sebelum ini.

Walapun telah diejek oleh monyet,
tetapi sang itik tetap ingin
menolongnya.

Tidak apa monyet,
saya malu itik. saya
saya tetap akan
minta maaf, saya
tolong kamu. tidak akan mengejek
haiwan lain lagi.

Akhirnya, si monyet pun dapat makan
pisang. Si monyet gembira dan memuji
kebaikan sang itik.



Kamu
hebat. Jika tidak kerana

kamu, saya akan mati kelaparan.

Terima kasih
Itik

Sama-sama monyet.

Semasa balik, hujan turun lebat dan banjir.
Mereka melihat si ayam hampir tengelam di
dalam banjir.

Tolong, saya tidak
pandai
berenang. saya akan mati
lemas.

Bertenanglah ayam.
saya akan tolong kamu.

Sang itik pun tarik si ayam ke tepi sungai.
Si ayam gembira dan berterima kasih
kepada Sang itik.

Terima ka
sih itik.

Saya minta maaf

kerana so
mbong

kepada kamu.




Sama-sama Ayam

Sang Itik gembira kerana si Monyet dan si
Ayam menyesal atas perbuatan mereka.
Sejak itu mereka berkawan baik dan saling
tolong-menolong.

Baiklah, mulai
sekarang kita
berkawan ba
ik dan hidup

tanpa memburukkan haiwan
lain.

NILAI MORAL

Sentiasa bersikap
baik hati sesama

insan yang
memerlukan.

SOALAN KBAT

1.Bagaimanakah Sang Itik menunjukkan
sikap baik hati? (Aplikasi)

2. Beri sebab kenapa si Monyet minta
maaf kepada sang Itik.(Analisis)

3. Beri pendapat anda tentang sikap si
Ayam terhadap Sang Itik. (Pernilaian)

AKTIVITI KRAF : JOM BUAT KRAF ITIK

1.Sediakan bahan 2.Gunting garisan 3.Letak gam

4. Gam cara lengkung 5.Lipat, lukis dan gunting 6.Lukis mata

7. Lekat semua 8. Pandangan sisi 9. Kraf siap

RUJUKAN

1.Muhamad Azhar Md Haris 2019, Kisah Ayam
dan Itik . Pada pautan link berikut:
https://anyflip.com/ixwbk/mmlf

2.Animasi Kartun, Bebek Di jalan ; cerita untuk
anak-anak : https://youtu.be/TvLP-Pc2pgs

3. Gambar animasi kartun hutan
https://my.lovepik.com/image-
400056989/cartoon-vector-fall-forest-
background.html

4.Gambar itik vector https://ms.pngtree.com/free-
png-vectors/kartun-itik


Click to View FlipBook Version