PERKEMBANGAN
PERSONAL,
SOSIAL & EMOSI
KANAK-KANAK
PENULIS & PENERBIT:
-NUR DINI BINTI MD ZAMARI
-NURSHAFINAZ BINTI ROZALI
-NAJWA ASMA BINTI POBIL
1
Isi Kandungan Muka Surat
Perkara 4
Bab 1: Perkembangan Personal 5-6
Definisi Personal 7
Ciri-ciri & Jenis-jenis Personaliti 8-9
Perbezaan Personaliti 10
Faktor-faktor yang mempengaruhi 11
Kesan-kesan Perkembangan Personaliti
Peranan Pelbagai Pihak 12
Bab 2: Perkembangan Sosial 13-15
Definisi Sosial 16-17
Faktor-faktor Perkembangan Sosial 17-19
Teori Psikososial 19-20
Tingkah laku sosial 20-21
Kepentingan Perkembangan Sosial
Cadangan Penambahbaikan 22
Bab 3: Perkembangan Emosi 23
Definisi Emosi 24
Komponen & Bentuk-bentuk Emosi 24
Perubahan Emosi 25-27
Perkembangan Emosi 28
Teori Perkembangan Emosi 28-29
Pola Emosi yang Dirasai 30
Faktor Perkembangan Emosi
Penutup
2
Prakata
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya kami dapat
menghasilkan buku yang bertemakan psikologi Pendidikan dengan mengaplikasikan
teknologi Pendidikan terkini serta berunsur keusahawanan yang bertajuk ‘Perkembangan
personal, sosial dan emosi kanak-kanak’. Kami juga sangat bersyukur kerana telah
menyiapkan tugasan PGA 101 dengan bimbingan Dr. Rusila dan Prof Madya Dr.
Shahabuddin Hashim. Diharapkan buku ini dapat dijadikan sebagai rujukan dan panduan
yang berguna kepada pengguna untuk meningkatkan pengetahuan mereka.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
yang tidak terhingga kepada ahli kumpulan saya yang bertungkus lumus menyiapkan
tugasan ini dan memberi kerjasama yang baik dalam memikul amanah masing-
masing.Walaupun terdapat pelbagaicabaran dan kekangan yang terpaksa ditempuhi
kami sebagai ahli kumpulan perlu memberi komitmen yang tinggi untuk menghasilkan
buku yang berkualiti.
Buku ini dihasilkan untuk memberi pendedahan kepada semua pihak tentang
perkembangan kanak-kanak dari segi personal, emosi dan sosial. Buku ini amat sesuai
untuk semua golongan terutama golongan ibu bapa untuk mengenali sifat dan tingkah
laku anak-anak mereka dengan lebih mendalam. Semoga buku ini dapat menjelaskan
dengan lebih terperinci mengenai perkembangan kanak-kanak. Golongan remaja juga
sesuai untuk membaca buku ini memandangkan bahasa yang digunakan sangat mudah
untuk difahami.
3
PERKEMBANGAN PERSONAL
DEFINISI PERSONAL
Maksud personal dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah keperibadian dan
perwatakan. Dari segi psikologi pula personal adalah sebagai himpunan pola emosi,
pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa.
Perkataan personal berasal dari perkataan inggeris iaitu ‘personalite’ dan
perkataan Latin ‘personalis’ yang memebawa maksud peribadi atau sifat peribadi serta
pemikiran individu. ‘Persona’ yang bermakna seseorang individu, insan dan manusia atau
bermaksud topeng muka yang digunakan oleh pelakon-pelakon Yunani diatas pentas
untuk berlakon.
Menurut Allport dalam bukunya Personaliti mendefinisikan personaliti seperti
berikut: "Personaliti adalah suatu sistem psiko fizikal yang dinamik. Sistem psiko fizikal
yang dinamik akan memberi garis panduan kepada seseorang individu bagi menentukan
cirri-ciri tingkah laku yang bersesuaian dengan persekitaran kemanusiaan dan fizikal.
Personaliti yang dinamik ini memberi ruang kepada perubahan yang positif yang
bergantung rapat dengan keadaan fizikal seseorang. Personaliti merupakan organisasi
yang dinamik. Organisasi yang ada dalam diri individu tidak termasuk di luar diri individu.
Organisasi mempunyai sifat dan bakat yang saling berkaitan. Allport menggunakan
sistem psiko fizik bagi menunjukkan bahawa jiwa dan raga sentiasa berperanan antara
satu sama lain. Ini kerana tidak ada individu yang memiliki personaliti orang lain.
Menurut Gage dan Berliner, 1984 personaliti ialah integrasi keseluruhan tret-tret,
kebolehan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, gaya kognitif, tindak balas emosi dan
ciri-ciri seseorang. Oleh itu, personaliti merangkumi segala aspek mengenai tingkah laku
manusia. Manakala, pandangan Hilgard, 1962 pula personaliti konfigurasi ciri-ciri individu
dan cara bertindak balas yang menentukan bagaimana seseorang individu
menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Pada dasarnya, perkembangan kanak-kanak berlaku secara kronologis dan
berperingkat. Semakin usia meningkat semakin berkembang aspek fizikal, mental, emosi
dan tingkah laku. Menurut Arnold Lucas Gesell (1880-1961), seorang ahli psikologi
melalui buku beliau An Atlas of Infant Behaviour (1934) dan Infant and children the
Culture of Today (1943) menyatakan bahawa perkembangan berlaku secara dalaman.
Hal ini bermakna ciri-ciri tertentu akan muncul apabila tiba pada peringkat kematangan
yang bersesuaian.
4
CIRI-CIRI PERSONALITI
Menurut Dr. John A.Jhonson, secara umumnya ciri-ciri personaliti seseorang individu di
bahagikan kepada lima sifat yang asas iaitu mengikut suatu konsep yang dikenali sebagai
OCEAN. Antara lima sifat yang disebutkan tadi adalah huruf ‘O’ mewakili perkataan
‘Openess to experience’ yang bermaksud mempunyai sikap terbuka. Huruf ‘C’ mewakili
perkataan ‘Conscientiousness’ iaitu mempunyai kesedaran, manakala huruf ‘E’ ialah
‘Extraversion’ bermaksud bersifat sosial ataupun suka bergaul. Huruf ‘A’ mewakili
perkataan ‘Agreeable’ atau berpendapat sama atau erti kata lain seseorang yang mudah
untuk mencapai persetujuan orang lain. Akhir sekali huruf ‘N’ iaitu ‘Neuroticism’ yang
bersifat neurotik atau mempunyai gangguan emosi. Jadual dibawah menunjukkan lima
sifat OCEAN:
O Openness to experience Mempunyai sikap terbuka
C Conscientiousness Mempunyai kesedaran
E Extraversion Bersifat sosial
A Agreeable Berpendapat sama
N Neuroticism Bersifat neurotik
5
JENIS-JENIS PERSONALITI
Pengelasan personaliti jenis ekstrovert dan introvert dikemukakan oleh Carl
Gustav Jung (1923). Pengelasan dilakukan berdasarkan perhubungan atau interaksi
individu dengan orang lain. Personaliti ekstrovert lebih bersifat luaran atau lebih kepada
bersosial manakala personaliti introvert pula lebih bersifat dalaman atau lebih suka
menyendiri berbanding bergaul dengan orang lain. Walau bagaimanapun tidak ada
seseorang manusia yang boleh dikategorikan sebagai ekstrovert dan introvert. Manusia
kemungkinan besar mempunyai kedua-dua sifat mengikut masa dan keadaan yang
tertentu.
Jenis personaliti ambivert pula adalah gabungan antara personaliti ekstrovert dan
introvert. Kadangkala seseorang mempunyai ciri-ciri ekstrovert pada suatu ketika dan ciri-
ciri introvert pada masa yang lain. Seseorang mungkin menonjolkan ciri ekstrovert di
rumah seperti mesra, riang gembira dan peramah dengan ahli keluarga. Akan tetapi, di
pejabatnya dia merupakan seorang yang introvert dengan menonjolkan ciri-ciri seperti
serius, pendiam dan memecilkan diri daripada rakan sekerja. Contoh yang lain seperti
seorang yang aktif tetapi sensitif apabila ditanya tentang latar belakang keluarga mereka.
Suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan.
Antara ciri-ciri ekstrovert adalah suka dengan dunia luar, semangat yang aktif,
suka aktiviti-aktiviti sosial dan sukan, rasional, peramah, suka bergaul, cepat
mengeluarkan pendapat, kreatif, lebih bersikap terbuka, suka akan perubahan, tidak
malu, relaks, bertindak balas mengikut impuls dan mudah lentur atau fleksibel.
Seterusnya, ciri-ciri introvert pula ialah suka menyendiri, sensitif, tidak berminat terhadap
kebendaan, lebih serius, suka membaca, sistemati, berjimat cermat, mempunyai taraf
kebimbangan yang tinggi, tidak banyak cakap, kurang percaya diri, pemalu dan seorang
yang pendiam. Terdapat beberapa perbezaan antara ekstrovert dan introvert iaitu dari
segi makna, percakapan, tenaga, masa, fokus, hubungan sosial dan cara berkomunikasi.
6
PERBEZAAN EKSTROVERT DAN INTROVERT
Ekstrovert Introvert
Makna Individu yang bersifat ini lebih Lebih tertumpu kepada aspek
Percakapan kepada dunia luaran berbanding dalaman. Introvert bermakna
Tenaga
Masa dengan dunia dalamannya. mengambil berat terhadap diri
Fokus sendiri.
Hubungan
sosial Memikirkan sesuatu perkara Berfikir sebelum bercakap
Komunikasi sambil mengatakannya
Perubahan Sangat aktif Mudah letih
Banyak meluangkan masa Banyak meluangkan masa
bersama keluarga dan rakan- dengan menyendiri
rakan
Mudah hilang fokus Menumpukan perhatian pada
jangka masa yang lama
Mempunyai lebih ramai kawan Mempunyai sedikit kawan
Berkomunikasi tentang diri Berkomunikasi tentang diri
mereka dengan sesiapa sahaja mereka dengan orang yang
mereka percaya
Dapat menerima perubahan Tidak mudah menerima
dengan mudah perubahan
7
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PERSONALITI
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan personaliti seseorang itu
dikategorikan sebagai ekstrovert atau introvert iaitu salah satunya adalah faktor
persekitaran. Hal ini dikatakan demikian kerana persekitaran memainkan peranan yang
penting untuk membentuk personaliti kanak-kanak. Sekiranya persekitaran seorang
kanak-kanak itu baik dan positif mereka akan melahirkan personaliti yang ceria,aktif dan
mudah bergaul dengan orang disekeliling mereka. Sungguhpun begitu, sekiranya
persekitaran kanak-kanak itu dikelilingi dengan perkara-perkara yang negatif seperti
rumah tangga yang tidak stabil maka mereka akan melahirkan personaliti introvert yang
lebih suka menyendiri kerana masalah tertentu seperti trauma dengan masa lalu.
Rakan sebaya merupakan faktor persekitaran yang dapat mempengaruhi
perkembangan personaliti seseorang. Kanak-kanak mempunyai nilai-nilai hidup yang
tersendiri. Semakin meningkat usia, semakin luas lingkungan pergaulan mereka. Mereka
akan berkongsi pengalaman, kegembiraan dan rahsia kepada rakan-rakannya.
Adakalanya nilai rakan sebaya berkonflik dengan nilai keluarganya. Kanak-kanak akan
mengamalkan ciri-ciri kerajinan jika mereka bergaul dengan rakan sebaya yang rajin.
Sebaliknya, jika kumpulan sebayanya suka membuang masa dan bersikap malas, kanak-
kanak akan bersikap sedemikian.
Di samping itu, faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan personaliti
seseorang ialah pengaruh sekolah. Sekolah merupakan tempat menyampaikan
pengetahuan, menanam sikap nilai-nilai murni dan membentuk personaliti para pelajar.
Penglibatan dalam gerak kerja kokurikulum dan sikap guru membentuk personaliti
seseorang individu. Guru yang penyayang dan bertanggungjawab akan mewujudkan
suasana sosioemosi murid yang baik dan ini menjamin pembinaan personaliti yang sihat.
Prestasi gred dan markah juga mempengaruhi personaliti seseorang kanak-kanak.
Prestasi yang baik meningkatkan harga diri murid dan dia akan berusaha dengan lebih
rajin lagi. Murid yang mempunyai gred yang kurang memuaskan akan mudah kecewa
dan mudah untuk berputus asa.
Suasana keluarga juga mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Keadaan
harmonis, perhubungan ibu bapa yang erat dan mesra menggalakkan perkembangan
personaliti yang positif. Anak-anak akan berasa yakin, tabah hati, bertanggungjawab dan
bersikap positif. Perhubungan ibu bapa yang tegang atau keluarga yang retak
menyebabkan anak-anak berasa tidak selamat, berasa tersingkir, menghadapi gangguan
emosi dan kurang tenang. Hal ini dapat mengancam perkembangan kanak-kanak
tersebut dari segi sosial dan emosi.
Aspirasi sesebuah masyarakat boleh mempengaruhi pembentukan personaliti
seorang kanak-kanak. Jika masyarakat menegaskan pengamalan nilai-nilai murni,
8
individu akan menjadi ahli masyarakat yang bertanggungjawab, rajin, bertolak ansur dan
membentuk sikap yang positif. Masyarakat yang tidak mementingkan amalan nilai-nilai
murni, individu akan menjadi ahli masyarakat yang bertanggungjawab, rajin, sedia
membantu ahli-ahli lain dan membentuk sikap yang positif. Masyarakat yang tidak
mementingkan nilai-nilai murni akan membentuk individu yang tidak bertanggungjawab,
tidak amanah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri. Oleh
sebab itu, personaliti individu yang negatif akan terbentuk.
Pengalaman yang menyedihkan, mengecewakan, trajik atau berhadapan dengan
bahaya mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Mengikut Freud, pengalaman pahit dan
pedih boleh menyebabkan sakit jiwa seprti kes-kes rogol atau dianiayai secara seksual.
Perkara ini boleh meninggalkan kesan yang negatif kepada personaliti mangsa.
Selain itu, faktor yang menyebabkan personaliti seseorang itu dikategorikan
sebagai ekstrovert atau introvert adalah faktor baka. Baka boleh didefinisikan sebagai
sifat-sifat keturunan daripada ibu atau bapa. Terdapat beberapa faktor baka iaitu bentuk
tubuh badan, keadaan fizikal dan emosi.
Bentuk tubuh badan merupakan fakor baka yang mempengaruhi perkembangan
personaliti kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung. Tubuh badan seseorang
merupakan stimulasi untuk membina perasaan seperti angkuh, rendah diri, malu atau
aktif akibat reaksi dari persepsi terhadap tubuh badannya serta penilaian daripada
rakannya. Kanak-kanak yang cacat fizikalnya akan berasa rendah diri dan mendiamkan
diri jika diejek atau diperlekehkan oleh rakan-rakannya. Sheldon (1985) telah mengaitkan
bentuk tubuh badan dengan personaliti. Menurutnya, terdapat perbezaan personaliti
antara jenis bentuk badan seperti endomorf, mesomorf dan ektomorf.
Faktor baka yang mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak ialah
keadaan fizikal. Faktor fizikal itu sendiri mungkin mempunyai kesan yang sedikit terhadap
ciri tingkah laku seseorang. Seseorang yang kurang sihat atau cacat fizikalnya akan
berasa tertekan, cepat marah dan rasa rendah diri. Sifat -sifat malu, pendiam dan tidak
suka bersosial akan diperlihatkan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang cacat
pendengaran dan penglihatan sentiasa rasa tersingkir kerana diasingkan untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah penyesuaian dan
komunikasi akan menyebabkan perkembangan personaliti terjejas kerana terasing
daripada rakan-rakannya.
Akhir sekali, emosi boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Hal ini berlaku
kerana hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu rangsangan. Seseorang yang
menghadapi emosi yang tertekan atau mengalami kekecewaan emosi akan
menunjukkan sikap agresif, gentar, marah dan tidak mahu bekerjasama.
9
KESAN-KESAN PERSONALITI YANG BAIK
Personaliti yang positif amat penting kepada kanak-kanak yang kian membesar.
Personaliti ini boleh diwujudkan dengan pelbagai cara. Walaupun begitu, personaliti yang
baik juga memberikan pelbagai kesan kepada diri, masyarakat dan negara. Antara kesan
personaliti yang baik adalah membentuk individu yang berkeyakinan tinggi. Hal ini
dikatakan demikian apabila seseorang yang mempunyai personaliti yang baik dan positif
mereka akan berasa yakin dalam melakukan sesuatu. Bukan itu sahaja, mereka juga
yakin untuk mengeluarkan pendapat di hadapan khalayak ramai. Hal ini berlaku kerana
mereka tidak mempunyai sikap malu dan mempunyai sikap terbuka dalam diri mereka.
Seterusnya, Kesan mempunyai personaliti yang baik juga dapat membentuk
identiti diri yang tetap. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka dapat mewujudkan
identiti diri yang tetap jika mereka mempunyai tingkah laku yang tersendiri dapat
membezakan dengan perwatakan rakan-rakannya yang lain. Hal ini kerana perwatakan
yang mereka bentuk dapat mengenali diri mereka sendiri. Personaliti seseorang
mempengaruhi identiti mereka yang tersendiri.Hal ini demikian kerana mereka mampu
mewujudkan personaliti sendiri seperti seorang yang serius, peramah, rasional, seorang
yang sistematik, seorang yang penyabar dan sebagainya.
Di samping itu, hubungan antara orang disekelliling akan lebih erat jika mereka
mempunyai personaliti yang baik pada diri mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana
keluarga dan rakan-rakan mereka akan berasa lebih selesa jika meluangkan masa
bersama dengan orang yang mempunyai perwatakan yang menarik ini. Sebagai contoh,
seseorang yang peramah dan aktif dapat mengubah suasana disekeliling mereka lebih
ceria dan menarik. Bukan itu sahaja, mereka juga akan dikenali ramai serta dapat
mengeratkan hubungan mereka dengan orang yang tersayang. Hal ini membuktikan
bahawa personaliti yang baik dapat menjaga hubungan silaturahim antara orang
disekeliling mereka.
Akhir sekali, karakteristik yang positif akan terbentuk dalam diri seseorang
sekiranya mereka mempunyai tingkah laku yang baik. Hal ini berlaku kerana individu
seperti ini mempunyai elemen-elemen yang tersendiri yang dapat membentuk personaliti
mereka. Karakteristik yang positif ini wujud kerana mereka dikelilingi persekitaran yang
kondusif tetapi jika mereka dikelilingi persekitaran yang negatif maka akan mewujudkan
karakteristik yang negatif.
10
PERANAN PELBAGAI PIHAK
Pelbagai pihak mempunyai peranan yang penting bagi mewujudkan personaliti
yang baik dalam diri kanak-kanak. Ibu bapa mempunyai peranan yang amat penting bagi
membentuk personaliti yang baik dalam diri anak-anak mereka. Hal ini dikatakan
demikian kerana didikan daripada ibu bapa mempengaruhi personaliti anak-anak
mereka. Tanggungjawab ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka ke arah yang positif.
Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memberikan didikan yang baik kepada anak-anak mereka
dengan memberikan kasih sayang yang cukup dan menerapkan nilai-nilai murni dalam
diri anak-anak. Ibu bapa juga perlu prihatin dan peka terhadap persekitaran anak-anak
mereka serta melarang perkara-perkara yang negatif kepada nak-anak.
Selain itu, sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk membentuk
personaliti yang baik dalam diri pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana para pelajar
banyak menghabiskan masa mereka di sekolah berbanding di rumah mereka. Oleh
sebab itu, para guru perlu menjadikan diri mereka sebagai teladan kepada murid-murid.
Para guru perlu menunjukkan tingkah laku yang baik kepada pelajar mereka dan
bertanggungjawab memberi pendidikan yang sepatutnya. Bukan itu sahaja, pihak
sekolah juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas diri murid-murid
mengenai disiplin dan peraturan sekolah. Hal ini demikian supaya dapat membentuk
sahsiah diri yang terpuji dalam kalangan pelajar, secara tidak langsung perkara ini dapat
membentuk personaliti yang baik dalam diri pelajar.
Seterusnya, rakan sebaya juga dapat mempengaruhi personaliti yang baik
seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan sebaya merupakan orang yang
paling rapat dengan kita oleh kerana banyak menghabiskan masa dan aktiviti bersama-
sama. Oleh sebab itu, pengaruh rakan sebaya sangat kuat dalam membentuk personaliti
seseorang. Jika seseorang itu mempunyai rakan sebaya yang positif dan mempunyai
sikap yang baik maka secara tidak langsung individu tersebut juga akan mewujudkan
personaliti yang baik. Walau bagaimanapun jika seseorang itu berkawan dengan rakan
sebaya yang mempunyai sikap yang negatif dan mempunyai ciri-ciri yang buruk pada diri
mereka maka secara tidak langsung personaliti individu tersebut akan dipengaruhi
dengan perkara yang negatif.
Di samping itu, media sosial turut memainkan peranan dalam perkembangan
personaliti kanak-kanak. Hal ini kerana cara menyampaikan maklumat dalam media
sosial dapat mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Sebagai contoh melalui televisyen
yang menyiarkan cerita-cerita yang sesuai untuk kanak-kanak dapat melatih minda
kanak-kanak melakukan perkara yang positif tetapi jika cerita pembunuhan atau
pergaduhan memberi tindak balas yang berbeza dalam minda kanak-kanak tersebut
11
PERKEMBANGAN SOSIAL
DEFINISI PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK
Menurut Ahmad Susanto, 2012, perkembangan sosial merupakan satu proses ke
arah kematangan dalam hubungan sosial atau merupakan suatu proses untuk
menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi serta meleburkan
diri menjadi suatu kesatuan dan saling berkomunikasi dan kerjasama. Hal ini dikatakan
demikian kerana, perkembangan sosial sangat penting kepada semua manusia dalam
proses ke arah kematangannya.
Dengan kata lain, perkembangan sosial ini melibatkan proses sosialisasi yang
membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan
penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Hal ini dikatakan
demikian kerana, tahap kematangan kanak-kanak dapat dilihat menerusi tingkah laku
dalam tumbesaran mereka sejak dari lahir.
Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek
sosialisasi yang penting seperti proses peniruan, aktiviti bermain, persahabatan dan
perhubungan dengan rakan sebaya. Malah, kanak-kanak dapat melatih diri mereka untuk
berkomunikasi serta mempunyai sikap mengukuhkan persahabatan yang erat. Kanak-
kanak terdedah dengan rakan-rakan yang daripada pelbagai kaum. Justeru, ibu bapa
perlulah menerapkan anak-anak dalam memahami erti persahabatan antara kaum.
Sepanjang proses sosialisasi kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai,
adat yang dianuti oleh kumpulan masing-masing. Dengan kata lain, ibu bapa perlu peka
dengan persekitaran dengan mengembangkan lagi tahap kematangan anak-anak
dengan tingkah laku yang sesuai tanpa terjadi sebarang perbalahan. Sebagai contoh,
kanak-kanak akan mempelajari cara-cara yang ditunjukkan dengan emosi yang sesuai
dan cara menilai tingkah laku serta pernyataan emosi oleh orang lain dengan tepat dan
jelas.
12
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIAL
Keluarga
Keluarga merupakan lingkungan yang pertama yang memberikan pengaruh
terhadap pelbagai aspek perkembangan anak-anak termasuk perkembangan sosialnya.
Sebagai contoh, ibu bapa merupakan orang yang paling hampir atau penting dengan
kanak-kanak tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, segala tingkah laku,
percakapan serta emosi akan dipelajari oleh anak-anak serta kanak-kanak mula
menangkap perkataan yang pertama yang diperkatakan ibu bapa di rumah.
Selain itu, interaksi sosial kanak-kanak bermula dari rumah sebelum mereka
berhubung dengan masyarakat di luar rumah seperti di sekolah. Ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam berkomunikasi dengan anak-anak tentang pembelajaran
melalui tingkah laku, emosi dan juga percakapan. Kanak-kanak mudah terdedah dengan
perkara-perkara sensitif seperti tidak berkomunikasi dengan baik antara keluarga. Malah,
percakapan yang baik boleh mempengaruhi kanak-kanak sewaktu alam persekolahan
kerana dari rumah tersebut, kanak-kanak mula belajar dengan bercakap dengan lengkap
untuk menjadi satu ayat.
Keluarga boleh memberikan rangsangan yang positif yang membolehkan anak-
anak yakin akan perkataan yang dikeluarkan daripada mulut kanak-kanak agar tidak
menyinggungkan perasaan orang lain. Walaupun mereka tidak dapat menyebut dengan
perkataan yang lebih jelas tetapi rangsangan positif daripada ibu bapa dapat memberi
perkembangan yang baik. Dengan kata lain, ibu bapa mempunyai peranan yang penting
dalam mendidik anak-anak ke arah kematangan mereka untuk menjadi insan yang baik.
Akhir sekali, peranan keluarga sememangnya menjadi perkara yang utama dalam
mendidik anak-anak ke arah kematangan kerana pembentukkan yang baik akan
melahirkan insan yang cemerlang malah, akan menjadi insan yang berguna kelak untuk
negara.
Kematangan Anak
Kematangan anak-anak ini dapat dilihat melalui cara kanak-kanak itu dapat
menerima pendapat dan memberi pendapat atau nasihat kepada orang lain, pikiran dan
juga emosi. Kematangan kanak-kanak ini bukanlah dilihat menerusi umurnya tetapi pada
tahap pemikirannya. Hal ini dikatakan demikian kerana, kematangan kanak-kanak sangat
13
penting dalam perkembangan sosial mereka hasil daripada tingkah laku yang baik serta
percakapan dan emosi juga baik terhadap di sekeliling mereka.
Tingkah laku yang matang dapat mencerminkan perkembangan sosial kanak-
kanak yang baik terhadap orang di sekelilingnya termasuk keluarga, rakan-rakan, serta
jiran-jiran. Malah, tingkah laku yang baik akan dipandang baik oleh masyarakat sekeliling.
Jikalau tingkah laku yang kurang matang akan menimbulkan kesukaran bukan sahaja
diri, malah keluarga dan juga masyarakat sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana,
kanak-kanak sukar untuk menyesuaikan diri mereka dengan keadaan sekeliling. Justeru,
kematangan anak-anak sangat penting untuk menerima serta memahami dengan
masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum, budaya, agama serta peribadi seseorang.
Akhir sekali, peribadi seseorang tidak sama antara satu sama lain disebabkan
persekitaran yang berbeza. Oleh itu, proses ke arah kematangan anak-anak perlulah
diterapkan oleh keluarga sejak dari lahir lagi agar menjadi insan yang penuh dengan jati
diri dan juga nilai murni yang tinggi.
Konsep Kendiri
Konsep kendiri merupakan identiti yang dapat diterima oleh seseorang individu
melalui tahap disiplin mereka. Tahap disiplin diri kanak-kanak dapat diketahui dengan
mereka belajar mengenali diri mereka tentang kelebihan serta kelemahan diri sendiri. Hal
ini dikatakan demikian kerana, apabila mereka mula belajar mengenali diri, mereka akan
pandai dalam menguruskan diri sendiri tanpa perlu bergantung kepada ibu bapa lagi.
Kanak-kanak juga akan mula berfikir dan mula menggali tentang dirinya dari segi
penampilan, interaksi badan serta kemahiran yang boleh dilakukan untuk perkembangan
sosialisasi. Apabila kanak-kanak mula mencari identitinya sendiri untuk berinteraksi
dengan orang lain, mereka akan mula belajar mengenali keadaan sekeliling seperti di
alam persekolahan dengan mempunyai ramai kawan-kawan yang baru serta dapat
berkomunikasi dengan baik. Malah, persahabatan akan menjadi erat dan kukuh.
Apabila kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, mereka
akan lebih yakin untuk berkomunikasi dengan tenang serta menggunakan emosi dengan
betul. Sebagai contoh, jika kanak-kanak petah dalam percakapan, mereka boleh menjadi
seorang yang pandai dalam berpidato atau syarahan sewaktu alam persekolahan agar
menjadi insan yang berkualiti.
14
Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial merupakan perkara yang penting dalam perkembangan kanak-
kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana, pergaulan dan setiap patah perkataan yang
dikeluarkan hendaklah memberi satu manfaat kepada diri sendiri dan juga kepada orang
lain. Kemahiran sosial ini dapat dipraktikkan sewaktu alam persekolahan yang perlu
mengasah kemahiran berkomunikasi antara pelajar dengan pelajar serta dengan guru.
Dengan ini, setiap patah perkataan mencerminkan pribadi seseorang dari segi tingkah
laku dan juga emosi yang sesuai mengikut keadaan sekeliling.
Kemahiran sosial dapat dilihat iaitu kerjasama dalam pembinaan hubungan yang
perlu diterapkan antara satu sama lain. Hal ini dapat mengajar kanak-kanak betapa
pentingnya dalam kemahiran sosial ini agar dapat mengelakkan daripada berlakunya
sebarang perbalahan atau pergaduhan. Dengan ini, kemahiran sosial kanak-kanak dapat
meningkatkan lagi hubungan antara kanak-kanak dengan rakan-rakan.kemahiran sosial
penting dalam merapatkan hubungan antara kaum dan juga bangsa. Malah, negara juga
menjadi aman dan harmoni.
Ibu bapa juga patut menerapkan kemahiran sosial dalam diri kanak-kanak supaya
dapat bergaul dengan baik mengikut keadaan sekeliling dengan mudah. Hal ini juga
dapat mengelakkan kanak-kanak menjadi orang yang introvert yang tidak bergaul dengan
kanak-kanak yang lain serta tidak aktif dalam pembinaan hubungan antara satu sama
lain.
Akhir sekali, kemahiran sosial amat penting dalam perkembangan sosial kanak-
kanak agar mereka dapat menjadi orang yang suka bergaul malah dapat mengelakkan
sebarang diskriminasi rakan-rakan. Dengan ini, keadaan sekeliling akan menjadi aman
dan harmoni tanpa sebarang perbalahan.
15
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON
Teori-teori psikososial erikson ini mempunyai lapan tahap tetapi hanya empat
tahap sahaja yang membincangkan tentang perkembangan sosial kanak-kanak.
Pada tahap pertama iaitu kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan yanag
dalam lingkungan dari umur 0 hingga 1 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak mudah
terpengaruh dan percaya terhadap apa-apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kepercayaan dapat diperoleh apabila ibu bapa memberikan
kasih sayang yang mencukupi kepada anak-anaknya. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau
akan anak-anak yang mudah memberontak atau mengalami ketidakpercayaan kepada
ibu bapa dari segi tingkah laku, kasih sayang dan percakapan.
Selain itu, asuhan dan didikan juga penting ibu bapa terapkan dalam diri anak-
anak pada seusia begini kerana asuhan yang seimbang dan didikan yang betul akan
mempengaruhi pembinaan kepercayaan pada masyarakat sekeliling. Justeru, ibu bapa
juga perlu menerapkan amalan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak agar menjadi insan
yang penuh dengan budi bahasa.
Pada tahap kedua pula, iaitu autonomi (berdikari) berlawanan keraguan yang
dalam lingkungan dari umur 1 hingga 3 tahun. Pada tahap ini, Erikson menyatakan
bahawa kanak-kanak ini berasa percaya dengan keupayaan diri timbul jika mendapat
dorongan daripada orang sekeliling. Pada tahap ini juga, kanak-kanak mula mencari arah
untuk berdikari dan mula berfikir tentang apa-apa yang hendak dilakukannya tanpa
bergantung kepada keluarga.
Jika mereka gagal, mereka akan ragu-ragu terhadap diri sendiri. Oleh itu, kanak-
kanak cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan kerana mereka ingin mempunyai sifat
autonomi terhadap diri sendiri. Jika sifat autonomi dapat dipupuk, kanak-kanak akan
bertambah yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk berfikir apa-apa yang
dikehendakinya sendiri.
Pada tahap ketiga pula iaitu inisiatif berlawanan perasaan bersalah yang dalam
lingkungan dari umur 3 hingga 6 tahun. Pada tahap ini sifat inkuiri atau sifat ingin tahu
menebal dalam dari kanak-kanak seusia ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka
selalu menginginkan untuk mencuba perkara yang baharu dengan melakukan sesuatu
diluar kemampuan mereka. Tindakan ini akan menyebabkan kanak-kanak akan
mengkritik serta berasa bersalah dan tidak mahu mencuba lagi selepas gagal atau tidak
boleh melakukannya.
16
Pada tahap ketiga ini, kanak-kanak mudah terdedah dengan keadaan sekeliling
mereka untuk mencuba perkara baharu dalam diri mereka. Oleh itu, kanak-kanak ini akan
merasakan takut untuk mencuba perkara yang baru lagi selepas gagal. Mereka tidak
ingin mencubanya lagi tetapi jikalau dengan dorongan orang di sekeliling mereka, mereka
akan melakukan lagi untuk berjaya.
Pada tahap keempat pula iaitu berusaha berlawanan rasa rendah diri yang dalam
lingkungan 6 hingga 12 tahun. Apabila mencapai umur ini, kanak-kanak mula memasuki
alam persekolahan iaitu sekolah rendah yang dididik oleh guru semasa di sekolah. Hal
ini dikatakan demikian kerana, kanak-kanak memulakan sesuatu industri iaitu kejayaan
dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan
hati kanak-kanak.
Jika pencapaiannya mendapat kegagalan akan menyebabkan mereka rasa
rendah diri dan tiada keupayaan untuk melakukan sesuatu kemahiran. justeru, guru serta
rakan-rakan perlu mendorong untuk melakukan sesuatu kemahiran yang dimahiri agar
dapat melakukan untuk berjaya. Hal ini dikatakan kerana, jikalau kemahiran diluar
kemampuan akan menjadi sukar untuk berjaya. Oleh itu, tahap keempat ini sangat
penting untuk berjaya semasa alam sekolah rendah sebelum ke sekolah menengah.
TINGKAH LAKU SOSIAL
Tingkah laku sosial kanak-kanak yang pertama iaitu meniru (role model). Kanak-
kanak akan meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukai. Sebagai contoh, ibu
bapa atau adik-beradik yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, keluarga merupakan
‘role model’ kepada anak-anak apabila kanak-kanak berdepan atau bercakap dengan
orang lain secara tidak langsung kepada mereka. Contohnya, gaya sosial, percakapan
dan sebagainya yang membuatkan kanak-kanak suka dengan tingkah laku tersebut. Jika
ini memberi faedah kepada mereka, maka kanak-kanak ini akan mengambilnya sebagai
‘role model’.
Contohnya, meniru gaya penampilan. Justeru, kanak-kanak akan selalu menjaga
penampilannya berdasarkan apa-apa yang dipakai oleh ‘role model’. Oleh itu, ‘role model’
sangat penting untuk membentuk kanak-kanak ke arah yang baik agar diterima oleh
masyarakat sekeliling.
Tingkah laku sosial kanak-kanak yang kedua iaitu bertanding. Kanak-kanak akan
lebih terdedah kepada perkembangan sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana,
bertanding dalam sesuatu perkara atau aktiviti akan merangsang perkembangan sosial
17
mereka dari segi tumbesaran dan kemahiran sosial. Contohnya, sewaktu alam
persekolahan apabila sesuatu pertandingan dijalankan sama ada secara berkumpulan
atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Mereka akan sedaya upaya untuk
menang pertandingan yang disertainya.
Sebagai contoh pertandingan iaitu nyanyian, lakonan dan bakat yang
menggunakan isyarat gerak badan. Hal ini dikatakan demikian kerana, dapat mengasah
bakat untuk menjadi orang yang lebih berani apabila berhadapan dengan orang ramai.
Kanak-kanak yang aktif dalam aktiviti seperti ini seorang yang ekstrovert kerana bergaul
mudah bergaul dengan orang ramai.
Selain itu, tingkah laku sosial kanak-kanak yang ketiga iaitu berrkawan. Kanak-
kanak yang terdedah dengan persekitaran yang positif atau membesar di kawasan
kejiranan yang baik akan melatih cara berkomunikasi dengan baik. Malah, pendedahan
ini sama ada berkawan di sekolah atau kawasan rumah bersama jiran. Hal ini dikatakan
demikian kerana, dapat belajar berinteraksi kemahiran sosial yang mempunyai pelbagai
jenis ragam, kaum dan pelbagai budaya yang menarik sama ada di sekolah atau
persekitaran di sekeliling kanak-kanak.
Selain itu, kanak-kanak juga tidak terikat kepada satu suasana sahaja dalam
meningkatkan cara berkomunikasi antara rakan-rakan. Sebagai contoh, senyum,
bercakap dan menunjukkan kemesraan kepada rakan-rakan merupakan satu pergerakan
yang baik dan positif untuk ke arah kematangan diri serta mengasah pemikiran yang baik.
Oleh itu, kanak-kanak yang suka berkomunikasi ini merupakan kanak-kanak ekstrovert
yang mudah bergaul dengan keadaan sekeliling.
Tingkah laku sosial kanak-kanak yang keempat iaitu kerjasama. Kerjasama ini
dapat didedahkan sewaktu kanak-kanak di alam persekolahan yang boleh dipupuk
secara berkumpulan dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana,
mereka dapat bantu-membantu dalam mencapai matlamat bersama dalam aktiviti
berkumpulan serta bermain bersama tanpa menghadapi sebarang masalah atau
pergaduhan.
Selain itu, hasil kerjasama ini juga boleh mengeratkan dan melatih mereka
bekerjasama agar tidak mewujudkan suasana janggal atau bermasam muka antara satu
sama lain. Malah, guru juga menjadi senang dan gembira melihat murid-murid mereka
rapat antara satu sama lain walaupun berlainan kaum. Oleh itu, kerjasama yang erat dan
utuh dapat melambangkan kepribadian seseorang.
18
Seterusnya, tingkah laku sosial kanak-kanak yang kelima iaitu bersimpati. Sifat
penyayang serta bersimpati perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak oleh ibu bapa sejak
dari lahir lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana, sifat bersimpati terhadap orang lain amat
penting bagi menunjukkan nilai murni dalam diri kanak-kanak. Sebagai contoh, apabila
melihat rakan lain yang ditimpa akan kesusahan, maka, kanak-kanak akan menolong
dengan senang hati tanpa mempunyai sikap yang sombong dan angkuh.
Akhir sekali, tingkah laku sosial kanak-kanak iaitu pengiktirafan sosial.
Pengiktirafan sosial ini amat penting kepada kanak-kanak kerana mereka menginginkan
perhatian atau memuji dengan perkara yang dilakukan oleh mereka sama ada di rumah
atau sekolah. Sebagai contoh, membuat layang-layang dengan kreatif dengan harapan
agar rakan-rakan memuji serta berbangga dengan rekaan yang dibuatnya. Apabila
kanak-kanak tersebut menerima pujian daripada orang yang dikehendakinya, kanak-
kanak tersebut akan gembira dengan apa-apa yang dilakukannya.
KEPENTINGAN PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK
Kepentingan perkembangan sosial kanak-kanak yang pertama iaitu dapat
menjamin perwatakan mereka pada masa hadapan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
perkembangan sosial kanak-kanak yang baik akan mempengaruhi keperibadian kanak-
kanak tersebut. Apabila mereka semakin membesar, mereka menjadi watak atau sifat
yang telah dididik oleh ibu bapa mereka. Sebagai contoh, jikalau ibu bapa menerapkan
sifat nilai-nilai murni dalam diri anak-anak, maka, perwatakan mereka akan menjadi baik.
Selain itu, personaliti anak-anak yang baik perlulah sentiasa disalurkan perkara-
perkara yang baik agar perwatakan mereka pada masa hadapan akan menjadi insan
yang berkualiti serta mempunyai jati diri yang kukuh.
Seterusnya, kepentingan perkembangan sosial kanak-kanak yang kedua iaitu
dapat memberi impak yang positif. Hal ini dikatakan demikian kerana, perwatakan yang
baik serta personaliti yang baik sememangnya dijadikan contoh untuk rakan-rakan untuk
dijadikan sebagai ‘role model’ mereka. Perkembangan sosial kanak-kanak yang baik
serta berbudi bahasa bukan sahaja memberi impak positif terhadap diri, malah kepada
keluarga atau rakan-rakan yang lain.
Kepentingan perkembangan sosial kanak-kanak yang ketiga iaitu dapat
berinteraksi dengan orang sekeliling dengan mudah dan selesa. Apabila kanak-kanak
mula pandai dalam berkomunikasi dengan semua orang di sekeliling mereka, maka
19
mereka pandai dalam mengendalikan kehidupan mereka dari segi pergaulan, emosi atau
percakapan yang baik untuk ditunjukkan dengan sesuai kepada orang lain.
Kepentingan berinteraksi kanak-kanak ini dengan persekitaran yang baik akan
mempengaruhi suasana ke arah kematangan kanak-kanak tersebut. Hal ini dikaatakan
demikian kerana, kanak-kanak mudah terdedah dengan perkara-perkara yang mudah
dipelajari mereka yang melibatkan dengan dirinya.
Selain itu, kepentingan perkembangan sosial kanak-kanak yang keempat iaitu
dapat menghilangkan sifat pemalu dan tidak bergaul. Hal ini dikatakan demikian kerana,
sesetengah kanak-kanak mungkin mempunyai sifat introvert dalam diri mereka sehingga
menyebabkan mereka menjadi malu dan pendiam untuk bergaul kepada rakan-rakan
lain. Dengan ini, perkembangan positif daripada kanak-kanak mempengaruhi keadaan
sekeliling mereka.
Sifat pemalu dan tidak bergaul ini amatlah membimbangkan dalam kalangan
kanak-kanak bagi keluarga kerana dapat mempengaruhi ke arah kematangan kanak-
kank itu sendiri. Oleh itu, perkembangan sosial ini dalam menghilangkan sifat pemalu
dan tidak bergaul perlulah dielakkan agar berkomunikasi antara satu sama lain tidak
mengalami kesukaran.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-
KANAK
Cadangan penambaikan dalam perkembangan sosial kanak-kanak yang pertama
iaitu prihatin yang lebih kepada kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana, sikap
keluarga yang merupakan golongan yang pertama bagi kanak-kanak perlu memberikan
prihatin yang lebih terutama kasih sayang yang mencukupi. Dengan ini, kanak-kanak
tidak akan mudah memberontak apabila hendak akan sesuatu. Ibu bapa juga tidak perlu
memanjakan anak-anak.
Oleh itu, prihatin yang lebih kepada kanak-kanak sememangnya penting untuk ke
arah kematangan mereka kelak.
Cadangan penambahbaikan dalam perkembangan sosial kanak-kanak yang
kedua iaitu peranan guru dalam mendidik. Hal ini dikatakan demikian kerana, guru
merupakan keluarga yang kedua bagi kanak-kanak sewaktu alam persekolahan selepas
ibu bapa. Guru memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan personaliti
20
kanak-kanak di sekolah agar tidak nakal atau memberontak di sekolah. Dengan ini, ibu
bapa tidak risau dengan menghantar mereka ke sekolah.
Oleh itu, guru memainkan peranan dalam membentuk dan mendidik kanak-kanak
untuk berjaya dalam melakukan sesuatu perkara dalam kawalan kanak-kanak itu.
Selain itu, cadangan yang ketiga adalah memberi pendedahan kepada kanak-
kanak dengan perhubungan sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana, keluarga
memainkan peranan sewaktu usia kanak-kanak masih muda. Ibu bapa perlulah memberi
pendedahan untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling agar tidak menjadi
janggal atau senang berinteraksi dengan orang lain. Dengan ini, perhubungan sosial itu
pada awalnya akan menjadi rapat dan berubah menjadi persahabatan yang kukuh.
Oleh itu, perhubungan sosial dalam kalangan kanak-kanak amat penting untuk
tumbesaran mereka serta digunakan kelak.
Akhir sekali, cadangan penambahbaikan dalam perkembangan sosial kanak-
kanak adalah memberi layanan yang baik kepada kanak-kanak(pujian). Kanak-kanak
memang suka akan pujian kepada diri mereka hasil perkara yang dilakukan oleh mereka.
Sebagai contoh, memberi pujian apabila mereka melakukan sesuatu yang baik atau
bagus. Hal ini akan mempengaruhi minda mereka untuk terus melakukan perkara yang
baik. Dengan ini, layanan yang baik yang ditonjolkan kepada kanak-kanak akan
membuatkan mereka lebih tertarik dengan perkara yang baik.
Oleh itu, layanan yang baik kepada kanak-kanak sememangnya penting untuk ke
arah kematangan kanak-kanak agar menjadi insan yang penuh berkualiti dan berbudi
bahasa.
21
PERKEMBANGAN EMOSI
DEFINISI PERKEMBANGAN
Perkembangan ialah perubahan dalam diri individu yang bersifat kualitatif.
Perkembangan juga merupakan satu proses yang berterusan yang bermula dari lahir
hingga akhir hayat. Proses perkembangan yang berlaku tidak dapat dilihat dan diukur
dengan jelas kerana ia melibatkan perubahan dari segi fungsi . Perubahan dari segi
fungsi yang bererti kanak-kanak sudah boleh berinteraksi dengan persekitaran melalui
melalui bahasa. Hal ini demikian bermakna proses perkembangan telah berlaku.
Perkembangan mengikut aturan semula jadi ia bersifat sejagat iaitu setiap orang di
dunia akan mengikut susunan dan aturan perkembangan yang sama. Sebagai
tamsilannya, setiap bayi akan meniarap, merangkak,duduk, berjalan dan berlari
mengikut tahap perkembangan mereka.
Selain itu, menurut Karl E. Garrison, perkembangan dihasilkan daripada tindakan
yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Perkembangan juga adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah
laku seseorang individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan
pengaruh alam sekitar.
DEFINISI EMOSI
Emosi sebagai satu set tindak balas autonomi, viseral dan tingkah laku lampau
serta komunikasi emosi seperti ekspresi muka, syarat, perkataan dan lain-lain yang
dipaparkan oleh seseorang ( English & English). Chaplin (1985) mendefinisikan emosi
sebagai satu keadaan bangkitan (aurosal) yang dialami oleh organisma yang
melibatkan beberapa perubahan pada viseral, kesedaran dan tingkah lakunya.
Menurut Harris (1992), emosi adalah keadaan kebangkitan seseorang sebagai
satu reaksi pada benda ataupun keadaan. Benda atau keadaan itu ialah rangsangan
yang dianggap oleh orang yang berkenaan dan hasil daripada tanggapan oleh orang
yang berkenaan dan pengalamannya berhubung dengan benda ataupun keadaan itu
menimbulkan keadaan kebangkitan pada dirinya. Keadaan kebangkitan ini
menghasilkan perubahan hayat dalam badan, pengalaman emosi dan pernyataan
emosi.
Izard, Kagan, dan Zajonc (1984) pula mendefinisikan emosi sebagai gabungan
set tertentu kimia neuro, motor dan proses mental. Pelbagai proses yang terkandung
dalam definisi ini. Kimia neuro motor dan proses mental memainkan peranan yang
22
berbeza dalam mengekspresikan emosi. Proses neuro ialah struktur kimia yang
menyebabkan emosi itu unik. Proses motor ialah ekspresi muka pelbagai emosi seperti
menangis, takut dan gembira. Bagi menunjukkan emosi otak akan melalui berbagai-
bagai proses mental supaya badan dan muka dapat menonjolkan emosi berkenaan.
Otak perlu menginteprasikan tindakan motor dan proses kimia neuro dan akhirnya
bagaimana badan bertindak balas. Bahagian otak yang mengawal emosi adalah
talamus (Adam,1973)
KOMPENAN EMOSI
Emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang
mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi boleh dibahagikan kepada
tiga kompenan.
Kompenan pertama iaitu perasaan dalaman tertentu. Hal ini dialami dan dirasai
secara subjektif seperti suka, duka, takut, marah dan benci.
Seterusnya ialah corak rangsangan fisiologi. Hal ini demikian termasuk semua
perubahan fisiologi dalam badan yang berlaku dalam setiap keadaan emosi seperti
jantung berdebar apabila berada dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa
apabila dalam keadaan cemas.
Selain itu, corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt). Komponen ini
merangkumi gerak-geri badan dan perubahan air muka apabila timbulnya pelbagai
perasaan dalaman. Seseorang akan bergerak dengan perlahan dan menundukkan
kepala apabila berada dalam keadaan ataupun mata kelihatan terbeliak dan kening
berkerut apabila berada dalam keadaan takut.
BENTUK EMOSI
Emosi wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan kekuatan serta boleh
dikelompokkan kepada dua golongan utama iaitu emosi positif dan emosi negatif.
Emosi positif adalah perasaan suka, sayang, gembira dan sebagainya. Sebagai contoh
emosi sayang. Emosi sayang merupakan perasaan kasih terhadap seseorang yang
selesa berada berdekatan dengan mereka. Perasaan ini juga muncul sejak bayi lagi.
Sebagainya, perasaan kasih dan sayang seorang bayi terhadap ibu bapanya. Manakala
emosi negatif adalah perasaan takut, marah dan duka. Emosi marah timbul apabila
23
seseorang itu tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara. Perasaan marah yang tidak
dikawal akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
Emosi primer ialah emosi bercampur (Plucthik, 1980). Emosi primer terdiri
daripada rasa gembira, benci, takut, terperanjat, sedih, marah, takut dan malu yang
hanya berlaku secara bersendirian. Emosi bercampur pula adalah satu keadaan
kompleks seperti kecewa. Hal ini ialah gabungan perasaan sedih dan terperanjat atau
cemburu yang menjadi gabungan perasaan sayang dan marah.
PERUBAHAN EMOSI
Kebangkitan emosi digerakkan oleh rangsangan dari luar yang diterima melalui
deria. Denyutan yang dipancarkan oleh deria di hantar ke bahagian otak yang dinamakan
sebagai ‘thalamus’ dan dari situ dihantar ke bahagian ‘korteks’ untuk menghasilkan
kebangkitan emosi dan melalui sistem saraf autonomi, terutama bahagian sistem saraf
autonomi simpatetik, bagi menghasilkan perubahan hayat yang meluas. Hal ini demikian
menunjukkan proses perubahan emosi ini berlaku dalam tubuh badan kita.
PERKEMBANGAN EMOSI
Perkembangan emosi yang baik sangat penting terutama bagi kanak-kanak
kerana jika emosi kanak- kanak dijaga atau berkembang dengan baik nescaya emosi
mereka ketika dewasa kelak akan dijalani dengan baik. Sekiranya seseorang kanak-
kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya menghadapi
tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam kehidupan. Tujuan utama perkembangan
emosi adalah untuk memperoleh kesempurnaan emosi. Kita memperlihatkan keunggulan
emosi apabila berjaya menghadapi konflik emosi dengan berupaya melaksanakan
sesuatu yang hendak kita laksanakan (Saarni,1999)
Selain itu, emosi juga memainkan peranan terhadap penanggapan seseorang
terhadap persekitarannya dan menentukan bentuk penyesuaian yang sesuai yang perlu
diambil olehnya. Perkembangan emosi adalah hasil daripada kematangan dan juga
pembelajaran. Kematangan dalam perkembangan jasmani dan mental kanak-kanak
akan mempengaruhi emosi mereka.perkembangan emosi mendapat coraknya yang
tertentu apabila kanak-kanak beransur matang. Dengan kematangan mental kanak-
kanak akan berkebolehan untuk menanggap makna yang tidak dapat ditanggap sebelum
ini dan juga membolehkan mereka memberi perhatian dengan lebih lama kepada sesuatu
rangsangan dan seterusnya menumpukan ketegangan emosi terhadap sesuatu benda.
24
Oleh hal yang demikian, kanak-kanak dapat memberikan gerak balas terhadap
rangsangan yang tidak diberikan gerak balas sebelumnya.
TEORI PERKEMBANGAN EMOSI ERIK ERIKSON
Erikson telah menghuraikan lapan prinsip perkembangan emosi daripada bayi
kepada peringkat akhir hidup. Bagi perkembangan emosi kanak-kanak terdapat empat
prinsip bermula daripada bayi hingga 11 tahun. Dalam setiap peringkat terdapat konflik
emosi yang spesifik dan kegagalan untuk mengatasi konflik boleh membawa kepada
masalah penyesuaian psikologi. Erikson percaya bahawa setiap individu mempunyai
potensi untuk mencapai perkembangan emosi dan psikologi yang sihat. Setiap individu
mestilah mengatasi konflik di setiap peringkat sebelum meningkat ke peringkat
seterusnya.
Umur Peringkat Konflik Tingkah laku Tingkah laku
positif negatif
Lahir-18 bulan Bayi Kepercayaan -Mengharap -Penarikan diri
lawan tidak -Sanggup -Mengesyaki
kepercayaan menunggu
18 bulan- 3 Kanak-kanak Autonomi -Kehedak tinggi -Pemalu
lawan -Kawalan -Impulsif
tahun awal ragu/malu kendiri
-Konsep kendiri
3 tahun- 6 Tadika Inisiatif lawan -Mencari tujuan - Tidak berani
tahun
serba salah -Menikmati mencuba
kejayaan
6 tahun- 11 Masa Ketekunan -Cekap -Kompleks
lawan rendah diri
tahun bersekolah kompleks
rendah diri
Peringkat pertama perkembangan Erikson iaitu kepercayaan lawan
ketidakpercayaan bermula daripada bayi yang baru lahir hingga 18 bulan.
Setiap bayi mempunyai keperluan yang mesti dipenuhi seperti kelaparan, rehat,
kasih sayang dan untuk didakap selalu. Jika bayi yang bergantung kepada dunia luar
sentiasa mendapat perhatian dan keperluan-keperluannya dipenuhi, dia akan membina
rasa kepercayaan secara berperingkat-peringkat. Erikson mengatakan bahawa
25
kepercayaan kanak-kanak biasanya dibentuk semasa mereka berusia satu tahun.
Dengan kepercayaan yang dibentuk, kanak-kanak akan dapat mengatasi masalah-
masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Oleh itu, perhubungan antara ibu bapa dan
anak mesti mesra supaya bayi berasa selamat, kerana mendapat perhatian dan
disayangi oleh ibu bapanya.
Konflik yang perlu diatasi di peringkat ini ialah untuk membina emosi kepercayaan
terhadap dunia luar. Sebaliknya, jika kehendak dan keperluan kanak-kanak tidak
dipenuhi, bayi akan membina perasaan ketidakpercayaan terhadap dunia dan akan
selalu merasa bimbang dan kecewa.
Seterusnya ialah autonomi lawan perasaan malu atau keraguan iaitu bermula
dengan bayi berumur 18 bulan hingga tiga tahun.
Pada peringkat ini, kanak-kanak akan menentukan tingkah laku sendiri untuk
memiliki autonomi dan kuasa. Jika kanak-kanak berasa mereka dapat membuat sesuatu
tugasan dengan sendiri, maka mereka memiliki kuasa. Jika ibu bapa memuji dan
menghargai tugasan yang dibuat sendiri oleh anak-anak, mereka akan berasa cekap dan
berkebolehan. Sebagai ibu bapa mestilah memberikan galakan dan sokongan kepada
anak-anak untuk bertindak bebas.
Erikson menasihatkan kepada ibu bapa untuk tidak memalukan anak-anak pada
peringkat ini, khususnya apabila mereka melakukan tugasan dengan sendiri. Jika kana-
kanak tidak dipuji dan tidak diberi galakan, mereka akan berasa malu dan ragu tentang
kebolehan sendiri. Jika kanak-kanak tidak diri dan diberi galakan, mereka akan berasa
malu dan ragu tentang kebolehan sendiri. Ibu bapa mesti memastikan yang kanak-kanak
mengetahui tingkah laku dan tugasan yang dia boleh lakukan.
Konflik yang mesti diatasi dalam peringkat ini adalah untuk menguasai perasaan
malu dan ragu supaya dapat menjadi seorang individu yang cekap dan berkebolehan.
Jika ibu bapa sentiasa mengkritik dan memalukan anak di khalayak ramai, dia akan
menjadi seorang yang penakut, bimbang dan berkeyakinan rendah. Jika seseorang
kanak-kanak sudah tidak mempunyai kepercayaan terhadap dunia dan sentiasa
dimalukan, diadakan memiliki konsep kendiri yang sangat rendah.
Selain itu, peringkat ketiga iaitu peringkat inisiatif lawan serba salah bagi kanak-
kanak berumur tiga hingga enam tahun.
Pada peringkat ini, kanak-kanak yang positif akan mempunyai perasaan autonomi
yang tinggi dan jika digalakkan lagi, perasaan ingin meneroka dan mencari pengalaman
26
akan bertambah dalam diri mereka. Kanak-kanak akan belajar dengan cepat dan
berinteraksi dengan orang lain serta keluarga. Kanak-kanak juga sudah mula peka
kepada apa yang betul dan apa yang salah untuk dilakukan.
Pada peringkat ini inisiatif adalah sangat penting. Sekali lagi, ibu bapa mesti
menggalakkan anak untuk mencuba idea-idea baru. Ibu bapa yang terlalu mengongkong
dan tidak memberi kebebasan akan menyebabkan emosi kanak-kanak terjejas. Melalui
proses inisiatif dan usaha sendiri, kanak-kanak akan sedar tentang keupayaan dan
potensi mereka untuk mencapai sesuatu yang berfaedah. Kanak-kanak mempunyai
potensi dan keupayaan untuk membuat aktiviti yang membina dengan daya usaha
sendiri. Jika ibu bapa selalu memarahi anak-anak mereka semasa mereka terlibat dalam
sesuatu aktiviti yang diusahakan atas inisiatif sendiri, kanak-kanak akan rasa bersalah
dan tidak mahu membuat sesuatu lagi atas daya inisiatif sendiri.
Konflik yang perlu diatasi dalam peringkat ini adalah perasaan rasa bersalah dan
takut untuk menceburkan diri dalam aktiviti atas usaha sendiri. Mereka mula merasa
kurang percaya diri dengan kemampuan diri sendiri.
Akhir sekali, ketekunan lawan kompleks rendah diri bagi kanak-kanak berumur
enam hingga sebelas tahun.
Pada peringkat ini, kanak-kanak ingin mengaplikasikan kemahiran-kemahiran
yang telah dipelajari sebelum peringkat ini, iaitu kemahiran fizikal dan sosial. Sebagai
tamsilannya, dalam bidang permainan , mereka ingin menguasai kemahiran dalam satu
permainan yang spesifik dan ingin menikmati kejayaan dalam permainan tersebut.
Kanak-kanak ingin menguasai kemahiran teknikal dan melaksanakan seberapa banyak
tugasan yang boleh kerana mereka sedang menyediakan diri untuk mengambil alih
peranan orang dewasa. Kanak-kanak sentiasa ingin menyelesaikan masalah, menguasai
kemahiran, membuat hasilan dan kefahaman mengenai sesuatu perkara.
Dalam peringkat ini, ibu bapa perlu menggalakkan dan memotivasi anak-anak
supaya tekun, serta menceburkan diri dalam banyak aktiviti memeroleh seberapa banyak
kemahiran yang boleh supaya mereka menjadi lebih handal. Sebaliknya, anak yang tidak
mendapat galakan untuk bertekun dan berusaha akan mempunyai kemahiran yang
sedikit sahaja. Ini akan membawa kepada perasaan rendah diri dalam individu tersebut.
Konflik yang ingin diatasi dalam peringkat ini ialah kompleks rendah diri yang menjadikan
seseorang itu tidak berkeyakinan dan tidak berdikari.
27
POLA EMOSI YANG DIRASAI
Pola emosi pada anak meliputi rasa takut, malu, khawatir, marah, cemburu,
sedih, gembira dan lain-lain. Kanak-kanak sering merasakan emosi takut, risau, marah,
cemburu, merasa bersalah, sedih, gembira dan sebagainya.
Emosi takut adalah perasaan terancam disebabkan oleh sesuatu yang
membahayakan. Emosi takut yang dirasakan oleh anak-anak ini berlaku secara
bertahap . Tahap pertama, perasaan tidak takut kerana mereka tidak mengetahui
bahaya yang terdapat pada objek tersebut. Tahap kedua mula timbulnya perasaan
takut selepas mengetahui bahaya objek tersebut. Tahap ketiga, perasaan takut akan
hilang selepas mengetahui cara-cara menghindarinya.
Emosi seterusnya ialah emosi malu. Emosi malu ialah perasaan yang timbul
akibat kesalahan yang akan menjejaskan reputasi. Sebagai contoh kanak-kanak yang
memecahkan cawan kegemaran ibunya akan rasa malu terhadap diri sendiri kerana
cuai. Maka, perasaan bersalah itu wujud atas perbuatan sendiri, dan malu merujuk
kepada apa yang anda rasa terhadap diri sendiri.
Emosi bimbang. Emosi bimbang seperti perasaan gelisah atau ketakutan tanpa
sebarang alasan. Perasaan ketakutan itu,bukanlah dirasakan dengan nyata tetapi
muncul pemikiran kanak-kanak itu sendiri. Emosi bimbang ini muncul apabila anak-
kanak tersebut memikirkan situasi berbahaya yang menyebabkan mereka takut. Emosi
ini ialah normal kepada kanak-kanak tetapi perlulah dikawal agar tidak berlebihan yang
akan menyebabkan emosi kanak-kanak terganggu.
Seterusnya emosi gembira. Emosi gembira ialah perasaan yang seronok atau
bahagia. Setiap kanak-kanak berbeza dalam mengungkapkan perasaan gembira
mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak yang introvert akan kurang mengekspresikan
perasaan gembira mereka dan sebaliknya bagi kanak-kanak yang extrovert.
FAKTOR PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK
Baka
Kajian Thomas, Chess dan Birch mendapati bahawa emosi diwarisi daripada
baka. Ibu yang kurang stabil dari segi emosi seperti pemarah dan terlalu bimbang akan
melahirkan anak yang kurang stabil emosinya. emosi yang berbeza yang ditunjukkan
oleh kanak0kanak tersebut ialah cepat marah, tenang, stabil dan sebagainya.
28
Pemakanan
Makanan yang seimbang adalah penting untuk menjamin pertumbuhan dan
perkembangan emosi seorang bayi yang sihat dan kuat bagi mengelakkan bayi daripada
mudah diserang penyakit. Fetus dalam kandungan ibu sangat memerlukan zat makanan
yang mencukupi. Oleh sebab fetus tidak menerima zat makanan yang mencukupi yang
bergantung kepada pemakanan ibu yang sedang mengandung.
Perkembangan dan pertumbuhan manusia sejak dari rahim ibu lagi sehingga membesar
perlu makanan yang seimbang yang terdiri daripada zat kanji, lemak, protein, zat galian
dan vitamin. Hal ini demikian penting bagi perkembangan emosi yang stabil terutama
bagi kanak-kanak.
Keluarga
Suasana keluarga dan rumah tangga yang bahagia dan harmoni serta stabil
penting bagi seseorang individu terutama bagi golongan kanak-kanak. Golongan ini
memerlukan bimbingan dan kasih sayang daripada keluarga di samping menjadi tempat
mencurah segala masalah. Membesar dalam keluarga yang bahagia akan
menggalakkan perkembangan emosi yang baik, pembentukan nilai pribadi dan dan
mental yang sihat.
Ibu bapa berperanan membentuk mental dan sahsiah serta emosi anak-anak.
Keluarga yang bermasalah adalah seperti ibu bapa yang bercerai, adik beradik yang
sentiasa bergaduh, ibu bapa yang menjadikan anak-anak sebagai mangsa melepaskan
marah dan ibu bapa yang terlalu sibuk dengan hal masing-masing. Keadaan ini boleh
menyebabkan anak-anak tersisih dan sunyi. Sikap ibu bapa yang terlalu mengongkong
pergerakan anak-anak boleh menyebabkan anak-anak berasa tertekan dan mengganggu
emosi dan mental kanak-kanak.
Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang penting ke arah membentuk
sifat dan emosi individu terutama kanak-kanak. Pengaruh rakan sebaya adalah kuat
dalam kehidupan kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak yang berkawan dengan
rakan-rakannya yang ceria akan meniru sikap rakannya itu begitu juga sebaliknya. Oleh
hal yang demikian sangat penting untuk memastikan kanak-kanak berada dalam
pergaulan yang baik dan positif agar perkembangan emosi mereka sihat.
29
PENUTUP
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979.1989) menjelaskan perkembangan kanak-
kanak sebagai hasil interaksi antara alam sekitar dengan kanak-kanak tersebut. Menurut
beliau perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak
dan juga ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Persekitaran banyak
mempengaruhi perkembangan intelek dan rohani pelajar. Persekitaran yang positif dapat
membantu perkembangan kanak-kanak tersebut dengan baik manakala persekitaran
yang negatif menyebabkan perkembangan mental. Emosi dan fizikal kanak-kanak
tersebut akan terganggu. Sebagai ibu bapa semestinya tanggungjawab mereka untuk
memberikan persekitaran yang positif kepada anak-anak mereka sama ada dari segi
keluarga, sekolah dan juga rakan-rakan. Perkara ini perlulah dititikberatkan sejak
daripada bayi lagi agar perkembangan mental, fizikal dan emosi kanak-kanak akan
mempengaruhi perkembangan mereka ketika dewasa kelak.
30
RUJUKAN
Bahan Bacaan:
1.Azizi Yahya, Noordin Yahaya, Zurihanmi Zakaria, Psikologi Kognitif, 2005 dicetak oleh
cetak ratu sdn bhd
2. Azizi Yahaya, Asmah Suboh, zurihanmi Zakariya, Fawzih Yahya, Aplikasi kognitif
dalam pendidikan, 2005, dicetak oleh percetakan zafar sdn bhd
3. Boon Fong Ying, Ragbir Kaur Psikologi I (semester 1), 1998 dicetak oleh percetakan
polygraphic (M) sdn bhd selangor darul ehsan
4. Jas Laile Suzana Jaafar, Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja,
tahun terbitan 2008, dicetak oleh Arah Pendidikan Sdn Bhd
5. Shahabuddin Hashim, Noor Miza Abdul Rahman, Pendidikan Sosioemosi Kanak-
Kanak, tahun terbitan 2014, dicetak oleh PTS Akademia
6. Susianty Selaras Ndari, Amelia Vinayastri, Khusniyati Masykuroh, Metode
Perkembangan Sosial Emosi Anak Usia Dini, tahun terbitan 2018, dicetak oleh EDU
PUBLISHER
7. Wiwik Okta Susilawati, M. Pd, Perkembangan Sosial AUD Berbasis Karakter, tahun
terbitan 2021, dicetak oleh Media Sains Indonesia
8. Zainudin Abu Bakar, Psikologi Pendidikan, 2014 dicetak oleh Amazon.com MPH
Internet:
https://mypositiveparenting.org/ms/2018/05/27/rasa-bersalah-dan-malu-
dalamhttps://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/60948768/
http://pusdikmin.com/perpus/file/KECERDASAN%20EMOSI%20final.pdf
https://www.researchgate.net/publication/264972511_Mengenal_Personaliti_Remaja_1_1_MEN
GENAL_PERSONALITI_REMAJA
perkembangan_emosi_pada_anak_sekolah_dasar20191018-117279-1ya2nmp-with-
cover-page-v2.pdf?Expires=1640962000&Signature=NKNm-
MAiJbUmeLB7oRCBWo7ebMfP9fWeVZO4YG3zAKP-
vDbo0j6bT~yEGBSMiDBgLQxWJYInhRHFaDSTUWfCNwD9mY~AGGin7SsgGVfnmuar
rn5qZ2Bqr4IkTjuI2jHJHCfBOBPGgzr-
PgEi7~xhT0dbBEGOTu7iZaeOXpPMvgUECkaS1wNLVY6ZdkuT5ErgsMqbZryIL0tezh4
RyKXfHMOmpX9pqIw-ok8G~wq9IiZqXqvu97Ok-
~zoQbXl8b8bjjF9tdp7UiJu5DPiSXNY5LmAbBBx6cmP8Y9APLcg8YNfXRQS4AcNBT8tb
zvZWiPuC5DrK4G4i6XT0YsFSd4dzA__&Key-Pair-Id=APKAJLOHF5GGSLRBV4ZA-
kanak-kanak/
31