The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umairahlyana1234, 2023-03-23 13:10:34

ISI KANDUNGAN (1)

ISI KANDUNGAN (1)

3.0 HALANGAN KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA Maklum balas komunikasi sehala gangguan luaran Penyampaian menerusi saluran kedua gangguan saraf penerima gangguan emosi


Halangan Komunikasi dalam Keterampilan Berbahasa 01 MAKLUM BALAS Maklum balas merupakan reaksi awal penerima setelah mendapat mesej daripada penyampai. Menurut Khairuddin Mohamad (2021), maklum balas penting ketika berkomunikasi kerana maklum balas menentukan keberkesanan dan kelangsungan komunikasi sama ada berjaya atau sebaliknya. Sekiranya penerima tidak memahami mesej yang dihantarkan oleh penyampai, penerima tidak dapat memberikan maklum balas. Tanpa maklum balas, komunikasi tidak berkesan kerana penyampai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh penerima. Penerima akan memberikan maklum balas sama ada negatif atau positif . Maklum balas positif bermakna maklumat diterima dengan baik manakala maklum balas negatif diberikan jika penyampaian tidak berkesan.


KOMUNIKASI SEHALA Halangan Komunikasi dalam Keterampilan Berbahasa 02 Komunikasi sehala ialah komunikasi yang memberi tumpuan kepada penyampai yang memberi maklumat atau penerangan kepada pendengar. Contohnya, komunikasi sehala yang diamalkan oleh segelintir guru ketika mengajar menyebabkan pelajar kurang memahami topik yang dipelajari Pendengar sukar untuk memberi maklum balas dan meminta penerangan lanjut tentang maklumat yang disampaikan dan komunikasi tersebut tidak efektif.


GANGGUAN SARAF PENERIMA Kategori Darjah Decibel Kesan Pendengaran Kurang 25-40 Sukar mendengar di kawasan bising Sederhana 41-60 Sukar mendengar bisikan Teruk 61-80 Sukar memahami suara yang kuat Sangat teruk > 81 Tidak memahami suara yang kuat atau jeritan Halangan Komunikasi dalam Keterampilan Berbahasa 03 Gangguan saraf biasanya melibatkan masalah pendengaran. Masalah pendengaran boleh disebabkan oleh kemalangan, penyakit, usia dan keturunan. Masalah pendengaran terbahagi kepada empat kategori. Masalah pendengaran yang dihadapi oleh penerima menyebabkan penerima tidak dapat menerima maklumat dengan baik. Pendengaran yang baik sangat penting supaya penerima dapat menangkap maklumat yang disampaikan. Penerima akan bertanyakan soalan berulang-ulang kali dan menyebabkan komunikasi menjadi lambat dan maklumat yang diterima tidak lengkap.


Halangan Komunikasi dalam Keterampilan Berbahasa PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA 04 Penyampaian melalui saluran kedua bermaksud penyampai memberikan maklumat kepada penerima melalui saluran yang tertentu dan bukannya secara terus. Antara saluran yang digunakan ialah saluran bertulis seperti artikel atau akhbar, audio seperti rakaman suara atau visual seperti infografik atau gambar. Melalui saluran kedua, maklumat yang disampaikan kurang jelas dan terdapat risiko maklumat ditokok tambah. Misalnya, kesalahan ejaan dalam penulisan dapat mengubah keseluruhan makna ayat yang disampaikan. Begitu juga dengan penyampaian dalam bentuk audio yang boleh disunting oleh pihak lain dengan tujuan menyampaikan maklumat palsu. Kesannya, penerima tidak menerima maklumat yang betul dan timbul kekeliruan dalam diri penerima. Penerima juga tidak dapat memberi maklum balas secara langsung kepada penyampai kerana mendapat maklumat daripada saluran kedua. Penerima perlu menghubungi penyampai terlebih dahulu untuk mendapatkan kesahihan. Hal ini menyebabkan banyak penerima memilih untuk mempercayai maklumat tersebut walaupun mereka kurang yakin.


GANGGUAN EMOSI Halangan Komunikasi dalam Keterampilan Berbahasa 05 Gangguan emosi merupakan keadaan psikologi penerima atau penyampai yang tidak stabil atau terganggu. Gangguan emosi adalah seperti perasaan sedih atau marah yang boleh menjejaskan komunikasi. Gangguan emosi boleh disebabkan oleh masalah peribadi, tidak mendapatkan rehat yang secukupnya dan masalah mental seperti kemurungan dan keresahan. Bagi penyampai, gangguan emosi akan menyebabkan penyampai tidak dapat menyampaikan maklumat dengan baik kerana tidak dapat menyusun ayat dengan baik. Misalnya, seseorang yang sedang marah akan mengeluarkan kata kata yang tidak tersusun. Penyampai yang mengalami gangguan emosi pula tidak dapat fokus untuk menerima mesej kerana fikiran mereka terganggu.


GANGGUAN LUARAN Halangan Komunikasi dalam Keterampilan Berbahasa 06 Gangguan luaran merupakan gangguan yang datang daripada persekitaran dan juga boleh disebut sebagai gangguan fizikal. Antara contoh gangguan luaran ialah bunyi bising daripada persekitaran sehingga mengganggu proses komunikasi seperti bunyi guruh dan juga hujan lebat serta bunyi jentera berat dan kapal terbang. Bunyi yang bising akan menyebabkan suara penyampai tidak dapat didengari dengan jelas oleh penerima dan seterusnya mengganggu penerimaan maklumat. Mesej yang disampaikan tidak dapat diamati dengan baik . Pendengar juga tidak dapat menangkap keseluruhan maklumat kerana masih mencuba untuk fokus atau meneka maklumat yang telah disampaikan sehinggakan penerima tidak fokus terhadap maklumat yang telah disampaikan. Kesannya, maklumat yang diterima sangatlah sedikit. Gangguan luaran menyebabkan penerima tidak selesa kerana perlu memberi perhatian kepada bunyi yang lebih perlahan iaitu suara penyampai dan pendengaran penerima akan terganggu.


Click to View FlipBook Version