The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Syuhadah, 2024-04-24 12:13:00

Si Putih dan Si Hitam

Si Putih dan Si Hitam

arnab & Kucing arnab & Kucing


Pada suatu hari, terdapat dua haiwan berbulu yang bernama Si Putih dan Si Hitam. Mereka berdua ialah jiran tetapi saling bermusuhan. 1


Si Putih ialah arnab yang paling pantas dan lincah di kawasan itu. Dia melompat dengan perasaan yang angkuh dan percaya bahawa dirinya lebih hebat dari haiwan lain. 2


Si Hitam menghampiri Si Putih dengan perasaan kesal apabila Si Putih terus bermegah dengan kehebatannya. “Bukan kamu sahaja yang boleh melompat,” kata Si Hitam. Si Putih memandang rendah terhadap Si Hitam. “Oh, benarkah? Kamu hanyalah seekor kucing. Aku yakin kamu tidak dapat melompat setinggi aku.” 3


Si Hitam bersungguh-sungguh ingin membuktikan bahawa Si Putih salah. Si Hitam melonjak tinggi dan mendarat pada dahan pokok. Haiwan-haiwan yang berada di situ terpegun akan kehebatannya. 4


Si Putih terkejut. Dia tidak pernah melihat kucing melompat setinggi itu. “Saya rasa saya salah, ” dia mengaku dengan perasaan malu. 5


Si Hitam turun dari dahan pokok dengan memberi senyuman yang manis kepada Si Putih. “Ini bukan tentang siapa yang dapat melompat paling tinggi, tetapi tentang menghormati kehebatan haiwan lain. Kita semua unik dengan cara tersendiri ”. 6


Maafkan saya. Si Putih berasa kesal akan keangkuhannya dan memutuskan untuk berubah. 7


Si Putih meminta Si Hitam untuk mengajarnya melompat tinggi. Si Hitam bersetuju untuk memberi tunjuk ajar kepada Si Putih. 8


Si Putih memberitahu Si Hitam berkaitan pertandingan lompat tinggi yang akan datang di mana semua jenis haiwan akan bertanding untuk melihat siapa yang dapat 9 melompat paling tinggi.


Di bawah bimbingan Si Hitam, Si Putih belajar untuk bergerak dengan tenang. Dia berlatih melompat setiap hari sehingga lompatannya bertambah baik. 10


11


Pada hari pertandingan, semua jenis haiwan berkumpul untuk menyaksikan acara tersebut. Semasa pertandingan bermula, semua haiwan bergilir-gilir untuk melakukan lompatan yang tinggi. 12


Seekor kanggaru melompat setinggi langit. Para penonton bersorak manakala Si Putih menyaksikan aksi tersebut dengan perasaan gelisah. 13


Akhirnya, giliran Si Putih tiba. Si Putih teragak-agak untuk melompat. Mujurlah Si Hitam ada di situ untuk memberi semangat kepadanya. 14


Dengan penuh kesungguhan, Si Putih melompat lebih tinggi berbanding sebelum ini. “Awak berjaya!” jerit Si Hitam dengan senyuman yang lebar apabila Si Putih 15 lompat melepasi palang.


Si Putih tidak memperoleh tempat pertama tetapi dia menerima sesuatu yang lebih istimewa. Sebuah persahabatan. 16


PENGAJARAN: JANGAN SOMBONG DENGAN KELEBIHAN YANG KITA ADA. 17


Tamat


Click to View FlipBook Version