Selipar si Lili.
Di sebuah kampung ada seorang budak perempuan yang bernama Lili.
Lili merupakan anak orang kaya yang baru berpindah ke Kampung Sentosa.
Lili seorang budak yang sombong . Di sekolahnya, ramai yang ingin
berkawan dengannya. Akan tetapi, tetapi dia sombong dan tidak mahu
berkawan dengan mereka. Ketika kanak-kanak seusianya sibuk bermain, dia
tidak sertai mereka. Dia hanya sibuk menjaga penampilannya dan
pakaianya sahaja. Pada mulanya, dia tidak mahu mengikuti ibu bapanya
berpindah ke kampung kerana merasakan dirinya tidak layak untuk tinggal
di kampung. Ibu bapanya berpindah ke kampung kerana urusan kerja dan
membangunkan Kampung Sentosa peninggalan arwah moyang Lili.
Lili mempunyai seorang sahabat baik yang bernama
Siti. Siti merupakan jiran Lili. Lili suka berkawan
dengan Siti kerana Siti selalu menuruti kehendaknya
dengan sabar tanpa ada sebarang bantahan.
Lili mempunyai satu tabiat buruk.
Dia suka mengutuk orang lain.
Pada suatu petang, mereka duduk di
satu pondok sambil berborak.
“Siti, lihat si Aton itu. Dia boleh keluar dengan rambut yang tidak sikat
seperti tu ! Benar-benar tidak tahu malu!”,kata Lili kepada Siti.
“Betul ke? Rasanya Rambut Aton biasa-biasa saja,” kata Siti . Rambut
Aton yang diikat satu kelihatan normal sahaja di mata Siti.
“Cuba kamu perhatikan, dia memakai baju berwarna merah, getah
yang digunakan untuk mengikat rambut berwarna hijau. Sangat tidak
sesuai!” kata Lili.
“Oooh,” kata Siti tanpa mengulas panjang.
Pada hari yang lain, ketika Tuti lalu dihadapan rumah Lili, sekali lagi Lili
mula mengejek. Tuti merupakan anak petani yang tinggal dihujung kampung.
“Siti, lihat itu si Tuti! Bajunya tidak kemas, berkedut sini sana.
Seluarnya pula seperti kain buruk. Tetapi masih tidak malu keluar rumah!”
katanya.
Siti yang memperhatikan Tuti dari hujung rambut ke hujung kaki,
merasakan tiada yang salah dengan pakaian Tuti. “Rasanya … biasa saja..,”
jawab Siti secara perlahan.
“Biasa? Lihat warna pakaiannya yang tidak sesuai, dengan tudungnya
berkedut. Selekeh betul! Kata Lili.
“Hmmm,” balas Siti sambil meminta diri untuk pulang.
Suatu hari, ada pengumuman
bahawa hujung minggu ini akan diadakan
pesta di balai kampung dan semua
penduduk diundang. Lili berasa sangat
gembira mendengar berita tersebut.
“Ini adalah tempat untukku
menunjukkan kecantikanku kepada
seluruh kampung.”fikirnya. Bukankah
dia gadis tercantik di kampung itu?
Pada petang hari berikutnya, Lili
berkunjung ke rumah Siti. Siti mengajak
Lili bermain di dalam biliknya. Siti ialah
anak Ketua Kampung. Keluarganya hidup
secara bersederhana sahaja. Bilik siti
juga tidak mewah. Tetapi Siti tetap
merasakan kehidupannya sentiasa cukup.
“Siti, adakah kamu sudah fikirkan baju apa yang ingin dipakai pada
pesta nanti?”, tanya Lili kepada Siti. “Marilah kita sama-sama pakai baju
kebaya”, tambahnya lagi.
“Oh .. Boleh juga ..mungkin baju yang ini,” kata Siti sambil
menunjukkan baju kebaya berwarna merah dengan kain senada.
“Aduhai, jangan yang ini! Kembangnya terlalu lebar! Kamu masih
muda , tidak sesuai memakai baju yang besar. Kalau pakai baju sebegitu,
nanti dianggap mak cik!” kata Lili.
“Ooh,” kata Siti. “Kalau begitu yang ini sajalah,” tambahnya sambil
menunjukkan baju kebaya berwarna hijau yang kembangnya kecil.
“Ahh, yang ini pun tak eloklah untuk kamu! Kembangnya terlalu kecil!”
Kata Lili. “Kamu tak pandai bergayalah Siti. Tengoklah aku ni, sentiasa
bergaya” katanya lagi dengan bangga.
Lili terus-menerus mencari kesalahan pada semua kebaya Siti.
Selang berapa jam kemudian, Lili meminta diri untuk pulang selepas habis
mengkritik dan mengejek semua pakaian milik Siti.
Pada malam sebelum pesta itu berlangsung. Lili sangat teruja sehingga dia
tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan betapa cantiknya dirinya
berbanding semua penduduk kampung yang lain di pesta itu nanti.
Pada keesokan harinya, akibat tidur terlalu lewat, Lili terbangun
lambat. Lili pun bersiap dengan tergesa- gesa. Lili sudah merancang untuk
pergi bersama Siti dengan menaiki kereta milik ayah Lili. Sepanjang
perjalanan ke pesta itu, Lili tidak berhenti mencari salah pada penampilan
Siti. Siti tetap memakai baju kebaya merah muda yang sudah dikriktik
oleh Lili tempoh hari. Siti hanya mendiamkan diri dan mengabaikan apa
yang Lili katakan.
Setibanya di tempat pesta, tidak cukup dengan mengkritik baju
sahabatnya, dia menyambung ejekannya
kepada anak-anak gadis di pesta itu pula.
“Lihat si Aton di sana! Teruk sekali baju
yang dipakai!” kata Lili.
Siti memandang Aton, tetapi tidak ternampak
apa-apa yang salah pada pakaian Aton. “Apa
yang salah pada Aton?”tanyanya kepada Lili.
“Kamu ini memang tidak telitilah Siti!
Lihatlah sanggulnya itu. Tidak berada di tengah begitu juga bunganya!”
kata Lili.
Siti hanya diam dan menganggukkan kepalanya sahaja tanda dia
tidak mahu ambil peduli apa yang dikatakan oleh Lili.
“Aduahi, lihat si Tuti itu! Buruk penampilannya, betul tak Siti?”,
tanya Lili
“Pada saya, sempurna saja. Tudung yang dipakai terletak elok saja,”
jawab Siti.
“Siti….Siti, kamu ini buta ke? Lihat kainnya itu! Sebelah kanan
setengah sentimeter lebih tinggi dari sebelah kiri! Eeee…Tak sama!” kata
Lili
“ Jadi, itu salahnya,” jawab Siti sambil mengeleng kepalanya.
“Baiklah, kamu tunggu di sini ya, aku mahu
mengambil makanan,” kata Lili.
Siti mengangguk.
Ketika Lili berdiri dan berjalan, semua mata
memandang ke arahnya.
“Ermm..biasalah Lili sememangnya gadis
tercantik di kampung ini,” kata Siti dalam hati.
Dalam masa yang sama, Lili masih lagi berjalan
dengan bergaya dengan dagunya yang terangkat.
Namun,tiba- tiba dia melihat
semua orang sedang berbisik-bisik
sesama mereka sambil menahan
ketawa ke arah Lili.
Siti mula memerhatikan Lili
dari hujung kepala hingga hujung
kaki. Selepas itu, baru Siti menyedari Lili memakai selipar yang berlainan
warna. Sebelah berwarna hijau dan sebelah berwarna hitam. Sebelum Siti
sempat menegur Lili, ada satu suara menjerit menyakat Lili, dengan
berkata, “Cantik selipar! Beli dimana tu cik adik manis”, hingga
menyebabkan satu dewan mengtertawakan Lili.
Akan tetapi, Lili masih lagi berjalan tanpa rasa malu dan bersalah.
Sesampainya di meja tempat meletakkan makanan, sedang dia mengambil
makanan, datang seorang jejaka tampan menghampirinya. Lili fikir lelaki
tersebut menghampiri dia untuk berkenalan dengannya. Dia memandang
lelaki tersebut dan tersenyum kepadanya. Lelaki tersebut membalas
dengan senyuman sinis dan ketawa kecil. Lelaki tersebut mendekatinya lalu
berbisik kepadanya, “Cantik sungguh selipar cik adik”.
Setelah Lili melihat selipar yang dipakainya, dia terus keluar dari
balai kampung dengan perasaan yang malu.
Pengajaran
-Jangan melihat kesalahan orang lain biarpun kecil selalu diperhatikan
sementara kesalahan sendiri biarpun besar dan jelas masih lagi tidak
disedari.