HUKUM HUDUD Hudud iaitu hukuman yang berkaitan dengan hak Allah yang telah ditetapkan dengan jelas di dalam al-Quran dan Sunnah. Hukuman hudud ini kekal dan tidak boleh diubah sehingga hari kiamat. Hudud dianggap sebagai hak Allah, dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim. Terdapat enam kesalahan hudud yang disepakati oleh semua ulama, iaitu: Zina, qazaf (Menuduh seseorang melakukan zina tanpa saksi), mencuri, hirabah (rompakan), minum arak dan murtad
Contoh hukum hudud Antara contoh kaedah pelaksanaan hukuman hudud yang ingin dinyatakan di sini adalah hukuman bagi peminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan adalah sebatan sebanyak 40 kali. Ada ulama yang menetapkan sebatan sebanyak 80 kali. Kedua-dua pendapat ini berasaskan hadith berikut: Terjemahan: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa seorang peminum arak telah dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. maka baginda memukulnya dengan pelepah tamar sebanyak 40 kali. Kata Anas: begitulah juga dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar. Apabila zaman Khalifa Umar, beliau bermesyuarat bersama para sahabat lalu Abdul Rahman bin Auf berkata bahawa, sekurangkurangnya hukum hudud itu adalah 80 kali sebatan. Lalu Umar mengarahkan hukuman 80 kali sebatan. Hukuman sebatan ini dikenakan sekiranya peminum arak itu meminumnya dengan sengaja. Selain itu, Rasulullah SAW juga tidak menetapkan alat-alat tertentu untuk menyebat peminum arak. Di samping itu, Kaedah merotan dengan alat yang berbeza-beza ini menunjukkan betapa hukuman undangundang Islam tidaklah bersifat kasar dan keras seperti yang didakwa.