PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SK ISMAIL SATU, MUAR, JOHOR
MODUL SKIM LATIHAN
LENCANA KEAHLIAN
“ SENTIASA ISTIMEWA “
Disediakan oleh :
MOHAMMAD HAMDAN BIN ROZALI
PENOLONG PEMIMPIN PENGAKAP
SKISMAIL SATU,MUAR
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
BAHAGIAN WARNA MAKSUD
Lingkaran Ikatan Buku Sila Kuning Perpaduan rakyat Malaysia dan
persaudaraan sesama Pengakap
sedunia
Tiga kelopak Merah Persetiaan Pengakap
Bintang pecah 14 Kuning 14 buah negeri
Dua bintang pecah 5 Hijau 10 undang-undang Pengakap
Ikatan hijau Hijau Ikatan persaudaraan pengakap
Agama Islam sebagai agama rasmi
Anak bulan dan bintang kuning Warna kuning adalah warna Diraja
bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-
raja Melayu
Warna Kuning : Pengakap kanak-kanak
Warna Hijau : Pengakap Muda
Wara Merah : Pengakap Remaja
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA
BAHAGIAN WARNA MAKSUD
Pecahan tiga kelopak Putih Tiga persetiaan
pengakap
Ikatan berwarna putih Putih Ikatan persaudaraan
Lingkaran membentuk pengakap
ikatan buku sila
Dua bintang pecah 5 Putih Persaudaraan Pengakap
Ungu 10 undang-undang
Pengakap
Warna Ungu : Kesucian dan kebersihan
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
10 UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1. Seorang yang sentiasa DIPERCAYAI maruah dan kehormatan
dirinya.
2. Seorang yang TAAT Kepada Yang Dipertuan Agong serta
Raja-raja dan pemimpin-pemimpin Pengakap, ibu bapanya,
majikannya dan orang-orang dibawahnya.
3. Wajib menjadikan dirinya seorang yang BERGUNA dan suka
menolong orang pada setiap masa.
4. Menjadi sahabat kepada sekalian orang dan BERSAUDARA
kepada Pengakap lain walau apa Negara, pangkat dan
agama sekalipun.
5. Seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan
sentiasa BERBUDI.
6. Seorang yang KASIHKAN BINATANG.
7. Seorang yang sentiasa MENURUT PERINTAH dan suruhan ibu
bapanya, ketua kumpulannya, pemimpin-pemimpin
pengakapnya tanpa apa-apa soalan.
8. Seorang yang sentiasa TABAH HATI dan manis mukanya
walau dalam masa kesusahan.
9. Seorang yang sentiasa BERJIMAT cermat
10. Seorang yang sentiasa bersih, SUCI FIKIRAN, SUCI PERKATAAN
dan SUCI PERBUATAN
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
Jom Nyanyi
Lagu Undang-Undang Pengakap
Dipercayai…….Taat, Berguna
Bersaudara, Berbudi
Kasihkan binatang……Menurut perintah
Tabah hati, Berjimat
Suci fikiran, Suci perkataan, Suci perbuatan
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
5 PRINSIP RUKUN NEGARA
Maka kami,
Rakyat Malaysia,
Berikrar,
Akan menumpukan,
Seluruh tenaga dan usaha kami,
Untuk mencapai cita-cita tersebut,
Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
TABIK HORMAT
HORMAT BACAAN
PENGAKAP IKRAR
HORMAT TONGKAT
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
COGAN KATA PENGAKAP
BERBEZA MENGIKUT UNIT
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS “SENTIASA ISTIMEWA”
PENGAKAP KANAK-KANAK “BUAT SEHABIS BAIK”
PENGAKAP MUDA “SELALU SEDIA”
PENGAKAP REMAJA “PANDANG LUAS”
PENGAKAP KELANA “BERKHIDMAT”
“SENTIASA ISTIMEWA”
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
Nama Robert Stephenson Smyth Baden Powell
Gelaran Lord Baden Powell
Pekerjaan
Tarikh Lahir Bekas Mejar Tentera British
Tempat Lahir 22 Februari 1857
Tarikh Meninggal London, England
8 Januari 1941
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
CERITA HUTAN ( THE JUNGLE BOOK )
WATAK HAIWAN
Akela Serigala
Mowgli Manusia
Baloo Beruang
Bagheera Harimau Kumbang
Shere Khan Harimau Belang
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
SINOPSIS CERITA HUTAN)
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua
yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-
binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan.
Harimau ini bernama Shere Khan.
Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari
makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu.
Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang
anak mereka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi
khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.
Kerana terlalu gembira
menemui mangsanya itu
Shere Khan terus menerkam.
Malangnya Shere Khan
terpijak bara unggun api yang
ada di sisi khemah itu. Dia pun
melolong kesakitan sehingga
menggemparkan satu
keluarga serigala yang tinggal
dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak
menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di
dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia
ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya
dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang
tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri
apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
Bapa serigala menggonggong
budak itu dan membawanya ke
dalam gua. Ibu serigala kasihan
dan tertarik hati kepadanya
kerana budak itu sedikit pun tidak
takut kepada mereka malah
berebut-rebut dengan anak
serigala yang lain menghisap susu
Ibu Serigala.
Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala
bersetuju menerima budak itu
sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-
anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan
menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.
Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu
dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (Jackal), yang memang
hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.
Tabaqui terdahulu daripada itu telah
dapat mengesan ke mana budak kecil
pemotong kayu itu pergi dan mengharap
dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika
harimau tempang itu memakan budak itu
nanti.
Bagaimanapun apabila Shere Khan
menuntut supaya Bapa Serigala
menyerahkan budak itu, yang
didakwanya sebagai haknya, Bapa dan
Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba
hendak mengambil budak itu dari dalam
gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi
bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi
mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga
serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam
hutan.
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu.
Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah
ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka
mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan
purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang.
Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima
sebagai anggota Kumpulan atau
sebaliknya. Apabila seekor anak serigala
sudah diterima sebagai anggota
Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun
boleh membunuhnya, dan jika ada yang
membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.
Bapa Serigala menunggu sehingga anak-
anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh
berlari-lari. Kemudian, pada suatu malam
bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun
membawa anak-anak mereka ke Batu
Sidang itu.
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan
anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan
yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-
ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh
anggota-anggota Kumpulan.
Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak
menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak
serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela
menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan
membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari
belakang batu besar.
"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak
manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala
yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka
menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila
timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu
atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap
menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.
"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?"
tanya Akela, Ketua Kumpulan.
Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala
pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk
mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan
anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
yang menjadi guru mengajar anak-anak
serigala Undang-undang Hutan.
Setelah tidak ada serigala yang lain
bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di
belakang Batu Sidang dan menyokong
supaya Mowgli diterima sebagai anggota
Kumpulan.
Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli.
Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara
menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera,
seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba
bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut
Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus
dengan seekor buruan.
Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru
dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus
nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.
Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli
sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang
ditawarkan oleh Bagheera itu.
Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan
buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga
Mowgli saja di Batu Sidang itu.
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
Shere Khan mengaum lagi sekuat
hatinya, terlalu marah kerana budak
itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi
Akela berkata keputusan itu amat baik
kerana manusia dan anak mereka
memang baik dan Mowgli akan dapat
memberi pertolongan kepada suatu
hari kelak.
" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya
dan kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya "
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS MODUL SKIM LATIHAN LENCANA KEAHLIAN
LAUNG AGUNG
1. Akela berteriak PEK !
( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam
keadaan sedia)
2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK !
(lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat
untuk membentuk bulatan kecil)
3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri
Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan
(Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan)
4. Akela angkat tangan tinggi sedikit.
PKK mengangkat tumit
Akela menurunkan tangan rapat ke peha
PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk
mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha
lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ".
Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia
mengadap Akela
5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan
mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " ( intonasi menyoal ).
PKK yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK "
6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia.
( PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari
posisi tabik hormat)