The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jikasayang2, 2021-10-17 06:49:16

PROFILE 2

PROFILE 2

# menjana kecemerlangan |1
bersama

PROFIL SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TO’ BEDOR

1 NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TO’ BEDOR SENARAI PENTADBIR
2 ALAMAT SEKOLAH GURU BESAR
3 KOD SEKOLAH : JALAN KLINIK, 13300 TASEK GELUGOR
P. PINANG

: PBA 2007

4 EMAIL SEKOLAH : [email protected] / [email protected]

5 TELEFON 045736654

6 FAX 045734653

7 LOKASI : KAMPUNG TOK BEDOR

8 DAERAH : TASEK GELUGOR JAMALIAH BT KARIM
9 PPD : PPD SEBERANG PERAI UTARA

10 DUN : N3 : PINANG TUNGGAL PENOLONG KANAN KURIKULUM

11 PARLIMEN : P041 - KEPALA BATAS

12 JENIS BANTUAN : BANTUAN KERAJAAN (PCG -PER CAPITA GRANT)

13 GRED :A

14 KELUASAN TANAH : 11.253 EKAR

15 NAMA GURU BESAR : JAMALIAH BT KARIM EN ABDUL RAHIM B ABDUL MAJID

16 SESI PERSEKOLAHAN : PAGI SAHAJA

17 BILANGAN GURU/ AKS : 48 ORANG GURU & 9 AKS , 4 PKK & 4 PP PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

18 ENROLMEN MURID : 699 (Arus Perdana) 75 (Prasekolah)

19 BILANGAN KELAS : 23
Latitude 5.50674 Longitude 100.482
20 LOKASI /KORDINAT SK KAMPONG TO BEDOR
GPS

21 FACEBOOK RASMI

22 BLOG SEKOLAH https://sktbedor.blogspot.com EN MUHAMMAD B IBRAHIM
23 MOTTO SEKOLAH BELAJAR DAN TERUS BELAJAR PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
24 IKLIM SEKOLAH KERJA ITU IBADAH & BELAJAR ITU JIHAD

25 YDP PIBG DATO AHMAD B DARUS

PN SITI ZALEHA BT OTHMAN

# menjana kecemerlangan |2
bersama

SEJARAH SEKOLAH

SK Kampong To’ Bedor mula didirikan mula didirikan pada 4 JANUARI 1946. Beberapa orang
terkenal di Kampong Tok Bedor dan Kampong Baharu telah berusaha untuk mendirikan sebuah
sekolah di kampong ini atas kesedaran mereka bahawa pelajaran adalah sesuatu keperluan yang
penting untuk kehidupan yang sempurna

Sekolah ini telah diasaskan oleh tiga orang penduduk Kampong To Bedor iaitu
1. Encuk Salleh b. Mat ( Ketua Kampong )
2. Haji Awang b Haji Ismail ( Imam Masjid )
3. Haji Musa b Said ( Imam Masjid )

Pada 6 Januari 1946, sebuah sekolah berbentuk bangsal panjang telah didirikan di tapak sebuah
tanah wakaf. Bangunan asal ini dibina berdindingkan buluh dan atap rumbia. Bangku dan mejanya
diperbuat daripada batang kelapa yang dipotong dan beralaskan papan.

Setelah bangunan asal ini rosak dan lusuh, sebuah bangunan baharu didirikan pada tahun 1948
berbekalkan bantuan kerajaan sebanyak $ 5,700, bagi menggantikan asal di tapak asal iaitu wakaf
masjid.

Pada tahun 1959,Satu usaha telah dijalankan bagi mendapatkan tapak baharu untuk dibina
bangunan baharu yang lebih baik. Dan akhirnya pada tahun 1961, kerajaan telah meluluskan
sebuah tapak seluas 2.ekar 1 rod untuk didikan sebuah bangunan sekolah yang baharu yang
lengkap dengan kemudahan untuk anak anak penduduk Kampong To’ Bedor.

Bermulalah SK Kampong To’ Bedor dengan sebuah bangunan konkrit yang mempunyai sebuah
pejabat, 4 buah bilik darjah dan sebuah stor. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Yang
Berhormat Tuan Haji Hamid Khan , selaku Menteri Pelajaran Malaysia pada 8 hb Mac 1963

Pada tahun 1984, sebuah lagi bangunan 2 tingkat yang mengandungi 3 bilik darjah, 1 bilik Pusat

Sumber, sebuah bilik tayangan, sebuah surau, sebuah bilik guru, sebuah pejabat dan Bilik Guru
Besar dan tandas telah dibina.
Pada tahun 2002, kerajaan telah meluluskan sebuah lagi bangunan tambahan 4 tingkat di tapak

sedia ada bagi menampung pertambahan bilangan murid akibat daripada pembinaan projek
perumahan yang ada di kawasan sekitar Kampong To’ Bedor. Projek pembinaan bangunan tersebut
telah dimulakan dan diserahkan kepada pihak sekolah pada 30 April tahun 2004. Bangunan

tersebut telah menyediakan kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilik guru yang lebih luas, makmal
sains , bilik pejabat, bilik seni, bilik tayang, pusat sumber , bilik pemulihan, bilik SPBT dan 7 buah
kelas.

Pada tahun 2008, YAB Dato’ seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri merangkap Ahli
Parlimen Kepala Batas telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 115,000 bagi membina
bumbung Tapak Perhimpunan sekolah diantara Blok B dan Blok C.

# menjana kecemerlangan |3
bersama

Pada Tahun 2009, kerajaan telah meluluskan kerja kerja naiktaraf kantin sekolah sedia ada kepada
kantin yang lebih luas bagi menampung keperluan selaras dengan pertambahan jumlah murid
semasa itu.

Pada tahun 2010 sebuah makmal komputer telah didirikan untuk kegunaan murid
SK Kampong to’ Bedor dan terdapat banyak lagi kemudahan yang dinaiktarafkan bagi menjamin
keselesaan murid ketika belajar.

PERSEKITARAN SEKOLAH

SK Kampong To’ Bedor terletak di dalam kawasan kampong yang dikelilingi sawah dan bendang
dan ladang kelapa sawit yang menghijau. Penduduk di kawasan ini kebanyakan bekerja sendiri dan
hidup dalam keadaan yang sederhana. Manakala murid murid sekolah ini terdiri daripada anak
anak penduduk Kampong To Bedor, Kubang Menerong, Pokok Jenerih, Kampong Tasek, Ayer
Melintas Kecil, Ayer Melintas Besar, Pokok Macang, Taman Sri Menderong, Taman Perda Indah,
Taman Bertam Putra dan sejumlah kecil daripada luar kawasan.
Bilangan murid di sekolah ini semakin meningkat dari setahun ke setahun kerana terdapat
pembinaan kawasan perumahan baharu di persekitaran sekolah.

LOGO SEKOLAH

※ Saiz sebenar lencana sekolah adalah 5 cm panjang dan 4
cm lebar.

※ Lambang Obor Api bermaksud cahaya pendidikan iaitu
ilmu merupakan sesuatu yang penting dalam
kehidupan.

※ Warna Kuning melambangkan Islam Agama Rasmi

※ Warna Biru melambangkan semangat harmoni di antara
guru, murid dan kakitangan sekolah.

※ Motto Sekolah : “ Belajar dan Terus Belajar ”

# menjana kecemerlangan |4
bersama

COGAN KATA SEKOLAH LAGU SEKOLAH

“ BELAJAR TERUS BELAJAR ” Bersatu ke arah wawasan
Bersama mencapai kemajuan
Ungkapan Belajar Terus Belajar menjadi
cogan kata sekolah ini kerana ia menjadi Memupuk nilai murni
inspirasi untuk murid murid supaya Menjayakan wawasan
berusaha bersungguh sungguh untuk belajar.
Belajar terus belajar
Ia menjadi kesedaran kepada murid murid Generasi hidup kita
bahawa belajar itu tidak ada penghujungnya. Tingkatkan daya usaha
Kita harus belajar selagi kita mampu untuk Untuk capai cita cita
terus hidup berjaya.
Ilmu itu pelita hati
Ia menjadi inspirasi ke arah melahirkan Amalan hidup berbakti
budaya “ KERJA ITU IBADAH DAN BELAJAR Kesucian dan ketulusan hati
ITU JIHAD” di kalangan guru, murid dan Dalam ke puncak jaya.
warga sekolah ini.

LOKASI SEKOLAH

# menjana kecemerlangan |5
bersama

Falsafah Sekolah

Sentiasa dan sedia memberikan komitmen yang
terbaik.
Keseimbangan dan kesaksamaan peluang
melalui khidmat kepada semua warga sekolah
dan komuniti.
Telus, tulus dan cekap memberikan khidmat
bakti.
Amalan profesionalisma merentasi amanah dan
ibadah.

SENARAI GURU BESAR

1 EN. EMBI BIN AHMAD 06.01.1946 - 02.01.1949
2 YUSOP B. MD ISA 03.01.1949 - 31.01.1956
3 SAID B SIRUN 01.02.1956 - 31.04.1957
4 SAAD B HASSAN 01.05.1967 - 31.04.1969
5 DARUS B AB MAJID 01.05.1969 - 31.12.1977
6 DARUS B ISHAK 04.01.1978 - 31.12.1979
7 ISMAIL B. MAHMUD 01.01.1980 - 25.01.1984
8 YAHAYA B DIN 26.01.1984 - 15.12.1984
9 ISHAK B HJ AWANG 16.12.1984 - 31.03.1986
10 OMAR B. REJAB 01.04.1986 - 31.08.1987
11 ABDUL KADIR B OMAR 01.09.1987 - 31.10.1989
13 MOHD. NOOR B. AYUB 01.04.1994 - 30.03.1994
14 MOHAMAD NOOR B DARUS 01.04.1994 - 30.07.2000
15. SAIDIN B HAMID 31.07.2000 - 15.06.2004
16. ZAITON B. YAHAYA 16.04.2004 - 15.12.2004
17. ZALILA BT IDRIS 16.12.2004 - 31.03.2011
18. MOHD SUIB B HJ HASHIM 01.04.2011 - 01.08.2015
19 JAMALIAH BT KARIM 01.08.2015 - SEKARANG

# menjana kecemerlangan |6
bersama

INFO BERGAMBAR

# menjana kecemerlangan |7
bersama

INFO BERGAMBAR

# menjana kecemerlangan |8
bersama


Click to View FlipBook Version