The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pameran Bertema dan Literasi Maklumat merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Maktabah Al-Falah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan Moral bagi memberi input kepada murid-murid dari segi penyebaran pelbagai pengetahuan dan maklumat terkini tentang perkara-perkara yang perlu difahami dan dihayati oleh murid-murid.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosnitaarham, 2024-06-02 20:29:06

PAMERAN BERTEMA-HARI RAYA AIDILADHA 2024

Pameran Bertema dan Literasi Maklumat merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Maktabah Al-Falah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan Moral bagi memberi input kepada murid-murid dari segi penyebaran pelbagai pengetahuan dan maklumat terkini tentang perkara-perkara yang perlu difahami dan dihayati oleh murid-murid.

Keywords: pameran bertema

HHHAAARRRIIIRRRAAAYYY AAA AAAIIDIDDIILILL AAADDDHHHAAA ANJURAN: JK PUSAT SUMBER dengan kerjasama PANITIA PENDIDIKAN ISLAM dan PANITIA PENDIDIKAN MORAL SMK ALOR AKAR Sekolah Kluster Kecemerlangan 25050 Kuantan


HARI RAYA HARI RAYA AIDILADHA Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia 1


Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua waktu ini dipanggil Hari Tasyrik. 2


Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah SWT. Selain itu salah satu keistimewaan Aidiladha dan hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan pada empat hari bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah. 3


Korban bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. 4


Pada hari raya, umat Islam disunatkan mengenakan pakaian yang bersih dan cantik serta mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam menunaikan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. 5


Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmah dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 6


Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam kerana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di Padang Arafah, di luar bandar Mekah 7


iii bbbaaadddaaahhh kkkooorrrbbbaaannn 8


Menyembelih binatang ternakan (al-an’am) yang dilakukan pada Hari Aidiladha atau harihari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah. 9


1.Binatang yang sudah cukup umur 2.Hendaklah disembelih dalam waktu korban 3.Disembelih oleh orang Islam 4.Binatang yang sihat dan tidak cacat 5.Diniatkan korban ketika menyembelih 6.Binatang ternakan yang halal dimakan 10


Binatang yang mempunyai kecacatan seperti: • Tidak bertelinga atau terpotong telinga walau sedikit • Ekor dan lidahnya terpotong • Binatang yang kurus dan kurang dagingnya • Buta • Tempang • Bunting 11


Biri-biri/kibas-1 tahun atau lebih (telah berganti gigi) Kambing-2 tahun / lebih sapi ,lembu,kerbau-2 tahun / lebih Unta-5 tahun/ lebih Umurbinatang yangdijadikankorban Membaca Basmallah/bertakbir Membaca Selawat Menghadapkan binatang ke arah kiblat Memilih binatang yang gemuk Menyembelih sendiri bagi lelaki 12


MULA: Selepas naik matahari pada hari raya korban kira-kira selepas kadar cukup masa untuk sembahyang dua rakaat dan dua khutbah yang ringkas. BERAKHIR Terbenam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah AFDHAL Hari raya aidil adha sebelum gelincir matahari 13


Bermukim IBADAH KORBAN Akil Baligh SIAPA YANG DITUNTUT MELAKUKAN KORBAN SIAPA YANG PERLU MELAKUKAN KORBAN GOLONGAN YANG MEMPUNYAI LEBIHAN HARTA NILAIAN HARGA BINATANG KORBAN DARIPADA KEPERLUAN DAN KEPERLUAN ORANG YANG BERADA DI BAWAH TANGGUNGANNYA Islam merdeka Berkemampuan 14


1/3- disedekahkan kepada fakir miskin 1/3-untuk orang ramai 1/3-orang yang berkorban 15 ·Mengingati dan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ·Memberi peluang kepada fakir miskin menikmati daging korban ·Menimbulkan kesyukuran atas nikmat Allah ·Memupuk sifat ikhlas dan menambah ketakwaan kepada Allah ·Memupuk semangat korban, mahabbah dan silaturrahim


16


Click to View FlipBook Version