The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 712-3-faizin, 2022-04-12 11:21:35

BMMB1144 kesantunan berbahasa

TUGASAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

BMMB1144

KESANTUNAN BERBAHASA

NAMA : MOHAMAD FAIZIN BIN MOHAMAD FAUZI
KELAS : F2C

ANGKA GILIRAN: 2021252310023
NAMA PENSYARAH : HAJAH NORMI BINTI MOHD DALI

TARIKH HANTAR : 12 APRIL 2022

KEMAJUAN TEKNOLOGI
MEDIA SOSIAL

Pada era globalisasi ini, pembaharuan serta
kemajuan teknologi pada zaman moden ini telah
memberi sedikit sebanyak perubahan contohnya
kewujudan media sosial. Kewujudan pelbagai aplikasi
media sosial ini telah memberi banyak manfaat
kepada masyarakat. Antaranya seperti memudahkan
kita untuk berkomunikasi, dapat memperoleh
maklumat di hujung jari dan dapat mengetahui isu
terkini tanoa batasan. Inilah yang dikatakan ‘dunia
tanpa sempadan’ kerana tidak mengira jarak dan
waktu, kita tetap boleh berkomunikasi dengan
seseorang walaupun masing-masing berada di
tempat yang berbeza serta jauh jaraknya.

KESANTUNAN Kesantunan berbahasa seharusnya tidak
BERBAHASA dilupakan begitu sahaja walaupun pada

kita berada di zaman moden ini. Nilai-
nilai murni perlu dipupuk untuk

melahirkan masyarakat Malaysia yang
harmoni dan bersatu padu. Awang

Sariyan (2007) mentakrifkan kesantunan
bahasa sebagai penggunaan bahasa
yang beradab, sopan dan baik. Namun
begitu, terdapat segelintir masyarakat
yang kurang mengambil perhatian
tentang kesantunan berbahasa dalam
penggunaan media sosial.

CONTOH PENGGUNAAN BAHASA
YANG TIDAK SANTUN DALAM

MEDIA SOSIAL SERTA
JUSTIFIKASINYA.

CONTOH PENGGUNAAN
BAHASA KURANG
SOPAN DALAM
MEDIA SOSIAL

JUSTIFIKASI

Ini merupakan contoh perkataan yang kurang sopan sering digunakan dalam penggunaan media
sosial. Gelaran yang tidak santun kepada individu dapat membunuh karakter seseorang terutamanya

dalam kalangan masyarakat. Perkara ini dapat kita lihat apabila individu tersebut tidak menyukai
pemandu bas tersebut kerana terlewat. Individu tersebut memanggil gelaran pemandu bas itu

dengan gelaran yang kurang enak didengar. Seperti yang sedia maklum, perkataan ‘babi‘. Apabila
individu itu berasa tidak puas hati terhadap seseorang, individu tersebut akan memuat naik status
dalam ‘twitter’ kononnya untuk melepaskan geram sehingga memanggil gelaran yang kurang sopan
iaitu menyamakan manusia dengan haiwan yang tidak baik. Hal ini bukan sahaja menunjukkan sikap
kurang santun dalam media sosial malah akan menimbulkan sikap ketidakpuasaan hati antara satu

sama lain apabila bahasa yang digunakan semasa interaksi tidak ditutur dengan baik. Tindakan
sedemikian dikatakan tidak bertamadun. Gelaran ini membuatkan seseorang itu akan marah dan

sedih. Perkara ini bertentangan dengan takrif yang dikemukakan oleh Leech (1984) yang
mengetengahkan konsep kesantunan bahasa yang berpandukan kepada enam maksim utama iaitu

maksim santun, kedermawanan, sokongan, kerendahan hati, persetujuan dan simpati.

CONTOH PENGGUNAAN
BAHASA KURANG
SOPAN DALAM
MEDIA SOSIAL

JUSTIFIKASI

Ini merupakan contoh yang diambil daripada cara individu berkenaan berinteraksi dalam
penggunaan media sosial. Perkataan kasar, kesat dan tidak santun kepada individu lain dapat

membuat hati individu lain terguris. Perkara ini dapat kita lihat apabila individu tersebut
meminta buku yang dipinjamkan kepada rakannya secara tidak beradab serta menggunakan

perkataan yang kesat. Individu tersebut memanggil gelaran kepada individu lain dengan
gelaran yang tidak enak didengar iaitu 'lahanat'. Apabila individu itu berasa tidak puas hati
terhadap seseorang, individu tersebut akan memaki hamun orang lain untuk melepaskan
geram sehingga memanggil gelaran yang kurang sopan iaitu menyamakan sifat manusia
dengan sifat yang tidak baik. Pada pendapat saya, hal ini sangat tidak wajar kerana dapat
menimbulkan pergaduhan dan lebih teruk berpotensi untuk menimbulkan jurang pergaulan

antara individu berkenaan dengan orang lain. Tindakan sedemikian dikatakan tidak
bertamadun dan dapat menggambarkan betap rendahnya sifat kesantunan dalam dirinya.
Individu tersebut berkelakuan biadap seolah-olah tidak menyedari bahawa perbuatannya itu

adalah salah.

CONTOH PENGGUNAAN
BAHASA KURANG
SOPAN DALAM
MEDIA SOSIAL

JUSTIFIKASI

Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa individu tersebut menggunakan stiker yang
tidak santun dan mengaibkan. Stiker yang tidak santun adalah seperti stiker yang membawa
kepada keruntuhan akhlak, misalnya stiker yang berbaur lucah ataupun stiker berupa gambar
orang lain yang digunakan tanpa kebenaran serta ditambah pula kata kata yang mengaibkan.
Menghormati individu lain dalam erti kata menjaga maruah dan air mukanya merupakan satu
kewajipan sesama manusia. Dalam pada itu, stiker yang mengandungi perkataan kesat juga

dapat menunjukkan perkara tersebut adalah hal yang tidak santun kerana hal sedemikian
akan menyebabkan individu lain berkecil hati. Selain itu, terdapat juga stiker yang digunakan
oleh individu tersebut adalah melibatkan isu agama. Kita sebagai manusia tidak berhak untuk
menentukan sama ada sesorang itu akan masuk syurga atau neraka kerana perkara tersebut
adalah perhitungan tuhan. Pada pendapat saya, hal sedemikian sangat tidak wajar dilakukan

oleh seseorang kerana penggunaan stiker yang tidak santun tersebut dapat menimbulkan
permasalahan dalam kesihatan hubungan dengan invidu lain dan tambahan pula dapat
mengaibkan serta mencemarkan maruah orang lain.

CONTOH PENGGUNAAN
BAHASA KURANG
SOPAN DALAM
MEDIA SOSIAL

https://youtu.be/3az2bkg-8gI

JUSTIFIKASI

Berdasarkan pautan video tersebut, kita dapat lihat bahawa berlakunya
pergaduhan antara ADUN Pengkalan Batu dengan ADUN yang lain. Pergaduhan

tersebut berlaku kerana penggunaan bahasa yang tidak santun ketika
memberikan hujah masing-masing. Budaya mamaki hamun ini sangat tidak
wajar kerana seseorang wakil politik tidak seharusnya menuturkan perkataan
yang kesat di mana dapat menimbulkan persengketaan. Tambahan pula,
seseorang pemimpin merupakan individu yang menjadi contoh tauladan kepada
rakyat. Selain itu, video tersebut pula dipaparkan di media sosial contohnya
aplikasi YouTube dan ditonton secara meluas di khalayak umum. Oleh itu , pihak
media tidak sepatutnya menyiarkan video yang berunsur negatif seperti ini
keran ianya boleh menjadi racun yang merosakkan kesantunan dalam diri

masyarakat di negara kita.

CONTOH PENGGUNAAN
BAHASA KURANG
SOPAN DALAM
MEDIA SOSIAL

https://youtu.be/8Eu91VzbBrQ

JUSTIFIKASI

Situasi yang berlaku dalam video tersebut adalah individu yang dikenali sebagai
"Kaklong" telah melakukan siaran langsung mamaki hamun staf 7Eleven kerana dia

mempercayai bahawa anaknya dimarahi oleh staf di kedai tersebut kerana telah
mencuri. Tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan oleh "Kaklong" kerana

membuatkan ramai pengguna media sosial yang menonton video tersebut melepaskan
kemarahan mereka kepada tindakan dua beranak itu. Hal ini menunjukkan kata-kata
kesat yang dituturkan daripada mulut seseorang bukan sahaja dapat mengguriskan hati

pendengar malahan membuatkan orang yang melihat situasi tersebut turut berasa
marah. Selain itu, media sosial merupakan wadah untuk berkongsi kebaikan bukan untuk

berkongsi aib orang lain. Oleh itu, pengguna media sosial mestilah bijak menggunakan
kemudahan seperti media sosial untuk melakukan kebaikan bukannya kejahatan.

CADANGAN MENANGANI ISU
KESANTUNAN BERBAHASA

Cara menangani isu tersebut iaitu isu penggunaan bahasa kurang PERANAN
santun semasa berkomunikasi ialah ibu bapa seharusnya menjadi IBU BAPA
tunjang utama dalam pembentukkan akhlak serta peribadi anak-anak
dengan memantau penggunaan media sosial anak-anak. Hal ini
demikian kerana melalui Internet, penjajahan minda ini lebih halus
dan mudah disebarkan kerana generasi muda hari ini terlalu leka
dengan Internet sehingga terikut-ikut akan budaya barat seperti cara
percakapan mereka yang agak kasar. Sebagai contoh, mencarut,
mencaci dan sebagainya. Oleh itu, perkara ini lama-kelamaan akan
menjadi tabiat mereka terutamanya ketika mereka ingin berinteraksi
dengan masyarakat sekeliling. Menurut Ding Choo Ming (2005)
berpendapat kesantunan itu bahasa yang baik, elok, berfaedah dan
santun itu bukan sahaja perlu dipelajari daripada buku, tetapi perlu
diasuh oleh ibu bapa di samping bergaul dengan mereka yang lebih
tahu dan berpengalaman. Jadi, dengan memantau penggunaan media
sosial anak-anak mampu mengatasi gejala negatif seperti yang berlaku

di media sosial pada ketika ini.

Pihak sekolah juga memainkan peranan untuk PERANAN
meningkatkan amalan budi bahasa di negara pihak
kita.Pihak sekolah seperti kelab bimbingan dan
kauseling boleh memberi nasihat kepada pelajar sekolah
agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
seperti menuturkan perkataan atau pertuturan
yang baik. Cara ini dapat membolehkan pelajar
menjadi pelajar yang beradab dan santun apabila
berkomunikasi dengan orang sama ada lisan

mahupun tulisan.

Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen PERANAN
kesedaran atau ceramah untuk memberi kesedaran kerajaan

kepada masyarakat supaya mereka dapat
menyedari bahawa betapa penting sesebuah
masyarakat perlu mengamalkan amalan budi
bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-
kempen yang diadakan mampu menyedarkan
masyarakat tentang kepentingan amalan ini
dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Hal ini
kerana masyarakat di negara kita terdiri daripada
pelbagai kaum yang sangat penting menanamkan
sifat perpaduan dala diri setiap masyarakat.

Institusi pendidikan mestilah melakukan satu PERANAN
inisiatif dengan mewujudkan satu subjek tmbahan institusi
pendidikan
iaitu subjek kesantunan berbahasa di setiap
institusi. Hal ini dapat memberikan pengetahuan

kepada pelajar tentang kesopanan ketika
berkomunikasi dengan orang lain di samping

pelajar dapat mempraktikkan kesantunan
tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini

akan melahirkan ramai insan yang mempunyai
sifat berhemah tinggi serta mewujudkan suasana
aman dan harmoni tanpa persengketaan dalam

kehidupan bermasyarakat.

Video atau iklan yang ditayangkan melalui media PERANAN
massa seperti televisyen berupaya untuk media massa

mempengaruhi sikap seseorang. Tambahan pula,
masyarkat masa kini masing-masing mempunyai gajet

sendiri. Oleh itu, media massa juga mestilah
berkolaborasi dengan syarikat media yang lain.
Sebagai contohnya, pihak syarikat televisyen haruslah
sentiasa memaparkan kebaikan budi bahasa dan
kepentingan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan di
televisyen. Jika pihak media massa tidak bekerjasama
dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk
mewara-warakan masalah kesantunan yang sedang

dihadapi ini kepada masyarakat.

KEBAIKAN MENGAMALKAN
KESANTUNAN BERBAHASA

memberi kebaikan kesantunan Mewujudkan
layanan mesra, berbahasa senario yang
harmoni antara
sopan, dan penutur atau
tanda penulis dengan
pendengar atau
penghormatan
pembaca
Dapat menjaga
maruah diri dan Dapat menjaga
maruah orang perasaan orang

lain ketika lain dengan
berkomunikasi menghormati
percakapannya

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah kita bahawa penggunaan bahasa yang kurang sopan di media
sosial memberikan kesan yang buruk kepada kita. Isu kesantunan dalam media sosial
dapat mendedahkan saya cara netizan berkomunikasi secara lisan dan bertulis tentang
isu-isu yang tular di media sosial agar saya dapat memperbaiki cara untuk berkomunikasi

di media sosial dengan lebih sopan. Konsep kesantunan berkomunikasi mempunyai
banyak kebaikan iaitu mampu melahirkan masyarakat yang harmoni dengan

mengelakkan daripada persengketaan daripada berlaku jika konsep kesantunan
berbahasa diamalkan dalam diri setiap masyarakat. Penggunaan bahasa juga

melambangkan keperibadian sesebuah masyarakat. Semua pihak haruslah berganding
bahu dalam menyelesaikan isu ini agar tidak berlarutan sehingga zaman generasi yang

akan datang. Biarpun teknologi semakin canggih, kita hendaklah memelihara aspek
kesantunan ketika berkomunikasi di media sosial.

RUJUKAN

Asmah Haji Omar.2000. Wacana Perbincangan Perbahasan dan Perundingan. Dewan
Kuala Lumpur: Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ding Choo Ming. “Bahasa Penjaga Budaya” dlm. Dewan Bahasa, hlm. 48-51, Julai, 2005.
Khidhir uzair. (2021). kesantunan masyarakat. Academia.edu.
https://www.academia.edu/34520305/kesantunan_masyarakat

Leech, G. 1984. Principles of Pragmatics. New York: Longma

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version