011029-11-0283
TAJUK: TAHAP PENGGUNAAN MATEMATIK DALAM KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5 DI SMK KUALA
TELEMONG, HULU TERENGGANU, TERENGGANU
ABSTRAK
Kajian kerja kursus ini bertajuk tahap penggunaan Matematik dalam kalangan
pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu,
Terengganu. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap penguasaan
Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga 5 SMK Kuala Telemong dan
mengkaji tahap penggunaan Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga 5
SMK Kuala Telemong. Lokasi kajian ini ialah di Kampung Kuala Telemong, Hulu
Terengganu, Terengganu. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal
selidik, temu bual dan kepustakaan. Borang soal selidik yang telah diberikan kepada
pelajar SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu. Data yang telah
dianalisis dinyatakan dalam bentuk angka dan peratusan serta telah disenaraikan dalam
bentuk jadual, graf, dan carta. Kajian internet adalah seperti mendapatkan maklumat
mengenai pendidikan Matematik. Kesimpulannya, hasil kajian yang dilakukan telah
tercapai.
1
011029-11-0283
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL BUTIRAN 2
ABSTRAK 3-5
KANDUNGAN 6
1 PENGENALAN 7-10
2 OBJEKTIF KAJIAN 11-13
3 LOKASI KAJIAN
4 METODOLOGI KAJIAN 14
5 DAPATAN KAJIAN 15-20
5.1 Dapatan Kajian Bahagian A (Maklumat 21-27
Responden)
5.2 Dapatan Kajian Bahagian B (Tahap Penguasaan 28-32
Matematik Dalam Kalangan Pelajar di SMK Kuala
Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu)
5.3 Dapatan Kajian Bahagian C (Tahap Penggunaan
Matematik Dalam Kalangan Pelajar di SMK Kuala
Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu)
6 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 33-34
7 RUJUKAN 35
8 LAMPIRAN
36-43
2
011029-11-0283
1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan usaha sistematik yang disengajakan yang
dibuat oleh masyarakat untuk menyampaiakan pengetahuan, nilai, sikap
dan kemahiran kepada orang lain. Pendidikan juga sangat penting kepada
semua masyakat kerana pendidikan dapat mewujudkan insan yang
berpengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Definisi
pendidikan menurut https://ms.m.wikipedia.org iaitu merangkumi proses
pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus dan juga sesuatu yang tidak
dapat dilihat tetapi lebih mendalam seperti pemberian pengetahaun,
pertimbangan, kamahiran dan kebijaksanaan. Salah satu matlamat
pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.
Pendidikan terbahagi kepada dua iaitu pendidikan formal dan
pendidikan tidak formal. Pendidikan formal adalah jenis pendidikan yang
terstruktur dan berjenjang yang dilaksanakan di sekolah dengan syarat-
syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh pemerintah.
(https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pendidikan-formal.html).
Seterusnya, pendidikan tidak formal ialah sejenis pendidikan yang
bukan formal atau pendidikan di luar bidang persekolahan piawai.
Contonnya ialah pertanian, pertukangan, dan sebagainya. Pendidikan tidak
formal ini juga merupakan didikan melalui ibu bapa di rumah.
(https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_tidak_formal)
Seterusnya maksud sosial menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(1994) merujuk kepada kemasyarakatan. Kemasyarakatan merujuk kepada
aktiviti yang melibatkan kumpulan bukan individu. Contohnya melakukan
aktiviti gotong-royong bersama jiran. Definisi budaya menurut Kamus
Pelajar Edisi Kedua (2009) ialah 1; tamadun, peradaban. 2; kemajuan
fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Sebagai
contoh membudaya menjadi kebiasaan atau kelaziman, membentuk
kebudayaan. Tamadun negara yang baik bukan sahaja membangunkan
negara tersebut malah menjadi rujukan dan pandangan negara yang lain.
3
011029-11-0283
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Edisi
Keempat (2005), maksud tahap dalam bidang pendidikan ialah peningkatan
profesion tertentu daripada tahap bawah ke tahap paling tinggi yang boleh
dicapai. Manakala maksud penggunaan pula ialah prestasi kekerapan dan
jumlah penggunaan bagi sesuatu sumber dalam satu tempoh masa.
Pendidikan Matematik merupakan satu mata pelajaran wajib dari
tadika sampai ke sekolah menengah. Kebanyakan kursus yang ditawarkan
di universiti juga banyak merangkumi unsur matematik. Setiap hari, kita
menggunakan matematik dalam kehidupan seharian kita. Kita tidak boleh
lari dari proses matematik sama ada kita suka ataupun tidak. Antara
contohnya ialah kita sentiasa menggunakan proses matematik semasa
membuat pembelian.
(http://pendidikanmaths.blogspot.com/2012/03/kepentingan-pendidikan-
matematik.html?m=1)
Seterusnya, guru-guru haruslah bijak dalam menggunakan pelbagai
kaedah dalam mengajar anak murid untuk mengelakkan subjek Matematik
menjadi sukar dan membosankan. Sebagai seorang guru yang berkaliber,
beliau haruslah mencipta suasana pembelajaran yang menarik supaya
mengalakkan budaya pemikiran Matematik. Guru haruslah menerapkan
nilai matematik dan persefahaman dalam kalangan pelajar supaya pelajar
lebih meminati akan subjek Matematik.
(http://pendidikanmaths.blogspot.com/2012/03/kepentingan-pendidikan-
matematik.html?m=1)
Di samping itu, penggunaan Matematik sangat luas, antaranya ialah
dalam bidang kedoktoran. Operasi matematik digunakan dalam bidang ini
untuk membuat sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti
supaya ubat yang dihasilkan tidak melebihi dos. Hal ini membuktikan
bahawa bidang matematik merupakan bidang yang luas.
4
011029-11-0283
Hal ini telah membuktikan bahawa tahap penggunaan Matematik
sangat penting dalam kehidupan harian seperti urusan jual beli dan dalam
pelbagai bidang lain. Ini menunjukkan jika kita mempunyai tahap
penggunaan Matematik yang tinggi, maka kita akan boleh berjaya dalam
kehidupan dalam kehidupan harian seperti urusan jual beli dan dalam
pelbagai bidang lain.
Di samping itu, pendidikan Matematik bukan hanya berlaku di
sekolah semata-mata, malahan pendidikan Matematik juga berlaku di
rumah dengan cara ibu bapa membuat aktiviti harian yang membabitkan
rangsangan kemahiran Matematik. Antara contoh permainan yang boleh
dilakukan bersama keluarga ialah permainan Saidina.
Rasional kajian ini dilakukan bagi pengkaji mengenal pasti tahap
penguasaan Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga 5 kerana
berdasarkan kepada keputusan peperiksaan sekolah yang lepas, pengkaji
mendapati bahawa pencapaian dalam subjek Matematik ramai pelajar yang
tidak mendapat kredit dalam subjek tersebut. Rasional seterusnya, pengkaji
telah memilih lokasi di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu,
Terengganu kerana di sekolah itu merupakan tempat pengkaji belajar dan
dapat memudahkan pengkaji menjalankan kerja kursus ini untuk
mengumpul data dengan lebih terperinci. Rasional terakhir ialah pengkaji
memilih responden daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5 kerana mendapati
bahawa semua pelajar ini mengambil subjek Matematik.
Sebagai kesimpulannya, tahap penggunaan Matematik sangat
penting kepada masyarakat dan negara. Hal ini kerana dengan adanya ilmu
Matematik, sistem kewangan dan ekonomi negara akan terus stabil kerana
mampu menggunakan operasi Matematik dengan baik.
5
011029-11-0283
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif kajian yang berkaitan dengan kajian tahap penggunaan
Matematik. Objektif tersebut ialah:
1) Mengenal pasti tahap penguasaan Matematik dalam kalangan pelajar
tingkatan 1 hingga 5 di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu,
Terengganu.
2) Mengkaji tahap penggunaan Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan
1 hingga 5 di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu.
3.0 LOKASI KAJIAN
6
011029-11-0283
3.1 Peta Negeri Terengganu
Peta 1: Peta Negeri Terengganu
Sumber: https://www.terengganutourism.com/map.htm
Negeri Terengganu merupakan salah sebuah negeri dalam Malaysia.
Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bahagian
utara dan barat lautnya, Terengganu bersempadan dengan Kelantan
manakala di bahagian selatan dan barat dayanya pula, Terengganu
bersempadan dengan Pahang. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Terengganu)
7
011029-11-0283
3.2 Peta Daerah Hulu Terengganu
Peta 2: Peta Daerah Hulu Terengganu
Sumber: https://www.researchgate.net/figure/The-Hulu-Terengganu-
District-map-Source-District-and-Land-Office-of-Hulu-
Terengganu_fig1_327604136
Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang agak
terpencil di negeri Terengganu namun mula dikenali setelah adanya Projek
Hidroelektrik Kenyir. Kini tasik buatan manusia itu amat dikenali sebagai
destinasi pelancongan. Kuala Berang merupakan pekan paling dikenali di Hulu
Terengganu. Masyarakat di sini lebih tertumpu di sini dalam urusan harian
kerana pusat pemerintahan daerah di jalankan di sini.
(https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hulu_Terengganu)
8
011029-11-0283
3.3 Peta Kampung Kuala Telemong
Peta 3: Peta Kampung Kuala Telemong
Sumber: https://www.google.com/maps/place/Kampung+Kuala
+Telemong,+Kuala+Terengganu,+Terengganu
Kampung Kuala Telemong merupakan sebuah kampung yang terletak
di Hulu Terengganu. Kampung Kuala Telemong sangat dikenali dengan
peristiwa Padang Kacong. Padang Kacong ini terletak berdekatan dengan
Masjid Kuala Telemong. Kampung Kuala Telemong terletak berdekatan
dengan Kampung Lubuk Batu dan Kampung Pelam. Di Kampung Kuala
Telemong inilah terletaknya SMK Kuala Telemong iaitu merupakan tempat
kajian saya.
9
011029-11-0283
3.4 SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu
Foto 1: Pengkaji Di Hadapan Pintu Masuk SMK Kuala Telemong, Hulu
Terangganu, Terengganu
Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2020
Foto di atas menunjukkan lokasi kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji iaitu di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu
yang terletak di kampung Kuala Telemong. Sekolah tersebut juga
merupakan sekolah yang terdapat dalam daerah Hulu Terengganu dan
berada dalam negeri Terengganu. Pengkaji memilih untuk menjalankan
kajiannya di SMK Kuala Telemong kerana sekolah ini merupakan tempat
pengkaji menimba ilmu. Jarak antara rumah ke sekolah pula lebih kurang
dalam 9 kilometer.
10
011029-11-0283
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik untuk mengumpul
dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan satu bukti untuk
menyokong kajian. Tujuan metodologi ini dijalankan ialah untuk
membantu memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang
pengaplikasian kaedah dengan membuat ulasan tentang proses kajian.
Terdapat tiga jenis kaedah kajian yang akan dilaksanakan iaitu kaedah soal
selidik seramai 30 orang responden, kaedah temu bual bersama 2 orang
informen dan kaedah kepustakaan.
4.1 Soal Selidik
4.1.1 Cara Mendapatkan Responden
Bagi meneruskan kajian ini, pengkaji telah mengedarkan satu set
borang soal selidik serara rawak kepada pelajar di SMK Kuala Telemong
yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan
bilangan seramai 30 orang responden. Semua pelajar dipilih secara rawak
oleh pengkaji bagi menjawab soalan yang terdapat dalam borang soal
selidik.
4.1.2 Cara Mendapatkan Maklumat daripada Responden
Pengkaji telah menghasilkan satu set borang soal selidik dan
mengedarkannya kepada 30 orang responden setiap satu dan borang soal
selidik tersebut diambil semula oleh pengkaji untuk mendapatkan
maklumat dan dianalisa. Borang soal selidik ini berkaitan tahap
penggunaan Matematik dalam kalangan pelajar di SMK Kuala Telemong,
Hulu Terenggganu, Terengganu. Borang soal selidik ini terdiri taripada tiga
bahagian iaitu bahagian A, B, dan C. Bahagian A mengenai maklumat
demografi responden yang terdiri datipada jantina, tingkatan, dan
pencapaian dalam subjek Matematik. Seterusnya, Bahagian B iaitu soalan
menganai mengenal pasti tahap penguasaan Matematik dalam kalangan
pelajar di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu. Terdapat
8 soalan yang ditanya oleh pengkaji kepada responden dan responden perlu
11
011029-11-0283
menanda YA atau TIDAK dalam borang tersebut. Selain itu, Bahagian C
terdiri daripada tahap penggunaan Matematik dalam kalangan pelajar di
SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu. Terdapat 7 soalan
yang ditanya kepada responden dan responden juga perlu menanda YA atau
TIDAK.
4.1.3 Cara Maklumat Diproses dan Dipersembahkan
Data dianalisis secara diskriptif dalam bentuk nilai dan peratusan.
Analisis data dilakukan apabila 30 set borang soal selidik telah dijawab oleh
kesemua responden untuk mendapatkan data premier. Analisis dicapai
apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada
angka. Seterusnya, data tersebut telah diterjemahkan dalam bentuk
peratusan dan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu jadual, graf, dan
carta. Daripada data dan maklumat yang diperolehi, pengkaji akan
mengalih data dan maklumat dalam bentuk penulisan essei.
4.2 Temu Bual
4.2.1 Cara Mendapatkan Informen
Kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat
daripada informen dengan lebih jelas dan terperinci. Pengkaji telah
membuat janji temu dengan informen bagi memberitahu tarikh dan tempat
untuk menemu bual. Temu bual ini melibatkan 2 orang pelajar lelaki
tingkatan 5 di SMK Kuala Telemong. Informen A merupakan seorang
pelajar lelaki dari tingkatan 5. Sesi temu bual ini dijalankan pada 7 Julai
2020 (Selasa). Sementara Informen B merupakan seorang pelajar lelaki dari
tingkatan 5. Sesi temubual ini dijalankan pada 7 Julai 2020 (Selasa). Tujuan
temu bual ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan
Matematik dalam kalangan pelajar di SMK Kuala Telemong, Hulu
Terengganu, Terengganu dan mengkaji tahap penggunaan Matematik
dalam kalangan pelajar di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu,
Terengganu.
12
011029-11-0283
4.2.2 Cara Mendapatkan Maklumat daripada Informen
Bagi mendapatkan maklumat daripada informen, satu set soalan
temu bual telah dihasilkan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat
tentang kajian dengan lebih jelas lagi. Sesi temu bual ini dijalankan dalam
keadaan baik dan pengkaji mendengar dan merekod suara daripada
informen. Pengkaji juga turut mengajukan pelbagai soalan yang berkaitan
dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji kepada informen dan
informen dapat menjawab dengan lebih jelas.
4.2.3 Cara Maklumat Diproses dan Dipersembahkan
Data yang diperoleh daripada informen ini dianalisis dan akan
diproses serta dipersembahkan dalam transkrip temu bual seperti dalam
lampiran.
4.3 Kepustakaan
Rujukan utama yang pengkaji peroleh ialah daripada sumber
internet. Sumber rujukan adalah sangat penting kepada pengkaji untuk
mendapat maklumat dengan lebih banyak lagi Selain itu, pengkaji juga
turut mandapatkan sumber rujukan daripada bahan-bahan ilmiah seperti
buku, kamus, dan akhbar.
13
011029-11-0283
5.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan
daripada borang soal selidik yang telah disi oleh responden. Data yang
dimasukkan telah diproses bagi mendapat statistik seperti peratusan,
jumlah, bilangan dan sebagainya bagi merangkumi tiga bahagian iaitu:
A) Demografi Responden:
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1
hingga 5 di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu telah
disoal selidik. Berikut adalah huraian analisis latar belakang meliputi
beberapa aspek iaitu:
1) Jantina
2) Tingkatan
3) Pencapaian yang diperolehi dalam subjek Matematik
B) Objektif kajian 1:
Mengenal pasti tahap penguasaan Matematik dalam kalangan pelajar
tingkatan 1 hingga 5 di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu,
Terengganu.
C) Objektif kajian 2:
Mengkaji tahap penggunaan Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan
1 hingga 5 di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu.
14
011029-11-0283
5.1 DAPATAN KAJIAN BAHAGIAN A
Jadual 1: Peratusan Responden di SMK Kuala Telemong Mengikut Jantina.
PERATUSAN RESPONDEN DI SMK KUALA TELEMONG
MENGIKUT JANTINA
JANTINA BILANGAN PERATUS
LELAKI (ORANG) (%)
PEREMPUAN
13 43.3
JUMLAH
17 56.7
30 100
(Sumber: Kajian Lapangan, 2020)
PERATUSAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA
43%
57%
Lelaki Perempuan
Carta 1: Peratusan Responden Mengikut Jantina di SMK Kuala Telemong
(Sumber: Kajian Lapangan, 2020)
Berdasarkan Jadual 1 dan Carta 1 menunjukkan peratusan
responden berdasarkan jantina pelajar di SMK Kuala Telemong, Hulu
Terengganu, Terengganu. Dalam Jadual 1 dan Carta 1 ini menunjukkan
bahawa data yang diperoleh iaitu 13 orang bersamaan 43% yang berjantina
lelaki manakala 17 orang pelajar perempuan bersamaan dengan 57% dan
menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30 orang.
15
011029-11-0283
Jadual 2: Peratusan Responden di SMK Kuala Telemong Mengikut Tingkatan.
PERATUSAN RESPONDEN DI SMK KUALA TELEMONG
MENGIKUT TINGKATAN
Tingkatan Bilangan Peratus (%)
(orang)
1 5 16.67
2 9 30.00
3 5 16.67
4 4 13.33
5 7 23.33
JUMLAH 30 100
(Sumber: Kajian Lapangan, 2020)
PERATUSAN RESPONDEN MENGIKUT TINGKATAN
17%
23%
13% 30%
17%
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Carta 2: Peratusan Responden Mengikut Tingkatan di SMK Kuala
Telemong
(Sumber: Kajian Lapangan, 2020)
16
011029-11-0283
Berdasarkan Jadual 2 dan Carta 2 menunjukkan peratusan
responden mengikut tingkatan di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu,
Terengganu mengikut tingkatan. Analisis menunjukkan bahawa bilangan
responden yang paling ramai iaitu terdiri dari tingkatan 2 iaitu seramai 9
orang responden bersamaan 30%. Seterusnya, bilangan responden yang
paling sedikit iaitu terdiri dari tingkatan 4 seramai 4 orang responden
bersamaan 13%. Selain itu, bilangan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 3
mempunyai bilangan responden yang sama iaitu seramai 5 orang responden
bersamaan 17%. Akhir sekali, bilangan responden untuk tingkatan 5 iaitu
seramai 7 orang responden bersamaan 23%. Hal ini jelaslah bahawa umur
reponden yang dikaji tersebut tidak banyak mempengaruhi dalam kajian ini.
Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa umur reponden yang dikaji tersebut
tidak banyak mempengaruhi dalam kajian ini.
17
011029-11-0283
Jadual 3: Peratusan Gred Pencapaian Yang Diperoleh Dalam Subjek
Matematik di SMK Kuala Telemong.
PERATUSAN GRED PENCAPAIAN YANG DIPEROLEH DALAM
SUBJEK MATEMATIK DI SMK KUALA TELEMONG
Jenis gred Bilangan Peratus
(orang) (%)
A+ - -
A 5 16.67
A- 1 3.33
B+ - -
B 4 13.33
B- - -
C+ 2 6.67
C 6 20.00
C- 2 6.67
D 4 13.33
E 4 13.33
F/G 2 6.67
JUMLAH 30 100
(Sumber: Kajian Lapangan, 2020)
18
011029-11-0283
PERATUSAN GRED PENCAPAIAN YANG DIPEROLEH
DALAM SUBJEK MATEMATIK
6.67% 16.67%
13.33% 3.33%
13.33% 13.33%
6.67% 6.67%
20.00%
A A- B C+ C C- D E F/G
Carta 3: Peratusan Gred Pencapaian Yang Diperoleh Dalam Subjek
Matematik di SMK Kuala Telemong
(Sumber: Kajian Lapangan, 2020)
Berdasarkan Jadual 3 dan Carta 3, menunjukkan peratusan gred
pencapaian yang diperoleh dalam subjek Matematik di SMK Kuala
Telemong seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar
tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Berdasarkan jadual dan carta tersebut,
bilangan dan peratusan pelajar yang mendapat gred C adalah paling ramai
iaitu sebanyak 6 orang responden bersamaan 20.00%. Selain itu, bilangan
pelajar yang mendapat gred A juga amat memberangsangkan dengan
jumlah seramai 5 orang responden bersamaan 16.67%. Seterusnya, terdapat
3 jenis gred yang iaitu B, D dan E yang mendapat bilangan yang sama iaitu
seramai 4 orang responden 13.33%. Manakala gred C+, C- dan F/G juga
mendapat bilangan yang sama iaitu seramai 2 orang responden bersamaan
6.67%. Di samping itu, gred A- menunjukkan bilangan yang paling sedikit
19
011029-11-0283
iaitu hanya 1 orang responden sahaja bersamaan 3.333%. Walau
bagaimanapun, terdapat 3 jenis gred yang tidak direkodkan kerana tidak
mendapat bilangan iaitu gred A+, B+ dan C-. Jelaslah bahawa, pencapaian
murid sangat mempengaruhi dalam kajian yang dijalankan.
20
011029-11-0283
5.2 DAPATAN KAJIAN BAHAGIAN B
Jadual 4: Tahap Penguasaan Matematik Dalam Kalangan Pelajar di SMK
Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu.
TAHAP PENGUASAAN MATEMATIK DALAM KALANGAN
PELAJAR DI SMK KUALA TELEMONG, HULU TERENGGANU,
TERENGGANU.
BIL PERKARA YA TIDAK JUMLAH
Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus
(%) (%) (%)
1 Adakah anda telah menguasai semua sifir 17 56.67 13 43.33 30 100
Matematik iaitu sifir 1 hingga 12.
2 Adakah anda telah menguasai formula 17 56.67 13 43.33 30 100
Matematik yang telah di ajar oleh guru.
3 Adakah anda telah menguasai pelbagai 16 53.33 14 46.67 30 100
teknik dalam menggunakan kalkulator.
4 Adakah anda telah menguasai pelbagai 10 33.33 20 66.67 30 100
kaedah dalam menjawab soalan
Matematik.
5 Adakah anda telah menguasai tajuk yang 15 50.00 15 50.00 30 100
telah diajar oleh guru dalam subjek
Matematik.
6 Adakah anda telah menguasai pelbagai 11 36.67 19 63.33 30 100
soalan dalam subjek Matematik.
7 Adakah anda menguasai soalan 29 96.67 1 3.33 30 100
Matematik yang aras rendah dahulu
sebelum ke aras tinggi.
8 Adakah anda telah menguasai 27 90.00 3 10.00 30 100
penggunaan seperti pembaris, protektor,
jangka lukis dan sebagainya ketika
menyelesaikan soalan Matematik.
(Sumber: Kajian Lapangan, 2020)
21
011029-11-0283
TAHAP PENGUASAAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR
35
Bilangan responden (orang) 30 29
27
25 17 16 20 15 15 19
20 17 13 14 10 11
15 13
10
53
1
0
Adakah anda Adakah anda Adakah anda Adakah anda Adakah anda Adakah anda Adakah anda Adakah anda
telah telah telah telah telah telah menguasai telah
menguasai menguasai menguasai menguasai menguasai menguasai soalan menguasai
semua sifir formula pelbagai teknik pelbagai tajuk yang pelbagai Matematik penggunaan
Matematik Matematik dalam kaedah dalam telah diajar soalan dalam yang aras seperti
iaitu sifir 1 yang telah di menggunakan menjawab oleh guru subjek rendah dahulu pembaris,
hingga 12. ajar oleh guru. kalkulator. soalan dalam subjek Matematik. sebelum ke protektor,
Matematik. Matematik. aras tinggi. jangka lukis
dan sebagainya
ketika
menyelesaikan
soalan
Matematik.
YA TIDAK
Graf 1: Tahap Penguasaan Matematik Dalam Kalangan Pelajar Di SMK Kuala
Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu.
(Sumber: Kajian Lapangan,2020)
Berdasarkan kepada Jadual 4 dan Graf 1 di atas menunjukkan tahap
penguasaan Matematik dalam kalangan pelajar di SMK Kuala Telemong,
Hulu Terengganu, Terengganu. Berdasarkan kepada soalan pertama yang
diajukan kepada responden adalah adakah anda telah menguasai semua sifir
Matematik iaitu sifir 1 hingga 12. Didapati pelajar yang menanda “YA”
dalam borang soal selidik ini seramai 17 orang responden bersamaan
56.67%. Manakala pelajar yang menanda “TIDAK” pada soalan tersebut
seramai 13 orang responden bersamaan 43.33%. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana sifir Matematik iaitu sifir 1 hingga 12 merupakan
perkara asas dalam Matematik dan perlu dihafal sejak dari sekolah rendah
lagi. Sifir Matematik sangat penting bagi para pelajar untuk menguasai
22
011029-11-0283
subjek Matematik. Lazimnya pelajar yang dapat menghafal sifir akan
menguasai subjek Matematik berbanding dengan pelajar kurang atau tidak
dapat menghafal subjek Matematik. Hal ini menunjukkan bahawa sifir
Matematik sangat penting kepada pelajar untuk menguasai subjek
Matematik kerana dapat mepercepatkan masa pelajar semasa membuat
proses pengiraan terutamanya dalam pendaraban. Menurut Informen A,
penguasaan sifir dalam subjek Matematik iaitu sifir 1 hingga 12 sangat
penting kerana dapat memudahkan pelajar menyelesaikan sesuatu soalan
itu dengan mudah. Hal ini dapat membantu pelajar dalam menjimatkan
masa semasa membuat proses pengiraan Matematik.
Selain itu, bagi soalan adakah anda telah menguasai formula
Matematik yang telah di ajar oleh guru pula didapati bilangan pelajar yang
menanda “YA” adalah seramai 17 orang responden bersamaan 56.67%.
Manakala pelajar yang menanda “TIDAK” pula seramai 13 orang
responden bersamaan 43.33%. Hal ini menunjukkan bahawa ramai pelajar
yang telah menguasai formula yang telah di ajar oleh guru. Walau
bagaimanapun, bilangan pelajar yang tidak menguasai formula Matematik
yang telah di ajar oleh guru juga agak ramai. Hal ini kerana terdapat masih
ada lagi segelintir pelajar yang menganggap Matematik ini merupakan
subjek yang susah yang menyababkan pelajar tidak berminat akan subjek
tersebut. Kesimpulanya, jika pelajar betul-betul menguasai formula yang di
ajar oleh guru, maka subjek Matematik ini akan menjadi mudah. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana guru lebih berpengalaman dalam mencipta
formula Matematik yang baru bagi memudahkan para pelajar dalam subjek
Matematik. Menurut Informen A, Untuk saya memastikan saya menguasai
setiap formula yang cikgu ajari, saya telah mengubah kepada bentuk
akronim bagi memudahkan saya faham dan mudah menghafal formula
tersebut.
Di samping itu, bagi soalan adakah anda menguasai pelbagai teknik
dalam menggunakan kalkulator pula mencatatkan bilangan pelajar yang
menanda “YA” seramai 16 orang responden bersamaan 53.33%. Manakala
pelajar yang mananda “TIDAK” direkodkan seramai 14 orang responden.
Hal ini menunjukkan bahawa pelajar yang telah menguasai pelbagai teknik
23
011029-11-0283
dalam menggunakan kalkulator lebih ramai berbanding pelajar yang tidak
menguasai pelbagai teknik dalam menggunakan kalkulator. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana pelajar tingkatan 3, 4, dan 5 boleh
menggunakan kalkulator semasa dalam pembelajaran dan peperiksaan.
Manakala pelajar tingkatan 1 dan 2 tidak boleh menggunakan kalkulator
semasa pembelajaran dan peperiksaan. Jelaslah bahawa, bilangan pelajar
yang menanda “YA” lebih ramai kerana pelajar sudah didedahkan pelbagai
jenis teknik dalam menggunakan kalkulator semasa di tingkatan 3.
Analisis tentang soalan adakah anda telah menguasai pelbagai
kaedah dalam menjawab soalan Matematik pula direkodkan seramai 10
orang responden bersamaan 33.33% yang menanda “YA”. Manakala
seramai 20 orang responden bersamaan 66.67% yang menanda “TIDAK”.
Analisis menunjukkan bahawa masih ramai pelajar yang tidak menguasai
pelbagai kaedah dalam menjawab soalan Matematik. Kesannya, tidak ramai
pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik. Hal
ini kerana pelajar yang tidak menguasai pelbagai kaedah dalam menjawab
Matematik ini akan berasa sukar untuk menjawab soalan sedangkan soalan
tersebut mudah. Tuntasnya, keadah menjawab dalam subjek Matematik ini
sangat penting untuk pelajar dalam menjawab soalan yang sukar dan
terutamanya kaedah dalam menjawab soalan dalam bentuk statistik. Selain
itu, jika kita dapat menguasai pelbagai kaedah dalam menjawab soalan
Matematik, maka masa kita akan menjadi lebih singkat dalam menjawab
soalan tersebut.
Soalan seterusnya yang diajukan kepada responden ialah adakah
anda telah menguasai tajuk yang telah diajar oleh guru dalam subjek
Matematik pula mencatatkan bilangan pelajar yang menanda “YA” dan
“TIDAK” adalah sama iaitu seramai 15 orang responden bersamaan
50.00%. Berdasarkan analisis ini menujukkan bahawa masih ramai lagi
pelajar yang tidak mengusai tajuk yang telah diajar oleh guru dalam subjek
Matematik. Kesannya, ramai pelajar yang hanya mendapat keputusan
bawah pada gred C. Hal ini terjadi kerana masih ada lagi pelajar yang tidak
memberi tumpuan semasa guru mengajar dan menganggap subjek
Matematik adalah subjek yang membosankan. Selain itu, para pelajar
24
011029-11-0283
haruslah sentiasa memberi respond apabila guru mengajukan apa-apa
soalan bagi menunjukkan bahawa kita faham dalam tajuk tersebut.
Natijahnya, penguasaan tajuk dalam Matematik sangat penting kepada
pelajar kerana apabila pelajar benar-banar dapat menguasai tajuk yang
diajar oleh guru, maka pelajar tersebut akan lebih berasa mudah dalam
menjawab soalan Matematik.
Selain itu, bagi soalan adakah anda telah menguasai pelbagai soalan
dalam subjek Matematik pula mencatatkan bilangan pelajar yang menanda
“YA” adalah seramai 11 orang responden bersamaan 36.67%. Manakala
pelajar yang menanda “TIDAK” pula seramai 19 orang responden
bersamaan 63.33%. Hal ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar
dalam menguasai pelbagai soalan ini kurang. Perkara ini terjadi kerana
pelajar kurang membuat latihan dalam pelbagai jenis soalan. Jelaslah
bahawa menguasai pelbagai soalan dalam subjek Matematik merupakan
perkara yang sangat penting kerana jika pelajar dapat mengusai pelbagai
soalan, maka pelajar akan boleh menjawab soalan dalam peperiksaan.
Menurut Informen A, penting untuk pelajar menguasai pelbagai jenis soalan
dalam Matematik kerana semasa dalam peperiksaan soalan yang ditanya
bukan hanya satu jenis soalan sahaja malahan pelbagai jenis soalan yang
ditanya. Jadi, pelajar perlulah menguasai pelbagai jenis soalan dalam
Matematik.
Di samping itu, berdasarkan kepada soalan adakah anda telah
menguasai soalan yang aras rendah dahulu sebelum ke aras tinggi telah
direkodkan dengan bilangan pelajar yang menanda “YA” adalah seramai
29 orang responden bersamaan 96.67%. Manakala pelajar yang menanda
“TIDAK” pula direkodkan seramai 1 orang responden bersamaan 3.33%.
Analisis menunjukkan bahawa hampir 30 orang responden atau 100% yang
telah menguasai soalan yang aras rendah dahulu sebelum ke aras tinggi. Hal
ini dapat dilihat berdasar gred yang deperoleh oleh pelajar iaitu dengan
hanya 2 orang sahaja pelajar yang mendapat gred G/F dalam subjek
Matematik. Kesimpulannya, menguasai soalan yang aras rendah dahulu
sebelum ke aras tinggi sangat penting kepada pelajar kerana dapat melihat
pelajar tersebut betul-betul memahami soalan tersebut atau tidak sebelum
25
011029-11-0283
pelajar menjawab soalan yang lebih sukar. Menurut Informen B, menguasai
soalan Matematik yang aras rendah dahulu sebelum ke aras tinggi sangat
penting kerana dengan pelajar menguasai aras rendah dahulu, pelajar akan
berasa mudah untuk meneruskan soalan yang beraras tinggi.
Akhir sekali, soalan yang ditanya kepada responden ialah adakah
anda telah menguasai penggunaan seperti pembaris, protektor, jangka lukis
dan sebagainya ketika menyelesaikan soalan Matematik pula mencatatkan
bilangan pelajar yang menanda “YA” seramai 27 orang responden
bersamaan 90.00%. Manakala pelajar yang menanda “TIDAK” pula adalah
seramai 3 orang responden bersamaan 10.00%. Hal ini menunjukkan
bahawa hampir semua pelajar yang telah menguasai penggunaan seperti
pembaris, protektor, jangka lukis dan sebagainya ketika menyelesaikan
soalan Matematik. Tuntasnya, penguasaan dalam penggunaan alatan
geometri seperti pembaris, protektor, jangka lukis dan sebagainya
merupakan perkara yang sangat penting dalam menyelasaikan soalan
Matematik terutamanya soalan yang melibatkan statistik.
Kesimpulannya, melalui hasil analisis dapatan kajian mendapati
bahawa pelajar menguasai soalan Matematik yang aras rendah dahulu
sebelum ke aras tinggi memperoleh bilangan hampir majoriti iaitu seramai
29 orang responden bersamaan 96.67%. Seterusnya, tahap penguasaan
pelajar dalam penggunaan seperti pembaris, protector, jangka lukis dan
sebagainya ketika menyelesaikan soalan Matematik memperoleh bilangan
seramai 27 orang responden bersamaan 90.00%. Selain itu, pelajar
mengusai semua sifir Matematik iaitu sifir 1 hingga 12 dan pelajar
menguasai formula Matematik yang telah di ajar oleh guru memperoleh
seramai 17 orang responden bersamaan 56.67%.
26
011029-11-0283
Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar yang tidak dapat
menguasai dalam sebjek Matematik. Antaranya ialah, pelajar tidak
menguasai pelbagai kaedah dalam menjawab soalan Matematik
memperoleh bilangan seramai 20 orang responden bersamaan 66.67%. Di
samping itu, pelajar yang tidak menguasai pelbagai soalan dalam subjek
Matematik memperoleh seramai 19 orang responden bersamaan 63.33%.
5.3 DAPATAN KAJIAN BAHAGIAN B
27
011029-11-0283
Jadual 5: Tahap Penggunaan Matematik Dalam Kalangan Pelajar di SMK
Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu.
TAHAP PENGGUNAAN MATEMATIK DALAM KALANGAN
PELAJAR DI SMK KUALA TELEMONG, HULU TERENGGANU,
TERENGGANU.
BIL PERKARA YA TIDAK JUMLAH
Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus
(%) (%) (%)
1 Adakah anda menggunakan proses 24 80.00 6 20.00 30 100
Matematik ketika membuat
pembelian.
2 Adakah anda sentiasa membuat 18 60.00 12 40.00 30 100
latihan Matematik ketika ada
waktu terluang.
3 Adakah anda membuat latihan 7 23.33 23 76.67 30 100
Matematik bagi menghilangkan
rasa tekanan/stress terhadap
matapelajaran lain.
4 Adakah anda menggunakan minat 20 66.67 10 33.33 30 100
terhadap Matematik dalam
permainan seperti Sodoku,
Saidina dan sebagainya.
5 Adakah anda mampu 6 20.00 24 80.00 30 100
menghasilkan program dengan
menggunakan formula matematik
yang terdapat dalam Microsoft
excel.
6 Adakah anda mampu membantu 9 30.00 21 70.00 30 100
guru atau pelajar yang lain dalam 60.00 12 40.00 30 100
menggunakan Microsoft excel.
(Sumber: Kajian Lapangan, 2020)
7 Adakah anda mampu 18
menghasilkan sebuah permainan
baru dengan menggunakan
kalkulator seperti permainan
angka.
28
011029-11-0283
TAHAP PENGGUNAAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR
Bilangan responden (orang) 30 18 23 24
25 24 20 21
18
20
15 12 10 12
7 6
10 9
6
5
0
Adakah anda Adakah anda Adakah anda Adakah anda Adakah anda Adakah anda Adakah anda
menggunakan sentiasa membuat menggunakan mampu mampu mampu
proses membuat latihan minat terhadap menghasilkan membantu menghasilkan
Matematik latihan Matematik Matematik program guru atau sebuah
ketika Matematik bagi dalam
ketika ada dengan pelajar yang permainan
membuat menghilangkan permainan
pembelian. waktu rasa seperti menggunakan lain dalam baru dengan
terluang.
tekanan/stress Sodoku, formula menggunakan menggunakan
terhadap mata Saidina dan
pelajaran lain. sebagainya. matematik Microsoft kalkulator
yang terdapat excel. seperti
dalam permainan
Microsoft angka.
excel.
YA TIDAK
Graf 2: Tahap penggunaan Matematik dalam kalangan pelajar di
SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu.
(Sumber: Kajian Lapangan, 2020)
Berdasarkan daripada Jadual 5 dan Graf 2 di atas menunjukkan
tahap penggunaan Matematik dalam kalangan pelajar di SMK Kuala
Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu. Analisis ini mendapati bahawa
soalan yang pertama ditanya kepada responden adalah adakah anda
menggunakan proses Matematik ketika membuat pembelian mencatatkan
bilangan pelajar yang menenda “YA” adalah seramai 24 orang responden
bersamaan 80.00%. Manakala bilangan pelajar yang menanda “TIDAK”
pula seramai 6 orang responden bersamaan 20.00%. Hal ini menunjukkan
bahawa ramai pelajar yang menggunakan proses Matematik semasa
membuat pembelian. Penggunaan proses Matematik ketika membuat
pembelian ini sangat penting bagi mengelakkan kita tidak mudah tertipu
29
011029-11-0283
oleh tuan kedai semasa proses jual beli dilakukan. Selain itu, penggunaan
proses Matematik ketika membuat pembelian ini juga sangat penting dalam
melihat kepantasan kita mengira tanpa menggunakan apa-apa alat
pengiraan. Menurut Informen B, penggunaan proses Matematik dalam
membuat pembelian penting kepada pelajar kerana pelajar dapat
mencongak dengan pantas dan pelajar tidak mudah ditipu semasa membuat
pembelian.
Soalan seterusnya ialah adakah anda sentiasa membuat latihan
Matematik ketika ada waktu terluang mencatatkan bilangan sebanyak 18
orang responden bersamaan 60.00 % yang menanda “YA”. Manakala
seramai 12 orang responden bersamaan 40.00% yang menanda “TIDAK”.
Hal ini menunjukkan walaupun bilangan pelajar yang menanda “YA” lebih
ramai pada “TIDAK” tetapi masih agak ramai pelajar yang tidak membuat
latihan Matematik ketika ada waktu terluang. Kesannya, pelajar tidak akan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Matematik kerana
kecemerlangan seseorang itu terletak pada sebanyak mana dia membuat
latihan Matematik. Jelaslah bahawa sentiasa membuat latihan Matematik
ketika ada waktu terluang sangat penting kepada pelajar kerana dapat
membantu meningkatkan kefahaman dan kepantasan pelajar dalam
menjawab soalan Matematik.
Di samping itu, berdasarkan kepada soalan adakah anda membuat
latihan Matematik bagi menghilangkan rasa tekanan/stress terhadap
matapelajaran lain mencatatkan bilangan pelajar yang menanda “YA”
adalah seramai 7 orang responden bersamaan 23.33%. Manakala bilangan
pelajar yang menanda “TIDAK” pula adalah seramai 23 orang responden
bersamaan 76.67%. Analisis ini menunjukkan bahawa ramai pelajar yang
tidak membuat latihan Matematik bagi menghilangkan rasa tekanan/ stress
terhadap matapelajaran lain. Hal ini terjadi kerana para pelajar lebih suka
membuat aktiviti lain seperti bersukan, bermain permaina video dan
sebagainya bagi menghilangkan rasa tekanan terhadap belajar. Natijahnya,
pelajar kurang membuat latihan Matematik bagi menghilangkan rasa
tekanan terhadap matapelajaran lain kerana pelajar menganggap bahawa
30
011029-11-0283
membuat latihan Matematik lagi membuatkan mereka berasa lebih
tertekan/stress.
Selain itu, untuk soalan adakah anda menggunakan minat terhadap
Matematik dalam permainan seperti Sodoku, Saidina dan sebagainya telah
mencatatkan bilangan pelajar yang mananda “YA” adalah seramai 20 orang
responden bersamaan 66.67%. Manakala bilangan pelajar yang menanda
“TIDAK” adalah seramai 10 orang responden bersamaan 33.33%. Hal ini
menunjukkan bahawa ramai pelajar yang telah menggunakan minat
terhadap Matematik dalam permainan Saidina dan Sodoku, malahan
permainan ini secara umum dan semua peringkat umur boleh bermain
permainan ini. Kesimpulannya permainan seperti ini dapat membantu
minda untuk sentiasa berfikir.
Seterusnya, soalan yang diajukan kepada responden iaitu adakah
anda mampu menghasilkan program dengan menggunakan formula
Matematik yang terdapat dalam Microsoft excel mencatatkan bilangan
pelajar yang menanda “YA” adalah seramai 6 orang responden bersamaan
20.00%. Manakala bilangan pelajar yang menanda “TIDAK” adalah
seramai 24 orang responden bersamaan 80.00%. Analisis menunjukkan
bahawa masih ramai pelajar yang tidak mampu menghasilkan program
dengan menggunakan formula Matematik yang terdapat dalam Microsoft
excel. Hal ini berlaku sedemikian kerana Microsoft excel ini kurang
didedahkan kepada pelajar dan menyababkan pelajar tidak tahu dalam
meggunakan Microsoft excel. Menurut Informen B, Microsoft excel penting
kepada pelajar kerana pelajar dapat mencipta formula baru dan mampu
untuk mengigati formula tersebut dengan mudah. Akan tetapi, pelajar ini
kurang menggunakan Microsoft excel dan lagi menyedihkan ada sesetengah
pelajar tidak pandai dalam menggunakan Microsoft excel.
Soalan seterusnya yang ditanya dalam borang soal selidik adalah
adakah anda mampu membantu guru atau pelajar yang lain dalam
menggunakan Microsoft excel merekodkan bilangan pelajar yang menanda
“YA” seramai 9 orang responden bersamaan 30.00%. Manakala bilangan
pelajar yang menanda “TIDAK” pula adalah seramai 21 orang responden
31
011029-11-0283
bersamaan 70.00%. Hal ini terjadi kerana pelajar tidak didedahkam
berkaitan Microsoft excel ini kecuali pelajar tingkatan 5 yang mengambil
subjek Prinsip Perakaunan sahaja yang menggunakan Microsoft excel ini
untuk menjalankan kerja kursus. Kesimpulannya, Microsoft excel ini juga
sangat penting kepada pelajar untuk mengembangkan minda dalam subjek
Matematik ketika menggunakan Microsoft excel ini.
Soalan terakhir yang ditanya kepada responden iaitu adakah anda
mampu menghasilkan sebuah permainan baru dengan menggunakan
kalkulator seperti permainan angka pula mencatatkan bilangan pelajar yang
menanda “YA” adalah seramai 18 orang responden bersamaan 60.00%.
Manakala, bilangan pelajar yang menanda “TIDAK” adalah seramai 12
orang responden bersamaan 40.00%. Ini menunjukkan bahawa sudah ramai
pelajar yang mampu menghasilkan permainan angka dengan menggunakan
kalkulator. Jelaslah bahawa permainan dengan menggunakan kalkulator ini
sangat penting kepada pelajar dalam menguasai teknik semasa
menggunakan kalkulator.
Kesimpulannya, tahap penggunaan Matematik yang 3 tertinggi iaitu
pelajar menggunakan proses Matematik ketika membuat pembelian
memperoleh bilangan seramai 24 orang responden bersamaan 80.00%.
Selain itu, pelajar menggunakan minat terhadap Matematik dalam
permainan seperti Sodoku, Saidina dan sebagainya memperoleh seramai 20
orang responden bersamaan 66.67%. Seterusnya, pelajar sentiasa membuat
latihan Matematik ketika ada waktu terluang dan pelajar mampu
menghasilkan sebuah permainan baru dengan menggunakan kalkulator
seperti permaian angka memperoleh bilangan seramai 18 orang responden
bersamaan 60.00%.
Walau bagaimanapun, pelajar tidak mampu menghasilkan program
dengan menggunakan formula Matematik yang terdapat dalam Misrosoft
excel memperoleh seramai 24 orang responden bersamaan 80.00%.
Seterusnya, pelajar tidak membuat latihan Matematik bagi menghilangkan
rasa tekanan/stress terhadap matapelajaran lain memperoleh bilangan
seramai 23 orang responden bersamaan 76.67%.
32
011029-11-0283
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
6.1 RUMUSAN
Kajian ini bertujuan untuk memenuhi dua objektif yang telah
ditetapkan di awal kajian iaitu mengenal pasti tahap penguasaan Matematik
dalam kalangan pelajar dan mengkaji tahap penggunaan Matematik dalam
kalangan pelajar di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu.
Rumusan hasil dapatan kajian yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada
setiap objektif kajian yang telah ditetapkan.
Melalui hasil analisis dapatan kajian mendapati bahawa pelajar
menguasai soalan Matematik yang aras rendah dahulu sebelum ke aras
tinggi memperoleh bilngan hampir majoriti iaitu seramai 29 orang
responden bersamaan 96.67%. Seterusnya, tahap penguasaan pelajar dalam
penggunaan seperti pembaris, protektor, jangka lukis dan sebagainya ketika
menyelesaikan soalan Matematik memperoleh bilangan seramai 27 orang
responden bersamaan 90.00%. Selain itu, pelajar mengusai semua sifir
Matematik iaitu sifir 1 hingga 12 dan pelajar menguasai formula Matematik
yang telah di ajar oleh guru memperoleh seramai 17 orang responden
bersamaan 56.67%.
Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar yang tidak dapat
menguasai dalam sebjek Matematik. Antaranya ialah, pelajar tidak
menguasai pelbagai kaedah dalam menjawab soalan Matematik
memperoleh bilangan seramai 20 orang responden bersamaan 66.67%. Di
samping itu, pelajar yang tidak menguasai pelbagai soalan dalam subjek
Matematik memperoleh seramai 19 orang responden bersamaan 63.33%.
33
011029-11-0283
Seterusnya, tahap penggunaan Matematik yang 3 tertinggi iaitu
pelajar menggunakan proses Matematik ketika membuat pembelian
memberoleh bilangan seramai 24 orang responden bersamaan 80.00%.
Selain itu, pelajar menggunakan minat terhadap Matematik dalam
permainan seperti Sodoku, Saidina dan sebagainya memperoleh seramai 20
orang responden bersamaan 66.67%. Seterusnya, pelajar sentiasa membuat
latihan Matematik ketika ada waktu terluang dan pelajar mampu
menghasilkan sebuah permainan baru dengan menggunakan kalkulator
seperti permaian angka memperoleh bilangan seramai 18 orang responden
bersamaan 60.00%.
Walau bagaimanapun, pelajar tidak mampu menghasilkan program
dengan menggunakan formula Matematik yang terdapat dalam Misrosoft
excel memperoleh seramai 24 orang responden bersamaan 80.00%.
Seterusnya, pelajar tidak membuat latihan Matematik bagi menghilangkan
rasa tekanan/stress terhadap matapelajaran lain memperoleh bilangan
seramai 23 orang responden bersamaan 76.67%.
6.2 KESIMPULAN
Kesimpulannya, hasil daripada kedua-dua objektif kajian ini iaitu
mengenal pasti tahap penguasaan Matematik dalam kalangan pelajar di
SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu dan mengkaji tahap
penggunaan Matematik dalam kalangan pelajar di SMK Kuala Telemong,
Hulu Terengganu, Terengganu telah tercapai.
34
011029-11-0283
7.0 RUJUKAN
INTERNET
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Terengganu
2. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hulu_Terengganu
3. https://ms.m.wikipedia.org
4. https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pendidikan-formal.html
5. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_tidak_formal
6. http://pendidikanmaths.blogspot.com/2012/03/kepentingan-pendidikan-
matematik.html?m=1
KAMUS
1. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia edisi Keempat, 2005. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
3. Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2009. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
AKHBAR
1. Maznah Kadir. “Ajar anak kecil kuasai matematik melalui aktiviti
permainan” dlm. Berita Harian, 1 Julai 2016.
35
011029-11-0283
8.0 LAMPIRAN
SMK KUALA TELEMONG
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4
BORANG SOAL SELIDIK
Makluman kepada responden : Borang soal selidik ini adalah untuk memenuhi
keperluan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini
bertujuan untuk Mengkaji Tahap Penggunaan Matematik dalam Kalangan Pelajar
SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu. Segala maklumat yang
diberikan dalam soal selidik ini adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan kajian
semata-mata. Terdapat 3 bahagian dalam soal selidik ini.
BAHAGIAN A : MAKLUMAT DEMOGRAFI RESPONDEN
Arahan: Sila tandakan ( / ) pada ruang berkenaan
1) JANTINA :
Lelaki () Perempuan ()
2) TINGKATAN : () Tingkatan 4 ()
() Tingkatan 5 ()
Tingkatan 1 ()
Tingkatan 2
Tingkatan 3
36
011029-11-0283
3) PENCAPAIAN YANG ANDA PERNAH PEROLEHI DALAM SUBJEK
MATEMATIK :
A+ ( ) B+ ( ) C+ ( ) D ( )
A () B () C () E ()
A- ( ) B- ( ) C- ( ) F/G ( )
37
011029-11-0283
BAHAGIAN B: MENGENAL PASTI TAHAP PENGUASAAN MATEMATIK
DALAM KALANGAN PELAJAR DI SMK KUALA TELEMONG, HULU
TERENGGANU, TERENGGANU
Arahan: Sila tandakan ( / ) pada ruang berkenaan
BIL PERKARA YA TIDAK
01 Adakah anda telah menguasai semua sifir Matematik iaitu sifir 1
hingga 12 ?
02 Adakah anda telah menguasai formula Matematik yang telah di
ajar oleh guru ?
03 Adakah anda telah menguasai pelbagai teknik dalam
menggunakan kalkulator ?
04 Adakah anda telah menguasai pelbagai kaedah dalam menjawab
soalan Matematik ?
05 Adakah anda telah menguasai tajuk yang telah diajar oleh guru
dalam subjek Matematik ?
06 Adakah anda telah menguasai pelbagai soalan dalam subjek
Matematik ?
07 Adakah anda menguasai soalan Matematik yang aras rendah
dahulu sebelum ke aras tinggi ?
08 Adakah anda telah menguasai penggunaan seperti pembaris,
protektor, jangka lukis dan sebagainya ketika menyelesaikan
soalan Matematik ?
38
011029-11-0283
BAHAGIAN C: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN MATEMATIK DALAM
KALANGAN PELAJAR DI SMK KUALA TELEMONG, HULU TERENGGANU,
TERENGGANU.
Arahan: Sila tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan
BIL PERKARA YA TIDAK
01 Adakah anda menggunakan proses Matematik ketika
membuat pembelian ?
02 Adakah anda sentiasa membuat latihan Matematik ketika
ada waktu terluang ?
03 Adakah anda membuat latihan Matematik bagi
menghilangkan rasa tekanan/stress terhadap mata
pelajaran lain ?
04 Adakah anda menggunakan minat terhadap Matematik
dalam permainan seperti sodoku, saidina dan sebagainya
?
05 Adakah anda mampu menghasilkan program dengan
menggunakan formula matematik yang terdapat dalam
Microsoft excel ?
06 Adakah anda mampu membantu guru atau pelajar yang
lain dalam menggunakan Microsoft excel ?
07 Adakah anda mampu menghasilkan sebuah permainan
baru dengan menggunakan kalkulator seperti permainan
angka ?
39
011029-11-0283
LAMPIRAN
BORANG TEMUBUAL
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
KOD MATA PELAJARAN 900/4
Maklumat kepada informen :
Temu bual ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus untuk matapelajaran
Pengajian Am 900/4. Temu bual ini bertujuan mengkaji tahap penggunaan
Matematik dalam kalangan pelajar di SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu,
Terengganu. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan akan digunakan
hanya untuk kajian sahaja.
Arahan:
MAKLUMAT AM dan SOALAN-SOALAN TEMU BUAL ini dikemukakan kepada
informen secara lisan dan dirakam menggunakan pita suara.
_____________________________________________________________________
MAKLUMAT AM
INFORMEN SMK KUALA TELEMONG
Tarikh Temu bual : 7 Julai 2020
Tempat Temu bual : Asrama SMK Kuala Telemong
40
011029-11-0283
TRANSKRIP TEMU BUAL BERSAMA INFORMEN A
Pengkaji : Assalamualaikum w.b.t, bolehkah saya menemu bual awak untuk
membantu saya dalam manjalankan kerja kursus Pengajian Am saya?
Informen A : Waalaikummussalam w.b.t, boleh, sudah tentu. Silakan.
Pengkaji : Adakah penguasaan sifir dalam Matematik penting dan dapat
mempercepat pengiraan semasa menjawab soalan Matematik?
Informen A : Ya, sudah tentu penguasaan sifir dalam subjek Matematik iaitu sifir 1
hingga 12 sangat penting kerana dapat memudahkan pelajar
menyelesaikan sesuatu soalan itu dengan mudah. Hal ini dapat
membantu pelajar dalam menjimatkan masa semasa membuat proses
pengiraan Matematik.
Pengkaji : Adakah penting untuk pelajar menguasai pelbagai jenis soalan dalam
Matematik?
Informen A : Ya, sudah tentu penting untuk pelajar menguasai pelbagai jenis soalan
dalam Matematik kerana semasa dalam peperiksaan soalan yang ditanya
bukan hanya satu jenis soalan sahaja malahan pelbagai jenis soalan yang
ditanya. Jadi, pelajar perlulah menguasai pelbagai jenis soalan dalam
Matematik.
Pengkaji : Bagaimanakah cara awak lakukan untuk memastikan awak menguasai
setiap formula yang cikgu ajari?
Informen A : Untuk saya memastikan menguasai setiap formula yang cikgu ajari,
saya telah mengubah kepada bentuk akronim bagi memudahkan saya
faham dan mudah menghafal formula tersebut.
Pengkaji : Setakat ini sajalah pertemuan kita pada hari ini. Terima kasih kerana
sanggup meluangkan masa bersama saya.
Informen A : Sama-sama.
41
011029-11-0283
TRANSKRIP TEMU BUAL BERSAMA INFORMEN B
Pengkaji : Assalamualaikum, bolehkah saya mengambil masa kamu sedikit untuk
saya menemu bual mengenai pendidikan subjek Matematik?
Informen B : Waalaikummussalam. Boleh. Apa yang hendak ditanya?
Pengkaji : Adakah pelajar menguasai soalan Matematik yang aras rendah dahulu
sebelum ke aras tinggi?
Informen B : Ya, semestinya pelajar menguasai soalan Matematik yang aras rendah
dahulu sebelum ke aras tinggi kerana dengan pelajar menguasai aras
rendah dahulu, pelajar akan berasa mudah untuk meneruskan soalan
yang beraras tinggi.
Pengkaji : Adakah proses Matematik ini penting semasa membuat pembelian?
Informen : Ya, sudah tentu. Hal ini kerana pelajar dapat mencongak dengan pantas
dan pelajar tidak mudah ditipu semasa membuat pembelian.
Pengkaji : Adakah penghasilan program dengan menggunakan formula
Matematik yang terdapat dalam Microsoft excel penting kepada pelajar?
Informen B : Ya, sememangnya penting kepada pelajar kerana pelajar dapat
mencipta formula baru dan mampu untuk mengigati formula tersebut
dengan mudah. Akan tetapi, pelajar ini kurang menggunakan Microsoft
excel dan lagi menyedihkan ada sesetengah pelajar tidak pandai dalam
menggunakan Microsoft excel.
Pengkaji : Baiklah, setakat ini sajalah pertemuan kita pada hari ini. Saya ingin
memohon maaf kerana mengambil sedikit masa kamu. Terima kasih.
Informen B : Tidak mengapalah. Sama-sama
42
011029-11-0283
Gambar 1.0 menunjukkan pengkaji sedang menemu bual Informen A.
Gambar 2.0 menunjukkan pengkaji sedang menemu bual Informen B.
43