P1: Kadar tindak balas bagi Eksperimen II adalah lebih
tinggi daripada Eksperimen I
P2: Saiz ketulan marmar / kalsium karbonat yang
digunakan dalam Eksperimen II adalah lebih kecil
daripada Eksperimen I
P1: Jumlah luas permukaan kalsium karbonat terdedah
kepada perlanggaran dalam Eksperimen II lebih besar
daripada Eksperimen I
P2: Frekuensi perlanggaran antara kalsium karbonat dan ion
hidrogen dalam Eksperimen II lebih tinggi daripada
Eksperimen I
P3: Frekuensi perlanggaran berkesan antara kalsium
karbonat dan ion hidrogen dalam Eksperimen II lebih tinggi
daripada Eksperimen I
P1: Suhu dalam peti sejuk lebih rendah daripada suhu bilik
P2: Aktiviti bakteria lebih rendah dalam peti sejuk // sedikit toksin
dihasilkan oleh bakteria dalam peti sejuk
P3: Kadar buah-buahan menjadi rosak dalam peti sejuk lebih rendah
daripada suhu bilik
P1: Karbon dioksida = ikatan kovalen
P2: Natrium klorida = ikatan ion
Kekonduksian Elektrik:
P5: Natrium klorida boleh mengkonduksikan elektrik
dalam keadaan leburan atau larutan akueus manakala
karbon dioksida tidak boleh mengkonduksikan elektrik
dalam semua keadaan
P6: Natrium klorida mengandungi ion-ion bebas bergerak
P7: Karbon dioksida terdiri daripada hanya molekul-
molekul neutral // tiada ion-ion bebas bergerak
P8: Ion-ion bebas bergerak boleh membawa cas elektrik
Takat lebur:
P1: Takat lebur natrium klorida adalah tinggi manakala takat lebur
karbon dioksida adalah rendah
P2: Natrium klorida ialah sebatian ion yang terdiri daripada ion-ion
berlawanan cas yang tertarik oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat
P3: Karbon dioksida ialah sebatian kovalen yang terdiri daripada
molekul- molekul neutral yang tertarik oleh daya Van der Waals // daya
tarikan antara molekul yang lemah
P4: Banyak haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan yang kuat //
Sedikit haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan yang lemah
P1: Terdapat ikatan hidrogen dan daya tarikan Van der Waals di antara
molekul air manakala hanya terdapat daya tarikan Van der Waals di antara
molekul hidrogen klorida
P2: Ikatan hidrogen merupakan daya tarikan yang lebih kuat berbanding
daya tarikan Van der Waals antara molekul
P3: Banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara
molekul air // sedikit tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan
antara molekul hidrogen klorida
P4: Takat didih air adalah tinggi dan air wujud dalam keadaan cecair pada
suhu bilik manakala takat didih hidrogen klorida adalah rendah dan
hidrogen klorida wujud dalam keadaan gas pada suhu bilik
P1: Ion hidrogen, H+ tidak mempunyai sebarang elektron
dalam petala
P2: Atom nitrogen dalam ammonia mempunyai satu pasang
elektron tersendiri yang boleh dikongsikan dengan ion
hidrogen
P3: Perkongsian elektron daripada satu atom sahaja
membentuk ikatan datif
P1: Garam X = Zink karbonat
P2: Baki Z = zink oksida
P3: Gas A = Karbon dioksida
ZnCO3 → ZnO + CO2
Daripada persamaan :
Ujian pengesahan kation:
P1: Tuang 2 cm3 larutan garam Y ke dalam tabung uji
P2: Tambahkan larutan natrium hidroksida ke dalam
tabung uji sehingga berlebihan
P3: Mendakan biru terbentuk mengesahkan
kehadiran ion Cu2+
Ujian pengesahan anion:
P4: Tambahkan 2 cm3 asid hidroklorik cair ke dalam
tabung uji yang mengandungi 2 cm3 larutan garam Y
P5: Tambahkan larutan barium klorida ke dalam tabung
uji
P6: Mendakan putih terbentuk mengesahkan kehadiran
ion SO42-
Prosedur:
P1: 50 cm3 asid hidroklorik 1 mol dm-3 disukat dan dituang
ke dalam bikar dan dihangatkan
P2: Serbuk magnesium karbonat ditambah ke dalam asid
sehingga berlebihan
P3: Campuran dikacau dengan rod kaca
P4: Campuran dituras untuk mengasingkan magnesium
karbonat berlebihan
P5: Hasil turasan dituang ke dalam mangkuk penyejat dan
dipanaskan dengan perlahan sehingga larutan tepu
terbentuk
P6: Larutan tepu dibiarkan sejuk sehingga hablur terbentuk
P7: Hablur yang terhasil dituras. Bilaskan hablur dengan sedikit
air suling.
P8: Hablur ditekan di antara kertas turas untuk mengeringkannya