The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JAWAPAN HABA PENEUTRALAN DAN HABA PEMBAKARAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAZILA BINTI KHALID, 2021-07-08 09:41:04

KIMIA T5 TERMOKIMIA

JAWAPAN HABA PENEUTRALAN DAN HABA PEMBAKARAN

HARI : KHAMIS (8 JULAI 2021)
MASA : 8.00 – 9.00 PAGI)

HABA PENEUTRALAN
AKTIVITI 3B

Apabila 100 cm3 asid hidroklorik cair, HCl 2.0 mol dm-3 ditambahkan ke dalam 100 cm3
larutan natrium hidroksida, NaOH, 2.0 mol dm-3, suhu tindak balas meningkat dari
30.0°C kepada 43.5°C. [Muatan haba tentu larutan, c = 4.2 J g-1 °C-1; ketumpatan
larutan = 1 g cm-3]

(a) Hitungkan haba peneutralan.

(b) Tuliskan persamaan termokimia.

(c) Lukiskan gambar rajah aras tenaga.

(d) Ramalkan perubahan suhu jika asid hidroklorik, HCl digantikan dengan asid nitrik,
HNO3 yang sama isi padu dan kepekatannya. Jelaskan jawapan anda.

Apabila 100 cm3 asid hidroklorik cair, HCl 2.0 mol dm-3 ditambahkan ke dalam 100 cm3
larutan natrium hidroksida, NaOH, 2.0 mol dm-3, suhu tindak balas meningkat dari 30.0°C
kepada 43.5°C.[Muatan haba tentu larutan,c=4.2 J g-1 °C-1; ketumpatan larutan = 1 g cm-3]

(a) Hitungkan haba peneutralan.

(b) Tuliskan persamaan termokimia. ∆H = -56.7 kJ mol−1

HCl + NaOH → NaCl + H2O

(c) Lukiskan gambar rajah aras tenaga.

(d) Ramalkan perubahan suhu jika asid hidroklorik, HCl digantikan dengan asid nitrik, HNO3
yang sama isi padu dan kepekatannya. Jelaskan jawapan anda.

Perubahan suhu adalah sama iaitu 13.5 °C. Asid nitrik ialah asid kuat dan
mengion dengan lengkap dalam air

Di akhir pembelajaran murid boleh:

1. Menerangkan maksud haba pembakaran,
2. Mentaksir persamaan termokimia,
3. Membincangkan perbandingan haba pembakaran,
4. Melukis gambar rajah aras tenaga.
5. Menyelesaian masalah penghitungan yang
melibatkan haba pembakaran.

Pembakaran 3.2 HABA TINDAK BALAS
bahan api
Setiap bahan
merupakan satu membebaskan
tindak balas
eksotermik haba
pembakaran
yang berbeza

Haba pembakaran ialah haba
yang dibebaskan apabila satu mol
bahan dibakar dengan lengkap
dalam oksigen, O2 berlebihan.

Pembakaran lengkap metana, CH4 dalam oksigen, O2 membebaskan CO2 dan H2O

CH4(g) + 2O2(g) → CO2(g) + 2H2O(ce) ∆H = - 394 kJ mol-1
Apabila satu mol metana, CH4 terbakar dengan
lengkap dalam oksigen, O2, haba yang dibebaskan ialah 394 kJ

Haba
pembakaran

Menentukan Haba Pembakaran Pelbagai Jenis Alkohol

Tujuan : Menentukan haba pembakaran pelbagai jenis alkohol.
Penyataan masalah : Adakah bilangan atom karbon per molekul alkohol mempengaruhi haba pembakaran?
Hipotesis : Semakin bertambah bilangan atom karbon per molekul alkohol, semakin tinggi haba pembakaran.

Pemboleh ubah :
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Jenis alkohol.
(b) Pemboleh ubah bergerak balas : Haba pembakaran.
(c) Pemboleh ubah bergerak balas : Isi padu air

Bahan : Metanol, CH3OH, etanol, C2H5OH, propanol, Pengadang Pengadang
C3H7OH, butanol, C4H9OH dan air, H2O. angin angin

Radas : Bekas kuprum, tungku kaki tiga, alas segi tiga tanah
liat, termometer (0°C -100°C), silinder penyukat, pelita,
penimbang elektronik, pengadang angin dan bongkah
kayu.

Menentukan Haba Pembakaran Pelbagai Jenis Alkohol

Prosedur :

1. Sukat 200 cm3 air dengan menggunakan silinder penyukat dan tuangkan ke dalam bekas kuprum.
2. Letakkan bekas kuprum di atas tungku kaki tiga seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.
3. Sukat dan rekodkan suhu awal air.
4. Isikan pelita dengan metanol, CH3OH sehingga hampir tiga perempat penuh.
5. Timbang dan rekod jisim pelita bersama dengan penutup dan metanol dengan penimbang.
6. Letak pelita di bawah bekas kuprum dan nyalakan sumbu pelita.
7. Laraskan kedudukan pelita dengan bongkah kayu supaya nyalaan pelita menyentuh bahagian bawah

bekas kuprum.
8. Kacau air di dalam bekas kuprum sepanjang eksperimen dengan termometer.
9. Padamkan nyalaan apabila suhu air meningkat sebanyak 30 °C. Rekodkan suhu tertinggi air itu.
10. Timbang dan rekod jisim pelita berserta penutup dan kandungannya selepas pembakaran dengan serta

merta.
11. Ulangi langkah 1 hingga 10 dengan menggunakan etanol, C2H5OH, propanol, C3H7OH dan butanol,

C4H9OH untuk menggantikan metanol, CH3OH.

Menentukan Haba Pembakaran Pelbagai Jenis Alkohol

Keputusan : =xg

Jisim awal pelita + sumbu + metanol =yg
Jisim akhir pelita + sumbu + metanol
Jisim etanol yang terbakar = (x-y) g
Suhu awal air
Suhu akhir air = θ1°C
Kenaikan suhu = θ2°C
= θ2 - θ1
Isi padu air = θ3 °C
= 200 cm3

#Gantikan metanol dengan etanol, propanol dan butanol



Menentukan Haba Pembakaran Pelbagai Jenis Alkohol

Perbincangan :

1. Bagi semua alkohol yang digunakan dalam eksperimen ini :
(a) Tentukan haba pembakaran, ∆H.
[Diberi : Muatan haba tentu air, c = 4.2 J g-1 °C-1; ketumpatan air = 1 g cm-3]
(b) Tuliskan persamaan termokimia bagi pembakaran alkohol.
(c) Lukiskan gambar rajah aras tenaga bagi pembakaran alkohol.

2. Apakah hubungan bilangan atom karbon per molekul di dalam alkohol dengan nilai haba pembakaran ?

3. Nyatakan definisi secara operasi bagi haba pembakaran alkohol dalam eksperimen ini.

4. Mengapakah bekas kuprum digunakan dalam eksperimen ini ?

5. Perhatikan di bahagian bawah bekas kuprum. Apakah pemerhatian anda? Namakan bahan yang terbentuk
dan berikan sebab bagi pembentukan bahan itu.

6. Senaraikan langkah berjaga-jaga bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat dalam eksperimen ini.

1. Bagi semua alkohol yang digunakan dalam eksperimen ini :
(a) Tentukan haba pembakaran, ∆H.
[Diberi : Muatan haba tentu air, c = 4.2 J g-1 °C-1; ketumpatan air = 1 g cm-3]

1. Bagi semua alkohol yang digunakan dalam eksperimen ini :
(b) Tuliskan persamaan termokimia bagi pembakaran alkohol.

(c) Lukiskan gambar rajah aras tenaga bagi pembakaran alkohol.

2. Apakah hubungan bilangan atom karbon per molekul di dalam alkohol
dengan nilai haba pembakaran ?

Apabila bilangan atom karbon per molekul dalam alkohol
bertambah, nilai haba pembakaran juga bertambah.

3. Nyatakan definisi secara operasi bagi haba pembakaran alkohol dalam eksperimen ini.

Kenaikan suhu apabila 1 mol alkohol dibakar dengan lengkap

4. Mengapakah bekas kuprum digunakan dalam eksperimen ini ?

Kuprum adalah konduktor haba yang baik.

5. Perhatikan di bahagian bawah bekas kuprum. Apakah pemerhatian anda?
Namakan bahan yang terbentuk dan berikan sebab bagi pembentukan bahan itu.

Bahagian bawah bekas menjadi hitam. Bahan itu adalah jelaga (karbon)
disebabkan pembakaran tidak lengkap alkohol

6. Senaraikan langkah berjaga-jaga bagi mendapatkan keputusan yang
lebih tepat dalam eksperimen ini.

Langkah berjaga-jaga:
(i) Gunakan pengadang angin.
(ii) Pastikan nyalaan pelita menyentuh bahagian bawah bekas

kuprum.
(iii) Kacau air dalam bekas kuprum secara berterusan.
(iv) Apabila nyalaan alkohol dipadamkan, pelita itu hendaklah

ditimbang dengan serta merta kerana alkohol adalah
sangat meruap

Menentukan Haba Pembakaran Pelbagai Jenis Alkohol

Kesimpulan :

1. Tindak balas pembakaran metanol, etanol, propanol dan butanol ialah tindak
balas eksotermik kerana

haba dibebaskan menyebabkan kenaikan suhu pada termometer.

2. Nilai pembakaran metanol, etanol, propanol dan butanol dalam eksperimen
lebih rendah daripada

nilai teori kerana :
a) Sebahagian haba telah hilang ke persekitaran
b) Sebahagian haba dari nyalaan alkohol diserap oleh tin
c) Pembakaran alkohol tidak lengkap


Click to View FlipBook Version